Saturday, April 4, 2009

MESIN JUDI DAN KUDA BERSEPAH DI BANDAR SG PETANI..APA KERAJAAN NEGERI BUAT..



CERAMAH DAN TERUS CERAMAH...ASYIK BERPOLITIK MENYEBABKAN KERAJAAN NEGERI PIMPINAN PAS GAGAL MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT, SEKALIGUS MENYAKSIKAN PELBAGAI MASALAH RAKYAT GAGAL DISELESAIKAN TERMASUK MESIN JUDI DAN RUMAH URUT YANG BERTAMBAH MACAM CENDAWAN LEPAS HUJAN.
Saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri Kedah dapat mengawal percambahan kedai Judi Kuda dan Urut yang menjadi-jadi di Sungai Petani terutama di sekitar Sungai Petani Selatan termasuk Taman Sejati.
Walaupun kawasan Sungai Petani adalah kawasan Parti Keadilan, namun Kerajaan Pas perlu bertanggungjawab demi anak-anak kita yang sedikit sebanyak sudah pasti akan membesar mengikut keadaan persekitaran.
Pas dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah adalah lebih besar berbanding Keadilan dan DAP lantas Pas yang membawa imej keagamaan perlu lebih tegas dalam perkara-perkara yang menyalahi akhlak malah semua agama dan bangsa menuntut kemulian akhlak dan pekerti.
Saya amat berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan demi masa depan anak-anak dan generasi muda.

PKR GUNA KHIDMAT CIA SINGAPORE DALAM PILIHANRAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU.


Memang telah diduga...itulah kata-kata yang terpancul daripada mulut sebahagian besar pemerhati politik di Kedah apabila sebuah laman blog politikbktselambau.blogspot.com mendedahkan Pertemuan Ketua Unit Strategik PKR,
Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Perusuhjaya Tinggi Singapore.
Pertemuan membabitkan Ahli Parlimen Machang itu berlangsung di Kelab Cinta Sayang Resort di Sungai Petani.
Pertemua hampir dua jam bermula 9 pagi itu berjaya dirakamkan oleh unit skodeng politikbktselambau.blogspot.com yang kebetulan berada di cafe berkenaan.
Pertemuan yang dipercayai ada kaitan dengan pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau diadakan dengan penuh hati-hati.
Persoalanya adakah wajar PKR mendapatkan khidmat tenaga dari singapore kerana sebahagian besar pemimpin negara itu tidak senang dengan pemimpin dari Malaysia.
Apa yang diminta oleh PKR selain kepakaran Chia yang lebih dikenali di kalangan penganalisa politik sebagai "PAKAR" dalam membuat percaturan politik di negara-negara di Asia Tenggara.
Penduduk khususnya pengundi DUN B ukit Selambau wajar berfikir lebih serius dalam memutuskan siapa calon yang bakalk di pangkah rabu ini...

1. Dato Ganesan, anak tempatan yang sentiasa berdampingan dengan rakyat dan tidak sama sekali bersekongkoldengan pihak luar seperti singapore yang terang-terang menyokong perjuangan yahudi.

2. Calon PKR, S.Manikumar yang sanggup bersekongkol dengan yahudi dari singapore semata-mata untuk kepentingan politik beliau dan Anwar sahaja.

fikir-fikirkan lah.......

Thursday, April 2, 2009

TOK DET KEMPEN MASUK KAMPUNG, BAWA KERETA & MOTOR SENDIRI



Bekas Menteri Besar Kedah yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Seri Mahdzir Khalid sanggup meredah kawasan kampung didalam kawasan DUN Bukit Selambau sempena pilihanraya kecil kawasan itu dengan memandu kereta sendiri.
Beliau yang ditemani beberapa rakan dalam Umno dilihat membawa kereta jenis x-trail masuk dari sebuah kampung ke sebuah kampung untuk berkempen.
Menurut penduduk, Bekas menteri besar itu tidak lagi mengikut protokol untuk tujuan berkempen.
"Saya mulanya tak percaya, dia datang bawa kereta ke kampung kami, maklumlah jalan rosak teruk kerana lori tanah mundar mandir di kawasan ini," kata Sofiah Sulaiman dari kampung Sungkup para.
Kehadiran Dato Mahdzir ke satu majlis anjuran pusat giat mara dengan meandu kenderaan sendiri menyebabkan pegawai yang menunggu untuk menyambut beliau hilang arah.
"kebiasaannya kami sambut pintu sebelah kiri belakang drebar, tak tahu pula dia bawa sendiri, buka pintu belakang rupanya orang lain yang turun" tegas seorang pegawai giat mara yang dikenali sebagai Mohamed sambil ketawa kecil.
Hari ini masuk hari ketiga kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau yang menyaksikan BN, PKR serta 13 calon lain melipatgandakan usaha untuk memenangi hati pengudi bukit Selambau.
Perang poster semakin rancak tetapi hujan lebat pada sebelah petang menyaksikan sebahagian besar poster yang dibuat daripada kertas jatuh bertaburan atas jalan dalam sekelip mata.
BN diwakili oleh Dato Ganesan manakala PKR oleh Manikumar. manakala 13 calon lagi bertanding atas tiket bebas dengan pelbagai lambang.

JANGAN ULANGI KESILAPAN LALU, KATA KETUA PEMUDA MIC KEDAH.


AMBIL TELADAN....TINDAKAN ARUMUGAM MELETAK JAWATAN MENCETUSKAN KEMARAHAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU KERANA DILIHAT LEBIH PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Pengundi di Bukit Selambau diminta tidak mengulangi kesilapan mereka dengan memilih wakil rakyat yang tidak berpengalaman pada pilihan raya kecil di situ 7 April ini.
Ketua Pemuda MIC Kedah, SK Suresh, berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang sebenarnya sudah ketandusan calon sehingga mempertaruhkan calon yang muda yang lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam dunia politik.
“Saya dapat nampak dari luahan rasa penduduk Bukit Selambau, mereka kesal dengan pemerintahan PAS di mana anggota exco yang terdahulu tidak pernah turun padang. Saya tak salahkan beliau kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam politik, dalam kerja membantu masyarakat,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional di sini hari ini.
Suresh berkata perkara yang sama akan berulang jika rakyat di Bukit Selambau memilih calon daripada PKR.
“Saya rasa cukuplah sekali dah kita dah rasa,” katanya.
Pemuda Parti Gerakan berkata kerajaan Kedah yang dipimpin PAS sepatutnya menunaikan apa yang dijanjikan dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum yang lepas iaitu membantu rakyat di negeri itu.
Untuk itu, Pemuda Gerakan menghantar satu memorandum kepada kerajaan negeri mencadangkan pengurangan cukai tanah dan cukai pintu, kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tang Keng Liang.
Pergerakan itu turut menggesa kerajaan negeri memberikan pengecualian cukai tanah dan cukai pintu bagi tempoh dua tahun untuk rumah kos rendah termasuk rumah pangsa dan tanah kategori pertanian yang keluasannya kurang dari 20 hektar.

Wednesday, April 1, 2009

CALON BEBAS DIPUJUK TARIK DIRI DAN BAGI SOKONGAN KEPADA CALON PKR


Seorang calon bebas A Jayagopal mendakwa PKR memujuknya supaya menarik diri dan memberi sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, Selasa depan.
Dakwanya, pemimpin PKR dari Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang telah tiga kali menemuinya berhubung perkara tersebut.
"Kali pertama pada 28 Februari lalu, kemudian dua hari selepas penamaan calon dan kali terakhir jam 5 pagi tadi di Sungai Lalang.
"Orang yang sama juga dua kali menghubungi saya melalui telefon. Tetapi perbincangan ini tidak membabitkan wang ringgit," katanya.
Jayagopal juga mendakwa, beliau mendapat tahu ada beberapa calon bebas turut dipujuk supaya menarik diri.
Bagaimanapun, Jayagopal memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada pilihanraya kecil tersebut.
Jayagopal, ketua PKR bahagian Pokok Sena, digantung keahlian pada 2004 kerana membawa parti ke mahkamah.
Hari ini, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa Jayagopal bukan lagi ahli PKR.
Pengaruh di Bukit Selambau
Jayagopal mendakwa pemimpin PKR mahu beliau menarik diri kerana merasakan beliau boleh menggugat peluang calon PKR, S Manikumar.
"Kini baru mereka tahu pengaruh saya di kalangan pengundi Bukit Selambau, khususnya masyarakat India," katanya.
Jayagopal juga menolak dakwaan bahawa beliau disokong oleh Umno.
"Saya tiada kaitan langsung dengan Umno. sebaliknya sejak pilihanraya umum 1986 saya menyokong PAS," katanya.
Ketika ditanya mengenai peluangnya, Jayagopal berkata, setakat ini, "antara 35 hingga 40 peratus".
Katanya, masalah utama yang dihadapinya ialah kewangan kerana "rakan-rakan yang sebelum ini berjanji untuk membantunya, belum berbuat demikian".
"Saya berharap mereka berbuat demikian secepat mungkin bagi lebih banyak poster dapat dicetak sebelum hari mengundi Selasa ini," katanya.

CALON BN MEMPUNYAI PAKEJ BERJAYA MENARIK MEMIKAT HATI PENGUNDI


Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan memiliki pakej yang mampu menarik sokongan pengundi berbanding 14 calon lain termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di kawasan itu.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid berkata selain anak tempatan, calon BN itu juga mempunyai latar belakang yang cukup menyakinkan pengundi baik dari sudut akademik mahupun pengalaman sebagai wakil rakyat.
Justeru beliau yakin pengundi akan membuat pilihan berdasarkan faktor-faktor tersebut bukan mengikut sentimen emosi yang kini digunakan calon-calon lain yang bertanding di kawasan itu.
"Calon BN mempunyai kelebihan berdasarkan pakej yang ada pada diri beliau. Kita tidak gusar dengan jumlah calon yang bertanding kerana kita percaya pengundi pada akhirnya akan menilai calon berdasarkan faktor pakej yang ada pada calon tersebut.
"Pada masa yang sama pengundi boleh melihat betapa rakyat mula bangkit menunjukkan protes mereka terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan pembangkang membela nasib mereka. Mesej ini disampaikan menerusi tindakan mereka menawarkan diri untuk menjadi calon di sini", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hangat seterusnya berkata petanda aras yang rendah terhadap mutu perkhidmatan wakil rakyat terdahulu membuat ramai merasakan diri mereka layak untuk menggantikan tempat wakil rakyat terbabit.
Pada masa yang sama beliau turut memuji sikap Pemuda parti komponen yang bekerja bersunguh-sungguh serta cukup komited dalam membantu kemenangan calon BN.
"Kesungguhan Pemuda MIC, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen lain cukup membanggakan. Inilah semangat setiakawan dan keikhlasan jitu BN yang tidak ada pada pakatan pembangkang", ujarnya.

PENGUNDI HANTU MUNCUL SEMULA DI BUKIT SELAMBAU

Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdesak kerana cuba membangkitkan semula isu pengundi hantu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut langsung tidak menunjukkan semangat demokrasi kerana mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk mengulangi cerita yang tidak benar untuk meraih undi.
"Tuduhan pengundi hantu ini bukanlah perkara baru. Apa yang menghairankan ialah, kalau betul tuduhan mereka, kenapa tidak pula dibangkitkan di kerusi yang menang.
"Di negeri Kedah, kini mereka yang memerintah, malah tempat ini pun dulunya kerusi mereka.
"Kalau mereka menang tak ada pula pengundi hantu, tapi kalau nampak gaya kalah atau sudah kalah, timbullah isu ini," katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan peruntukan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM210,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Getah, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Fariz Muda yang mengatakan terdapat sebanyak 2,215 pengundi hantu di kawasan DUN Bukit Selambau.
Menurut Fariz, pengundi hantu terbabit didapati berada dalam senarai pemilih di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini.
Menteri Pelajaran yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Bukit Selambau, berkata, taktik PKR yang menggunakan strategi menuduh BN membawa pengundi hantu dianggap cetek dan memang boleh diduga.
"Itulah perkara yang sama mereka bangkitkan. Malangnya, strategi ini sudah cetek dan semua sudah tahu," katanya.
Menurut beliau, BN juga percaya parti pembangkang akan memainkan lebih banyak isu terutama berkait rapat dengan sentimen kaum dalam tempoh terdekat.
"Saya ingin beri jaminan bahawa kalaulah isu perkauman dibangkitkan, rakyat harus sedar bahawa ia bukanlah datang daripada BN sebaliknya pembangkang.
"Apa yang penting ialah rakyat kini boleh menilai siapa yang lebih ikhlas," katanya.