Monday, January 12, 2009

AHMAD KASSIM MULA BERTINDAK..SINGKIR AHLI PBT DARI PKR YANG DIDAKWA "KACAU DAUN" KERAJAAN PAS NEGERI

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim yang baru dilantik mula mengortak langkah merobek seluruh kekuatan PKR Kedah dengan menyingkirkan Ahli-ahli Majlis, Pihak berkuasa Tempatan (PBT).
Tindakan drastik itu diambil kerana beliau mendakwa sebahagiann besar Ahli Majlis dari PKR terbabit telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Kerajaan Negeri yang diterajui Pas.
Menurut Sumber dalaman PKR, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang juga bekas Presiden ABIM Kedah telah menyenaraikan nama-nama Ahli Majlis yang baru bagi mengantikan ahli PKR yang beliau ketegorikan sebagai "bermasalah".
Senarai Ahli PBT terbabit telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan mereka akan digugurkan dalam tempoh terdekat ini dengan pelbagai alasan yang sengaja direka bagi menghalalkan cara.
"Persoalannya sekarang mereka yaqng disenaraikan adalah terdiri daripada ahli PKR yang sememangnya bersuara lantang dalam menentang dasar yang dipekenalkan oleh Kerajaan Pas pimpinan Ustaz Azizan kerana dasar terbabit telah mengenepikan kepentingan rakyat" jelas sumber itu lagi.
Difaham nama-nama ahli majlis yang bakal digugurkan membabitkan sembilan daripada 15 buah PBT di Kedah.
"saya penuh yakin, tindakan Ahmad Kassim dipengaruhi oleh orang-orang kanan Ustaz Azizan yang mahu menyingkirkan pimpinan PKR yang selama ini telah diketegorikan sebagai "pengacau" kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan egenda tersembunyi mereka, tak kira ia membabitkan kepentingan rakyat mahupun tidak" tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, empat ketua bahagian PKR yang mengambil keputusan meletak jawatan baru-baru ini dilaporkan ada kaitan dengan rasa tidak puas hati dengan tindakan Ahmad Kassim yang cuba menjadikan PKR sebagai PAS.
Tindakan itu amat jelas apabila beliau mengambil alih kepimpinan PKR negeri, pelbagai tindakan yang dilakukan adalah beradasrkan telunjuk pimpinan Pas, sekaligus mengorbankan prisip perjuangan PKR.
"Sebagai pimimpin akar umbi kami kita keliru dengan apa yang cuba diterapkan oleh Ahmad Kassim, mana satu perlu kami jadikan landasan, mengikut prinsip perjuangan PKR yang ditetapkan oleh parti atau menjadi batu loncatan Pas hingga menghancurkan apa yang dibina selama ini," soal beliau.
Dalam pada itu, sumber Pas mengakui, tindak tanduk Ahmad Kassim di dorong oleh pimpinan Pas yang telah lama tidak senang dengan beberapa ahli PKR yang begitu lantang mengkritik dasar Kerajaan negeri hingga memberi gambaran atau imej yang tidak baik kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
"ahli terbabit sebenarnya mempunyai agenda, mereka membuat kenyataan menentang secara terang terangan terhadap dasar yang diperkenalkan oleh Pas kerana mereka tidak diberi projek tertentu yang mereka mahukan" katanya.

No comments: