Friday, November 28, 2008

BENARKAH ANGKARA ANWAR - PAS TERBAHAGI DUA PUAK

Sejak tahun 1990, PAS telah memerintah di Kelantan sebagai sebuah kerajaan tunggal. Kecuali antara 1990 hingga 1995, ia berkongsi dengan Semangat 46 atas nama kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Kemudian selepas pilihan raya 1999, PAS berjaya membentuk satu lagi kerajaan negeri di Terengganu. Itu pun kerajaan tunggal juga tanpa sebarang kerjasama dengan parti lain walaupun pada ketika itu sudah ada gabungan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA). Cuma selepas pilihan raya umum ke-12, apabila empat kerajaan negeri yang selama ini dikuasai oleh Barisan Basional (BN) tumbang kepada pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan Kelantan terus kekal di tangan PAS, baru dapat dilihat ujian serta cabaran sebenar kerjasama antara parti yang bergabung di bawah nama Pakatan Rakyat.
Apa yang menarik perhatian sejak kebelakangan ini, bukanlah kerjasama antara parti-parti yang membentuk gabungan bagi mentadbir kerajaan-kerajaan negeri tersebut tetapi apa yang berlaku di dalam PAS sendiri. Jika di Kedah sudah ada memorandum yang mempertikaikan tingkah laku Exco Kerajaan Negeri oleh para penyokong PAS sendiri hingga membuat memorandum menggariskan rasa kesal dan kecewa mereka dengan prestasi serta perangai mereka yang sudah berkuasa itu. Di Kelantan pula sudah kedengaran suara-suara yang berpendapat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah terlalu lama dan tidak efisien lagi untuk mengetui kerajaan negeri. Malah suara-suara kalangan orang PAS Kelantan sendiri sudah ada yang memberitahu Nik Aziz hanya masuk pejabat paling lama tiga jam dan selepas itu balik untuk berehat kerana faktor kesihatan. Maka tidak hairanlah sudah ada suara yang mahu Nik Aziz berundur bagi diganti oleh kalangan pemimpn PAS yang lebih muda untuk mentadbir Kelantan. Lain pula ceritanya di Selangor. Bukan sahaja PAS telah menyuarakan rasa tidak senang dengan layanan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap parti itu, malah ia membawa kepada wujudnya dua kem dalam PAS Selangor. Dua kem ini wujud kerana perbezaan tentang pendekatan yang seharusnya diambil oleh PAS dalam kerajaan negeri. Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali melahirkan rasa tidak senangnya tentang layanan yang diterima oleh PAS dariapda kerajaan negeri Selangor. Malah beliau bimbang beberapa pendekatan kerajaan negeri itu yang tidak disenangi oleh orang Melayu dan ada yang menyentuh soal Islam akan menyebabkan sokongan rakyat kepada pakatan kerajaan negeri merosot. Ini menyebabkan wujudkan perbezaan beliau dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor yang juga Ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad yang mahu PAS menjadi penyokong kepada kerajaan negeri dalam konteks Pakatan Rakyat kerana di negeri lain yang mana PAS menjadi Menteri Besar, parti gabungan lain memberikan sokongan mereka. Akibatnya, Hassan mengambil keputusan merombak barisan Perhubungan PAS Negeri dengan menggugurkan Khalid sebagai timbalannnya dan Saari Sungib digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan. Berdasarkan senario yang berlaku ini, kemelut yang berlaku dalam PAS ini dikatakan sedikit sebanyak cerminan kepada pertembungan dua puak dalam parti itu. Satu puak yang mahu dominasi PAS dihormati dan PAS menjadi pemain utama dalam pakatan. Satu puak lagi lebih mirip untuk mengikuti aturan politik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Puak inilah yang dikenali dalam PAS sebagai kumpulan Erdogan. Malah sudah timbul satu persepsi bahawa Anwar kini mempunyai 'kata putus' dalam beberapa tindakan yang akan diambil oleh PAS melalui 'orang-orangnya' di dalam PAS.

ARAK - DEWAN ULAMA PAS KECEWA KEPUTUSAN SELANGOR - BUKTI HUBUNGAN RETAK MENUNGGU BELAH

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud hairan dengan Kerajaan Selangor yang terlalu sukar untuk menerima cadangan parti itu berhubung peraturan membataskan jualan minuman beralkohol di negeri tersebut.
Beliau berkata, cadangan peraturan tersebut hanya melibatkan umat Islam dan tidak timbul masalah dengan masyarakat beragama lain kerana mereka masih bebas mengamalkan cara hidup sendiri.
“Pas tidak mempunyai kuasa ke atas DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun kita sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, jadi kita hanya mampu memberikan cadangan dan terpulang kepada kerajaan yang memerintah untuk menerimanya.
“Keputusan berhubung peraturan penjualan minuman keras dan mengurangkan premis judi di lima buah negeri pakatan pembangkang dibuat ketika muktamar tahunan parti Pas baru-baru ini, dan ia memang menjadi hasrat parti untuk melihat negeri-negeri di bawah pakatan untuk melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas tindakan kerajaan campuran Selangor di bawah pimpinan PKR yang menolak usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan arak berkuat kuasa Januari depan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan alasan keputusan itu terpaksa dibuat kerana penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan.
Bagaimanapun, usaha murni itu dikecam DAP apabila ketua publisitinya, Tony Pua menyifatkan Pas sebagai bongkak dan sukar bekerjasama kerana tidak merujuk terlebih dahulu dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

ISU LETAK KERETA BERKUPON - APA AGENDA YB TAULAN, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN

Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan, YB Taulan Rasul di dakwa baling batu sembunyi tangan dalam isu pelaksanaan bayaran letak kerta berkupon dalam kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDP).
Beberapa email yang menerjah masuk ke ceritayan.blogspot.com mendakwa adalah mustahil ahli majlis daerah Kubang Pasu membuat keputusan untuk melaksanakan perkara itu tanpa mendapat blessing dari seorang Exco yan bertanggungjawab dalam hal-ehwal PBT.
Begitupun kata penghantar email yang hanya mahu dkenai sebagai pemerhati Kubang Pasu beberapa Ahli Majlis yang terlibat menyokong perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon telah membuat penjelasan kepada AJK PAS Kubang Pasu yang bermesyuarat pada petang Sabtu (22 Nov).
Ketiga-tiga mereka ialah Masduki Lebai Abdullah, Ad Rahman Dai’ dan Hj. Abd Aziz Jusoh.Mereka mendakwa bahawa tindakan menyokong agar MDKP melaksanakan bayaran letak kereta berkupon adalah arahan oleh YB Dato’ Mohd Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah.
Dakwaan mereka tersebut amat mengejutkan, sehingga seluruh AJK PAS Kubang Pasu termasuk beberapa Ahli Majlis yang turut hadir dalam mesyuarat diam dan terkedu.
Malah AJK PAS Kubang Pasu yang hadir semakin terkedu apabila Abd Rahman Dai’ mengusung fail-fail yang mengandungi surat arahan YB Dato Mohd Taulan dan minit mesy uarat berkaitan isu berkenaan untuk dijadikan bukti dan bahan rujukan dalam mesyuarat PAS Kawasan yang diadakan.
Matlamat mereka tidak lain dan tidak bukan selain untuk membukti dan mempertahankan diri daripada serangan segelintir ahli yang melebelkan sebagai pengkhianat kepada Jamaah PAS kerana telah membelakangkan keputusan PAS Kubang Pasu mahu membatalkan hasrat perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon itu.
Dan yang paling penting, mengelakkan dari dikenakan tindakan atau dalam bahasa paling mudah di pecat.
Sebelum ini beberapa AJK PAS Kubang Pasu membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat dan mahu tindakan diambil terhadap tiga individu terbabit sekaligus di pecat sebagai Ahli Majlis dan AJK PAS Kubang Pasu.
Namun selepas penjelasan oleh Abd Rahman dan Masduki bahawa perlaksanaan bayaran letak kereta berkupon ini adalah arahan dari YB Dato Mohd Taulan, maka semua yang mendengar penjelasan seolah-olah rasa ‘terpukul’.
Apapun jawapan yang diberikan oleh Abd Rahman dan Masduki, YB Taulan kata mail berkenaan tidak wajar baling batu sembunyi tangan.
Sebagai Exco yang bertanggungjawab secara langsung terhadap PBT perlu lebih serius dan mengenepikan kepentingan politik sempit.
Ini terbukti apabila satu sms telah dihantar kepada YB Taulan bagi mendapatkan blessing @ kebenaran dari pucuk pimpinan yang bertanggungjawab terhadap PBT.
Sila baca sms ini -“Assalamu alaikum YB Dato Taulan Rasul. Ana HJ Azizan Yahya dipinta oleh para sahabat dalam AJK PAS Kubang Pasu untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato’ duduk perkara sebenar mengenai isu perlaksanaan sistem parking berbayar oleh MDKP Kubang Pasu dan lain PBT. Dakwaan menyatakan YB Dato’ sendiri yang MENGARAHKAN supaya AHli Majlis kita (PAS) MESTI menyokong perlaksanaan sistem tersebut telah menimbulkan sedikit salah faham tentang arahan yang di terima dari YB Dato, dari sudut tafsiran ARAHAN dari Exco KERJAAN TEMPATAN mengatasi keputusan syura Jamaah di peringkat kawasan ! Wala wajib diberi kepada arahan Dato shj. Sayugia dipohon klasifikasi dari YB Dato’ demi kebaikan Jemaah kita. Penjelasan dari YB Dato tersangat diharapkan”. Sekian terima kasih.Membangun Bersama Islam !Ke arah Kedah sejahtera.
Namun apa yang mengecewakan tindakan YB Taulan membayangkan beliau bukan saja tidak profesional, tetapi meletakkan ahli majlis dalam serba salah dengan jawapan yan mengelirukan.
Jawapan YB Taulan seperti berikut “PBT adalah kerajaan ke 3 dan Ahli Majlis berkuasa tentukan halatuju MDKP”.
Apa yang jelas tindaktanduk YB Taulan telah memberi impak yang tidak sihat dikalangan rakyat, khususnya ahli Pas sekaligus menghakis keyakinan terhadap kewibawaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Menteri Besar wajar campurtangan dalam perkara ini kerana rakyat kini tidak lagi yakin dengan exco kerajaan negeri yang dilihat lebih mementingkan kepentingan politik sempit daripada memperjuangkan nasib rakyat sepertimana yang dilaungkan dalam manifesto PAS dalam PRU ke-12 lalu.

Wednesday, November 26, 2008

SINGKIRKAN DAP KERANA BIADAP - DESAK AKAR UMBI PAS KEDAH


Akar umbi Pas mahu DAP disingkirkan dari pakatan Rakyat kerana terlalu biadap.Perlara itu diluahkan oleh ahli Pas veteran Kedah yang menganggap DAP bukan lah rakan yang baik dalam pakatan rakyat.
Menurut mereka, sikap dan tindakan DAP jelas bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas, malah mereka langsung itdak menghormati hak orang islam.
Beliau diminta mengulas dakwaan DAP hari ini bahawa PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.
"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya.
"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya boleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.
Beliau menambah, dengan bantahannya ini, tidak bermakna DAP menggalakkan peminuman alkohol tetapi larangan meluas bahan itu boleh dianggap melanggar hak sejumlah warga Selangor.
"Kami berharap kepemimpinan PAS negeri sudi mendengar pendapat-pendapat yang lebih wajar, bukan hanya daripada rakan-rakan gabungan (Pakatan) tetapi juga daripada dalam parti (PAS) itu sendiri yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut," kata Tony dalam satu kenyataan.
Beliau juga menggesa PAS segera memahami kerumitan kerajaan campuran Pakatan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang jauh berbeza daripada Barisan Nasional yang menyaksikan Umno menundukkan rakan-rakan gabungannya. - malaysiakini.

BANTUAN SEKOLAH CINA & PERLANTIKAN DATO BANDAR MBAS - MB BOHONG.

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan didakwa berbohong apabila mengumumkan Kerajaan Negeri akan membantu sekolah persendirian melalui peruntukkan khas.
Pesuruhjaya Pas Kedah itu juga turut berbohong apabila mengatakan tidak mengetahui siapa yang bakal dilantik sebagai Dato Bandar Alor star (MBAS).
Menurut salah seorang guru Sekolah persendirian di Kedah yang tidak mahu namanya disiarkan, Ustaz Azizan cuba membohongi masyarakat bukan islam di negeri ini apabila mengatakan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan kepada Sekolah persendirian melalui peruntukkan khas.
"Dalam sidang dewan baru-baru ini Kerajaan Pas talak sentuh mengenai bajet kepada sekolah Cina, sikalang itu MB cakap mau kasi itu melalui peruntukkan khas ini macam boleh percaya ka, cakap apa ni macam, dia jangan ingat olang cina bodoh la, kalau bajet kerajaan negeri pun defisit apa macam mau bagi peruntukkan kalau ada lebihan, itu bohong ma," tegas beliau.
Semalam Ustaz Azizan dilaporkan oleh Uutsan on-line berkata, kerajaan Kedah akan membantu sekolah persendirian yang memerlukan bantuan melalui peruntukan khas.
Katanya peruntukan itu adalah daripada lebihan peruntukan Bajet 2009 kerajaan negeri yang dibentangkan minggu lepas.
Masyarakat Cina di Kedah dikatakan tidak berpuas hati dengan keutusan Kerajaan Negeri dalam memutuskan beberapa dasar yang didakwa menganaktirikan mereka.
Sebelum ini isu kouta perumahan 50-50 turut ditentang oleh kaum Cina. Malah wakil rakyat DAP dikatakan memberi kata dua kepada Ustaz Azizan, mengkaji semula dasar berkenaan atau beliau meninggalkan pakatan rakyat.
Sementara itu, Sumber Wisma Darulaman mengesahkan, Pegawai daerah Kuala Muda, Dato Khazali bakal dilantik sebagai Dato Bandar MBAS.
Menurut sumber itu, surat pekeliling bertarikh 18 November 2008 berhubung perlantikan khazali atau Ti long serta pertukaran pegawai-pegawai tadbir negeri kedah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri yang ditandatangani Dato Wira Syed Unan Masri.
Pengesahan itu membuktikan Ustaz Azizan telah berbohong kepada masyarakat dengan mengatakan beliau tidak tahu siapa akan dilantik sebagai Dato Bandar MBAS meskipun beberapanamatelah dicadangkan bagimengantikan Datuk Abdul Mukhti Abdullah yang telah tamat tempoh kontraknya baru-baru ini.
“Kata islam adalah perjuangan Pas, tapi Ustaz Azizan berbohong kepada rakyat, pemimpin jenis apa ni, islam jenis apa ni" kata Haji Noradin Shafie salah seorang penyokong Pas dari Kuala Kedah.
Kata beliau, perlantikan Ti Long sebagai Dato Bandar MBAS la ni bukan rahsia lagi, semua dah tau, kami di kampungpun dahtahu mustahil dia seorang MB tak tau, apa pasai Azizan nak pi bohong pula, memang dah jadi tabiat dia kot, bohong sana bohong sini," tambah beliau lagi.

Berikut adalah senarai pertukaran pegawai mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah tanggal 18 November 2008:
SENARAI PERTUKARAN PEGAWAI TADBIR NGERI KEDAH DARULAMAN
1. Dato Abdullah Mat Akhir( Pegawai Daerah Kuala Muda ditukarkan sebagai Tim Rektor kolej Insaniah.)
2. Dato Khazali Din (Peg Daerah Kuala Muda ditukarkan sebagai Dato Bnadar MBAS).
3. Puan Halijah Mohd Ibrahim (Tim 1, Pengarah tanah dan Galian ditukarkan ke pejabat SUK)
4. Haji Noh Dahya (Pegawai daerah baling ditukarkan sebagai Tim Rektor Kolej Insaniah)
5. Ahmad Fisol Md Nor (Pegawai daerah Yan ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Baling)
6. Puan Sepiah bt Isa (Tim Pengarah Tanah & Galian ditukarkan sebagai Pentadbir tanah Kota Star)
7. Mohd Fuzi Mohaidin 9Timbalan pengurus besar LADA ditukarkan sebagai Memangku Pegawai Daerah Yan.)
8. Ismail Said Ketua penolong pegawai daerah Sik ditukarkan sebagai Timbalan Pengurus Besar LADA
9. Md Zaki Shiru (Pejabat tanah Kuala Muda ditukarkan sebagai Pentadbir tanah Kota Star.)
10. Nordin Yahya (Pengrus Besar Yayasan Islam Kedah ditukakan sebagai Pentadbir tanah Kuala Muda.)
11. Mohd Zohdi Saad (Timbalan pengarah JHEAIK ditukarkan sebagai Pengurus Besar
Yayasan Islam Kedah.
12. Mohd Asri Redha Abdul Rahman (Ketua penolong pegawai daerah Langkawi ditukarkan sebagai Memangku Ketua Penolong Dearah Sik)
13. Fathullah Suhaimi Ismail (Ketua penolong pegawai kewangan negeri ditukarkan sebagai Memangku Timbalan Pengarah JHEAIK.
14. Mohd Zani Ramli (Penolong pegawai kewangan hasil ditukarkan ke jawatan Memangku Ketua Penolong kewangan negeri (Unit perolehan & aset).
15. Jusrianuar Jamarudin (Penolong pegawai kewangan ditukarkan sebagai penolong Setiusaha Kerajaan negeri bahagian penerangan.
16. Muhammad Hakimi Jamil (Penolong setiausaha PM Kulim ditukarkan sebagai Penolong Pegawai Daerah Langkawi. )

Saturday, November 22, 2008

DOKUMEN SULIT DAKWA DI CURI - KATA TIMBALAN PESURUHJAYA PAS KEDAH

Pas mendakwa dokumen sulit yang mengandungi apa yang didakwa rasa tidak puas hati akar umbi parti sekaligus mengegsa Menteri Besar membetulkan keadaan sebenarnya telah dicuri.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Hassan Abdul Razak berkata, dokumen itu sepatutnya menjadi dokumen sulit parti telah didapati hilang.
Kehilangan dokumen itu hanya disedari selepas Media mendedahkan isi kandungan dokumen berkenaan sekaligus menjadi isu yang hangat di perkatakan di kalangan masyarakat.
Malah Sumber Pejabat Mnetri Besar di wisma darulaman memaklumkan, Ustaz Azizan "berang" apabila media khususnya TV3 menyiarkan isi kandungan dokumen berkenaan.
Kata sumber itu lagi, Hassan yang juga pegawai khas turut menjadi mangsa "berang" Ustaz Azizan selain Setiausaha Politik beliau, yang dikenali sebagai Sanusi.
antara isi kandungan dokumen itu ialah akar umbi pas tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.
Dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.
Ustaz Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.
Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.
Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tapi didakwa rajin bermain golf.
Selain itu, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".
Selepas didedahkan oleh media, menteri besar telah mengadakan pertemuan dengan 15 wakil pas kawasan di seluruh Kedah bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Thursday, November 20, 2008

UZTAZ AZIZAN KIAN TERHIMPIT DENGAN MASALAH DALAMAN

Ustaz Azizan semakin terhimpit masalah setelah menjadi MB dan ketua pentadbiran selama lapan bulan. Beberapa isu yang terpaksa beliau hadapi menurut merah tinta MSO bakal menguji sejauh manakah kemampuan sebenar ADUN Sala itu.
Apakah beliau mempunyai antibody yang kuat bagi menghadapi segala cabaran itu atau sebaliknya akan larut dengan masalah itu.

Ia juga menguji tahap kesabaran selaku pemimpin. Yang penting dalam soal ini apakah beliau bijak menangani beberapa masalah yang timbul.
Misalnya isu kouta 50 peratus pemilikan rumah untuk Bumiptera yang dicadangkannya menarik dan panas ketika ini.
Cadangan ini sesuatu yang baik dan dikira itulah perjuangan beliau untuk meningkatkan kemajuan Bumiputera di negeri Jelapang Padi itu.
Mungkin cadangan itu juga dibuat setelah menyedari banyak tanah rizab Melayu telah dibangunkan dengan rumah.
Tetapi nampaknya cadangan ini ditentang banyak pihak. Ia bukan saja dari pembangkang, Umno dan BN, tetapi dari rakan Pas dalam Pakatan Rakyat sendiri, PKR dan DAP juga. Tentunya tindakan ini memeranjatkan Azizan dan Pas.
DAP dan PKR tidak setuju dengan cadangan berkenaan dan meminta ia dikaji balik atau dibatalkan.
Penentangan ini satu cabaran kepada Azizah secara peribadi. Beliau nampaknya berang mengenai hal ini sampai melarang dan mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengannya agar tidak campur tangan.
Kepada PKR dan DAP beliau minta supaya tidak campur tangan dalam urusan negeri Kedah. Dan beliau juga berkata beliau tidak perlu hormat dan patuh kerana teguran itu bukan dari bosnya.
Menurutnya beliau hanya patuh dan hormat kepada pandangan partinya saja.
Alasan lain yang beliau berikan kerana beliau tiak mencampuri urusan kerajaan PKR di Selangor dan kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Secara langsung bidasan itu ditujukan kepada Mohamad Azmin Ali, Naib Presiden PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang turut memberi pandangan mengenai cadangan itu dan meminta ianya dikaji semula.
Begitu juga khabarnya apabila ada syarikat perumahan yang meramalkan akan menghadapi kesan dengan cadangan itu ingin menyamannya sekiranya ia diteruskan, beliau terus melenting dan menjawab dengan mengatakan bersedia meringkukkan dalam penjara sekiranya polisi itu salah.Jawaban itu menunjukkan sikap dan peribadi Azizan Abul RAzak.
Telatah dan sikap ditunjukkan Azizan Razak itu menjelaskan prinsip dan stail hidupnya. Dia mempertahankan apa yang beliau buat. Dan memang beliau berhak membuat apa saja kerana beliau adalah ketua kerajaan.
Dalam isu ini dan juga beberapa isu yang berlaku di sekitar Azizan, terkesan oleh saya beliau seperti bersendirian. Tidak ada mana-mana pihak menyokong atau memberi semangat dan simpati kepadanya.
Di kalagan pemimpin Pas Kedah sendiri tidak nampak ada yang membuat kenyataan menyokong dan mempertahkan polisi baru itu.
Sepatutnya keadaan tidak berlaku dan sebagai MB para Exco perlu tampil mempertahankannya.
Ini satu keadaan yang aneh dan ganjil. Apakah suasana ini menunjukkan Azizan bergerak bersendirian di Kedah?
Ataupun ada individu di Kedah yang sengaja membiarkan masalah itu kerana motif tertentu? Apakah ada elemen yang cuba merosak dan memburukkan Azizan di Kedah?
Adalah dibimbangi kalau masalah ini berterusan, Azizan akan terjeruk dalam masalah demi masalah.
Beliau tidak akan menjadi Menteri Besar yang popular dan akan banyak mencipta masalah. Kalau ini berlanjutan lama kelamaan Azizan akan lapuk dan usang dengan sendirinya.
Khabarnya yang tidak menyenangkan lagi apabila kalangan akar umbi Pas juga mulai mempertikaikan beberapa tindakan politik Azizan.
Terutamanya janji untuk menerapkan nilai Islam dalam pemerintah Kedah menjadi pertikaian dan ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Sudah banga merunggut mengenai kelewatan melaksanakan hal ini.Ada beberapa perkara mudah yang boleh dilakukan tetapi tidak dilaksanakan. Misalnya pengharaman judi, arak, penjualan nombor ekor, toto, penutupan aurat dan sebagainya.
Mereka mendakwa untuk mengharamkan segala kejadian judi dan maksiat ia bukan memerlukan peruntukan tetapi cukup dengan iltizam MB itu saja.
Ada yang bersenda kalau perkara yang tidak memerlukan modal pun susah dilaksanakan apa lagi untuk melaksanakan projek bernilai jutaan ringgit?
Perlu diingat angan-angan untuk menguatkan kuasa syariat Islam itu menjadi siulan Azizan sebelum ini. Azizan dikatakan banyak berselindung di sebalik istana untuk tidak melaksanakan apa yang janjinya sebelum ini.
Sikap berlindung di sebalik istana begitu tidak patut diamalkan. Azizan perlu segera mengatasi segala sungutan ini. Kalau beliau masih berdegil dan tidak mempedulikan rintihan rakyat dibimbang masalah akan kian bertompok di dirinya.

APA YANG RAKYAT INGIN LIHAT DAN APA YANG SEBENARNYA BERLAKU KETIKA SIDANG DUN KEDAH

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah melabuhkan tirainya petang semalam. Persidangan dua hari yang dirasmikan oleh Sultan Kedah berakhir dengan DUN akhirnya meluluskan bajet yang dibentangkan oleh Ustaz Azizan selaku Menteri Besar. Selepas mendapatkan maklum balas daripada YB-YB yang hadir maka disenaraikan apa yang rakyat ingin lihat dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam dewan.

APA YANG INGIN RAKYAT LIHAT:
1. Exco perumahan dan kerajaan tempatan sepatutnya membentangkan kaedah penyelesaian isu sampah yang dihadapi masyarakat Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN.
1. Exco perumahan dan kerajaan tempatan berkata, beliau hanya bertanggungjawab terhadap soal dasar kerajaan dan bukannya memantau pelaksanaan PBT tempatan. (beliau menjawab soalan ADUN Kuala Kerang).

APA YANG INGIN RAKYAT LIHAT:
1. Kerajaan membentangkan pelan penguatkuasaan terhadap siber cafe dan pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat pagi yang dikatakan menjadi pendorong kepada peningkatan kes sosial yang serius.

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Exco perumahan dan kerajaan tempatan memberi alasan pemantauan dan penguatkuasaan dibawah tanggungjawab polis dan bukan PBT.

APA YANG RAKYAT MAHU LIHAT:
1. Kerajaan Pas menunaikan janji untuk memberi pinjaman tanpa riba kepada golongan belia untuk berniaga dan mendirikan rumah tangga sebagai langkah mengurangkan masalah pengangguran dan sosial.

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Exco kebajikan berkata, kajian berhubung pinjaman dan dana khas untuk golongan belia mendirikan rumah tangga masih dalam peringkat kajian dan akan diumumkan sebaik kajian selesai tapi tak pasti bila.

APA YANG RAKYAT INGIN LIHAT:
1. Lebih banyak projek berteraskan islam dibangunkan di kedah untuk memberi manafaat kepada rakyat selaras dengan negeri kebajikan yang diwar-warkan pada pilihanraya umum ke-12 lalu.

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Kerajaan negeri meluluskan projek mega ternakan babi di Bukit Selambau yang boleh diternak babi sebanyank 46 ribu ekor pada satu-satu masa. Menyedari isu berkenaan dimainkan oleh media, Ustaz Azizan segera membatalkanya.

APA YANG INGIN RAKYAT TENGOK:
1. Kadar sewa samada di kalangan peniaga kecil di pasar malam, pekan sehari mahupun gerai-gerai ditepi jalan dihapuskan bertepatan dengan manifesto 'NEGERI KEBAJIKAN".

APA YANG BERLAKU DALAM DEWAN:
1. Tidak langsung disebut mengenai sebarang penghapusan sewa kepada peniaga kecil, sebaliknya kadar sewa dinaikkan hingga membebankan pen iaga kecil sepertimana yang berlaku di simpang kuala dimana peniaga kecil kaum cCina memprotes keputusan majlis yang menaikkan kadar sewa.

Wednesday, November 19, 2008

TI LONG DILANTIK DATO BANDAR MBAS.

Teka-teki siapa dilantik sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) akhirnya terjawab apabila Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato Khazali dilantik ke jawatan itu dalam rombokan Kerajaan Negeri pakatan rakyat yang menyaksikan beberapa pegawai daerah bertukar tempat.
Dato Khazali atau lebih dikenali sebagai TI LONG dikalangan kenalan rapat dipilih ke kerusi panas itu, sekaligus menyaksikan usaha anggota senior KCS termasuk Pengarah Upen, Dato Bashiruddin Jamil yang sebelum ini disebut-sebut akan dilantik ke jawatan Jusa itu tersingkir.
Pemilihan Ti long menjadi bualan hangat di kalangan anggota KCS berikutan beliau dianggap masih muda jika dibandingkan dengan anggota yang lain yang dianggap lebih senior.
Menurut sumber wisma darulaman, Ti long melangkah tiga anak tangga apabila dilantik ke jawatan berkenaan memandang beliau sebelum ini baru saja dinaikkan pangkat sebagai pegawai daerah Kuala Muda.
Ti long anak kelahiran jitra akan ditabalkan secara rasmi seagai Dato Bandar awal Disember ini.
Perlantikan beliau memadam tradisi sebelum ini dimana bekas Dato Bandar sebelum ini adalah dari Upen. Perkembangan ini bakal mencetuskan jurang kerjasama antara kerajaan pakatan rakyat dengan KCS kerana cakap-cakap semakin jelas kedengaran kenaikan pangkat yang disusun oleh kerajaan pimpinan Ustaz Azizan memadamkan amalan "senior" dan "junior" dalam ranking KCS.
Sebelum ini penyambungan kontrak Dato Syed Unan syed Masri sebagai Setiausa Kerajaan Negeri turut mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan anggota KCS sekaligus menyaksikan ada di kalangan anggota KCS menulis tulis kepada Sultan Kedah sebagai bantahan.
Begitupun pemerhati politik berpendapat, perlantikan Ti long ke kerusi panas itu dilakukan kerana Ti long seorang yang tidak mahu mengikut telunjuk Kerajaan Negeri meskipun beliau seorang yang kuat bekerja.
Bukitnya, banyak arahan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan Negeri terutama dalam soal lesen untuk menganjurkan hiburan di Sungai Petani tidak dipatuhi sekaligus menyaksikan beliau berbalah dengan Dr Hamdan.
Justeru perlantikan beliau dikatakan satu usaha untuk mengeluarkan beliau dari Daerah Kuala Muda dan meletakkan beliau di tempat yang cukup banyak degan masalah.
Bandaraya Alor Star dilana krisis kewangan yang serius yang mneyebabkan masalah sampah sarap masih gagal di tangani hingga saat ini.
Penduduk dilaporkan semakin tidak senang dengan perkembangan itu malah ada yang bertindak membawa sampah ke MBAS sebagai tanda protes.
Sekiranya diteliti, Ti long bakal berdepan dengan cabaran paling hebat dalam kerjaya beliau sebagai anggota KCS. Sekiranya beliau berjaya, nama beliau pasti terpahat sebagai Dato Bandar paling hebat dalam sejarah selain Dato Yusof Nayan, namun sekiranya gagal sudah pasti beliau bakal menerima hukuman yang sukar nak diramalkan.
Satu lagi cabaran yang tidak kurang hebatnya, ialah bagaimana Ti long mampu merubah budaya kerja dikalangan kakitangan MBAS yang dikatakan begitu selesa dengan budaya kerja untuk dapat gaji dan bukanya bekerja untuk membangunkan negeri.
Selamat maju jaya kepada Ti long semoga beliau dapat mengimplementasikan budaya kerja ketika menguruskan kolam udang di Kerpan di MBAS.

BABI....SELEPAS SELANGOR KINI GILIRAN KEDAH PULA....APA DAH JADI USTAZ AZIZAN?

Kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas bercadang untuk membuka ladang babi sepertimana yang dicadangkan di negeri Selangor, pernah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Keputusan itu dilihat jejak bertapak Kerajaan Pakatan rakyat kerana Selangor dan Kedah masing-masing diperintah oleh kerajaan pakatan rakyat.
Ladang berskala besar itu menurut Laporan Buletin Utama, TV3 akan dibangunkan di Bukit Selambau, atas tapak seluas 400 ekar..


Menurut laporan TV3 lagi, hanya satu syarikat dikenalpasi untuk menjalankan ternakan babi secara moden itu. Ladang yang didakwa akan menjalankan kaedah ternakan secara teknologi terkini akan turut mewujudkan rumah sembelihan berpusat. Ladang itu mampu menternak kira-kira 46 ribu ekor babi pada satu-satu masa yang melibatkan kos puluhan juta ringgit.
Memetik jawaban bertulis sebagai maklum balas daripada soalan ADUN Bakar Bata, Dato Ahmad Bashah Hanifa, Kerajaan negeri berkata, jumlah itu mampu menampung keperluan pengguna di negeri kedah. Sebuah syarikat dikatakan telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri sebelum ini untuk menternak babi secara berskala besar sebagai usaha memenuhi tuntutan kepada permintaan daging babi seluruh rakyat Kedah dan Pulau Pinang yang kian meningkat.
Menurut sumber, usaha membuka ladang babi berskala besar sebelum ini dicadangkan di kawasan lain tetapi dibantah oleh penduduk di kawaan berkenaan yang rata-rata adalah orang melayu.
Berikutan perkembangan itu, Kerajaan Negeri memindah cadangan berkenaan ke kawasan Bukit Selambau. Pada masa ini DUN Bukit Selambau diwakili oleh wakil rakyat PKR, Arumugam.

Tuesday, November 18, 2008

SAYA TERIMA TEGURAN AKAR UMBI TERMASUK TEGURAN TERHADAP ISTANA - AZIZAN

Menteri Besar, Ustaz Azizan akhirnya mengakui, memorandum yang dihantar kepada beliau adalah suara akar umbi dari parti itu yang bertujuan mahu membetulkan keadaan.
Katanya, beliau menerima segala teguran yang terkandung dalam memorandum berkenaan termasuk teguran kepada pihak istana.
"Bagus tu, itu adalah keterbukaan Pas, biar ahli dan rakyat tanya saya tak sembunyi apa-apa dengan ahli pas dan rakyat , buat apa marah ini kita punya keterbukaan" katanya selepas sidang dewan DUN Kedah petang tadi.
Selain mengesa Menteri Besar mengambil langkah tegas dalam bidang agama, politik, pentadbiran, kebajikan dan sebagainya, memorandum setebal 24 mukasurat itu turut mengandungi teguran terhadap exco negeri yang dikatakan lebih banyak menghabiskan masa bersama Sultan hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
Turut dikecam anggota KCS yang didakwa lebih berwalakkan mantan Menteri besar, Dato Seri Mahdzir Khalid.

BERWALAKKAN MAHDZIR KHALID - ANGGOTA KCS DIKECAM AKAR UMBI PAS.

Menteri Besar, Ustaz Azizan digesa mengambil tindakan tegas terhadap anggota KCS yang didakwa masih berwalak (bertuankan) mantan menteri besar, Dato Seri Mahdzir Khalid.
KSC didakwa tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Kerajaan pakatan rakyat malah ada dikalangan anggota KCS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membantu Pas membuat percaturan politik bagi menguntungkan kerajaan pakatan rakyat.
Kecaman itu terkandung dalam memorandum setebal 25 mukasurat yang dihantar kepada Ustaz Azizan hasil majlis muzakarah peringkat akar umbi membabitkan ranting Pas seluruh Kedah.
Memorandum berkenaan bertujuan mengesa Ustaz Azizan bertindak segera dengan melakukan perubahan dalam sistem pentadbiran negeri yang dikatakan terlalu slow sekaligus gagal memenuhi kehendak yang terkandung dalam manifesto Pas pada PRU ke-12 yang lalu.
Turut dipertikaikan halangan-halangan dari istana menyebabkan kepimpinan negeri tidak bebas membuat keputusan sedangkan kerajaan negeri ditentukan oleh rakyat dan bukanya istana.
Memorandum berkenaan juga mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan yang ggal menjemput ketua-ketua Pas kawasan menghadiri majlis yang dihadiri oleh Menteri besar, sedangkan pada masa pemeritahan kerajaan BN ketua dan Ajk Umno bahagian sering dijemput ke majlis yang dihadiri Menteri Besar.
Rasa tidak puas hati juga dilahirkan terhadap exco negeri yang didakwa memberi pelbagai helah dan alasan untuk lari dari tanggungjawab apabila dihubungi atas urusan parti dan kerajaan.
Malah menurut kandungan memorandum itu, ada di kalangan ahi exco lebih banyak menghabiskan masa bermain golf bersama Tuanku Sultan Kedah, hingga melalaikan tangunjawab terhadap rakyat.

KANDUNGAN MEMORANDUM YANG DIHANTAR KEPADA MB KEDAH

Bidang pentadbiran:
1. selepas tujuh bulan memerintah nampaknya pelaksanaan hukum islam khususnya Nahi mungkar masih gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Berikut antara kepincangan yang dapat dilihat.
a) Tidak nampak apa-apa tindakan (sekurang-kurangnya langkah awal dan berfasa) untuk mengharamkan arak dan judi.
b)TIada enekmen yang jelas berhubung hiburan atau garis panduan berhubung halal haram dalam persembahan.
c)Tiada tindakan terhadap kelab hiburan yang beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan.
d)Tiada peraturan berhubung etika berpakaian, sekurang-kurangnya untuk umat islam.
e)Tiada peraturan berhubung pengiklanan sehinggakan iklan tidak menutup aurat bebas dipaparkan.
f)Tiada usaha merobohkan pusat pelacuran dan kegiatan pondan di Tangjung Bendehara.
g)Tiada langkah berkesan untuk bertindak terhadap pihak yang tidak menghormati bulan ramadan.
h)Tiada langkah berkesan untuk menghapuskan aktiviti muqadimah zina di tempat terbuka.
i)Arak dijual dan diminum bebas di Langkawi permata Kedah hingga hilang identiti islamnya sedangkan kedah di perintah oleh parti yang memperjuangan islam.
j)Pas dalam manifesto PRU KE-12 berjanji untuk mewujudkan pusat latihan imam di Masjid Zahir. Apabila Sultan Kedah tidak bersetuju kerajaan negeri telah membatalkan terus dan tidak pula bercadang untuk membuat di tempat lain.
k) Jabatan agama islam tidak diketuai oleh orang yang mempunyai fikrah islam yang jelas sebaliknya ia diketuai seorang pegawai tadbir daerah yang dikaitakan dengan isu penyelewengan balak.
l)Tidak ada usaha yang jelas dan bersungguh-sungguh oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam untuk memperkasa perana masjid selaras dengan dasar islam yang dilaungkan oleh Pas.
m)Kakitangan jabatan agama islam tidak menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan berkesan sehingga dianggap jabatan paling lembab dalam negeri Kedah.
n)Usaha dakwah tidak dijalankan dengan berkesan ke seluruh anggota masyarakat.
o)Rakyat umumnya melihat bahawa tiada ada perbezaan dari aspek pelaksanaan islam antara waktu Kedah diperintah oleh BN yang TOGHUT dan Pas yang berjuang atas landasan islam.
p) MB USTAZ Azizan memegang terlalu banyak jawatan dan potfolio agama wajar dilepaskan dan menyerahkan kepada exco lain setelah gagal untuk memperkasa pelaksanaan islam selaras dengan tuntutan perjuangan islam yang dibawa oleh Pas.
q)Umat islam di Kedah tidak mahu melihat kerajaan negeri bertelagah menyalahkan pihak itu dan ini kerana kegagalan memperkasa pelaksanaan islam sebaliknya hendaklah mengerakkan semua entiti secara bersepadu termasuk jabatan yang lain yang tiada kaintan dengan agama.
r)Benarkah YAB Menteri begitu mempercayai pegawai tadbir kerajaan negeri sehingga semua pandangan mereka diterima bulat-bulat sedangkansebahagian exco negeri ditolak mentah-
mentah.
s)Banyak keputusan kerajaan yang tidak dengan bebas, terutama jawatan isu perjawatan kerana kononya Tuanku Sultan tidak berkenan.
y) Apakah kaedah yang akan diambil supaya agihan zakat dapat dibuat dengan adil dan saksama memandangkan kita menerima banyak rungutan mengenainya.

Monday, November 17, 2008

AHLI PAS KEDAH SERAH MEMO KEPADA MB LUAH RASA TAK PUASHATI

Di dorong oleh rasa tidak puas hati dengan apa yang didakwa kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah yang diterajui Pas, sekumpulan ahli Pas seluruh negeri bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Ustaz Azizan tiga hari lalu.
Memorandum antara lain bertujuan menyatakan rasa kecewa dengan apa yang didakwa mereka sebagai "Satu Kegagalan" dalam mentadbir & mengurus negeri Kedah sejak mengambalih kerajaan negeri, tujuh bulan yang lalu.
Selain mempertikaikan beberapa dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, memorandum yang didakwa suara dari akar umbi itu menjurus kepada pelbagai bidang termasuk soal pentadbiran negeri, agama, pelajaran, pemberian tender, kebajikan, politik, penerangan, ekonomi, sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Dalam bab pentadbiran, Ustaz Azizan diberi ingatan tentang "kegagalan " beliau dan ahli exco dalam mentadbir dan menguruskan negeri yang begitu slow hingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terutama ahli Pas yang mahukan perubahan.
Malah mereka melemparkan kritikan yang keras terhadap ahli exco negeri yang didakwa sudah semakin lupa daratan apabila melupakan dasar perjuangan serta rakan-rakan seperjuangan. Berikutan itu akar umbi mahu "Majlis Syura" diwujudkan yang berperanan memberi nasihat dan teguran selain memantau exco yang dilantik melaksnakan amanah rakyat.
Akar umbi juga mempersoalkan mengenai kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan dasar-dasar islam kerana selepas tujuh bulan mengambil alih kerajaan Kedah, Ustaz Azizan didakwa gagal menangani gejala sosial yang berpunca dari kegagalan pihak berkuasa tempatan mengawal pusat-pusat hiburan yang kian berleluasa.
mereka sedang menunggu-nunggu bilakah kerajaan akan menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto pada PRU ke-12 lalu terutama dalam soal "Nahi mungkar"
Ustaz Azizan juga diselar kerana memegang terlalu banyak potfilio hingga memberi bebanan dan tidak dapat memberi fokus dalam bidang tugas yang diamanahkan.
dalam bab pentadiran, Menteri Besar diminta bertindak tegas terhadap anggota KCS yang didakwa tidak menghormati keputusan kerajaan negeri dan mereka dikatakan masih setia kepada bekas menteri besar sebelum ini.
Kerajaan pakatan rakyat didesak agar mengisi kekosongan jawatan-jawatan utama seperti ketua-ketua jabatan dengan mereka yang dikenalpasti penyokong kuat Pas sekaligus mengenepikan orang umno (disebut sebagai anjing-anjing umno dalam memorandum).
Memorandum setebal 24 mukasurat itu juga mempertikaikan ahli exco yang semakin "rajin" bermain golf bersama Sultan Kedah sehingga tugas hakiki membela nasib rakyat dilupakan.

ends...

Saturday, November 15, 2008

BILA PM BANGSA MALAYSIA TIDAK BOLEH BERCAKAP....

Ada orang dalam tulisan sebelum ini tidak ada masaalah, kalau Timbalan Presiden UMNO tidak ada kemahiran berbahasa Inggeris.
Ada kata asal dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri.Baiklah, asal pemimpin itu ... pertama baik dan kedua pandai.Sejak timbulnya Obama, timbul pula kata-kata jangan sifat perkauman. Orang bukan Melayu pun boleh jadi Perdana Menteri. Kalau tidak sifat perkauman, tak payahlah sebut kaum apa PM Malaysia.
Ini yang melucukan mengenai retorik.Yang sedapnya, bila PM Singapura ditanya bolehkah orang bukan Cina jadi PM, dia kata mungkin belum masa. Peliknya, pada tahun 1955, boleh pula Singapura ada PM dari kalangan bukan Melayu, Cina dan India. PM Singapura pertama adalah David Marshall, pendatang Yahudi dari entah dari di Asia Tengah.Kalau kita kajibalik sejarah, banyak retorik sungguh melucukan.
Yang seronoknya, PM Malaysia dan bekas PM Malaysia, kedua-dua berkata tak ada masaalah untuk bukan Melayu jadi PM.
Perlembagaan membenarkan. Yang penting, dia mesti melaui proses politik dan bermakna dia mesti mendapat penerimaan majoriti rakyat Malaysia.
Dia mesti seorang yang berjiwa Malaysia.Kira lagi terer dan progresif pemimpin Melayu Malaysia dari pemimpin Singapura.Kalau Timbalan Presiden UMNO tidak tahu bercakap Melayu, tidak ada masaalah. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Apa pula bahasa Perdana Menteri Bangsa Malaysia itu nanti?
Kalau dia hanya membaca tulisan bahasa tertentu pada papan tanda jalan dan pergi ke sekolah bukan bahasa kebangsaan, bagaimana dia hendak melakukan urusan rasminya yang semesti dalam bahasa kebangsaan?
Adakah dia akan menggunakan bahasa ibunda dalam urusan rasmi yang mesti menggunakan bahasa kebangsaan? Seperti dalam karikutur, adakah dia akan sentiasa meminta izin untuk bertutur dalam bahasa ibundanya dalam Majlis dan urusan rasmi?
Belum lagi memperjuangkan bahasa kebangsaan yang dimestikan ke atasnya?
Ini belum juga tanggungjawab memartabatkan agama persekutuan dan lain-lain lagi ciri-ciri Perlembagaan yang berada di bawah kuasa mutlak Raja-Raja Melayu.
Ini boleh menjadi mengelirukan dan akhirnya melucukan.Mungkin sekali Perdana Menteri Bangsa Malaysia akan hanya berdiam macam seorang ahli Parlimen dan hanya ambil gambar macam jurugambar.
Inilah terjadi bila suka retorik mengenai Bangsa Malaysia tetapi tak faham apa maknanya. Maksud Bangsa Malaysia itu yang sebenar lain dan memang lain dari yang diputarbelit mengikut suka hati mereka.Tuah orang tidak boleh kata.
Mungkin satu hari, Gwo Burne menjadi PM kita. Kalau dia belum jadi Bangsa Malaysia, kita akan ada seorang PM yang tak perlu bercakap-cakap - DIPETIK DARI BLOG HUSIN LEMPOYANG

ELAK PILIHANRAYA KECIL DUN KUALA NERANG SATU LAGI SANDIWARA PAS - KATA PEMERHATI POLITIK.

Menteri Besar Ustaz Azizan Abdul Razak dilaporkan berkata, adalah baik jika kes kebankrapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Syed Sobri Syed Hashim dapat diselesaikan tanpa perlu mengadakan pilihanraya kecil.
Katanya, "Kita tidak perlu membazirkan wang dengan mengadakan pilihan raya. Kita boleh fokus kepada soal pembangunan negeri,"
Memetik kata-kata UstazAzizan itu pemerhati politik berkata, terlalu mudah untuk memahami taktik Pas dalam isu berkenaan.
Hakikatnya, Pas bukan mahu berjimat sebaliknya Kerajaan Kedah yang diterajui Pas tidak berduit.
Kata pemerhati itu lagi, sejak memerintah Kedah tujuh bulan lalu, Pas telah membuat beberapa keputusan yang dilihat tidak menambah pendapatan yang sedia ada.
Semuanya dilakukan demi memenangi hati rakyat, Hakikinya kantung Kerajaan Pas Kedah semakin kurang diseAdd Imagebabkan keputusan yang tidak bijak.
Antaranya memotong cukai tanah dan pintu yang menyaksikan Kerajaan Pas hilang RM 50 juta ringgit. Itu baru satu bab, belum lagi bab-bab lain yang menyaksikan banyak pendapatan bagi menampung keperluan kerajaan negeri hilang begitu saja .
Tegas pemerhati politik dari sebuah institusi pengajian tinggi di negeri bawah bayu, Sabah mustahil Pas tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil di Kedah ketika ini.
"Alasan berjimat hanya sekadar gimik politik" katanya.
pertama, katanya Pas Kedah mahu menutup kedangkalan mereka dalam urusan pentadiran berikutan kegopohan Speaker menghantar surat kepada SPR biarpun "seal order" dari Mahkamah belum dikeluarkan.
"Percayalah Pas seboleh-bolehnya mahu pilihanraya kecil diadakan kerana Pas kedah ketika ini amat memerlukan tambahan kerusi bagi menambah kekuatan yang sedia ada, sekaligus mengelak pergantungan kepada PKR dan DAP yang dilihat semakin lantang dan nyaring menentang dasar Kerajaan Pas Kedah" tegas beliau.
Kekuatan Pas di Padang Terap memang telah wujud. Buktinya Parlimen dimenangi calon Pas, jadi pasti mereka mahu satu lagi kerusi ADUN iaitu Kuala Nerang kerana DUN Pedu telah dimenangi oleh BN melalui Dato Seri Mahdzir Khalid.
Pada PilihanrayaUmumke-12 lalu, Dato Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi sahaja.

Friday, November 14, 2008

SYED SOBRI MANGSA KERAKUSAN KUASA PAS KEDAH


Pelbagai spekulasi tiba-tiba muncul apabila Kerajaan Pas Kedah mellaui speakernya telah menghantar surat kononnya kerusi DUN Kuala Nerang kosong selepas Dato Syed Sobri dilaporkan muflis oleh Mahkamah tinggi Alor Star dua hari lalu.
Paling dangkal apabila Speaker dilaporkan menghantar surat terus ke SPR untuk memaklumkan perkara itu dengan niat pilihanraya kecil bakal diadakan.
Namun segalanya berakhir tidak seperti yang diharapkan oleh pimpinan Pas Kedah. Malah rata-rata penyokong Pas melihat perkembangan itu sebagai bukti bahawa pimpinan Pas sedang mabuk kuasa.
Menurut pemerhati politik, kemungkinan wujud teori konspirasi berniat jahat dalam menjatuhkan BN umumnya dan Syed Sobri khususnya.
kata pemerhati, Pas mungkin terbabit dalam teori terbabit dengan niat untuk memberi amaran kepada pimpinan BN agar tidak cuba menganggugugat kerajaan Pakatan rakyat.
Teori itu jika direnung ada kewajarannya berikutan exco kerajaan negeri, Ir Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit sebelum ini dilaporkan berkata di Pahang bahawa Pas kini dalam posisi menyerang terhadap pimpinan BN kerana mereka dikatakan cuba mengangugat anggota dalam pakatan rakyat.
"Saya tidak pasti sejauh mana pimpinan Pas terbabit dalam teori konpirasi ini, tapi saya percaya Pas ada peranan dengan niat untuk jatuhkan Syed Sobri sekaligus BN Kedah" katanya.
Namun jelas beliau, taktik-taktik kotor ini sebenarnya memerlukan perancangan bukan saja dari Pas tetapi juga orang dalam membabitkan jabatan yang ada kaitan dengan kes berkenaan.
Sementara itu veteran Pas terus melahirkan rasa kecewa dengan tindakan speaker DUN Kedah yang terlalu jahil dalam pentadbiran negeri berikutan tindakan beliau mengeluarkan surat kekosongan DUN Kuala Nerang kepada SPR.
Bagi mereka, kejahilan itu tidak sewajarnya berlaku kepada seorang yang dilantik speaker DUN.
Dalam pada itu, sumber mahkamah berkata, Syed Sobri berjaya mendapat perintah mahkamah bagi mengenepikan keputusan muflis.
Apa yang berlaku katanya, adalah kesilapan teknikal yang cuba digembar gemburkan oleh mereka yang mahu mencari publisiti politik murahan.

USTAZ AZIZAN TELLS DAP TO STOP MEDDLING


"Mind your own business". That's the advice Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak has for Pas' Pakatan Rakyat partners in opposition-ruled states who have been critical of the state's new housing policy which increases the Bumiputera quota to 50 per cent.
Azizan said he didn't want any interference from "outsiders" over his running of the state, since he had never commented on how they ran their states.
"This is a Kedah matter and we will solve it the Kedah way."They should mind their own business.
Why should someone from Selangor comment on matters in Kedah?" He was referring to DAP central committee member Teng Chang Kim's support for Lee Guan Aik, who had threatened to leave the state's Pakatan Rakyat government if Azizan did not withdraw the housing policy. Lee is the sole DAP representative in the Pas-led government.
He is part of a growing chorus of opposition to the housing policy, which increased the Bumiputera quota from 30 per cent to 50 per cent for new projects beginning Sept 1.Teng, who is also Selangor state assembly speaker, was reported as saying that another DAP central committee member, Datuk Ngeh Koo Ham of Perak, also supported Lee.
He said holding one to ransom was not good for state governments under the Pakatan Rakyat."I don't like it when people threaten to do this or that if I don't follow them.
I wonder what they would say if Pas threatens to pull out from the Pakatan Rakyat governments in Selangor and Perak?"Azizan said the state government would soon issue a white paper on the housing policy.

Thursday, November 13, 2008

DANGKAL ILMU DAN MABUK KUASA PUNCA SPEAKER KEDAH HANTAR SURAT KEPADA SPR DALAM KES SYED SOBRI


Dangkal ilmu dan mabuk kuasa......itulah kesimpulan yang dibuat oleh ahli politik veteran Pas berikutan tindakan speaker dewan undangan negeri kedah yang diterajui Pas, Dr Abdul Isa Ismail (Gambar) yang mengeluarkan notis mengenai kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang apabila dimaklumkan Dato Syed Sobri di isytiharkan muflis.
Pokok pangkalnya, menururt ahli veteran terbabit, sebarang pengisytiharan muflis hanya boleh digunapakai oleh Dewan apabila mahkamah mengeluarkan "seal order" dan bukanya berdasarkan mana-mana carian mahupun kenyataan daripada jabatan berkaitan.
kesimpulan daripada tindakan speaker ialah pas yang diterajui Ustaz Azizan terlalu dangkal dalam ilmu pentadbiran serta selok belok pengurusan.
"Bagi kami sebagai ahli veteran dalam Pas tindak tanduk speaker itu dilihat amat memalukan kerana sebagai seorang speaker beliau sewajarnya berfikir secara waras sebelum mengambil langkah, kerana ia memberi gambaran amat buruk kepada Pas" tegas salah seorang ahli veteran di zaman Abu bakar Umar yang kini menetap di Pekan Langgar.
Seorang lagi tokoh veteran yang tidak mahu namanya dikenali berkata, kini imej Pas dimata rakyat amat buruk. Parti itu digambarkan sebagai dangkal ilmu dan semakin mabuk untuk berkuasa.
Beliau yang menetap di Bukit Raya berkata, Allahyarham Dato Ustaz Fadzil pernah berkata, "Tindak tanduk pimpinan Pas sentiasa diperhatikan oleh semua bukan saja ahli Pas malah rakyat terbanyak. Justeru sebarang kesilapan boleh memberi kesan buruk bukan saja kepada pemimpin terbabit malah yang lebih utama Parti".
Tambah beliau, kini cakap-cakap dalam masyarakat semakin kuat kedengaran betapa pimpinan Pas kini lebih menjurus kepada usaha mabuk berkuasa daripada melaksanakan janji yang dibuat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Sementara itu, sumber wisma darulaman memaklumkan, Penasihat undang-undang negeri telah memberi nasihat kepada kerajaan negeri supaya menanti keputusan "seal order" daripada mahkamah sebelum surat kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang dikeluarkan kepada Suruhanjaya pilihanraya negeri.
Malangnya, menurut sumber itu, speaker bertindak membelakangkan nasihat berkenaan yang akhirnya terpaksa menarik balik surat terbabit apabila kes muflis berkenaan berjaya diselesaikan.
Dato Syed Sobri dikatakan disytiharkan muflis oleh mahkamah tinggi Alor Star berikutan kegagalan beliau menjelaskan hutang dengan sebuah bank tempatan.
Bagiamanapun penguam beliau dilaporkan berjaya menyelesaikan isu terbabit petang semalam dan mahkamah mengenepikan perintah itu.
Desas desus bertiup kencang beberapa hari lalu apabila jabatan bertanggungjawab menyenaraikan nama Dato Syed Sobri sebagai muflis apabila beliau gagal menjelaskan hutang kepada sebuah institusi kewangan bernlai lebih RM100 ribu ringgit.
Ia sekaligus mendorong speaker menghantar surat kepada SPR kononya berlaku kekosongan kerusi DUN Kuala Nerang tanpa menugggu "seal order" dari mahkamah.

Saturday, November 8, 2008

EXCO CABULI DASAR MBAS - LANTIK PEGAWAI BUKAN SISWAZAH KE N-41

kisah benar...itulah luahan salah seorang pegawai di Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) yang telah 20 tahun berkhidmat di MBAS apabila mengetahui salah seorang Exco Kerajaan Negeri mencabuli dasar mbas dengan mempersetujui lantikan seorang kakitangan MBAS dari N-36 kepada-41 baru-baru ini.
Katanya disebabkan kekangan peruntukkan perbelanjaan, Dato Bandar telah mengumumkan dasar MBAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kenaikan pangkat kerana masalah kewangan yang dihadapi ileh MBAS.
Ramai kakitangan yang bertugas sejak 15 hingga 25 tahun pada mulanya meluahkan rasa kecewa dengan dasar baru itu. Tetapi akhinrya mereka akur kerana memahami situasi yang dihadapi oleh MBAS.
Segalanya berjalan dengan lancar dan kakitangan seluruhnya berpegang kepada dadar baru itu demi kesinambungan MBAS.
Namun sebaik saja, kerajaan pakatan rakyat yang diketuai Pas mengambilalih pentabiran kerajaan negeri, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak terbabit terutama dalam menonjol diri mereka adalah pekera paling habt dan cemerlang.
Bertindak tanpa merujuk kepada pentadbiran yang sedia ada, salah seorang Exco kerajaan negeri dilaporkan merastui kenaikan pangkat seorang kakitanan MBAS dari N-36 kepada N-41.
Keputusan itu menimbulkan raa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerana ia telah mencabul dasar yang diguna pakai selama ini.
Lebih menimbulkan persoalan, pegawai yang dinaikkan pangkat tidal layak jika dinilai dari segi kelulusan. Ia kerana N-41 kebiasanya dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai ijazah sedang pegawai berkenaan hanya berkelulusan SPM.
Hebat sangat ke pegawai berkenaan hingga Exco sanggup mengenepikan dasar yang dibuat oleh Dato Bandar.
Ataupun pegawai terbabit ada kaitan dengan hubungan kekeluarga ataupun suaminya adalah orang kuat Pas.
Secara jelas tidak pasti, apakah alasan Exco berkenaan mencabuli dasar MBAS, namun yang pasti ramai yang kecewa dengan keputusan itu.
Hakikatnya, MBAS berdepan dengan masalah kewangan yang serius. pelbagai masalah termasuk kehidmat memungut sampah masih belum mencapai tahap yang dikehandaki oleh rakyat.
Rakyat terbanyak pasti akur sekiranya perlantikan pegawai berkenaan mampu menyelesaikan masalah sampah yang terlah sekian lama dihadapi leh MBAS.
Namun jika dilihat secara sepintas lalu, keputusan yang dibuat oleh Exco itu lebih tertumpu kepada menaikkan kroni dalam MBAS dan bukanya mencari formula bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh MBAS selama ini.
"Saya merayu MB melihat perkara ini, kami di MBAS merasakan keputusan yang dibuat bukan saja tidak bijak malah boleh mengeruhkan keadaan. MBAS tidak bergantung kepada individu tertentu saja untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, kami bekerja secara kumpulan, jadi tak wajarlah hanya seorang mendapat menafaat manakala yang lain terlepas pandang" ujar pegawai yang tidak mahu namanya dikenali.

RM18 RIBU DUIT RAYA KAKITANGAN - MB ARAH GUNA DUIT AKUAN AMANAH.


Lapan belas ribu ringgit (RM18,000) dikeluarkan dari akaun amanah semata-mata untuk memberi duit raya kepada kakitangan di pejabat Menteri Besar dan ahli mesyuarat kerajaan negeri.
Menurut sumber wisma Darulaman, apa yang menimbulkan persoalan, Menteri Besar sendiri Ustaz Azizan yang mengeluarkan rahan bagi mengeluarkan wang berjumlah RM 18 ribu dari Tabung amanah MBI.
kata sumber itu lagi, keputusan itu adalah tiwakwajar dan melanggar peraturan akuan amanah.
"Sebagai kaitangan di wisma darulaman ini, kami merasa amat terkilan apabila MB keluar duit dari akuan amanah untuk bagi duit raya pada kakitangan pejabatnya dan ahli mesyuarat kerajaan negeri, kami ini bukan kakitangan kerajaan ke....ini bukti nyata kami telah dianaktirikan" kata sumber berkenaan yang enggan di kenali.
Beliau menjelaskan, memo arahan dikeluarkan oleh MB bagi mengeluarkan wang dari akuan amanah berkenaan.
"semua kakitangan pejabat MB dan AMK mendapat habuan duit raya antara RM300 hingga RM500 tiap seorang, malah ada yang dapat RM1,000" tambah sumber itu lagi.
Beliau yang nyata kecewa dengan keputusan itu menganggap tindakan MB itu seolah-olah tidak menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini.
"Salahkah kalau jumlah itu diagihkan kepada kakitangan wisma darulaman, satu orang sepuluh ringgitpun kami bersyukur, ini tidak lebih mementingkan kakitangan pejabat dia dan AMK, inikah yang dikatakan MB yang selama ini memperjuangan islam yang dikatakan adil dan saksama" tegasnya.
Dalam pada itu pemerhati politik tempatan mengakui 7 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas masih gagal menunaikan janji mengikut manifesto yang diwar-warkan pada pilihanraya umum ke-12 lalu.
Malah kepimpinan negeri yang diterajui Ustaz Azizan lebih berminat mencari kelemahan Kerajaan terdahulu hanya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka gagal menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum ini.
"Saya melihat tidak banyak perkembangan positif yang dapat membantu rakyat secara keseluruhanya. malah kalau dilihat dari segi menunaikan janji yang ditaburkan belum ada tanda-tanda mereka berminat untuk menunaikan janji-janji berkenaan" tegas penganalisis politik dari sebuah universiti di utara tanahair itu.
"Apa yang jelas kini ialah mereka lebih berminat untuk mencari salah pihak yang dulu, saya rasa pendekatan ini membuktikan kerajaan sekarang dalam keadaan `desparate' atau terdesak jadi mereka cuba menutup bangkai dengan daun lalang sehelai" katanya lagi.
Mengulas tindakan MB mengeluarkan RM18,000 dari akuan amanan untuk memberikan duit raya kepada kakitangan, beliau berkata, keputusan yang dibuat adalah tidak bijak.
katanya, akuan amanah sebenarnya mempunyai prosidur pengrusan yang ketat dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan termasuk bagi tujuan memberi duit raya.
'Saya tidak pasti akuan amanah jenis mana yang diwujudkan tetapi jika dilihat dari segi nama, keputusan keluarkan duit dari akuan untuk duit raya adalah tidak wajar dan salah" katanya.

Tuesday, November 4, 2008

SEMBILAN TOKOH UMNO DI SIASAT BPR

Sembilan ahli politik Umno di Kedah sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan mesyuarat perwakilan Umno Kedah sejak sebulan lalu.
Menurut laporan malaysiakini, Pengarah BPR negeri Nooraziah Abdul Manaf berkata, sembilan kes berprofil tinggi itu dibuka daripada 51 fail sepanjang tempoh Januari hingga semalam.
Beliau berkata, siasatan sukar dilakukan kerana saksi enggan tampil memberikan maklumat kerana takut dengan pemimpin Umno terbabit, lapor laman web Berita Harian.
Bagaimanapun Star Online melaporkan, Nooraziah enggan mendedahkan parti terbabit dan nama-nama ahli politik berkenaan.
Dalam tempoh yang sama, BPR menerima 736 aduan berhubung rasuah dan pecah amanah.
Nooraziah berkata selepas majlis serah tugas jawatan itu daripada Idrus Jaafar yang bertukar sebagai pengarah BPR Pulau Pinang di Alor Star hari ini.

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DIBELENGGU TAKUT HILANG KUASA MULA SERANG KERAJAAN BN - IR AMIRUDDIN.


Exco Kerajaan Kedah, Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri yang dipimpin Pas mula mengambil posisi menyerang dengan membongkar pelbagai bentuk penyelewengan Barisan Nasional (BN) semasa berkuasa dulu.
Kata ADUN anak bukit itu, ia bukan sekadar cakap kosong. Sebelum ini Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Sdn Bhd anak syarikat Kerajaan Negeri didedahkan telah melakukan pecah amanah.
Baru-baru ini pula, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan Kedah Communication and Events (KCE) Sdn Bhd yang juga GLC telah melakukan pecah amanah ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.
Selepas ni dipercayai ada lagi pendedahan-pendedahan seumpamanya akan dibuat.
Yang tak kurang menariknya ialah bila dalam kenyataan yang sama Amiruddin berkata, selepas 'serangan' itu, para pemimpin BN Kedah mula lunak daripada terus mengganggu kerajaan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, katanya ada pihak tertentu yang menghasut pelabur asing kononnya kerajaan Kedah yang baru diterajui Pakatan Rakyat ini kononnya sama dengan kerajaan Taliban.
"Mereka cuba menghasut pelabur supaya menarik keluar pelaburan dari negeri ini, bagaimanapun kita berjumpa sendiri dengan pelabur dan memperjelaskan kepada mereka polisi pelaburan kerajaan baru. Alhamdulillah, pelabur bukan sahaja tidak menarik keluar pelaburan mereka malah ada beberapa syarikat yang menambah nilai pelaburan masing-masing, mereka berpuas hati dan gembira dengan polisi kita yang telus," katanya.
Siapa la agaknya pemimpin-pemimpin BN yang 'Tuan Engineer' kita tu maksudkan ye? Kenapa tak jelaskan supaya rakyat tahu siapa pemimpin BN tu atau sekadar tembak peluru kosong semata-mata untuk mendapatkan "semanat politik" yang menunggu masa untuk rebah.

Monday, November 3, 2008

SIAPA KATA KERAJAAN PAS BIJAK...


Pada jam 8.00 malam keputusan PRU ke-12 sedang dinanti-nantikan, sudah heboh berita tentang PAS telah mendapat majoriti mudah di Kedah.
Di khabarkan Pesuruhjaya PAS sudah mengerahkan semua jawatankuasa PAS negeri untuk berkumpul di Markas PAS di Batu 9 berhampiran DUN Sg. Limau.
Penyokong-penyokong PAS sudah mula membanjiri perkarangan Wisma Darulaman. Dan pada jam 10.00 malam, maka kedengaran bahawa PAS telah berjaya menawan Kedah.
Saya termenung sendirian di luar rumah sekembalinya dari meninjau suasana dan "mood" pengikut PAS mendapat kuasa.
Macam beruk dapat bunga!Maka bermulalah era pemerintahan PAS di Kedah sejak BN menguasai negeri itu selama 50 tahun merdeka.
Habuannya ialah menonton secara percuma perlawanan bola sepak di Stadium Darulaman untuk semua rakyat negeri Kedah.
Maka berpusu-pusulah penyokong fanatik bola sepak Sang Kenari bersama bendera PAS yang sudah di"edit" menjadi bendera Hijau Kuning. Pukul 4.30 petang, keadaan di perkarangan stadium sudah sesak.
Jalan sesak! Azan asar pun dah tak dengar. Surau kecil ada di stadium, tapi bagaikan tak laku! Maghrib pun entah ke mana.
Yang pastinya Kerajaan Islam PAS lah yang punya angkara dan menanggung dosa.
Sudahlah kerajaan negeri miskin, diberikan pula tiket percuma. Jika harga semua tiket itu dibayar oleh PAS baguslah juga, tapi malangnya dari sumber harta kerajaan negeri.
Patut pun Kerajaan Negeri Kedah miskin!
Bila miskin, mulalah berura-ura nak menebang balak. Hutan simpan di Tasik Pedu menjadi pilihan.
Nasihat dan teguran dari kawan-kawan sealiran tidak dihiraukan. Kecil hati Nik Aziz dan Lim Guan Eng. Mereka meminta Ust. Azizan mengkaji semula cadangan tersebut, namun tidak diendahkan.
Malah MB tegas menegur supaya pentadbiran beliau tidak dikacau. Begitulah Kerajaan Pakatan Rakyat yang "sehaluan".Mahfuz menempelak MBAS di dalam HARAKAH atas isu "sampah". Katanya, sampai berulat sampah dihadapan rumah. Dituduhnya MBAS tidak dapat memikul amanah.
Mahfuz mendakwa MBAS cuba mensabotaj Kerajaan PAS negeri Kedah. Tidakkan YB tahu bahawa masalah sampah ini timbul sejak kerajaan BN memerintah?
Tahukah YB Mahfuz bahawa sampah sudah menimbun di bandaraya Alor Star sejak Yusuf Nayan mentadbir MPKS (sebelum MBAS), kemudian diambil alih oleh Pak Mukhti?
Janganlah difitnah sebegitu kepada MBAS. Mereka tidak mensabotaj PAS.
Cuma mereka tak punya dana. disamping pengurusan yang tidak cekap dan pekerja yang sebok menjual "direct selling"dan "kain pasang".
Tidakkah YB tahu MBAS terpaksa menggaji pekerja secara kotrak untuk menyelesaikan masalah kerja yang tertunggak dipejabat, sedangkan kakitangan tetap sebok mengumpat bersembang saja lebih? Baik YB minta maaf pada kakitangan MBAS. Mereka tidak salah. Salahnya pada Kerajaan PAS yang tidak memantau, atau tidak tahu bagaimana hendak memantau.
Maklumlah, tiada pengalaman...Kini, timbul pula cerita syarat kuota pembelian rumah oleh bumiputera yang MB Kedah naikkan hadnya sebanyak 50%. Secara zahirnya, nampak bagus dan cantik. Tapi akibatnya agak menjelikkan.
Jika sesebuah rumah itu tidak dibeli dalam satu jangka masa yang ditetapkan, maka rumah tersebut akan automatik bertukar status menjadi "freehold".
Maka pemaju tidak akan menjual rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika ada pembeli bumiputera bertanyakan rumah, maka pemaju akan mengatakan "sudah habis looo...". Dan apabila rumah tersebut sudah habis "edah"nya, maka rumah tersebut akan dijual kepada bukan bumiputera sebagai "freehold".
Begitulah PAS meng"hilang"kan tanah hak bumiputera kepada bukan bumiputera. Bayangkan kalau perkara tersebut terjadi pada tanah rizab melayu.
Tentu mengerikan! "Bijak" sungguh Kerajaan PAS mentadbir tanah melayu...
Terbaru di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech. CEOnya telah di"over ride" oleh seseorang yang dikhabarkan tidak layak.
Katanya, telah dilantik seorang bekas pegawai bank sebagai ketua kepada CEO Kulim Hi-Tech tersebut.
Tidak ada orang lainkah yang lebih sesuai?
Apakah PAS sudah ketandusan tokoh atau pakar ekonomi dan pentadbiran?
Maka susah hatilah semua pengurus Kulim Hi-tech. Maka Gundah gulanalah pelabur-pelabur yang mahu ke sana.
Mundur kebelakanglah Kulim nampaknya.
Jadi, siapa kata Kerajaan Negeri Kedah bijak? Kalau bijak tak kan PAS melantik jurunilai sebagai "penasihat ekonomi"nya! Bijakkah begitu?
Tepuk dada tanya selera, kata orang melayu!

Saturday, November 1, 2008

KELANTAN MASIH KAJI CADANGAN CUTI BERSALIN 90 HARI


Kerajaan Kelantan masih mengkaji cadangan pemberian cuti bersalin selama 90 hari berbanding 60 hari sekarang, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata perkara itu memerlukan perancangan teliti kerana ia membabitkan prosedur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Akta Pencen 1980.
"Kerajaan negeri mendapati melalui Akta Pencen itu akan menjejaskan skim tersebut kepada kakitangan terbabit jika dilaksanakan," katanya ketika menjawab soalan Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Kelantan sebelum ini bercadang untuk memberikan tempoh cuti bersalin selama 90 hari berbanding 60 hari sekarang bagi membolehkan kakitangan terbabit menguruskan diri dan menjaga anak dengan sempurna semasa bersalin.
Ketika ini kerajaan negeri melaksanakan pemberian cuti bersalin selama dua bulan yang terhad kepada lima kali bersalin bagi setiap kakitangan wanita.
Sementara itu, Dewan juga diberitahu penjualan Hotel Perdana oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah untuk menjadikan industri perhotelan di negeri itu terus berkembang pesat.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata PNB mempunyai kemampuan untuk membangunkan industri perhotelan seperti yang dilakukan syarikat itu sebelum ini.
"PKINK memerlukan suntikan besar untuk membangunkan Hotel Perdana yang bidang perhotelan ini bukan merupakan perniagaan teras PKINK dan sebab itu kita yakin dengan PNB untuk membangunkannya.
"Kita telah meletakkan syarat hotel baru itu nanti mestilah berimej Islam," katanya ketika menjawab soalan Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga).
Hotel itu telah dijual kepada PNB membabitkan kos sebanyak RM24 juta dan telah membayar pampasan sebanyak RM4.1 juta kepada 130 kakitangan hotel itu dan kakitangan terbabit telah diberikan jaminan akan diambil bekerja semula selepas kembali beroperasi yang dijangka pada penghujung tahun depan.

KONTRAK DATO MUKTI SEBAGAI DATO BANDAR MBAS TIDAK DISAMBUNG..?


Khidmat Dato Mukti Abdullah sebagai Dato Bandar Majlis Bandaraya Alor Star dikatakan tidak disambung oleh kerajaan negeri. Beliau yang akan bersara awal bulan depan dikatakan telah menulis surat kepada Kerajaan negeri untuk memohon bagi melanjutkan khidmat secara kontrak.
Menurut sumber Wisma darulaman, kontrak Dato Mukti tidak akan disambung dan keputusan mengenai perkara itu telahpun dimaklumkan kepada beliau.
"Kerajaan neeri kini sedang menimbang beberapa orang calon yang akan dilantik sebagai Dato Bandar" jelas sumber itu.
Nama-nama mereka yang bakal dilantik dimaklumkan akan dihantar untuk mendapat berkenan KDYMM Sultan Kedah.
"MB dijangka membuat pengumuman siapa yang bakal menduduki kerusi panas itu sedikit masa lagi" kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu, beberapa anggota KCS nyata kecewa dengan keputusan itu.
Menurut mereka Dato mukti mempunyai rekod yang cemerlqang sepanjang kerjayanya.
"kami sendiripun confuse apa kreteria sebenarnya yang diguna pakai untuk proses sambung kontrak ini. Sepatutnya yang tidak disambung kontrak adalah Dato Syed Unan tetapi kini Dato Mukti pula yang dilihat seolah-olah jadi mangsa dalam game ini" jelas beliau yang enggan namanya disiarkan.
Antara yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan Dato Bandar MBAS ialah Pengarah UPEN, Dato Bisharuddin Jamil.

KELANTANGAN ZULKIFLI BELA ISLAM, ANWAR DITEKAN DAP

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) akan diminta memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan mengelirukan yang dibuatnya ketika diwawancara oleh akhbar Mingguan Malaysia.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri akan mengadakan perjumpaan dengan Zulkifli bagi mendengar penjelasan itu secara terus.
"PKR adalah sebuah parti yang demokratik, jadi kita memberi kelonggaran kepada ahli untuk bercakap.
"Apabila pandangan mereka mungkin ada sedikit menimbulkan kekeliruan maka mereka akan diminta memberikan penjelasan,'' katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Zulkifli dalam wawancara dengan akhbar yang diboikot oleh PKR itu baru-baru ini melahirkan kehairanan apabila ahli-ahli politik Islam yang mempunyai akidah sama tidak mampu bersatu apabila timbul isu-isu berkepentingan bersama.
Pada 17 September lalu, beliau juga telah dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin PKR ekoran pembabitan dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos lalu.
Walaupun PKR mengakui hak Zulkifli untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam, tegas Anwar, peguam itu seharusnya berhati-hati untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan manifesto pilihan raya.
"Beliau juga seharusnya mengambil kira kebimbangan yang ditimbulkan oleh orang lain termasuk bukan Islam,'' ujarnya.

PERKASA MAHU TIONG LAI DIPECAT

Mutakhir ini terdapat beberapa pihak yang seolah-olah sengaja bertindak untuk memprovokasi kesabaran Bumiputera dan mempertikaikan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Liow juga dipetik sebagai berkata pada 27 Oktober 2008, bahawa “ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.” PERKASA amat kesal dengan kenyataan di atas. Ia adalah satu tindakan ekstrim oleh pihak yang seolah-olah buta sejarah, sengaja cuba memprovokasi perasaan Bumiputera seluruhnya, dan dengan terang-terang mempertikaikan Fasal-Fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan itu juga hanya mencerminkan ketidakbijaksaan dan kedangkalan minda segelintir barisan kepimpinan baru MCA dalam memahami serta menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang termaktub dalam Fasal 152 dan Fasal 153. Oleh itu, PERKASA memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional. PERKASA juga mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memecatkan Liow daripada kabinet negara dengan seberapa segera. Mana-mana individu yang tergamak mempersoalkan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan tidak layak dan tidak boleh diizinkan berada dalam Jemaah Menteri Malaysia. Liow juga wajar dikenakan tindakan ini kerana beliau juga telah meminggirkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai kontrak sosial yang terkandung dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.



Kenyataan Akhbar
Datuk Ruhanie Ahmad Ketua Penerangan PERKASA
Dikeluarkan Pada 29 Oktober 2008

BUKAN MELAYU TOLAK KOUTA 50 PERATUS - Catatan Zulkifli yahaya

Tidak seperti dijangka, isu kuota perumahan 50 peratus untuk Bumiputera yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memasuki fasa baru yang lebih mencabar. Ia tidak semudah yang disangkakan. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) benar-benar menguji ketegasan kerajaan negeri.
REHDA tidak memulakan penentangan berasaskan perkauman, namun isu perkauman pula kini yang mengambilalih konfrontasi REHDA terhadap langkah kerajaan negeri mewajibkan penjualan 50 peratus rumah untuk Bumiputera.
MCA dan Gerakan yang sedang bergelut dalam nafas nazak di kalangan masyarakat Cina, tiba-tiba kembali bangkit menjuarai isu ini. Mereka semacam sudah dapat nyawa. Sebagai parti perkauman, mereka berjaya meyakinkan persatuan-persatuan Cina bahawa polisi baru ini merugikan kaum Cina.
Lim Guan Eik, ADUN tunggal dari DAP mengadakan sidang akhbar membidas polisi baru kerajaan negeri. Dia memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri untuk menarik balik polisi atau Pakatan Rakyat menghadapi kehilangan sokongan dari masyarakat Cina.
Beberapa orang 'YB' yang pengundi Cina menjadi undi penentu di kawasan DUN yang Diwakilinya mengeluh besar. "Tak tahu lagi apa nak jawab dengan orang Cina, 10 yang ditemui 11 orang menentang," ujarnya.
Saya cuba menghubungi rakan-rakan Cina dari Kelab Penyokong PAS. Semuanya memberi jawapan yang sama. Tidak ada orang Cina yang menyokong! "Tolonglah, betulkan balik polisi tu, kami teruk kena hentam sama orang Cina," rayu aktivis Cina dari Kelab Penyokong PAS.
Saya menghubungi YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan. Dia adalah 'YB' yang paling rapat dengan orang Cina. Menangnya dulu pun dengan undi Cina. Mungkin dia ada pandangan yang dapat membantu saya menggerakkan jentera penerangan kerajaan negeri, menjelaskan isu kuota 50 peratus rumah untuk Bumiputera.
"Aku lagi letih nak jawab dengan orang Cina," beritahu Nasir. Dalam kesibukannya sebagai wakil rakyat dia mengajak saya menemui seorang aktivis Cina dari KeADILan. Kami berdailog dalam kereta sambil menuju ke sebuah majlis rumah terbuka Aidil Fitri.
"Kerja kita dalam Pakatan Rakyat akan sia-sia jika isu ini tak dapat diatasi. Comfirm orang Cina tak akan bagi undi untuk kita," ujarnya.
"Pilihanraya lambat lagi, lepas tiga bulan isu itu akan dilupai, orang Cina akan kembali sokong Pakatan Rakyat," saya menguji.
"Orang Cina tak macam Melayu, isu survival bangsa adalah nombor satu. Saya ingat kalau you haramkan judi pun, hanya sebahagian Cina yang menentang, ada juga orang Cina akan sokong. Tapi kalau isu yang rugikan bangsa Cina seratus peratus akan tentang," terangnya.
"Tapi ini bukan isu perkauman," saya berhujah. "REHDAtentang kerana dia dakwa tak boleh jual walaupun 30 peratus rumah untuk Melayu. Padahal, setiap kali dibuka untuk jualan sekelip mata kuota rumah untuk Bumiputera 'habis' terutama lot kedai, enam bulan lepas tu pula hampir semuanya dibolot oleh bukan Bumiputera."
"Itu isu penipuan, isu penyelewengan dalam pelaksanaan," dia menjawab. "Penipuan adalah teknikal, kerajaan ada cukup jentera serta mekanisme untuk mengatasinya, boleh guna BPR…kalau mahu atasilah. Naikkan kuota 50 peratus, kalau penyelewengan itu tak diatasi serupa juga."
Saya cuba mengalih ke persoalan sebenar. Kebimbangan Melayu. "You cuba duduk di tempat Melayu, bayangkan tanah-tanah bendang orang Melayu dibeli. Akhirnya satu demi satu tanah Melayu berpindah milik kepada orang lain apabila rumah siap dibina. Persoalan lain, seolah-olah taman perumahan di bandar adalah milik satu kaum sahaja."
Dia lantas menjawab, "Tanah milik Melayu dipertahankan melalui Rizab Melayu. Setiap tanah rizab yang diambil jika tukar status, pemaju kena ganti semula (swaping). Hak Melayu tidak hilang bahkan bertambah pula 30 peratus melalui kuota perumahan. Jika kekal status Rizab Melayu pula, orang Cina langsung tak boleh beli.
"Isu perumahan mewah jadi tempat Cina, betulkah Melayu tak mampu beli rumah mewah atau mereka tak berminat? Itu kena buat kajian. Umum orang Melayu ada tanah pesaka. Jika ada pilihan mereka lebih suka tinggal di kampung. Kalau Melayu ada duit RM100 ribu, RM200 ribu, takkan dia nak beli rumah mewah kat taman sedangkan dia boleh buat rumah 'mewah' atas tanah sendiri di kampung."
Saya membangkitkan persoalan keghairahan pemaju membina rumah sederhana mewah dan mewah untuk mengaut untung lebih, sedangkan keperluan rakyat terutamanya Bumiputera ialah rumah dengan harga yang mampu mereka miliki.
"Itu sepatutnya yang ditekankan oleh kerajaan terhadap pemaju," dia lantas menjawab.
"Bukannya canang kuota 50 peratus, sebab bila kita umum tambah kuota Melayu, Cina akan marah."
Saya merakamkan dialog di atas dalam tulisan ini bukan untuk mempertahankan hujah masyarakat Cina dalam isu berkaitan survival bangsa mereka. Tapi sekadar membongarkan persoalan bahawa semakin lama kita berpolitik, kita semakin mundur ke belakang, dibelenggu isu perkauman yang tidak sudah-sudah. Bergerak ke kiri, ke kanan, hadapan, belakang, semuanya dibelit isu perkauman. Puncanya, parti yang mendominasi pemerintahan sejak lebih separuh abad adalah berorientasikan kaum.
Hakikatnya, perkauman adalah 'hantu raya' yang dibela UMNO, kini merayau dan mengacau di sana-sini setelah tuannya UMNO yang nazak tak mampu nak menjamu selera makhluk belaannya. Semua orang jadi susah dibuatnya.
Apapun, kerajaan negeri Kedah kena tegas mempertahankan prinsip untuk membela orang Melayu/Islam. Jangan undur dalam isu kuota 50 peratus rumah untuk Bumiputera ini. Pertahankan, sekalipun keputusan ini tidak popular di kalangan bukan Bumiputera.
"Tapi kalau Cina tak sokong, kita kalah dalam pilihanraya, apa yang kita nak pertahan?" ujar aktivis Cina penyokong PAS tadi sambil ketawa. Saya tak faham dia serius atau menyindir.