Monday, January 12, 2009

TUJUH DALIL KENAPA KFA DILANDA KEMELUT YANG SERIUS


Siapa dalang sebenarnya...itulah pertanyaan yang bermain di setiap kotak pemikiran peminat dan seluruh rakyat Kedah disebalik kemelut yang melanda KFA, sekaligus menyaksikan juara tiga kali berturut-turut itu semakin menjunam persembahanya.
Persoalan demi persoalan terus berlegar di setiap pemikiran peminat hijau kuning khususnya Sultan Kedah.
Hakikatnya samada sedar atau tidak, apa yang melanda KFA kini semakin jelas campurtangan politik adalah punca kepada segala persoalan yang melanda KFA.
Buktinya, mudah saja, kenapa dulu KFA mampu berjalan atas landasan yang betul sekaligus menjadikan skuad hijau kuning digeruni di seluruh negara, namun selepas Kedah diambilalih oleh pakatan rakyat (PR) pelbagai masalah muncul.
Kalau direnung apa yang telah berlaku, telahan ini tidak dapat tidak wajib diakui.
Faktanya :

1. kedah berjaya melakar sejarah menjadi juara berganda tiga kali berturut-turut hasil kerangka kerja yang telah dibuat oleh ahli KFA yang diurustadbir oleh kerajaan terdahulu dengan baik, namun selepas PR mengambilalih negeri kedah selepas memenangi pilihanraya umum ke-12, exco belia dan sukan dikatakan membuat pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap Datuk Othman Aziz kerana mereka tidak mahu kehadiran Tok Man yang diketegorikan sebagai orang Mahdzir khalid dalam KFA meskipun beliau bertindak atas dasar profesional demi membangunkan sukan di kedah.

2. Kerajaan Negeri melalui Exco Belia dan Sukan telah dengan rakusnya mahu menunjukkan kuasa, sekaligus bertindak campurtangan dalam semua urusan KFA termasuk pebtadbiran pejabat dan penjualan tikiet.Perbuatan itu menyebabkan pengurusan stadium merasa mereka kecil hati seolah-olah Kerajaan Negeri tidak mempercayai kerja buat merea selama ini. Sebagai Exco belia dan sukan, sewajarnya perkara dasar saja disentuh bukanya cuba mengambilalih pentadbiran KFA.

3. Kemerosotan prestasi pemain juga di dorong oleh sikap rakus kuasa ketua jurulatih yang mahu menjadikan dirnya seorang pengurus biarpun beliau sebenarnya buta dalam urusan pengurusan. Sikap ego dan tamak menyebabkan pemain mula muak dan meluat dan sebagai tindak balas permain yang rata-rata masih mentah dalam game politik mempamerkan mutu permainan yang buruk sebagai protes terhadap ketamakan dan kerakusan kuasa beliau.

4. Penglibatan anggota majlis KFA yang sememangnya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan dulu mengheret pengurusan KFA dalam kancah "membalas dendam" dengan niat dan harapan agar KFA akan menjadi kucar kacir dan mereka merasa cukup senang. Sikap dan pewrangai yang dulunya adalah kakitangan kerajaan yang diberi tempat dalam pentadbiran negeri seperti itu dilihat lebih mementingkan diri sendiri demi mencapai hasrat "BIAR PADAN MUKA DEPA"

5. Sikap Menteri Besar Ustaz Azizan yang lembik dan mudah dipengeruhi oleh pihak ketiga dalam membuat keputusan menyebabkan KFA didominasikan oleh pihak terbabit demi mencapai cita-cita mereka. Ustaz Azizan juga gagal mengotakan janjinya untuk mengekalkan Dato Othman Aziz sebagai Pengurus meskipun atas arahan Baginda Sultan Kedah. Beliau dianggap sebagai penderhaka oleh peminat bolasepak Kedah dan wajar disingkirkan dari mengetuai kerajaan negeri.

6. Penyingkiran Dato Othman dari jawatan pengurus dikatakan ada hubung kait dengan usaha pihak tertantu dalam kerajaan negeri yang bercita-cita untuk menjadi pengurus. Pihak terbabit dikatakan mendaftar sebagai ahli Pas demi menyakinkan Ustaz Azizan bahawa beliau adalah penyokong kuat dan berharap dilantik sebagai pengurus.

Menyedari KFA berada dalam keadaan semakin merudum,Mesyuarat KFA baru-baru ini membuat keputusan untuk kembali melantik Tok Man ke jawatan pengurus. Semua ini ada agenda tersirat. persoalanya, kenapa sekarang beliau mahu dilantik semula ke jawatan itu, selepas tiga kali Kedah tewas....?
Apakah Tok Man bakal dijadikan kambing hitam disebalik memerosotan prestasi Kedah seterusnya sekaligus menyaksikan Tok Man akan disingkirkan sekali lagi...?
Semua pelan ini sudah dapat dibaca oleh rakyat khususnya peminat bola sepak no.1 Kedah, KDYMM Sultan Kedah.
Apa yang jelas, campurtangan politik adalah punca sebenar di sebalik kemelut yang melanda KFA.. Kesimpulannya, sikap tamak dan rakus kuasa di kalangan pihak tertentu menjadi penyebab utama kepada kehancuran KFA yang dibina dengan asas yang kukuh oleh Allahyarham, Dato Ahmad Basri Akil hingga menjadikan Kedah di geruni lawan dan disegani kawan.

No comments: