Wednesday, October 29, 2008

KELANTAN NAIK ELAUN WAKIL RAKYAT


Kerajaan Pas Kelantan bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan beban mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat exco untuk dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Beliau berkata, cadangan untuk supaya elaun tersebut dinaikkan dengan menyamai gred N52 kakitangan kerajaan adalah munasabah dengan beban yang terpaksa ditanggung oleh wakil rakyat.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah supaya elaun dinaikkan, untuk makluman kita tidak mengikut langkah kerajaan pusat yang telah menaikkan elaun Ahli Parlimen sebanyak dua kali sebelum ini," katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Tuesday, October 28, 2008

PREMIS JUDI DI NEGERI PAKATAN RAKYAT BILA NAK TUTUP - DEWAM ULAMA PAS.

Premis judi perlu ditutup sama sekali dengan segera di negara ini, negara yang mengaku agama rasminya adalah agama Islam.
Kalau PAS dan ANGKATAN yang mengambil-alih Kelantan dari BN 1990 dulu sanggup berhempas pulas bersungguh-sungguh melaksanakan kawalan tersebut, mengapa kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang masih mendiamkan diri membisu seribu bahasa sehingga sekarang?
Menurut sumber, Dewan Ulama PAS terpaksa menegur negeri-negeri dibawah pentadbiran PR yang meluluskan lesen-lesen berkaitan dengan sumber kewangan haram seperti judi dan arak (Lihat Harakahdaily 28 Ogos 08).
Difahamkan, Dewan Ulamak akan terus memberi nasihat dan pandangan kepada semua kerajaan di bawah PR dalam isu tersebut.
"Mereka akan tetap mempertahankan sumber-sumber yang halal sebagai peneraju utama dalam menjalankan urus tadbir negeri-negeri ini seperti yang pernah dinyatakan Ketuanya, Dato' Haji Muhammed Daud Iraqi, kira-kira 2 bulan lalu, ternyata sehingga sekarang masih belum apa-apa lagi' jelas sumber berkenaan.
Menyentuh tentang situasi berbeza di antara negeri-negeri PR terutamanya terhadap kaum-kaum lain, Dr Haji Mohamad juga menyedari suasana ini, namun beliau tetap berharap kerajaan mengkaji semula lesen-lesen yang diberikan itu.
Contohnya di Kelantan, lesen judi tidak dibenarkan terus kerana ia juga memberi mudarat kepada kaum-kaum lain, dan tidak mendapat sebarang tentangan pun hingga kini…terus berjalan dengan baik.
Hanya lesen jualan arak sahaja dikeluarkan, itu pun untuk kaum bukan Islam sahaja.
Kata beliau lagi.“Pihak kerajaan PR perlu membuat satu garis panduan tentang kawasan dan jenis-jenis perniagaan berkaitan premis arak, iaitu hanya menghadkan di kawasan-kawasan yang penduduknya terdiri dari kaum-kaum lain.. dan pihak penguatkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dalam memantau umat Islam supaya tidak terlibat dengan minuman keras dan pelbagai jenis perjudian. Begitulah tolerensinya agama Islam!” Jelas beliau lagi.
“Tetapi sehingga kini kita belum dengar apa-apa tindakan berkesan yang diambil!” Sindirnya lagi."

TIAN CHUA PELEKEH ZULKIFLI NORDIN


Akhabar "the Star" keluara 26.10.2008 secara amnya tidak suka tindak tanduk Zulkifli Nordin dalam membina jalanan politik lebih lebih lagi bersifat menonjol dalam mempertahankan ugama Islam.
Sejauh mana Zulkifli menyuarakan dan mempertahankan Islam menjadi persoalan yang kurang jelas.
Pertama Zulkirli mewakili parti PKR yang sekular dan berbentuk perabadi Anwar Ibrahim. Kedua sebilangan wakil rakyat PKR tidak "gemar" dan tidak setuju cara Zulkifli berpolitik cara PAS.
Kita takut Zulkifli Nordin bermimpi di siang hari jaguh waktu ketika air pasang atau bersifat kendiri dalam mempertahan kan Islam dalam jamaah yang bukan berpaksi perjuangan Islam. Segala tindak tanduk zulkifli dicemuh sacara senyap oleh orang yang bukan Islam dan orang yang berkuasa dalam PKR yang berugama Islam?.
Cacatan Tian Chua dalam The Star bukti Zulkifli tidak digemari oleh pihak atasan PKR .
Betul apa yang dicacatkan oleh "al-brangi: dalam laman yang sensasi TKO Zulkifli mewakili parti mana?.....Zulkifli seorang shaja yang mempertahankan Islam?.... Tiada parti yang mempertahankan Islam? .
Jelas puak PKR tidak gemar cara Zulkifli melaungkan Islam dalam politik Zulkifli.
Cara anda akan ditertawa dalam hati dan dicemuh secara halus oleh musuh Islam walau pun dalam PKR. PKR jelas parti cukup sekular dan parti bohong dan bersifat BLUFF.
Anda yang lantang dalam isu isu Islam walaupun anda pernah membuka mata kisah trajis murtad satu waktu dulu.
Kita takut yang anda laung-laungkan diperlekeh bagaikan anjing menyalak bukit.
Cara yang terbaik masuk sahaja Parti Pas. walaupun anda seorang peguam. Memang petah berhujah, macam-macam hujan anda paparkan agar tindakan anda betul.
Tindakan anda betul dalam isu Islam hanya cara dan tapak atau landasan dalam perjuangan sedikit cacat mudah di perlekehkan oleh pehak musuh.
Saya cukup trajis dan teruja membaca paparan Tian Chua naib presiden PKR dalam Star.
Anda dimalukan bukan sahaj anda cara anda dan Islam dihentam secara halus termasuk diri anda.
Dalam mingguan malaysia bagaikan Zulkifli insan yang membela Islam?.......sangat mendukacita. Dimana anda berada sekarang ?......Ayuh kita berkampong dengan kumpulan Islam yang jelas iatu parti PAS.
walaupun seribu kelemahan dan jutaan segmen tribulisasi kerarah perjuangan.yang mengikut jejak para ulama yang baik bukan ulama dalam PKR dan UMNO..... "

Monday, October 27, 2008

LIMA PROJEK PELANCONGAN DI KEDAH, KERAJAAN PAS DOK TIDO LAGI KA....?


Lima projek melibatkan pengindahan dan peningkatan kemudahan pelancongan bernilai RM7 juta siap dilaksanakan sepenuhnya di kawasan-kawasan tanah besar dan Langkawi pada tahun ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah (MTPNK), Datuk Othman Aziz memberitahu, projek- projek tersebut melibatkan kawasan Pasir Hitam, Langkawi dan tempat-tempat pelancongan di pulau lagenda itu.
''Lain-lainnya ialah projek menaik taraf dan membangunkan tempat tarikan pelancongan dan kemudahan pelancongan di Gunung Jerai dan membina serta menyiapkan Taman Spesies Flora dan Fauna serta kemudahan pelancongan di Titi Hayun dan meningkatkan kemudahan pelancongan hutan-hutan lipur di Kedah.
Beliau ditemui pada Majlis Zoom Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Kedah, di Kompleks Pelancongan Negeri Kedah, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia Negeri Kedah, Roslan Othman.
Menurut Othman yang juga timbalan ketua umno bahagian Jerlun, lima projek tersebut adalah daripada 18 projek pembangunan pelancongan negeri Kedah dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang turut melibatkan Pusat Pelancongan Rekreasi Air Panas, Ulu Lengong serta, Baling, dan Kawasan Rekreasi Gunung Keriang di sini, Tasik Pedu, Sungai Sedim, serta Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
''Keseluruhan 18 projek tersebut bernilai RM79 juta dan tidak menghadapi sebarang masalah, cuma dari segi teknikal menyebabkan ada yang agak lewat, namun ia dapat diatasi," kata beliau.
Menurut Othman, MTPNK sentiasa menganjurkan pelbagai program untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kedah terutama mempromosikan Tanah Besar sebagai daya tarikan terbaru selain Langkawi.
''Bagi tahun 2009, kita akan fokus kepada aktiviti melibatkan inap desa, program pelancongan pelajar dan program pelancongan eko," tambah beliau.
Yang menghairankan apa pula yang dibuat oleh Exco Pelancongan dari pakatan rakyat, hingga kini tak dengarpun pengumuman mengenai apa-apa projek.

Sunday, October 26, 2008

BERSATULAH DEMI ISLAM - ZULKIFLI NORDIN


“Dalam bercakap soal Islam tiada siapapun dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya,’’ itulah jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat, Zukifli Noordin apabila ditanya tidakkah beliau bimbang untuk diwawancara oleh sebuah akhbar tempatan yang diboikot oleh Pakatan Rakyat.
Sememangnya dalam mempertahankan Islam, Zulkifli dilihat salah seorang pemimpin yang paling lantang. Tanpa mempedulikan akibat daripada kelantangannya, Zulkifli pernah dihadap ke jawatankuasa disiplin PKR kerana membantah majlis forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam.
Bagi Zulkifli memperjuang dan mempertahankan Islam adalah agenda utama hidupnya, soal karier politik ‘‘itu saya serah kepada Allah menentukannya.’ Dalam pertemuan di pejabatnya di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Zulkifli secara terbuka bercakap soal betapa pentingnya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik.
Beliau membangkitkan bagaimana kaum-kaum lain boleh bersatu apabila terdapat isu yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Justeru kata beliau adalah sesuatu yang menghairankan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah yang sama tidak mampu bersatu.
Malah apa yang mengecewakan beliau kelantangannya menegakkan perjuangan Islam turut ditegur oleh Ahli Parlimen Pas yang pada pandangan beliau seharusnya memberi sokongan. Justeru dalam menyatukan umat Islam, Zulkifli berpendapat berikutan sikap taksub kepartian yang masih lagi melumuri sesetengah pemimpin politik beliau mencadangkan Raja-Raja Melayu memainkan peranan pro aktif dalam soal itu. ‘‘Sudah tiba masanya kita bersatu demi Islam,’’ kata beliau.


Wartawan : YB telah membangkitkan soal kenyataan khas Raja-Raja Melayu dalam Parlimen, apa tujuan sebenarnya?


ZULKIFLI: Kenyataan khas Raja-Raja Melayu itu ingin memperingatkan semua pihak bahawa perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu dipersoal atau dipertikaikan. Saya kupas dalam konteks bahawa Islam ini bukan sahaja dari segi syarak dikatakan tinggi tetapi Perlembagaan negara sendiri meletakkan Islam itu tinggi. Pertama, ia berdasarkan kepada beberapa peruntukan contohnya Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang tidak ada di mana-mana negara pun. Artikel itu mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam ia tidak boleh diganggu.
Malah negeri-negeri juga dibolehkan menggubal sebarang akta dan undang-undang menyekat perkembangan agama lain kepada orang Islam. Ketiga, di bawah Artikel 12 kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah membantu institusi-institusi pendidikan Islam. Lagi satu contoh ialah Perlembagaan menetapkan penubuhan sebuah mahkamah khusus untuk orang Islam bagi melaksanakan undang-undang Islam.
Ini semua adalah antara peruntukan yang ada dalam Perlembagaan yang memberi gambaran jelas bahawa Islam diletakkan di tempat yang tinggi. Keistimewaan ini juga boleh kita lihat apabila di bawah Artikel 150 menegaskan bahawa Yang di-pertuan Agong apabila mengisytiharkan darurat boleh bersama dengan Parlimen menggantung atau membatalkan undang-undang atau membuat apa sahaja perkara yang perlu untuk darurat itu tetapi di bawah Artikel 150 (6A) menyatakan biarpun mempunyai kuasa yang begitu luas satu perkara tidak boleh disentuh ialah undang-undang Islam. Jadi dalam konteks itu sahaja sudah nampak bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan Islam di tempat istimewa yang tidak ada pada agama lain malah dalam Perlembagaan tidak sebut pun agama lain.
Keadaan itu berlaku, pertama kerana ia berdasarkan kepada asal usul sejarah negara ini dan kedua, Islam itu menjadi tonggak kestabilan politik negara ini. Sebab itu Islam tidak boleh diganggu-gugat dan sekaligus ia bermakna perkara yang ada kaitan dengan Islam tidak boleh disentuh contohnya Raja- Raja Melayu. Ini kerana mereka adalah pelindung kepada agama Islam, kedua takrif orang Melayu dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan selain berbudaya dan berbahasa Melayu, dia mesti beragama Islam.
Oleh itu kaitan antara Melayu dengan agamanya itu rapat. Sehingga ada kata-kata bahawa Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Kalau dilihat secara menyeluruh dalam Perlembagaan keistimewaan dan ketinggian agama Islam itu memang ditetapkan.
Jadi disebabkan itu Islam sebenarnya tonggak kestabilan politik dalam negara dan tonggak keharmonian rakyat negara ini. Justeru apa juga perkara berkaitan Islam tidak boleh ‘main-main’.

Wartawan: Tetapi sejak kebelakangan ini soal Islam itu sering diganggu-gugat. apakah ini mungkin berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu?


ZULKIFLI: Ia terjadi kerana kemungkinan ada pihak sedar bahawa di situ terletaknya tonggak kekuatan negara. Jadi apabila Islam dilemahkan atau diganggu-gugat akan berlaku ketidakstabilan politik. Apa yang berlaku sekarang ialah wujud persepsi bahawa orang Melayu itu tidak bersatu. Sebab itulah Raja- Raja Melayu bertitah dalam konteks ini bahawa orang Melayu perlu bersatu dari segala segi walaupun berbeza fahaman politik dan lain-lain.
Sebab itu kalau kita tengok dalam konteks politik sebenarnya kalau orang Islam bersatu dari segi mempertahankan Islam bukannya siasah (politik) seperti bergabung dan sebagainya Islam akan menjadi kuasa politik yang kuat. Contohnya, dalam Parlimen terdapat 132 ahli Parlimen beragama Islam. Mungkin kita tidak boleh bersatu dari segi kepartian tetapi kenapa kita tidak boleh bersatu dari segi mempertahankan Islam? Seharusnya walaupun kita berdiri atas platform parti politik masing-masing kita perlu bersatu apabila timbul isu berkaitan Islam.
Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau semua ahli Parlimen Islam bersatu suara dalam hal ehwal Islam, sudah pasti ia akan menjadi kuasa yang cukup kuat malah hampir-hampir dua pertiga.
Lihat kaum lain mereka akan bersatu kalau timbul isu berkaitan dengan kaum mereka. Contohnya, isu penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mereka bersatu suara walaupun daripada parti politik yang berbeza. Kenapa dalam Parlimen mereka boleh bersatu maksud saya dalam memperjuangkan sesuatu isu. Ini yang seharusnya dilakukan oleh orang Islam. Mereka perlu bersatu dalam isu walaupun tidak boleh bersatu dari segi politik.

Wartawan : Tidakkah saudara khuatir implikasi perjuangan saudara

memartabatkan Islam kelihatan tidak senada dengan Pakatan Rakyat?


ZULKIFLI: Sebagaimana yang telah saya tekankan banyak kali, saya utamakan Islam dalam apa juga perjuangan. Saya akui saya bukanlah Muslim yang terbaik, tetapi saya akan berikan yang terbaik untuk Islam. Bagi saya, Islam mesti didahulukan dalam apa jua perkara. Kalau ditakdirkan perjuangan memartabatkan Islam ini bercanggah dengan perjuangan Pakatan Rakyat atau mana-mana parti sekalipun, saya tetap akan utamakan Islam. Seperti yang pernah saya sebut, I am a Muslim first, party member second; I am a Muslim first, a lawyer second. I am a Muslim first an MP second. I am a Muslim first, everything else is second.

Wartawan : Walaupun YB bercakap tentang Islam tetapi Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad menganggap nada YB seperti suara UMNO?


ZULKIFLI: Inilah contoh bagaimana orang Islam tidak boleh bersatu dari segi isu bukannya politik. Apatah lagi kalau penentangan itu datangnya daripada Ahli Parlimen Pas. Dia bercakap seolah-olah dia bukan orang Pas. Ini yang menjadi masalahnya. Apa yang saya bahaskan dalam Parlimen adalah menyentuh soal Islam dan sama sekali tidak berkaitan dengan politik. Sepatutnya dia menyokong saya tetapi disebabkan tebalnya fahaman kepartian dia mengambil sikap menolak hanya kerana bunyi ucapan saya boleh menyokong UMNO sedangkan apa yang saya ucapkan boleh membantu Islam. Saya sempat bertanya dengan beliau dari segi apakah ucapan saya salah. Dia jawab isu berkaitan Islam dan orang Melayu itu dimainkan oleh UMNO. Kalau macam itu tidak bolehlah. Dia sepatutnya menyokong saya. Ertinya, kita ini mengamalkan sikap ikut kepartian bukan isu.


Wartawan : Bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini kerana UMNO perlu menjaga hati rakan-rakan dalam BN manakala PKR dan Pas pula menjaga hati DAP bila hendak bercakap soal Islam?

ZULKIFLI: Di sini saya rasa perlu ada satu pihak yang memainkan peranan untuk memanggil kesemua pemimpin politik beragama Islam duduk semeja berbincang. Kita jangan cakap dari segi Melayu tetapi cakap dari segi Islam. Ini kerana kalau kita bercakap dari segi Melayu pasti ada yang akan menentang. Saya berpendapat pihak yang paling efektif untuk memainkan peranan berkenaan ialah Raja- Raja Melayu, mungkin Yang di-Pertuan Agong sendiri. Mungkin mula dengan persamaan bahawa kita satu tuhan, satu nabi dan satu kitab. Kalau UMNO panggil Pas tidak akan pergi begitulah sebaliknya. Tetapi kalau Tuanku panggil mereka pasti akan menyambutnya.

Wartawan : Bukankah sebelum ini sudah ada pakatan antara UMNO dan Pas dalam soal itu?

ZULKIFLI: Tetapi ia gagal kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan parti. Ia tidak akan berjaya. Apa yang harus dilakukan ialah menggunakan pendekatan isu seperti mana dibuat oleh bangsa lain. Mereka menggunakan pendekatan isu. Sebab itulah kalau kita lihat biarpun MIC dan PKR mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi dalam isu Hindraf mereka bersatu. Begitu juga dalam isu Teresa Kok kenapa MCA dan DAP boleh satu suara. Jadi yang hairannya kenapa kita orang Islam tidak boleh berbuat demikian?

Wartawan : Pemimpin-pemimpin politik Islam bukannya tidak memahami bahaya yang menanti, selain Raja- Raja Melayu tidakkah ada mekanisme lain untuk menyatukan mereka?


ZULKIFLI: Mereka perlu duduk berbincang. Sebab itulah pentingnya ada muzakarah atau muqabalah. Bagaimanapun saya tidak nampak cara itu akan berkesan. Bagi saya dalam usaha ini ia harus melibatkan pihak yang neutral. Sebab itu dalam ucapan di Parlimen saya menegaskan bahawa Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan yang lebih aktif.
Ini kerana saya lihat itu sahaja caranya untuk menyatukan orang Melayu dan Islam. Justeru Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan kerana pihak-pihak lain sudah dianggap mempunyai sikap taksub yang tebal terhadap parti.

Wartawan : Tidakkah tekanan demi tekanan yang berlaku ke atas orang sekarang adalah berikutan keputusan pilihan raya umum, YB bersetuju dengan pandangan ini?


ZULKIFLI: Masalahnya bukan Melayu merasakan mereka yang mencetuskan perubahan atau tsunami politik pada 8 Mac lalu. Oleh itu orang kata sekarang ini masa untuk mengutip habuan. Bagi mereka yang duduk dalam Pakatan Rakyat ia adalah masa untuk ‘membayar balik’. Tetapi hakikat sebenarnya perubahan berkenaan bukan sahaja berlaku disebabkan oleh orang bukan Melayu tetapi juga orang Melayu. Kita tidak menafikan bahawa ia terjadi kerana orang Melayu melihat bahawa ‘penyakit’ di dalam UMNO sudah bertambah parah.
Bagi bukan Melayu atau bukan Islam sekarang, mereka berasa menjadi pencetus kepada gelombang perubahan ini, oleh itu mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat harus patuh dengan tuntutan mereka. Sebab itu berlaku di mana Ahli Parlimen Pas yang seharusnya menyokong saya bertindak sebaliknya. Ertinya tidak boleh bercakap soal Islam atau negara Islam. Kita seolah-olah bimbang kalau main banyak sangat isu Islam kita akan kehilangan sokongan bukan Islam ertinya harus mengikut teori kononnya tsunami itu dicetuskan oleh bukan Islam.
Dalam soal ini saya menasihatkan pemimpin Islam supaya jangan kita hilang gambaran besar iaitu Islam. Buat apa hendak kita berkuasa kalau kita kehilangan agama kita.


Wartawan: Dalam menegakkan hak Islam ini kita juga berhadapan dengan orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan seumpama itu?


ZULKIFLI: Apa yang menjadi kerisauan kepada kita ialah muncul kumpulan baru di kalangan generasi muda orang Melayu yang longgar kepada agama. Mereka ini mempunyai fahaman Islam liberal. Golongan ini sudah nampak mula melonjak. Satu sebabnya mereka ini terdiri daripada golongan elit dan terpelajar justeru pendedahan mereka terhadap dunia siber lebih luas berbanding orang lain. Mereka dilihat sebagai golongan yang mewakili suara Melayu baru. Ini bermakna berlaku satu lagi pecahan di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara lagi, fahaman golongan muda berusia 20-an dan 30-an terhadap sejarah agama dan bangsa terlalu longgar kerana mereka terdedah kepada idea-idea liberal sebab itu mereka mengambil sikap sedemikian. Mereka ketepikan soal agama sebaliknya mengutamakan soal hak asasi manusia. Kalau tidak ditangani segera masalah ini khuatir bangsa kita menjadi satu bangsa berbeza-beza.

wartawan: Siapa yang hendak menangani masalah ini?


ZULKIFLI: Tanggungjawab ini terletak kepada kepimpinan politik Islam sama ada UMNO atau Pas termasuklah juga Raja-Raja Melayu. Kita harus bertindak daripada sekarang dan tidak boleh menunggu lagi. Kalau kita biarkan fenomena berkenaan orang Melayu boleh terancam. Jadi tanggungjawab besar ini ada kepada kepimpinan politik Melayu-Islam. Mereka perlu mainkan peranan pro aktif bagi menghalang satu bencana kepada bangsa Melayu beragama Islam. Kita tidak mahu satu hari nanti Melayu hanya tinggal nama sahaja. Kekuatan bangsa Melayu adalah kepada agama Islam kalau tidak ada agama Islam berakhirlah mereka. Mereka akan jadi seperti bangsa-bangsa lain. Justeru bagi saya pendekatan berdakwah perlu ditingkatkan. Tetapi malangnya badan dakwah dalam kerajaan terlalu banyak sehingga peranan mereka bertindih akhirnya fungsi mereka tidak berkesan.
Dalam usaha kita untuk mengelak muncul golongan generasi baru Melayu yang longgar kepada agamanya mahu tidak mahu usaha berdakwah kepada golongan ini perlu dipertingkatkan. Secara peribadi, saya berpendapat pendekatan yang pernah digunakan oleh Al-Arqam yang mampu menarik golongan muda menyertai mereka harus dipelajari. Begitu juga pendekatan yang digunakan oleh kumpulan Tabligh.
Sepanjang penglibatan saya dalam perjuangan Islam saya tidak pernah melihat agensi dakwah kerajaan memanggil kumpulan-kumpulan Islam duduk berbincang bagaimana hendak mendekati kaum muda. Saya cukup yakin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang saya lihat mempunyai pendekatan cukup berbeza. Beliau memanggil semua pihak untuk berbincang. Berikutan sikap terbuka beliau saya fikir inilah peluang terbaik untuk kita memperkembangkan dakwah kepada golongan muda.
Selain itu saya berpendapat sudah tiba masanya badan-badan dakwah kerajaan berdakwah kepada bukan Islam. Salah satu contoh terbaik ialah pembinaan masjid Cina – masjid yang pengisiannya melibatkan identiti kaum Cina.
Setakat ini tidak ada masjid yang khutbah, tazkirah atau ceramah dalam bahasa Mandarin atau al-Qurannya ada terjemahan dalam bahasa itu. Akibat daripada kekurangan tersebut ia mewujudkan persepsi bahawa kalau memeluk Islam ertinya masuk Melayu. Ini persepsi yang salah. Cuba bayangkan orang Cina, tiba- tiba dengan khutbah bahasa Mandarin.
Saya mendapat idea ini apabila seorang budak berketurunan India di Jalan Masjid India memeluk Islam selepas mendengar khutbah dalam bahasa Tamil. Justeru saya cadangkan oleh kerana kaum Cina selalu dikaitkan dengan perniagaan tapak terbaik untuk membina masjid berkenaan ialah bekas Penjara Pudu. Kita bina masjid berorientasikan Cina bermakna masjid itu juga pusat perdagangan seperti mana di Surabaya dan Palembang. Di masjid berkenaan semuanya menggunakan bahasa Mandarin.
Selain itu kompleks berkenaan mesti mempunyai kaitan dengan sikap kaum Cina yang dianggap masyarakat perdagangan dengan cara mewujudkan kedai-kedai di sekitarnya. Melalui cara ini kita akan dapat menghapuskan persepsi bahawa memeluk Islam bererti masuk Melayu.

wartawan : Suara orang Islam juga dikatakan tidak begitu terserlah dalam Majlis Peguam, apa halangan untuk menubuhkan Majlis Peguam Muslim?


ZULKIFLI: Halangan utama ialah legislatif. Sudah ada contoh di United Kingdom dan Australia bahawa badan peguam seharusnya tidak dimonopoli oleh satu badan sahaja. Di sesetengah negara mereka mempunyai tujuh badan peguam, oleh itu sepatutnya ada badan peguam alternatif di Malaysia, kenapa perlu ada Majlis Peguam sahaja? Kenapa tidak diwujudkan Majlis Peguam Muslim, contohnya.
Ini bagi membolehkan peguam yang beragama Islam memilih sama ada untuk berada di bawah Majlis Peguam atau Majlis Peguam Muslim. Tetapi malangnya kita berhadapan dengan masalah kekangan tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan sebuah lagi badan peguam ditubuhkan sedangkan kita ada Akta Profesion Guaman. Sekarang kelemahan yang ada kepada Majlis Peguam ialah mereka tidak boleh meliputi peguam lain contohnya seperti peguam syarie. Justeru apabila timbul masalah di kalangan peguam syarie apa badan yang akan mengawal mereka? Dari segi salah guna kuasa dan salah laku guaman ada juga peguam syarie yang melakukannya, itu kita tidak nafikan tetapi siapa yang akan memantau mereka. Ini peluang untuk pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah badan baru Majlis Peguam Muslim yang merangkumi peguam sivil dan syarie. Ini sudah pasti akan memberi peluang kepada peguam Islam untuk duduk di bawah Majlis Peguam Muslim.
Setakat ini di kalangan peguam Islam mereka hanya menganggotai badan yang bertaraf pertubuhan seperti Persatuan Peguam Muslim, Persatuan Peguam Syarie dan Persatuan Peguam Pembela Islam.

Wartawan: Apakah peguam-peguam Islam tidak mampu menguasai pentadbiran Majlis Peguam?


ZULKIFLI: Masalah jumlah peguam Islam tidak cukup. Kita cuma ada sekitar 40 peratus daripada keseluruhan peguam dan lebih buruk lagi banyak peguam Islam tidak aktif. Macam pemilihan jawatan dalam Majlis Peguam kalau peguam Islam benar-benar aktif sudah pasti kita boleh menguasai majlis berkenaan. Ia berlaku kerana daripada 13,000 jumlah peguam Islam hanya 2,000 hingga 3,000 sahaja yang mengundi. Kalau semua 40 peratus peguam Islam mengundi, boleh bawa perbezaan.
Ini pun sudah menampakkan bagaimana di kalangan peguam Islam pun tidak bersatu dari segi isu.

ZULKIFLI MUNGKIN TINGGALKAN PKR JIKA ISLAM TIDAK DIMERTABATKAN


Ahli parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin dikatakan akan meninggalkan Keadilan gara-gara perjuangan yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan Parti Keadilan.
Sumber terdekat dengan Zulkifli memaklumkan, Zulkifli semakin muak dengan tindakan kepimpinan Keadilanyan secara terang-terangan memberi layanan istimewa kepada kaum yang bukan beragama islam.
"Dasar perjuangan Zulkifli ada jelas, islam adalah tonggak kekuatan di Malaysia, tetapi pimpinan keadilan lebih berminat melayan kerena kumpulan bukanagama islam. perkara ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Zulkifli" kata sumber itu.
Bagaimanapun sumber berkenaan tidak menjelaskan apakan Zulkifli akan mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana parti lain termasuk BN.
"Seperti yang beliau cakap dalam parlimen, pendirian itu yang beliau pegang dan tak mungkin pendidrian itu akan berubah sekiranya pimpinan Keadilan tidak memberi keutamaan kepada islam" tegas sumber itu lagi.
Zulkifli sebelum ini dikecam banyak pihak yang memperjuangkan soal kebebasan termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri kerana melakukan demonstrasi membantah forum ‘Masuk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Ogos lalu kerana forum tersebut cuba untuk mencampuri urusan agama Islam.
Khamis lalu beliau melepaskan ‘peluru penaburnya’ yang terkena kepada semua pihak.
Baik kerajaan mahupun pembangkang termasuk parti yang diwakilinya iaitu PKR, semua tidak terlepas daripada ‘serangan’ beliau yang tajam dan tepat pada sasarannya.
Ini jelas apabila beliau melahirkan rasa kesalnya kerana PKR menyoal ketuanan Islam dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut agama-agama lain.
Serentak dengan itu beliau menyifatkan pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah tidak mempertahankan Islam.
Sedangkan katanya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.
‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.
Kenyataannya itu jelas merujuk kepada tindakan rakan parti pembangkangnnya yang membangkitkan isu-isu yang disebutkannya itu.
Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka. Dalam nada tegas Zulkifli berkata, “Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah”.
Kelantangan Zulkifli itu menyebabkan tidak ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun dan cuba menyanggah pendiriannya.
Namun, selepas ini apakah kelantangan beliau di Dewan Rakyat akan menerima nasib yang sama dengan tindakannya menghadiri perhimpunan membantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam iaitu dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.
Atau akan bersuarakah golongan yang memperjuangkaan kebebasan termasuk soal agama dalam PKR dan pakatan pembangkang berhubung pendirian Zulkifli itu.
Paling menarik PAS sendiri sebagai parti yang menggunakan nama Islam tidak mempunyai wakil yang berani bangun mempertahankan Islam seperti mana yang dilakukan oleh Zulkifli.

SENARIO POLITIK SEMASA DI MALAYSIA

Politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.

Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.

Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya. Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.

Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.

Memusa Hitamkan -

1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang.
2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.

Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.

Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik.
1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis.
2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.

Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.

Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah. - di petik dari The Art of Husin Lempoyang

Saturday, October 25, 2008

BANJIR DI KEDAH SEMAKIN SURUT TETAPI PENDDUDUK DI KAWASAN RENDAH PERLU SIAP SEDIA

BANJIR DI KEDAH MEMAKSA LEBIH DUA RIBU PENDUDUK DI PINDAHKAN.
Banjir di Kedah terutama di daerah Alor Star dan Kubang Pasu semakin surut dengan 311 daripada 1,414 mangsa banjir di kedua-dua daerah itu dibenarkan pulang ke rumah pagi ini manakala keadaan banjir di daerah Pendang, Bandar Baharu dan Yan masih tidak berubah.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zulki fli Ramli berkata, jumlah mangsa banjir yang masih berada di kesemua 17 pusat pemindahan sehingga pagi ini ialah 1,908 orang daripada 477 keluarga.
``Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di daerah Alor Star ialah seramai 885 orang, Kubang Pasu (218), Pendang (226), Bandar Baharu (18) dan Yan (561),’’ katanya ketika dihubungi hari.
Sementara itu Orang ramai yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir dan di cerun bukit dinasihat berwaspada pada musim peralihan monsun ini yang dijangka berakhir pada pertengahan November.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Dr Yap Kok Seng berkata musim peralihan monsun yang bermula pertengahan September lepas membawa hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang dan malam di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
"Sejak September lepas, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara telah mencatatkan hujan melebihi paras normal."
Keadaan ini menyebabkan banjir kilat dan kadangkala terjadi tanah runtuh di cerun-cerun yang kurang stabil di negeri-negeri berkenaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata hujan lebat dan ribut petir adalah fenomena biasa pada musim peralihan monsun.
"Pada tahun ini hujan adalah lebih banyak kerana suhu di permukaan laut yang lebih panas di rantau ini menyebabkan lebih banyak awan hujan terbentuk di sekitar negara kita," katanya.
Yap berkata JMM akan memantau dan mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora jika keadaan memerlukan.Mengenai musim Monsun Timur Laut yang akan bermula pertengahan November, Yap berkata cuaca dijangka lebih lembab daripada biasa dengan angin timur laut yang kuat semasa hujan lebat menyebabkan laut bergelora.
Negeri yang akan mengalami hujan Monsun Timur Laut ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarah berpindah.

SURAYA MENANG KETUA WANITA PENDANG


Ahli dewan undangan negeri Sungai Tiang di kedah, Suraya Yaacob dipilih sebagai Ketua Wanita umno bahagian Pendang selepas berjaya menewaskan pencabarnya, Puan Fatimah.
Suraya memperolehi 283 undi manakala Puan Fatimah yang juga bekas ADUN Sungai Tiang hanya memperolehi 135 undi.
Mesyuarat wanita umno Pendang diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang siang tadi.
Dengan Kemenangan ini bermakna, peluang Suraya yang turut menawarkan diri untuk jawatan ahli jawatankuasa pergerakan wanita pusat agak cerah memandangkan di Kedah tidak banyak tokoh wanita yang boleh diketengahkan.
Suraya sebelum ini memegang jawatan bendehari Puteri Umno Malaysia.

BENARKAH HUBUNGAN PAS-KEADILAN BERKOCAK GARA-GARA KUMPULAN EDROGAN...?


Isu muqabalah PAS-Umno dan hubungannya dalam Pakatan Rakyat masih berlarutan di internet walaupun selepas berakhir muktamar tahunan parti itu baru-baru ini.
Kali ini satu blog khas dibangunkan untuk mengecam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang dianggap mewakili kumpulan yang menentang rundingan sulit parti itu dengan Umno.
Selain itu ia juga mengutuk beberapa pemimpin kanan PAS yang digelarnya “kumpulan Erdogan” yang didakwa diketuai oleh Husam.
Setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli turut menjadi mangsa serangannya.
Terbaru, sasarannya dihadapkan kepada timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad.
Menurut sumber yang dipercayai dibina oleh orang dalam parti itu sendiri menjelang muktamar PAS ke-54 baru-baru ini, Anti Husam (www.antihusam.blogspot.com) turut mendakwa pemimpin kanan itu ke luar negara bersama penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa restu PAS.
Blog turut mendakwa Anwar berjanji “memberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh Pakatan Rakyat pada 16 September nanti.”
Jawatan Husam itu didakwa dijanjikan oleh Anwar sewaktu mereka di Dubai pada Jun lalu - yang digelar blog itu sebagai “Deklarasi Dubai” - bagi membincangkan strategi menghalang muqabalah PAS-Umno.
“Pertemuan (PAS-Umno) itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan Umno akan gagal sama sekali di masa hadapan,” satu artikel blog itu dipetik.
Ia mendakwa, untuk mencapai matlamat sedemikian, exco kerajaan Kelantan itu mengumpulkan “orang-orangnya” termasuk dua ahli jawatankuasa pusat Dr Dzulkifli Ahmad serta Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Penulis blog Anti Husam, yang tidak mendedahkan identitinya, menamakan pemimpin-pemimpin ini sebagai “kumpulan Erdogan”, dipercayai merujuk nama perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mewakili parti Islam beraliran moderat untuk menyesuaikan dengan konteks politik negara itu yang pro-sekular.
“Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan presiden dan timbalannya mengadakan pertemuan dengan Umno.
“Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan Umno.
“Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura…,” coretan yang sama bertarikh 11 Ogos dipetik.
Dalam muktamar PAS di Ipoh antara 14 hingga 17 Ogos lalu, isu muqabalah dengan Umno dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat terus-meneruskan dibangkitkan sehingga memperlihatkan kecenderungan dua aliran dalam parti itu yang condong kepada muqabalah dan satu lagi yang pro-kerjasama dengan Pakatan.
Di sidang muktamar Pemuda PAS, isu muqabalah memuncak sehingga jelas membelah kumpulan perwakilan dewan itu yang menyokong muqabalah, antaranya disuarakan perwakilan-perwakilan Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Seorang perwakilan Terengganu mendesak Husam bersama Salahuddin dan ketua penerangan PAS Mahfuz Omar dikenakan tindakan disiplin dengan alasan pernah mengeluarkan kenyataan terbuka yang dianggap melanggar keputusan pucuk kepemimpinan PAS termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pro-muqabalah.
Dalam ucapan penggulunggannya, Abdul Hadi menegaskan PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat tetapi tidak menolak pertemuan dengan mana-mana pihak, termasuk Umno.
Tidak betah dengan kritikan Anti Husam minggu lalu, Khalid kelmarin melalui blognya (www.khalidsamad-shahalam.blogspot.com) menjawab tuduhan beliau “biadab, tiada akhlak dan menuju ke arah syakhsiyah jahiliyah” kepada presiden PAS.
“Cubalah kita bayangkan betapa rendahnya martabat tuan guru presiden menurut kaca mata Khalid sehingga di-aku-engkau-kan,” dakwa Anti Husam.
Sambil menegaskan rasa hormatnya sewaktu berkata-kata kepada Abdul Hadi dan Nik Aziz, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menjawab:
“Kalimah ‘aku’ kadang-kadang saya gunakan semasa bergurau dengan sahabat handai, tetapi tidak sekali-kali semasa bercakap dengan mereka. ‘Engkau’ saya tidak pernah pakai dan sebaliknya menggunakan ‘awak’ secara kebiasaan.”
Khalid juga menafikan beliau sebahagaian pengikut Husam dan menafikan wujudnya puak-puak dalam PAS.
“Dalam mesyuarat, adakalanya saya menyanggah pandangan Dr Dzulkifli, adakalanya pandangan Husam dan juga sebaliknya. Itu perkara biasa bagi kami. Kita ingin mencari keputusan yang terbaik,” katanya lagi.
Pemimpin kanan PAS Selangor itu juga menjawab dakwaan beliau “berlagak pandai” mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat di negeri itu yang kini ditadbir oleh gabungan tersebut.
Anti Husam berkata pemimpin yang berhak bercakap hubungan parti itu dalam Pakatan di Selangor adalah pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali dan ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi.
Khalid menjelaskan, sebagai pemimpin kanan di Selangor, beliau juga dilantik sebagai pengerusi PASKAD iaitu unit kajian dasar dan strategik PAS negeri.
“Saya tahu apa yang berlaku. Namun saya merasakan masalah yang kita sedang hadapi dalam Pakatan Rakyat adalah perkara biasa,” jelas Khalid.
Bagaimanapun, Khalid tidak menafikan wujudnya perbezaan dengan Sallehen, namun menurutnya “kita tahu adabul ikhtilaf dan tidak membodohkan satu sama lain.”
Anti Husam juga mendakwa Khalid cuba membela kaum Cina dengan meminggirkan Melayu sendiri di Selangor, termasuk pengagihan kerusi ahli Majlis Bandaraya Shah Alam yang didakwa sewajarnya untuk ahli PAS.
Bagaimanapun, ahli parlimen Shah Alam menjelaskan, bahawa Anti Husam menganut sikap perkauman dan berfikiran sempit.
“Sebenarnya, peruntukan untuk PAS diisi oleh orang PAS. Ada pula peruntukan untuk NGO dan profesional. Ang yang saya cadangkan adalah pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley. Saya cadangkan nama beliau untuk mengisi peruntukan NGO,” kata Khalid.
Khalid menjelaskan, pemimpin persatuan penduduk itu “amat berjasa kepada PAS kerana berkerja keras untuk PAS semasa pilihanraya umum 1999 hingga 2008″.
Khalid juga menolak dakwaan Anti Husam yang menyifatkan dirinya sebagai “hero DAP” kerana cuba menenangkan pertikaian dua ahli parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat, Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) minggu lepas.
“Sebenarnya Zulkifli dan Chong bertelagah hasil jolokan Umno-BN. Isu asal berhubung bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi sengaja dikaitkan kepada forum Majlis Peguam.
“Saya masuk untuk menghentikan perbalahan di antara dua wakil Pakatan Rakyat dengan membawa perbahasan kembali kepada isu asal iaitu Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi,” jelas Khalid.
Anti Husam mendakwa bendahari PAS pernah berkata “hah… masuklah Umno kalau macam itu!” sewaktu Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Dr Harun Din menggulung perbahasannya di muktamar.
Oleh itu, blog itu mendakwa Dr Hatta bersikap “cukup kurang ajar” kepada tokoh ulama PAS itu.
Blog itu juga mendakwa Dr Hatta menyelewengkan sumber kewangan parti dan menegaskan “kalau ada masa dan setelah mendapat bukti yang cukup, saya akan bongkarkan penyelewengan yang beliau lakukan dalam menguruskan kewangan PAS.”
Mengenai setiausaha agung parti, Anti Husam mengkritiknya berhubung isu rasa tidak puas hati pemimpin PAS Pulau Pinang dalam pengagihan jawatan di negeri itu dan hasrat mereka untuk memboikot kempen Anwar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang berakhir hari ini.
Kamaruddin menganggap isu ini “sudah selesai” tetapi blog itu pula mempersoalkan sama ada masalah PAS negeri berkenaan pernah dibincangkan dengan Abdul Hadi dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.
“Atau Datuk (Kamaruddin) hanya perlu menerima arahan daripada bos lama Datuk, iaitu Anwar dan Husam Musa sahaja?
“Ataupun Datuk dah cukup besar kepala, nak langkah bendul mendahului presiden dan timbalan presiden PAS dan cuba menyelesai dan memadam kemelut PAS Pulau Pinang ini dengan cara Datuk sendiri,” Anti Husam terus mengecam lagi.

Thursday, October 23, 2008

CETUSAN RASA UNTUK WAKIL RAKYAT PAS














ini adalah salah satu email yang dikirim pembaca kami siarkan satu darinya untuk tatapan umum.

BAH Di KUALA NERANG - Saya baru balik melawat keluarga di Kg Kuala Pai, Kuala Nerang yg kena banjir dari 20 -22 oktober, ramai penduduk di kampung tersebut yg terlibat dgn banjir, ketika melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di dewan kampung tersebut saya dimaklumkan (diadukan) perkara-perkara berikut ;
i) Puak Umno yang mengurus atau mengelola mangsa2 banjir di situ. Sistem pengelolaannya kurang kemas dan bercelaru, harap pihak berwajib di sana buat siasatan
ii) Bantuan yang sampai dari Jab KEBAJIKAN DAN WAKIL RAKYAT UMNO.

iii) Ahli Parlimen PAS belum menziarahi mangsa2 banjir, dan memang TELAMBAT DAH, pasai bah dah surut. Mereka bersungut "KALAU YB MUNIR, TIME-TIME BAH MACAM NI SEHARI DUA TIGA KALI DIA MAI, LANI YB NASET HARAM BATANG HIDUNG PUN TAK NAMPAK ??????????

IV) Pimpinan PAS Kawasan saya tak pasti ada mai jengok ka dak ?

v)EXCO Kebajikan atau lain-lain EXCO ada mai ka ? YAB Menteri Besar saya harap dapat mencemar duli mai la tengok org padang terap sama, depa pun rakyat Negeri Kedah jugak, BUKANNYA RAKYAT SELATAN THAILAND, BILA DIAJUKAN PERTANYAAN ORANG KAMPUNG, SAYA DENGAN TEBAI MUKA (WALAUPUN SAYA BUKANLAH PIMPINAN PAS, TAPI SAYA ORG PAS) INSYAALLAH SEMUA PIMPINAN KERAJAAN NEGERI AKAN SAMPAI LEPAS NI....SALAM.

NEGERI KEBAJIKAN KELANTAN RUGI RM8.495 JUTA, KERAJAAN KEDAH MUNGKIN IKUT JEJAK YANG SAMA

NEGERI KEBAJIKAN..NIK AZIZ TERPAKSA TANGGUNG KERUGIAN RM 8.495 JUTA.

Kedah dijangka mengikut jejak Kerajaan Kelantan yang terpaksa menangung kerugian disebabkan lebihan bayaran pampasan sebanyak RM8.495 juta menerusi Skim insuran Takaful Kifaalah bagi warga emas.
meskipun Kedah dalam proses memperkenalkan skim berkenaan, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa
bahawa Kerajaan Kelantan terpaksa menangung kerugian berjuta ringgit berpunca apabila ujuran kematian bagi warga emas meningkat sebanyak dua peratus.
slogan kedah sebagai negeri kebajikan yang dilancarkan dalam manifesto Pas sebelum ini memikat hati rakyat kedah hingga memboleh Pas mendirikan kerajaan bersama Keadilan dan DAP atas nama pakatan rakyat.
Husam berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.
Takaful Kifaalah ialah skim takaful untuk warga emas di mana jika seseorang warga tua meninggal dunia, pewaris mereka akan mendapat RM2,500 iaitu RM500 pada hari kematian dan bakinya RM2,000 selepas itu.
Sejak dilancarkan 7 Feb tahun lepas, seramai 7,299 warga tua telah meninggal dunia dan sehingga kini 96,921 orang berdaftar di bawah skim itu dari seluruh negeri dan daripada jumlah itu 139,000 adalah warga emas.
Pada masa ini Kerajaan Pas Kedah kehilangan pendapatan hampir RM 50 juta kerana mengurangkan cukai tanah dan pintu bagi memenuhi kandungan manifesto pada pilihanraya umum ke-12 lalu.
Beberapa skim bantuan yang terkandung dalam manifesto berkenaan masih gagal dilaksanakan hingga kini. Antaranya memberi air percuma kepada rumah-rumah ibadat, menubuhkan dana khas bagi membantu golongan belia mendirikan rumahtangga dan sebagainya.
Kegagalan umtuk memperkenalkan skim berkenaan dikatakan bagi mengelak Kerajaan negeri dari terus kehilangan pendapatan sekaligus akan membawa kepada bangkrap
AMPANGAN PEDU YANG DIGENANGI AIR AKIBAT HUJAN YANG MENCURAH-CURAH SEJAK BEBERAPA HARI LALU SEKALIGUS MENJADI PUNCA BANJIR DI KEDAH.

Banjir di Kedah secara keseluruhannya bertambah buruk apabila dijangka lebih ramai mangsa akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana hujan terus mencurah-curah.
Sehingga lewat malam tadi enam daerah di Kedah ditenggelami air .
Bandar Baharu adalah satu-satunya daerah yang mencatat pengurangan jumlah mangsa banjir apabila 21 orang dibenar pulang ke rumah.
Bagaimanapun lebih 1,720 mangsa banjir masih menghuni 19 pusat pemindahan di daerah Kota Star, Kubang pasu, Padang Terap, Pendang, Bandar Baharu dan Kulim.
Jumlah yang dipindahkan pagi ini ialah 1,670 orang.
Mangsa yang dipindahkan itu membabitkan 412 keluarga.
Jumlah yang dipindahkan di daerah Kota Star ialah 896 orang, di Kubang Pasu (630), Padang Terap (118), Pendang (11), Bandar Baharu (21) dan Kulim (23).

TIMBALAN MENTERI PENERANGAN KENA SERANG YB-YB PEMBANGKANG DAN BN GARA-GARA BANGKITKAN SOAL ASAL-USUL BANGSA MELAYU

MANIS DAN SOPAN DENGAN BERBAJU KURUNG...MALANGNYA MINDA LIAN HOE YANG MASIH TERKURUNG APABILA MEMPERTIKAIKAN ASAL-USUL ORANG MELAYU. JUSTERU TIDAK HAIRANLAH BELIAU DITEMPELAK YB DARI BN DAN PEMBANGKANG.

Wajar atau tidak wajar..tetapi itulah hakikatnya apabila Ahli Parlimen dari BN dan PAS bertindak menyerang Timbalan Menteri berhubung isu asal-usul Melayu.
Serangan di Dewan Rakyat itu bermula pabila Datuk Tan Lian Hoe yang juga Ketua Wanita GERAKAN ‘diserang’ bukan sahaja oleh Ahli Parlimen Barian Nasional (BN) kerana isu orang Melayu yang juga dikatakan pendatang di negara ini tetapi juga pembangkang.
Isu tersebut bermula apabila Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub bertanyakan soalan tambahan kepada Lian Hoe mengenai nilai berita yang disiarkan oleh RTM.
Sallahudin bertanya “Apa kriteria atau keutamaan berita yang disiarkan RTM. Adakah ia termasuk mengungkit asal-usul orang Melayu seperti yang dilakukan Yang Berhormat” .
Lian Hoe yang kelihatan terganggu dengan soalan itu enggan melawan soalan berkenaan dan menganggap isu asal-usul Melayu itu telah selesai.
Sebaik saja mendegar penjelasan itu, Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamed Abdul Aziz bangun mempertikaikan bahawa isu tersebut telah selesai.
“YB sendiri yang ungkit fakta sejarah asal-usul kaum. Sebagai Timbalan Menteri tindakan YB adalah tidak wajar...mana boleh selesai,” katanya.
Ketika mempertahankan diri, Lian Hoe berkata, ucapan beliau beliau mengenai isu tersebut telah disalah tafsir dan meminta mana-mana pihak yang tiak berpuashati menemuinya bagi mendapatkan penjelasan.
Kenyataannya itu bukan meredakan keadaan malah menimbulkan lagi kemarahan Mohamed. “Kenapa kita perlu berjumpa YB. YB yang perlu berjumpa kami kerana bangkitkan isu ini. Apa duduk-duduk (ketika diminta duduk oleh Speaker)...Soal bangsa, kita tidak akan duduk,” tegas mohamed.
Mohamed nyata tidak berpuas hatidengan Lian Hoe ia jelas dapat dilhat pada Majlis Aidilfitri Kementerian Penerangan di Kementerian itu pada sebelah tengahari, Mohamed kelihatan tidak bersalaman Lian Hoe kerana kecewa dengan tindakan Timbalan Menteri Penerangan itu yang melukakan perasaan orang Melayu.

BANJIR DI KEDAH SEMAKIN BURUK WAKIL RAKYAT PAS AMBIL SIKAP ACUH TAN ACUH.


Semakin parah....mangsa banjir di Kedah terus meningkat berikutan paras air meningkat akibat hujan lebat.
Sehingga tengahari ini jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat mencecah angka 1,800 orang berbanding 1,249 kelmarin.
Tujuh daerah dilanda banjir iaitu Kota Star, Pendang, Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Bandar Baru dan Yan.
Sehingga kini, sebanyak 19 buah pusat pemindahan banjir dibuka .
Jabatan Metrologi meramalkan Hujan lebat akan berterus hingga 7 November depan.
Kota Star dan Kubang Pasu paling teruk terjeas dalambanjir kali ini. Di Kota Star sebanyak 16 kampung terlibat manakala Kubang Pasu dan Padang Terap masing-masing tujuh buah kampung, sementara dua buah kampung lagi masing-masing di daerah Pendang dan Bandar Baharu.
Lapan pusat pemindahan banjir dibuka di Kota Star yang menempatkan 940 mangsa daripada 232 buah keluarga.
Pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang (32 mangsa) Titi Gajah (111); Bukit Hijau Derang (543); Surau Pondok Kepala Bukit (18); Dewan Orang Ramai Anak Bukit (12), Surau Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (38) serta SK Gunong (176) manakala 10 orang ditempatkan di Surau Kg. Permatang Limau.
Di Kubang Pasu, sebanyak lima pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan Lahar Dalam yang menempatkan 81 mangsa; Pertubuhan Peladang Kawasan Pelubang (164); SK Penghulu Haji Darus (33); SK Jitra 2 (179) dan SK Bukit Tinggi (22) serta Masjid Kepala Batu, 151 mangsa.
Lima buah pusat pemindahan di Padang Terap bagaimanapun telah ditutup dan hanya tinggal 181 mangsa ditempatkan di Dewan Kuala Pai.
Satu pusat pemindahan dibuka di daerah Pendang iaitu di Pejabat Penghulu Mukim Guar Kepayang yang menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga dari Kampung Sukamari.
Sementara itu,
Di Yan pula, sebanyak 120 orang daripada 30 keluarga ditempatkan di pusat sementara Masjid Titi Teras ekoran banjir mula melanda daerah berkenaan.
Sementara itu penduduk dikawasanyang dilanda banjir melahirkan rasa kecewa dengan sikap wakil rakyat terutamaang dari Pas yang bersikap acuh tan acuh dalam membantu mangsa.
Penduduk mendakwa, wakil rakyat terbabit bukan saja tidak turun padang, sebaliknya menyepikan diri kerana bimbang perlu mengeluarkan bantuan kepada mangsa.
Haji Shafie dari kampung Pondok Chegar, Alor star berkata, beliau telah cuba menghubungi wakil rakyat kawasan anak bukit, tetapi gagal.
"Saya dimaklumkan dia pi luar negara dengan menteri besar, masa kami susah depa tak ada musm pilihanraya sehari tiga empat kali mai rasa sedih juga" katanya.

Wednesday, October 22, 2008

BAH OH BAH.




bah oh bah..di mana MB kami dah lemas ini....

Banjir di Kedah bertambah buruk semalam apabila hampir 1500 penduduk di beberapa daerah termasuk daerah Kota Star, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan. Daerah Kota Star paling teruk dilanda banjir apabila lebih 400 penduduk dari 78 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan selepas air Sungai Anak Bukit melimpah kawasan kampung di sekitar Gunung Keriang.
Di Kubang Pasu, lebih450 penduduk daripada 81 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan.
Mereka yang dipindahkan adalah dari Kampung Lubuk Batu, Tok Keong, Lahar Dalam, Kelubi Luar dan Sungai Keroncong apabila Sungai Lubuk Batu melimpah.
Sementara itu, di Padang Terap, 200 penduduk daripada 43 keluarga dari Kampung Kuala Pai, Tanjung Putus, Malau dan Kubang Lintah terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan di kampung masing-masing.
Paras air di Sungai Kuala Nerang berada pada paras melebihi 17.45 meter, melangkaui paras bahaya.
Tiga kampung di daerah Pokok Sena, Kampung Bukit Derang, Bukit Hijau dan Padang Temusu turut dilanda banjir semalam menyebabkan 150 penduduk dari 54 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau.
Di daerah Kota Star, 55 penduduk daripada 11 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah apabila Kampung Alor Senjaya dinaiki air sejak kelmarin. Beberapa kawasan di daerah Pendang mula dinaiki air dan sehingga semalam sekeluarga empat beranak dipindahkan ke pejabat penghulu mukim Guar Kepayang.

DR JAWAB KRITIKAN PAK LAH....

Pertelingakah antara perdana menteri dan Tun Dr Mahathir menyebabkan Datuk Seri Najib "tersepit" dalam krisis kepimpinan politik Umno, kata pemerhati politik.

Mantan Perdana Menteri ,Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menjawab kritikan terhadap Datuk Seri Abdullah melalui laman blognya mengenai pemilihan UMNO pada 17 Oktober lalu.Bekas Perdana Menteri itu yang ditemui para wartawan selepas satu forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi tidak melihat ia satu perkara yang di luar kebiasaan.
Tun Dr Mahathir menyingkap teguran yang dibuat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap dirinya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.
Katanya beliau menerima teguran itu dengan fikiran terbuka.
Apa yang dipercayai membuat Perdana Menteri terkilan pada tulisan di laman blog itu ialah saranan bekas Perdana Menteri itu supaya tolak orang-orangnya dalam kabinet yang bakal diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.
Datuk Seri Abdullah membidas campurtangan Dr Mahathir dalam urusan UMNO itu dalam sidang akhbar yang diadakan di Kota Kinabalu Jumaat malam.
Dr Mahathir berkata bukan dirinya sahaja yang membuat teguran tetapi banyak orang dari luar parti UMNO yang berbuat demikian. Baginya ia satu hal biasa dalam amalan demokrasi.

Monday, October 20, 2008

PAK LAH OH PAK LAH....

Datuk Seri Abdullah nampaknya mare betul dengan mantan Perdana Menteri, Tun mahathir mOhamad dan Tanseri Muhyiddin Yassin. Menurut komen yang disiarkan melalui blog DEPA KATA, Pada penghujung pemerintahanini, Pak Lah sewajarnya senyum seperti biasa.
Pak Lah kan selalu senyum. Orang sepak kepala Melayu pun Pak Lah senyum sebelum ini. Senyumlah Pak Lah sampai bersara.
Apa yang hendak dimarahkan kepada Tun M walaupun dia di luar UMNO sekarang. Mengapa Pak Lah mendakwa, Muhyiddin cuba hendak menyekat pembaharuan yang akan di bawa oleh beliau.
Apa pembaharuan yang telah Pak Lah bawa selama ini. Apa pembaharuan yang dikehendaki oleh rakyat?. Pada rakyat yang memerlukan pembaharuan seperti berikut:
1. Kepimpinan negara yang tegas, berkemampuan, cekap. Apakalah Pak Lah ada kualiti ini?.
2. Rakyat mahukan ekonomi negara lebih teguh, negara lebih maju dan rakyat mempunyai pendapatan yang tinggi.
3. Rakyat mahukan negara yang aman, taraf kesihatan yang baik, pendidikan yang sempurna pada semua peringkat.
4. Rakyat mahukan negara bersih dari rasuah. Mahukah Pak Lah memnita BPR siasat ahli keluarga beliau.
5. Rakyat mahukan perpaduan Negara lebih kukuh.Ini sebahagian kecil dari perubahan yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia.
rakyat dengar Pak Lah sebutkan, antara perubahan yang beliau hendak bawa ialah, menubuhkan Suruhanjaya Kehakimam, iaitu badan yang akan diberi tanggung jawab untuk melantik hakim-hakim.
Apakah peraturan sekarang tidak betul, jangan hanya ikut pandangan Zaid Ibrahim saorang sahaja. Sekurang-kurang dibincangkan dalam MT UMNO.
Zaman Pak Lah, Menteri yang dilantik pun tidak ada kemampuan, umpamanya Zaid Ibrahim, Amirsham dan Zulhasnan. Zaid semua orang sudah tahu. Amirsham (belum tentu jadi ahli UMNO semasa dilantik)nak jawab soalan di Parlimen pun tidak tahu.
Sebagai Menteri di JPM beliau harus tahu banyak perkara.
Malu la kalau ahli Dewan Rakyat tanya, menteri jawab kata “tak tahu”.
Zulhasnan pula, bila dia sokong Pak Lah mengenai pandangan Muhyiddin kerana masa yang panjang untuk berkempen MT,
kata Zulhsanan, “ itu persepsi seseorang, panjang atau pendek”. Menteri pun tak faham apa tu persepsi.
Persepsi ialah, menilai perkara subjektif. Ini perkara masa, berkaitan dengan perkara yang tepat, satu bulan, dua bulan, tiga bulan. Ini bukan persepsi. Jangkasa masa kempin MT UMNO selama lima bulan, satu jangka masa yang sangat panjang. Bukan persepsi.
Menteri kena masuk sekolah semula. fikir la sendiri

DATO NIK AZIZ DIMASUKKAN KE HUSM

Dato Nik Aziz bersama Pak Lah ketika perdana menteri melawat Negeri Kelantan, beberapa bulan lalu.

Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk menerima rawatan selepas doktor menasihatkan beliau berehat beberapa hari.

berikutan itu beiau tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Dato Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.
“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Dato Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.
Beliau merasa tidak sihat selepas mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.
Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.
Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

HARGA HELIKOPTER EUROCOPTER PULA DIPERTIKAI...


Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta.

Perkara itu didedahkan oleh Angkatan Muda PKR dalam laporan polis yang dubuat oleh Timbalan AMK Mohd Fariz Musa .

Perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan amalan biasa selama ini.

"Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah memaklumkan bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

Monday, October 13, 2008

MUHYIDDIN TOKOH TERBAIK JADI TPM- TUN MAHATHIR

Mantan Perdana Mneteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan 'tokoh terbaik' untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
"Terdapat banyak petanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi saya fikir Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk menjadi timbalan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," kata bekas Perdana Menteri Malaysia.
Dr. Mahathir berkata, Menteri Perdagangan dan Antarabangsa itu kebelakangan ini 'amat lantang' berhubung isu kepimpinan.
Sambil menyatakan sokongan kepada Najib bagi jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata, Muhyiddin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas di peringkat akar umbi.
"Dengan kerja keras dan saling bekerjasama, Najib dan Muhyiddin akan mampu menerajui kerajaan dengan baik.
"Dengan kemelut kewangan global, Malaysia memerlukan kepimpinan yang utuh dan bijak membuat keputusan," kata Dr. Mahathir yang berada di sini untuk berucap pada simposium pelbagai kebudayaan antarabangsa di Austrlia.

KEDAHCORP BUYS 70 PCT STAKE IN MAS INC (PNG)


Kedah Corporation Berhad (KedahCorp), a wholly-owned subsidiary of the state government has become the first government-linked company (GLC) in Kedah to venture into overseas investment by acquiring 70 per cent stake in MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS).
The agreement for the acquisition was signed by KedahCorp Group managing director Capt (Rtd) Akashah Ismail and MAS Incorporated (PNG) Ltd executive chairman Datuk Abdul Manaf Hamid who is also the company’s owner.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak witnessed the signing at his office in Wisma Darul Aman, the state administrative centre.
Headquartered in Papua New Guinea, MAS Incorporated (PNG), set up 15 years ago, is a wholly-owned Bumiputera company engaged in a diverse field covering logging, fisheries, plantation, mining and livestock.
Azizan, who declined to disclose the purchase price, said an agreement was reached after three months of negotiations.He said KedahCorp had earlier studied the situation in Papua New Guinea and was convinced with the cooperation extended by the authorities in the Pacific nation before deciding to buy into MAS Incorporated (PNG).“The government is confident the investment is profitable and hopes the acquisition will pave the way for more Kedah GLCs to expand their investments abroad,” he told reporters after the signing.
Azizan said KedahCorp would also sign memoranda of understanding to enter into joint ventures with several Australian companies and livestock farms to supply cattle and sheep and meat.
Abdul Manaf said the agriculture industry, particularly fisheries and plantation sectors in Papua New Guinea, had potential to be developed as the government was wooing foreign investments.
He said MAS Incorporated (PNG) has been given the logging rights for 200,000 hectares and redevelop the logged area with oil palm, cocoa or other crops suitable to the soil condition.
The company had also signed agreements with landowners in a district in Papua New Guinea to develop their land into agriculture farms including 30,000 hectares for paddy planting, he said.
He said his company was also in the midst of developing the fisheries industry to catch tuna fish in the sea off Bunua Magarida.The company will also venture into gold mining in a 15,000 hectare site at the Baina mining area in central Papua New Guinea, he added.