Monday, June 30, 2008

GAMBAR PEMBANTU ANWAR YANG MENDAKWA DILIWAT OLEH DSI


PERANAN PEGAWAI KCS DALAM KERAJAAN PAS KEDAH SEMAKIN DIPINGGIRKAN...

"TINDAKAN KERAJAAN NEGERI MENGUGURKAN SS DAN SFO DALAM LEMBAGA PENGARAH KEDAH INVEST BUKTI PERANA KCS SEMAKIN DIPINGGIR DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.

Selepas lebih 100 memerintah, Kerajaan Pas Kedah membuat pelbagai perubahan dengan alasan untuk meningkatkan tahap kecekapan dikalangan pegawai.
Namun di sebalik keghairahan pimpinan Pas itu, timbul pelbagai persoalan terutama mengenai peranan pegawai KCS.
Terbaru, menurut sumber di kalangan pegawai KCS, Kerajaan Negeri bertindak mengurangkan peranan terutama dalam GLC.
"Kami dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) di gugurkan daripada menganggotai Lembaga Pengarah dalam Kedah Invest, ini satu lagi bukti KCS dipinggirkan sedikit demi sedikit oleh Kerajaan Negeri" kata sumber itu.
Katanya, kuasa melantik sebagai Lembaga Pengarah mana-mana GLC sememangnya di tangan Kerajaan Negeri, tetapi bilan SS dan SFO tidak dilantik dalam lembaga Pengarah GLC, ia satu perkembangan yang mengejutkan.
Satu lagi sumber memaklumkan, penguguran SS dan SFO dalam Lembaga Pengarah Kedah Invest memberi kejutan kepada KCS .
"Kalau dilihat dari keputusan ini bermakna, perana KCS semakin diketepikan" tambah beliau.
Di sebalik keputusan itu, timbul persoalan dimana Menteri Besar melantik Che Had menganggotai semua Ahli Lembagai GLC.
"Mungkin MB mahu Che Had memainkan peranan lebih utama daripada SS dan SFO" katanya.

USTAZ AZIZAN PULA DI DESAK IKUT LANGKAH MB SELANGOR SINGKIRKAN MENANTU......


Menteri Besar Kedah digesa mencontohi Kerajaan Selangor untuk mengumumkan perletakaan jawatan menantu beliau sebagai pegawai Penyelaras syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah.
Menurut beberapa penyokong kuat Pas di Pekan Langgar keputusan Ustaz Azizan melantik menentunya, yang dikenali 'Yusrain' sebagai penyelaras GLC bukan saja tindakan yang tidak bijak malah boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang ramai.
"Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul," itulah antara peringatan yang terpacul dari mulut Haji sa'ari Mutalib.
Beliau yang juga menyokong kuat Mahfuz Omar berkata, keputusan Ustaz Azizan itu telah mencetuskan polimik tidak puas hati di kalangan penyokong Pas, kerana masih ramai yang berkebolehan dan tidak ada hubungan dengan Uztaz Azizan mampu melakukan tugas itu dengan baik.
'Kenapa perlu dinafikan kebolehan orang lain, ramai yang tidak mempunyai kepentingan mampu melaksanakan tugas itu dengan profesional" tegas.
Saranan Haji Sa'ari itu turut di sokong oleh Muhamad Shafie Omar dari Langgar Limbong.
Katanya, sebagai pemimpin beliau perlu membuat keputasan yang tepat dan tidak mempunyai sebarang kepentingan.
"Ana bimbang perkembangan ini akan menjejaskan kredibiliti Ustaz Azizan akan terjejas, beliau pemimpin yang disegani di semua peringkat, jadi kami tak mau imej beliau terjejas" kata Muhamad Shafie yang lebih dikenali sebagai pak tam Pie.
Seorang graduan lulusan jurusan undang-unang yang belum mendapat sebarang pekerjaan turut memberi pandangan dalam isu berkenaan.
"Saya bukan orang politik, tapi bagi saya keputusan MB itu amat tidak wajar, sebagai pemimpin beliau perlu utamakan rakyat bukan anak pinak, sebagai seorang lulusan Universiti, saya mampu melakukan tugas itu dan ramai lagi yang keluar universiti dan mempunyai segulung ijazah mampu melakukan tanggungjawab itu", katanya.
Semalam Kerajaan Selangr mengumumkan peletakan jawatan adik kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rusli Ibrahim sebagai Penasihat Khas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengumuman itu dibuat kerana mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Rusli tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat kerajaan itu.
Katanya, ia juga bagi mengelak wujudnya sebarang konflik kepentingan mengenai perkara itu walaupun Rusli memegang jawatan tersebut sebelum ini.
''Ia adalah perkara yang agak sukar untuk ditangani kerana saya dilihat seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada mereka yang terlibat.
''Peletakan jawatan Rusli itu dibuat adalah berdasarkan prinsip ketelusan dan sikap bertanggungjawab kami dalam pembangkang dan kami mahu rakyat tahu bahawa tiada sebarang unsur kepentingan mana-mana pihak dalam keputusan tersebut,'' jelas beliau.

Wednesday, June 25, 2008

KERAS KEPALA - USTAZ AZIZAN AKAN TERUS TEBANG BALAK WALAUPUN DIBANTAH PELBAGAI PIHAK TERMASUK NIK AZIZ DAN GUAN ENG


SIKAP KERAS KEPALA USTAZ AZIZAN BUKAN SATU RAHSIA LAGI DI KALANGAN PENYOKONG KUAT PAS DI KEDAH.

Kerajaan Pas Kedah mempamerkan sikap keras kepala apabila akan meneruskan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini sekiranya kerajaan pusat masih enggan membayar pampasan hasil balak sebanyak RM100 juta setahun.
Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Ustaz Azizan dengan alasan Kerajaan Negeri amat memerlukan wang bagi menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan.
"Kita dah banyak kali menulis surat kepada kerajaan pusat dan kementerian mengenai pampasan itu tetapi tidak dilayan. Jika balak tidak dipotong kita tidak ada wang," tegas beliau.
Ustaz Azizan sebelum ini mengumumkan cadangan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, dan berkata langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap kelewatan kerajaan pusat membayar pampasan hasil balak yang dituntut kerajaan negeri.
Beliau berkata tidak salah bagi kerajaan negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana hasilnya akan digunakan bagi menjana ekonomi negeri.
"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.Hasil balak RM16b
Beliau berkata dari kajian yang dibuat, hasil balak Kedah bernilai RM16 bilion dan jumlah yang akan ditebang memberikan hasil kira-kira RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri. Katanya beliau tidak akan menunggu isyarat atau kelulusan kerajaan pusat untuk memanggil tender terbuka walaupun Kabinet pada Mei 2003 telah memutuskan melarang semua aktiviti pembalakan di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning dan beberapa kawasan hutan di daerah Padang Terap dan Sik.

SIAPA NIK AZIZ...........


Siapa Nik Aziz............................itulah soalan yang terpacul dari mulut penyokong kuat Pas Kedah khususnya di Yan berikutan alah teguran Menteri Besar Kelantan atas sikap keras kepala Ustaz Azizan yang mahu meneruskan kegiatan pembalakan di kawasan hutan simpan.
"Dia jaga negeri Kelantan sudah la..jangan dok sibuk nak jaga tepi kain orang. Kami pilih dia sebagai MB dia tahulah apa dia nak buat, kami percaya penuh kat dia," tegas Haji Muhamad Abdullah Mehat yang juga penyokong kuat Ustaz Azizan.
Katanya, kami menghormati Nik Aziz sebagai mursyidul am Pas, tapi tindakan beliau masuk campur urusan di negeri Kedah sudah keterlaluan.
"sikap tegur menegur tu bagus lah tapi kami yakin Ustaz Azizan mempunyai rasionalnya tersendiri, jadi bagilah dia membuat keputusan bukan dok tekan sampai dia keliru" sambung beliau lagi.
Seorang lagi yang dikenali sebagai Wan Salleh dari Kampung Sungai Udang turut memberi ingatan yang sama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng.
Katanya, Guan Eng jangan terlalu celupar membuat komen terhadap Ustaz Azizan kerana Ketua menteri Pulau Pinang itu terlalu jahil untuk campur tangan dalam soal pentadbiran di Kedah.
"Dia tak payah nak jadi hero la....Selesai dulu hutang air yang Pulau Pinang guna.
Wan Salleh menambah, Kerajaan Kedah sebelum ini telah meminta Pulau Pinang enjelaskan tunggakan hutang yang ditafsirkan berpuluh juta ringgit kerana hingga ini masih menggunakan air dari Kedah tapi tidak pernah membuat bayaran.
Sementara Di fahamkan, Pemuda Pas Kedah akan berdiri teguh di belakang Ustaz Azizan berhubung keputusan beliau untuk meneruskan pembalakan di kawasan hutan simpan meskipun di tentang pelbagai pihak.

Tuesday, June 24, 2008

15 NGO PULA BANTAH KEPUTUSAN KERAJAAN PAS KEDAH TEBANG BALAK DI KAWASAN HUTANSIMPAN


Terus mendapat bantahan.........selepas tidak mengindahkan bantahan orang ramai, hari ini 15 buah pertubuhan bukan kerajaan pula tampil menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah.

Memorandum itu sebagai bantahan terhadap cadangan Kerajaan Pas Kedah untuk menebang balak di kawasan tadahan air.
Persatuan Pencinta Alam Cawangan Kedah membantah sekeras-kerasnya cadangan berkenaan meskipun kerajaan negeri memberi jaminan ia tidak akan menjejaskan alam sekitar dan bekalan air untuk kegunaan pertanian.
Pengerusinya, Phang Fatt Khow berkata, semua pihak tidak boleh merosakkan alam sekitar terutama melibatkan kawasan tadahan kerana jika diusik, ia akan menjejaskan sumber bekalan air untuk jangka masa panjang.
Pengambilan balak tegas beliau di hutan simpan dengan apa cara sekalipun boleh menyebabkan berlaku hakisan tanah yang akan mencetekkan sungai, sekali gus memendekkan jangka hayatnya.
"Lebih memburukkan keadaan pada masa akan datang, ia dikhuatiri menjejaskan industri pengeluaran padi yang mendapat bekalan air dari empangan yang terlibat ketika negara mahu mencukupkan bekalan makanan untuk penduduk.
"Persatuan berharap kerajaan negeri akan membatalkan cadangan berkenaan," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar di wisma darulaman.
Beliau mengulas mengenai cadangan kerajaan Kedah yang tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air bagi menjana ekonomi negeri meskipun pelbagai pihak meminta ia dikaji semula.
Hutan Simpanan Hulu Muda, Pedu, Padang Terap, Chebar Besar dan estet hutan kekal Bukit Keramat dan Bukit Saiong merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang turut membekalkan air ke Perlis serta Pulau Pinang.
Fatt Khow berkata, pembalakan di kawasan tadahan air juga akan menjejaskan biodiversiti di hutan simpan terbabit yang kaya dengan flora dan fauna yang belum diusik atau diterokai.
Menurutnya, persatuan itu memahami tujuan cadangan kerajaan Kedah itu adalah untuk menjana sumber pendapatan negeri, tetapi masih ada cara lain yang boleh difikirkan dengan tidak mempertaruhkan masa depan alam sekitar dan sumber bekalan air di negeri ini.
Dalam hal ini, beliau memberi pandangan agar kerajaan negeri mengutip hasil menerusi cukai air dan tanah bagi meningkatkan pendapatan.

Monday, June 23, 2008

MB SELANGOR MENGAKU PKR TERIMA DUIT DARI SYARIKAT SWASTA

Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang didepositkan ke dalam akaun PKR.
"Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.
Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau "tidak seberapa jumlahnya" akan dibekukan.
Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.
"Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. "Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.
Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu, lapor agensi berita itu lagi.

PERSATUAN PEMIKIR PEMBANGUNAN RAKYAT KEDAH DAKWA KERAJAAN PAS KEDAH BELANJA RM60 JUTA SELEPAS MEMERINTAH 100 HARI .

SEBAHAGIAN BESAR DARI RM 60 JUTA DIGUNAKAN OLEH USTAZ AZIZAN DAN YB AMERUDDIN UNTUK ROMBONGAN "HE KIAH" KELUAR NEGARA ATAS NAMA MISI PERDAGANGAN.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pesatuan Pemikir Pembangunan Rakyat Kedah dalam satu risalah bulanannya dinamakan sebagai Kedah Buletin mendakwa Kerajaan negeri Kedah kini hampir bangkrap.
Menurut kenyataan Presidennya, Haji Muhamad Abdullah, Kerajaan Pas Kedah yang telah mewarisi wang dari Kerajaan B-N berjumlah RM260 Juta kini telah membelanjakan kira-kira RM 60 juta sepanjang tempoh pemerintahan selama 100 hari.
Sebahagian besar perbelanjaan itu digunakan untuk keluar negara.
Menurut pertubuhan yang beralamat di n0 2121, Bangunan Serbanika, Jalan Sultan Badlishah itu, tindakan kerajaan negeri yang memecat ketua pegawai eksekutif di semua anak syarikat milik kerajaan negeri menyebabkan pelbagai projek yang dirancang bagi menjana pendapatan kini dibatalkan.
Semua syarikat yang mengadakan usahasama tidak yakin dengan kemampuan Ahli Lembaga Pengarah yang baru yang dilantik oleh Kerajaan Pas bagi mengendalikan syarkat berkenaan.
Akibatnya, Syarikat milik Kerajaan Negeri terpasa menanggung kerugian berbillion ringgit.
Asas kepada kemampuan lembaga pengarah yang baru mungkin ada benarnya, kerana Ustaz Azizan sendiri melantik melantik salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Yusrin untuk menjaga hal-ehwal syarikat GLC.

KERAJAAN KEDAH TERUS BERGELORA - KOMPLOT SINGKIRKAN USTAZ AZIZAN SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN


BELUM SIAP...TINGGAL HANYA SEBULAN LAGI SAMBUTAN JUBLI EMAS KDYMM SULAN KEDAH AKAN DISAMBUT, TETAPI KERJA-KERJA MENYIAPKAN DATARAN DIDEPAN MASJID ZAHIR MASIH BELUM SIAP SEPENUHNYA.

Siapakah pengganti Menteri Besar Kedah..?
Persoalan itu kembali mengasak minda masyarakat di Kedah apabila spekulasi kembali menguasai akar umbi bahawa majoriti mahu ADUN Anak Bukit, Ir Amiduddin Hamzah sebagai calon yang bakal mengambilalih pentadbiran neeri jelapang padi Malaysia itu.
sumber dalaman PAS mengakui, sekiranya Azizan mengambil keputusan untuk mengosongkan kerusi tersebut atas faktor kesihatan, Amiruddin bukanlah calon yang paling layak walaupun sebelum ini nama ADUN ini disebut-sebut sebagai orang yang layak mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang akan dilepaskan oleh Ustaz Azizan Razak.
Dengan mengambil kira kedudukan Amiruddin yang masih terlalu cetek pengalaman dan hijau muda dalam perjuangan PAS, Amiruddin dikatakan tidak disenangi oleh kumpulan tertentu di dalam PAS dan melabelkan pemimpin ini sebagai yang terlalu mementingkan diri dan gelojoh.
Amiruddin juga dikatakan pemimpin PAS yang paling rakus meraih kuasa dan mengejar kekayaan peribadi apabila beliau melantik dirinya sebagai Pengarah sekurang-kurangnya di 20 syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Malah sikap dan kerakusan Amiruddin turut menjadi punca kepada kelancaran program persiapan untuk menyambut perayaan Jubli Emas Sultan Kedah dan beberapa projek lain seperti Dataran Wisma Darulaman, Dataran depan Masjid Zahir, Pagar istana dan lain-lain yang hingga kini masih gagal disiapkan.
Amiruddin didakwa meletakkan kepentingan peribadi daripada kepentingan negeri dan rakyat.
Menyedari tahap kemampuan serta kepimpinan untuk mentadbir Negeri Kedah tidak mampu dipertanggungjawabkan terhadap Amiruddin, dua calon lain yang dilihat amat berpotensi untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar iaitu YB Fakhrulrazi dan YB Taulan Rasol, tokoh veteran dalam PAS.
YB Fakhrulrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah dan telah lama bergiat cergas dalam Pas serta dianggap orang paling kanan semasa zaman kegemilangan Presiden Pas, Allahyarham Dato Fadhil Nor.
Begitu juga dengan YB Taulan Rasol, orang kuat Pendang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerana beliau sebelum ini adalah pegawai KCS sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara
Kedua-dua tokoh itu menurut sumber dalaman Pas adalah orang yang mempunyai karisma serta mampu mentadbir Kedah yang baik.
Kontroversi kedudukan jawatan Menteri Besar Kedah ini dijangka akan mengheret Kerajaan PAS di Kedah untuk berada di dalam keadaan yang tidak tenang dan memungkinkan pertembungan tiga kumpulan dalam PAS Kedah ini akan menjadikan kerajaan PAS dilanda gelora.
itu belum lagi dikira kemampuan tokoh ketua penerangan Pas pusat, Haji Mahfuz Omar yang mempunai pengikut tersendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa pertembungan kepimpinan PAS dari Kedah akan semakin meruncing apatah lagi Amiruddin dan YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena bukanlah calon pilihan Ustaz Azizan untuk bertanding dalam PRU12 lalu tetapi dengan campur tangan daripada Presiden PAS, kedua-dua tokoh ini akhirnya dicalonkan semula serta berjaya memenangi pilihan raya di kawasan masing-masing.
Bertitik tolak dari perkembangan itu menjadikan kedua-dua tokoh ini amat tidak senang dengan kepimpinan Ustaz Azizan dan Menteri Besar itu juga tidak memberikan peluang kepada pemimpin yang dipercayai datang daripada kumpulan Mahfuz ataupun Amiruddin.
Spekulasi yang mahu Ustaz Azizan di`bersara’kan sebagai Menteri Besar Kedah bertiup kencang apabila tahap kesihatan Menteri Besar Kedah dilaporkan semakin merosot.
Dengan tahap kesihatan Azizan yang semakin tidak mengizinkan peratusan untuk beliau kekal sebagai Menteri Besar agak tipis.
Maka peralihan kuasa perlu dilakukan segera demi menyelamatkan pentadbiran kerajaan Negeri Kedah dan sekali gus menjadikan PAS dilihat relevan sebagai sebuah kerajaan yang berteraskan Islam.

RAKYAT KEDAH KECEWA DENGAN SIKAP USTAZ AZIZAN UGUT KERAJAAN PUSAT.

PEMBALAKAN DIKAWASANTADAHAN AIR BAKAL MENYAKSIKAN EMPANGAN PEDU (GAMBAR) AKAN TERJEJAS DARI SEGI EKOSISTEM YANG AKAN MEMBAWA KEPADA MASALAH BEKALAN AIR KEPADA RAKYAT.

Tindakan Menteri Besar Kedah yang mengugut Kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja pembalakan di kawasan tadahan air sekiranya tidak diberi peruntukkan RM100 juta baru-baru ini dikecam oleh rakyat pelbagai lapsan di Negeri Jelapang Padi itu.
Masyarakat pelbagai kaum di Kedah yang ditemui berkata, tindakan Ustaz Azizan itu adalah siKAp biadap yang berpaksikan kepada bodoh sombong.
"bagi saya beliau mempunyai agenda tersendiri, mungkin ini satu gimik yang cuba mengalih perhatian masyarat umum daripada kegagalan menunaikan kandungan manifesto Pas pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu," kata Hajjah Halimah dari Kampung Sedaka, Yan.
Tegas Hajjah Halimah yang juga seorang ibu tunggal, belm pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, pemimpin negeri yang dipilih rakyat bertindak biadap terhadap kerajaan Pusat.
"Dia bukan saja tidak menghormati, Kepimpinan pusat tetapi tindakan itu menyerlahkan sikap bodoh sombong yang selama ini membelanggu pimpinan Pas yang jumud" jelas Mat Kilau atau nama sebenar beliau Mohamad Bin Haji Hassan dari Kuala Sanglang.
Edin Kiew dari wat siam Alor Star pula berpendapat, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Kedah pemmpin Pas terutama Ustaz Azizan sebenarnya tidak mempunyai sebarang idea untuk menjana pendapatan negeri.
Sebaliknya, sebahagian besar pemimpn Pas lebih berminat untuk berceramah daripada mencari formula untuk membangunkan negeri.
"Saya sikitpun tak terkejutpun pengumuman Kerajaan Negeri itu, memang saya dah agak depa akan mencetuskan isu konterversi untuk menutup kelemahan mereka,sampai bila nak hidup macam itu, bagaimana dengan nasib rakyat, kalau depa asyik dok cari isu yang tidak relevan dengan pembangunan negeri" tegas beliau.
Dalam pada itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Pesatuan Pemikir Pembangunan Rakyat Kedah dalam satu risalah bulanannya, Kedah Buletin mendakwa Kerajaan negeri Kedah yanf diterajui Pas kini hamir bangkrap.
Menurut kenatan Presidennya, Haji Muhamad Abdullah wang berjumlah RM260 Juta yang ditinggalkan leh Kerajaan B-N sebelum iniu, kini mempunyai baki hanya RM200 Juta sahaja.
Katanya, hanay dalam tempoh 100 hari memerintah Kerajaan Pas telah membelanjakan kira-kira RM60 juta.
Sebahagian besar perbelanjaan itu digunakan untuk keluar negara.
Menurut pertubuhan yang beralamat di n0 2121, bangunan serbanika, jalan sultan badlishah itu, tindakan kerajaan negeri memecat beberapa pegawai di semua anak syarikat milik kerajaan negeri menyebabkan pelbagai projek yang dirancang bagi menjana pendapatan kini dibatalkan.
Sebahagian besar syarikat yang mengadakan usahasama tidak yakin dengan kemampuan ahli lembaga pengarah yang baru yang dilantik oleh Kerajaan Pas bagi mengendalikan syarkat berkenaan.
Asas kepada kemampuan lembaga pengarah yang baru mungkin ada benarnya, kerana Ustaz Azizan sendiri melantik melantik salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Yusrin untuk menjaga hal-ehwal syarikat GLC.

Saturday, June 21, 2008

GAGAL SERAP TEKANAN PUNCA USTAZ AZIZAN UGUT KERAJAAN PUSAT.

TAHAP KESIHATAN DAN PERKEMBANGAN SEMASA MENYEBABKAN USTAZ AZIZAN TIDAK MAMPU MENYERAPKAN TEKANAN MENDORONG BELIAU MENGUGUT KERAJAAN PUSAT.

Seperti di duga, akibat tidak mamu menyerap tekanan yang semakin memuncak, Kerajaan Negeri Kedah akhirnya mengambil tindakan yang menunjukkan `belang' sendiri apabila mengugut Kerajaan Pusat untuk membalak di kawasan tadahan air.
Tindakan itu sememangnya telah dapat diramalkan sejak Pas mengambilalih pemerintahan negeri Kedah, kerana mereka sebenarnya tidak mempunyai idea untuk mencari sumber pendapatan baru yang boleh menampung perbelanjaan negeri.
Senario ini sebenarnya memberi tekanan kepada Ustaz Azizan kerana perbelanjaan negeri ini semakin kurang berikutan beberapa langkah yang diambil atas alasan untuk menunaikan janji-janji pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Contohnya yang nyata ialah keputusan memberi potongan cukai tanah dan cukai pintu yang menyaksikan Kerajaan negeri kehilangan hampir RM50 juta setahun.
Realitinya, pemimpin Pas begitu teruja selepas mengambil alih pemerintahan negeri mengumumkan rebet cukai tanpa mengkaji kesan dari keputusan berkenaan.
Pemerhati politik tempatan rata-rata sependapat, kenaikan harga bahan bakar di pasaran antarabangsa menambah suhu tekanan kepada Ustaz Azizan.
Katanya, ia ditambah dengan masalah kesihatan Menteri Besar yang akhir-akhir ini semakin kritikal menyebabkan beliau mudah letih dan lesu.
Justeru timbul spekulasi YB Anak Bukit bakal mengambilalih kedudukan sebagai Menteri Besar menyebabkan yang menyaksikan Ustaz Azizan kian tertekan.
Jika dilihat dari segi perkembangan semasa, iaitu selepas mesyuarat Exco minggu lepas, pandangan pemerhati politik itu ada benarnya. Sumber wisma darulaman mendedahkan, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mingguan minggu lalu, Ustaz Azizan dikatakan hilang punca dan mengamuk, marahkan media sebelum membuat sidang media mengugut Kerajaan Pusat untuk membuka balak di kawasan tadahan air sekiranya tidak diberikan RM100 juta.
Apa yang menarik menurut sumber dari wisma darulaman, di sebalik tindakan Ustaz mengamuk, YB IR Amiruddin yang sejak akhir-akhir ini sentiasa berdampingan dengan Menterio Besar itu tersenyum sinis dan bermain mata dengan anggotya media.
Tidak jelas apa maksud pandangan sinis dan mainan mata itu, tetapi kata sumber itu, YB IR Amiruddin seolah-olah merestui tindakan Ustaz Azizan yang secara tidak langsung membuka pekung di dada dengan sikap sebenar Menteri Besar yang semakin lesu itu.
Dalam pada itu, sumber pejabat Pas di Ibu negara berkata, Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam diam-diam mahu tekanan diberikan kepada Ustaz Azizan agar mengundurkan diri secara terhormat berikutan masalah kesihatan beliau yang semakin memuncak.
YB Ustaz Fakhrulrazi dilaprkan menjadi pilihan utama untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar manakala YB IR Amirudin pilihan kedua.
Spekulasi itu makin kuat di dengar di peringkat akar umbi yang sepandapat Ustaz Azizan wajar memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda dan bekarisma keranba mereka bukan saja dapat menyerap tekanan malah mempunyai buah fikiran jauh lebih baik dari Menteri Besar yang ada sekarang.

Tuesday, June 17, 2008

ISLAM HADHARI BUANG MASA - MB SELANGOR

"ISLAM HADHARI MENGELIRUKAN DAN MEMBUANG MASA" TAN SRI KHALID.

Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia "mengelirukan" dan programnya "membuang masa", kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau menambah, Islam hadhari hanyalah "persoalan nama" dan tidak harus menjadi isu."Sebenarnya memang tidak ada isu. Isunya, kita tidak mahu menggunakan nama hadhari. Itu saja. Hadhari itu mengelirukan masyarakat. Kalau Islam, Islamlah, buat apa hadhari lagi," katanya, sewaktu diminta mengulas kenyataan exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bulan lalu.
Khalid turut menyifatkan program itu sebagai "membuang masa".
"Tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam Hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa.
"Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya, di kediaman rasminya Sabtu lepas.
Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu.
"Ada, saya dengar. Ada budak-budak sekolah, budak universiti kena tahu apa itu Islam hadhari. Itu darjah tiga, darjah empat saja.
"Pada saya, (di) peringkat universiti, (perlu dibincangkan soal) mengapa perbezaan Islam zaman Saidina Umar dengan zaman Ottoman (Turki). Dan bagaimana cara ia dibangunkan.
"Macam saya mengkaji macam mana Umar Abdul Aziz dapat memerintah di zaman Baghdad, (ia) berbeza dengan pemerintahan Ottoman di beberapa tempat (seperti) di Granada, Sepanyol, di Sarajevo.
"Saya nak buat sesuatu lebih tinggilah. Maknanya orang Malaysia boleh berbincang dengan luas Islam yang kita hendak perkembangkan," katanya, mengulas program-program Islam hadhari yang dijalankan jabatan persekutuan di negeri itu - malaysiakini.

BANTAH KONSERT - ORANG AGAMA EGO

Tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya komposer Roslan Aziz kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.
Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.
Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.
"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.
"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.
Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.
"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.
"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.
Setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.
Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."
"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella . Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.
Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.
Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.
"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.
"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.

PERADUAN SMS CELCOM 100 HARI 100 KERETA HARAM - JAKIM

Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah kerana mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan khas hari ini.
Katanya, persidangan menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.
Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian.
Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.
“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya.

TAJUL URUS BAKAL DICABAR....


Timbalan Ketua Umno bahagian Merbok, Dato Tajul Urus Md Zain bakal di cabar dalam pemilihan peringkat bahagian yang dijangka akan diadakan Julai depan.
Sumber dalaman Umno Merbok mengesahkan, Dato Tajul yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua bahagian, yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) akan dicabar.
Antara alasan yang kedengaran di peringkat akar umbi di bahagian itu ialah beliau gagal memainkan peranan yang berkesan di peringkat akar umbi serta lebih banyak menghabiskan masa di Ibu Negara.
Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang bakal mencabar Dato Tajol tetapi di kalangan ahli umno ia bukan satu rahsia lagi.
UMNO Bahagian Merbok kini diketuai Datuk Arzmi Hamid.
Dato Tajul sebelum ini dipilih sebagai Calon bagi parlimen Merbok pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu tetapi tewas kepada calon PKR.
"Pemilihan beliau untuk jadi calon BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu dikaitkan dengan usaha melobi berterusan Dato Tajul dengan kawan seuniversitinya dulu yang juga mantan menteri besar, Dato Seri Mahdzir Khalid dan bukanya bersandarkan kepada prestasi sebenar perkhidmatan beliau kepada rakyat, bagi akar umbi Merbok dia bukanlah seorang yang hebat", tegas sumber itu.
Katanya, punca lain Dato Tajul dicabar ialah sikap beliau yang tidak konsistence terhadap isu semasa yang hangat diperkatakan terutama kenaikan harga minyak.
"Dia langsung tak ambil tahu kesusahan rakyat akibat kenaikan harga minyak" katanya.

Sunday, June 15, 2008

KEDAH NAK POTONG ELAUN BILA...?

KEDAH SEHINGGA KINI BELUM UMUM LANGKAH POTONG ELAUN MB DAN EXCO SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH PM DALAM USAHA RINGANKAN BEBAN RAKYAT AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK DI PASARAN ANTARABANGSA.

Beberapa negeri di seluruh negara mengambil langkah memotong elaun keraian Menteri Besar dan Ahli exco dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.
Pahang, Terangganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang antara paling awal menikut jejak Perdana Menteri yang mengumumkan potongan 10 peratus elaun keraian berikutan kenaikan harga minyak sekaligus mempraktikan amalan jimat cermat.
Bagaimanapun hingga kini Kedah yang diterjui Kerajaan Pakatan Rakyat masih membisu. Tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Ustaz Azizan selaku Menteri Besar.
Adakah kerajaan Kedah tidak prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat atau seperti biasa Ustaz Azizan akan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana gagal menguruskan ekonomi dengan baik.
Pelbagai tafsiran di buat di peringkat akar umbi, namun apapun teka-teki yang dilontarkan buat masa ini, Kerajaan Kedah tetap dengan pendiriannya tidak mahu memotong jumlah elaun yang dinikmati oleh Menteri Besar mahupun Ahli Exco negeri.
Apa yang pasti, dalam siri lawatan ke Mesir dan Mekah baru-baru ini, Menteri Besar telah membelanjakan kira-kira RM 40 Ribu hanya semata-mata untuk menyewa dua buah kenderaan di Mesir dan Mekah. Jumlah itu bagi rakyat Kedah memang cukup besar, tapi itulah realitinya, lain cakap lain yang buat. sama-sama lah fikiq

SABAR DATO NAJIB TETAP AKAN JADI PM - KATA PAK LAH.

"BILA LAGI...DEPA DOK TANYA DAN DESAK SAYA, PAK LAH KENA PECEPAT LA KALAU TAK SUSAH KITA" KATA NAJIB KEPADA PAK LAH .

"SAYA DAN DATO NAJIB MEMANG MEMAHAMI BAHAWA PERALIHAN KUASA AKAN DIJALANKAN DALAM KEADAAN BAIK DAN TERSUSUN" PAK LAH.

"Saya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib (Razak) kerana dialah yang saya pilih untuk menggantikan saya dan tarikh yang tepat belum lagi ditentukan," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, beliau dan timbalannya saling memahami bahawa peralihan kuasa itu akan dijalankan dalam keadaan baik, elok serta tersusun supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah.
Beliau berkata, seperti yang diperjelaskannya kelmarin, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya seperti yang difahami oleh mereka.
"Saya dan Datuk Seri Najib memang memahami bahawa peralihan kuasa akan dijalankan dalam keadaan baik, yang elok dan tersusun serta tidak menimbulkan apa-apa masalah," katanya di Kuala Terangganu selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepemimpinan kerajaan Terengganu serta wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kelmarin.
Abdullah berkata, apabila masa itu tiba, peralihan itu akan dilaksanakan sebagaimana mereka berdua sama-sama fahami.

Perbualan Pak Lah dan Najib .

Pak Lah ; You ni tanya banyak kali. I fed up. You mai sat kita bincang dan tentukan.

Najib: Bukan I, orang lain desak.

Pak Lah : You tak usah dok dengaq depa tu. You mai laa, kita tentukan.

Najib: Okay....

Pak lah : You tak sabaq dah ka?

Najib: I okay, bila-bila pun you suka, I terima.

Pak lah : I ni bukannya nak jadi PM selama-lamanya. Bukan 22 tahun. I lain.

Najib: I faham...

Pak lah : Tak kan lah I bodoh sampai tara tu.

Najib: Baiklah, bila?

Pak lah : 2 PRU lagi...

Najib: (tercengang!)

Pak lah : Awat, you tak suka ka?

Najib: Bukan, err, boleh diskaun tak?

Pak lah : You cadang bila?

Najib: Sebelum Disember 2008?

Pak lah : Mana boleh...tak dapat 2 per 3 majoriti pun I masih menang, semua orang masih sayangkan I. Apa I buat, rakyat suka.

Najib: Itu betul.

Pak lah : Kalau betul, you tunggulah, bila I sebut tarikhnya, I bersara, you naiklah jadi PM pulak.

Najib: Bila?

Pak lah : Nanti I umumlah.

Najib: Baiklah...

Pak lah : Jadi boleh I kata, I telah mencapai permaufakatan di antara you dengan I.

Najib: Boleh, I tak akan lawan you. You kekallah PM selama yang you suka.

Pak lah : Okay, kita akad noo...

Najib: Baiklah.

Petikan ini hasil ilusi dari web husin lempoyang@blogspot.com

BELUM 100 HARI MEMERINTAH PEMIMPIN PAS DAH TUNJUK PERANGAI SEBENAR...

Esok genap 100 hari Pas mentadbir Kedah Darulaman. Kalau dilihat dari permukaan nampak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Malah keghairahan menawan Kedah diraikan di segenap lapisan, samasa peringkat ranting hinggalah ke Kerajaan Negeri.
Dsebalik kejayaan itu, pemimpin Pas mula menampakkan wajah sebenar. Pertelagah sesama mereka bukan satu rahsia lagi. Semuanya berpunca dari perasaan berpuak-puak yang telah lama wujud.
Kemuncak kepada perasaan berpuak-puak yang membuak itu dapat dilihat oleh rakyat dengan jelas ketika majlis taklimat perlantikan ketua kampung dimana YB Fakhrulkrazi menempelak YB Taulan yang tidur dalam majlis itu.
Beliau juga secara terang-terangan melahirkan rasa kecewa dengan ketidakhadiran YB IR Amiruddin.
Ketidakhadirian YB Anak Bukit itu kata beliau, akan menyusahkan kerja-kerja perlantikan yang akan dilakukan. Luahan rasa tidak puas hati yang mungkin dipengaruhi perasaan berpuak-puak itu berlaku di depan pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan ahli dewan undangan negeri, penghulu dan hampir 500 orang.
Penganalisa politik berkata, rasa tidak puas hati itu mungkin ada kaitan dengan perasaan yang dipendam oleh YB fakhrulrazi serta puaknya yang semakin hari semakin sukar dikawal.
Penganalisa itu juga tidak menolak kemungkinan perkembangan tahap kesihatan Ustaz Azizan yang semakin merosot menyebab saingan untuk mengambilalih jawatan Menteri Besar punca YB Fakhrulrazi tertekan.
Ia berikutan spekulasi bahawa YB Anak Bukit bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berikutan prestasi dan bakat kepimpinan beliau yang lebih terserlah berbanding pemimpin senoir yang lain.
Beberapa ketua jabatan juga mula cakap-cakap mengenai cara kepimpinan yang dipamerkan oleh pemimpin Pas terutama dalam memberi arahan, cara berpakaian, cara berjalan, berkomunikasi dan sebagainya.
Menurut mereka, pihak yang bersaing untuk menjadi Menteri Besar mula menunjukkan kaedah komunikasi, cara berjalan, cara berpakaian dan cara memberi arahan yang menampilkan ego masing-masing. Perubahan ini agak ketara jika dibandingkan mula-mula mereka memegang jawatan.
Lebih malang ada di kalangan pemimpin kanan Pas termasuk Ustaz Azizan yang terang-terangan tidak mengambil endah protokol istana kita berdepan dengan ke bawah DYMM Sultan Kedah. Beberapa insiden yang berlaku sebelum ini, seperti cara berpakaian yang tidak mengikut protokol turut memberi persepsi negatif terutama kepada Sultan Kedah. Bagiamana mahu menjadi pemimpin yang baik jika gagal menjaga hubungan dendan istana.
Senario ini sememangnya disedari Ustaz Azizan. Perkembangan ini nyata memberi impak yang buruk kepada kepimpinan Ustaz Azizan kerana ia bukan saja gagal mengawal pergerakan anak-anak buahnya malah pergolakan bakal mencetuskan krisis dalam yang serius. Itu belum lagi diambil kira faktor pemimpin lain yang lebih vokal atau lantang mengkritik meskipin berada dalam parti seperti Sdr Mahfuz Omar dan sebagainya.
Yang jelas kata penganalisa politik, Pas kini berdepan dengan senario tidak sihat dan akan membawa impak buruk dari segi imej parti kepada rakyat.
Lebih memburukkan keadaan, tindak tanduk pemimpin Pas yang langsung tidak mempedulikan janji-janji yang dibuat dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, mula memuakkan rakyat.

RUMAH DATO RASLI TERBAKAR ..

BAHAGIAN ATAS RUMAH DATO RASLI YANG MUSNAH TERBAKAR DALAM KEJADIAN PAG TADI.

Rumah pegawai kewangan Kerajaan Negeri Kedah, Dato Rasli Basir di Taman Golf terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Kebakaran itu bagaimanapun hanya di bahagian atas rumah dua berkenaan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak bomba masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian itu dan jumlah kerugian yang dialami Dato Rasli.
Siasatan awal kebakaran itu berpunca dari masalah pendawaian elektrik.
Beberapa perabot di bahagian atas rumah berkenaan hangus.

KERAJAAN NEGERI BELANJA RM 40 RIBU SEWA KERETA UNTUK MB DI MESIR DAN MEKAH...?

Di sebalik kesengsaraan rakyat Kedah yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barangan akibat kenaikan harga bahan bakar petrol, Menteri Besar Kedah dilaporkan membelanjakan kira-kira RM40 ribu hanya untuk menyewa dua buah mercedes ketika melawat Mesir dan Mekah baru-baru ini.
Sumber dalaman Pas memaklumkan, Kerajaan Negeri telah diarah membayar sewa dua buah kenderaan berkenaan untuk kegunaan Menteri Besar.
Kata sumber itu lagi, perkembangan itu membuktikan Ustaz Azizan bukan saja tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat Kedah, tetapi lebih menjurus kepada `cakap lain buat lain'.
Ia kerana sebelum ini dalam manifesto Pas pada pilihanraya umum lalu berjanji akan mengamalkan sikap berjimat cermat. Malah rakyat juga di suruh berjimkat cermat. Beberapa siri kempen termasuk tidak memasang lampu di kompleks Dewan Warisan pada waktu malam juga bertujuan untuk berjimat cermat.
"Apa yang dikatakan oleh beliau tidak serupa bikin. macamana kami rakyat nak jadikan sebagai tauladan. Dulu sebelum dapat kuasa cakap macam-macam bila dah berkuasa tengoklah....buktinya amat nyata", kata salah seorang pengundi di Yan yang secara tidak langsung mulai kecewa dengan tindak tanduk pemimpin yang pernah mereka undi pada pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu, sumber pejabat Menteri Besar mendedahkan, kenderaan khas untuk membawa Ustaz Azizan telah disediakan di Mesir dan di Mekah. Malangnya, tindakan Che Had menukar kenderaaan berkenaan dengan alasan tidak `bagus' menyebabkan Kerajaan terpaksa membayar RM 40 ribu bagi menyewa dua buah kenderaan berkenaan.
"Sebenarnya, semua ini berpunca dari tindakan Che Had yang menukar kenderaan pada saat-saat akhir," jelas beliau.

Wednesday, June 11, 2008

YB PAKHRULRAZI DAN TAULAN PULA DISEBUT-SEBUT JADI MB KEDAH.

KEDUA-DUA TOKOH BERKENAAN BERPENGALAMAN LUAS DAN LEBIH DISENANGI RAKYAT PELBAGAI LAPISAN.

Tahap kesihatan Menteri Besar Kedah yang kini dalam lawatan ke Mesir dilaporkan semakin merosot. Maklumat terkini dari Mesir memaklumkan Ustaz Azizan terpaksa mendirikan solat dari atas kerusi roda gara-gara kakinya yang semakin bengkak.
Sebelum bertolak ke Mesir beliau yang transit di Singapura juga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bersolat.
Di sebalik kesengsaraan yang dialami oleh Ustaz Azizan spekulasi di Kedah semakin panas. Semalam angin bertiup kencang YB Anak Bukit, Ir Amiruddin dikatakan akan mengambil laih tugas sebagai Menteri Besar Kedah.
Hari ini spekulasi bertambah kencang, tetapi orang yang mengambilalih jawatan nombor satu Kedah itu tidak lagi berpihak kepada IR Amiruddin.
Sebaliknya, berkisar kepada dua tokoh veteran dalam Pas iaitu YB Pakhrulrazi dan YB Taulan.
Kedua-dua tokoh itu menurut sumber dalaman Pas adalah orang yang berkemampuan mentadbir Kedah yang baik.
Pakhrulrazi adalah timbalan persuruhjaya Pas Kedah dan telah lama bergiat cergas dalam Pas dan dianggap orang paling kanan semasa zaman kegemilangan Presiden Pas, Dato Fadhil Nor.
Begitu juga dengan YB Taulan, orang kuat Pendang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerana beliau sebelum ini adalah pegawai KCS sebelum melanjutkan pelaran ke luar negara.
Kat sumber dalam Pas lagi, YB IR Amiruddin dilihat terlalu muda dan cetek pengalaman.
IR Amiruddin dikatakan tidak disenangi oleh kumpulan tertentu dalam Pas kerana beliau dikatakan mementingkan diri.
Buktinya, beliau melantik dirinya sebagai Pengarah sekurang-kurangnya di 20 syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Kesibukan mengatur dan menagih kekayaan menyebabkan persiapan untuk menyambut perayaan jubli emas Tuanku Sultan Kedah menjadi tidak teratur. Malah beberapa projek seperti Dataran Wisma darulaman, Pagar istana dan lain-lain terbengkalai hingga kini.
Sementara itu, beberapa kejadian yang bertentangan dengan protokol Istana turut merekodkan pemimpin Pas tidak peka dengan adat istiadat Sultan Kedah.
Kejadian yang memalukan ialah apabila speaker Dewan undangan negeri Kedah memakai baju batik manakala YB Taulan memakai long suit pada majlis jamuan teh sempena sambutan ulangtahun Sulan Kedah.
Perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana bahagian protokol sejak awal-awal lagi memaklumkan mengenai cara dan bentuk pakaian kepada sesiap yang akan menghadiri majlis berkenaan. Sikap tidak peka seumpana itu jelas menghina Sultan Kedah yang kita sayangi.

Monday, June 9, 2008

MB KEDAH...YB AMIRUDDIN GANTI USTAZ AZIZAN..?

SPEKULASI KENCANG IR AMIRUDDIN BAKAL DILANTIK SEBAGAI MB KEDAH BAGI MENGANTIKAN USTAZ AZIZAN SELEPAS IR AMIRUDDIN MENGHADAP SULTAN KEDAH YANG SEDANG BERCUTI DI LONDON.

Kedah bakal mendapat Menteri Besar yang baru berikutan kesihatan Ustaz Azizan yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini.
Bukti terbaru Ustaz Azizan yang kini dalam lawatan ke Mesir difahamkan tahap kesihatan beliau amat tidak mengizinkan. Beliau yang ditemani isteri-isterinya dilaporkan tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang telah disusun sempena lawatan itu kerana tidak sihat.
Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang di Kedah termasuk di kalangan pimpinan Pas bahawa YB kawasan Anak Bukit, IR Amiruddin Hamzah akan diberi laluan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.
Sumber dalam Pas memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi membolehkan IR Amiruddin mengambilalih tugas sebagai Menteri Besar.
Di fahamkan IR Amiruddin yang dalam perjalanan untuk misi pelabur telah singgah di London untuk menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang sedang bercuti.Beliau diiring pegawai Kewangan Negeri Dato Rasli Bashir, Dato Fuad Ali serta Dato I Ting.
Ustaz Azizan dijangka memberi laluan kepada IR Amiruddin memandangkan beliau pemimpin mudah yang mempunyai karisma serta di hormati di kalangan pegawai KCS.

Sementara itu, sumber lain dalam Pas Kedah mengakui Ustaz Azizan berdepan dengan masalah kesihatan yang semakin kronik.
Beliau bagaimanapun menegaskan, IR Amiruddin tidak mungkin dilantik sebagai Menteri Besar yang baru, sebaliknya mereka mahu YB Phahrolrazi atau YB Taulan yang lebih `senior' mengambilalih pentadbiranb negeri Kedah.
Pemerhati politik tempatan pula berpendapat, berdasarkan senario masa kini, adalah sukar bagi IR Amiruddin mengambilalih tampuk pemerintahan Kedah kerana peluang harus diberikan kepada pemimpin yang lebih `senior'.

PULAU PINANG IKUT JEJAK SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI

"MANA-MANA PIHAK YANG LANGGAR ARAHAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TETAPI KERAJAAN NEGERI BELUM PUTUSKAN LAGI BENTUK TINDAKAN ITU" TEGAS MOHAMAD FAIRUS KHARUDDIN.

Selepas Selangor, Pulau Pinang pula mengambil keputusan menghentikan promosi program Islam hadhari di negeri itu.
Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin dijangka membuat kenyatan rasmi bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.
Keputusan itu diambil - tidak lama selepas Selangor mengambil langkah yang sama pada 26 Mei lalu.
"Saya telah berbincang dan mendapat nasihat daripada beberapa pakar agama, malah beberapa bekas mufti, tokoh agama, ulama ini bersetuju," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan menyebut beberapa tokoh ulama dan pakar yang dirujuknya.
Diminta mengulas jika terdapat pihak yang enggan mematuhi arahan ini, Mohammad Fairus berkata,mana-mana pihak yang engkar akan dikenakan tindakan mengikut peraturan yang sedia ada.

ELAUN KERAIAN PM, TPM, MENTERI, TIMBALAN MENTERI DI POTONG 10 PERATUS

PM UMUM POTONG ELAUN KERAIAN DEMI UNTUK RINGAN BEBAN RAKYAT EKORAN KENAIKAN HARGA MINYAK.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan empat langkah mengurangkan beban rakyat, termasuk mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri kepada 10 peratus.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan cuti anggota Kabinet yang ditanggung kerajaan selama seminggu hanya dalam negara Asean.
Tiga langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebat tunai mulai Sabtu ini bagi meraka yang membaharui cukai jalan pada April dan Mei, selain menambah kuota fleetcard untuk mengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan sosial.
Katanya, semua langkah itu dapat menjimatkan RM2 bilion yang akan digunakan untuk membayar bentuk bantuan lain kepada rakyat.

Sunday, June 8, 2008

CHE HAD DILANTIK PENASIHAT KHAS EKONOMI MB KEDAH

PERLANTIKKAN BELIAU SEMEMANGNYA TELAH DI DUGA BERIKUTAN PERANANNYA DALAM MENGUMPUL DANA POLITIK KEPADA USTAZ AZIZAN.

Seperti diramalkan, Che Had yang mencuri tumpuan pelagai pihak khususnya di kalangan kontraktor selepas Pas mememrinah Kedah, akhirnya dilantik sebagai Penasihat khas ekonomi kepada Menteri Besar Kedah.
Perlantikan Che Had yang sebelum ini bertugas sebagai jurunilai bersekutu di Pejabat Pas Negeri Kedah tidak mengejutkan, berikutan peranannya sebagai pengumpul dana politik kepada Ustaz Azizan.
Malah penglibatan beliau sudah diramalkan selepas Uutaz Azizan melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah di sebahagian besar Syarikat milik Kerajaan GLC di Kedah seakan satu petunjuk jelas beliau akan diberi peranan lebih besar dalam menjana ekonomi negeri dan yang paling penting pengumpul dana politik untuk Menteri Besar Kedah.
Kalau diimbas kembali penglibatan Che Had dalam Pas, jelas sumber dalaman parti itu, ia bukan
seorang pejuang yang sebenar sebaliknya lebh kepada mengambil kesempatan atas kelemahan Ustaz Azizan yang tidak mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk membangunkan Kedah.
Keputusan Ustaz Azizan itu dilihat lebih menjrus kepada usaha bersepadu mengumpul dana politik.
Juetru tegassumber itu, tidak mustahil akan timbul suara-suara sumbang yang tidak puashati khususnya di kalangan ahli Pas samada golongan extrem mahupun pertengahan yang mahu melihat usaha menjana pembangunan ekonomi di jana secara bersepadu dan kekayaan di agih sama rata.
Bagi mereka Che Had bukanlah sehebat yang digembar gemburkan, kerana beliau tidak mempunayi rekod kejayaan yang boleh dibanggakan sehingga kini, sebaliknya beliau hanya bekerja dengan syarikat jurunilai bersekutu yang sebelum ini turut mendapat kontrak daripada Agensi Kerajaan persekutuan.
Kesimpulannya perlantikkan beliau dilihat banyak pihak bukan diasaskan kepada keupayaan dan kemampuannya beliau dalam menjana ekonomi samada di peringkat syarikat mahupun yang lebih besar, sebaliknya lebih menjurus kepada peranan beliau dalam mengumpul dana bagi memakmurkan Ustaz Azizan. Tidak lebih dari itu.

Wednesday, June 4, 2008

MB KEDAH BUAT SAEI UMRAH DENGAN KERUSI RODA

Keuzuran Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bukan satu rahsia lagi. Bukti terbaru beliau dilaporkan terllau uzur sehingga terpaksa menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Belaiu yang ditemani isteri keduanya dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk mengerjakan Saei kerana kedua-dua belah kaki beliau bengkak teruk.
Menurut sumber terdekat, Menteri Besar yang dalam siri lawatan ke Mesir bersama 200 jemaah yang lain sebelum itu berehat di sebuah hotel enam bintang yang menghadap Sungai Nil bersama isteri pertama dan keluarga terdekat.
Kata sumber itu, keadaan Ustaz Azizan bagaimanapun dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan.