Tuesday, March 31, 2009

PAS ......DULU DAN KINI


Kerajaan pakatan Rakyat...bunyinya memang sedang di dengar. Hakikatnya hanya di mulut. Peliknya bila parti terbabit, PAS, PKR serta DAP berpakat. Selidik punya selidik rupanya depa berpakat hanya untuk menewaskan Kerajaan Barisan Nasional(BN).
Bersandarkan kepada dengar bunyi, tidak dapat dinafikan memang terhabat pakatan rakyat. Realitinya, jauh langit dengan bumi.
Rakyat tidak boleh disalahkan, memang keliru. Pas, PKR dan DAP memang pakar dalam soal-soal perang saraf.
Al maklumlah, sheikh Anwar semasa menjawat jawatan timbalan perdana menteri, dia yang pakar membuat gerak saraf yang ketiak itu menantang Pas.
Apapapun Rakyat di Bukit Selambau semakin sedar. Pakatan Rakyat yang diterajui Pas yang memerintah negeri jelapang padi selepas memenangi pilihanraya umum ke-12 lalu, bak kata orang cakap tak serupa bikin.
Dulu BN guna slogan Kedah Gemilang...la ni pas memerintah dia tukar kepada Kedah Sejahtera.
perkataan sejahtera dimanipulasikan dan dikaitkan dengan perjuangan Pas yang semakin jauh terpesong dari tujuan asal ketika PAS mula ditubuhkan.
Hakikatnya, Pas yang memerintah Kedah hari ini, lebih teruk daripada pemerintahan kerajaan BN.

1. Dulu pas kutuk kononya BN buat sidang dewan dalam masa yang pendek dan tak cukup masa untuk membentangkan masalah rakyat. Kini PAS hanya adakan sidang dewan 3 jam sahaja dalam tempoh 4 bulan.

2. Dulu Pas hasut rakyat kononya kerajaan BN tebang balak secara berleluasa, tetapi sekarang kawasan tadahan airpun Pas dah mula nak gondolkan. Apa dah jadi..?

3. Dulu kakitangan kerajaan dapat gaji mengikut jadual sekaligus depa senang nak plan belanja untuk family, sekarang bayaran gaji tidak menentu, kerap kali dibayar lewat jadi sebahagian besar kakitangan kerajaan dah jadi pening untuk nak berbelanja.

4. Dulu Pas kutuk isu pungutan sampah di bandaraya Alor Setar yang tidak teratur hingga mencemarkan bau persekitaran...sekarang isu sampah bukan saja tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas malah semakin teruk. Orang ramai hidup dalam keadaan tertekan. Mana Exco Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab buat kerja ke tido...

5. Dulu bn rancang nak buat zon industri petrolium di Yan, Pas dakwa petani akan hilang punca pendapatan dan pengeluaran padi di kedah semakin terhad...sekarang PAS rancang nak tambak laut dengan alasan nak jaga kepentingan petani dan sawah padi, tapi sampai sekarang projek itu tak jalan-jalan kenapa..?dan yang terbaru, kerajaan Pas nak tutup projek udang kerpan untuk beri ruang kepada projek proses minyak milik Tan Sri Syed Mokhtar. Bagaimana dengan masa depan masyarakat petani yang menjadi pemegang saham di Kerpan..Apakah massa depan depa di ambil kira dalam percaturan kerajaan negeri. Yang pasti semua itu langsung tak diambil kira oleh PAS, kerana yang penting bagi depa hanya untuk dapat duit tu saja.

6. Dulu Kulim hiteh-park mahsyur seluruh dunia, beratus juta ringgit pelaburan luar negara masuk. Kini selepas Pas ambil alih, dia buang CEO yang selama ini berkeerja keras bagi menarik pelabur dan letak orang harapan Pas. Apa jadi...jadinya Pas gagal tarik satupun pelabur dari luar untuk melabur di kulim. Punca dia, ceo yang dilantik tiada pengalaman, maka jadilah cerita bangun oh bangun...rakyat terus menjadi mangsa.

No comments: