Saturday, March 21, 2009

PILIHANRAYA KECIL BKT SELAMBAU: KEKECOHAN PADA HARI PENAMAAN CALON BUKTI MASYARAKAT INDIA TOLAK CALON PKR











KEKECOHAN yang berlaku pada hari pengumuman calon PKR bagi DUN Bukit Selambau dua hari lalu jelas mengambarkan masyarakat India menolak sama sekali calon PKR S.Manikumar.Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan pelbagai rasa tidak puas hati hingga menimbulkan suasana tegang dan kecoh. Sebahagian besar penyokong PKR yang hadir menunjuk perasaan dengan membuat bising dan kecoh. Malah suasana semakin tegang apabila kumpuln tidak berpuas hati hampir bergaduh dengan kumpulan Anwar.( SILA LIHAT GAMBAR).
Pemerhati politik berkata, pelbagai persoalan timbul lapabila datuk Seri Anwar mengumukna nama S.Manikumar.
Antaranya, peniaga kereta itu bukan berasal dari Merbok dan bukan ahli jawatankuasa bahagianv PKR Merbok.
Keduaanya, Manikumar tidak dikenali dan tidak pernah memberi perhatian kepada masyarakat India di Bukit Selambau sebelum ini.
Menurut pemerhati itu lagi, PKR kini berdepan dengan dilema dan diambang kehancuran apabila mereka tidak lagi mendapat tempat dihati masyarakat termasuk melayu, india malah cina. Antara puncanya, tindakan Datuk Seri Anwar yang menipu kononya Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan pada 16 september tahun lalu.
Justeru rakyat kini hilang kepercayaan terhadap PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar sekaligus menolak calon PKR pada pilihanraya Bukit Selambau, 7 April ini.

No comments: