Thursday, April 2, 2009

TOK DET KEMPEN MASUK KAMPUNG, BAWA KERETA & MOTOR SENDIRI



Bekas Menteri Besar Kedah yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Seri Mahdzir Khalid sanggup meredah kawasan kampung didalam kawasan DUN Bukit Selambau sempena pilihanraya kecil kawasan itu dengan memandu kereta sendiri.
Beliau yang ditemani beberapa rakan dalam Umno dilihat membawa kereta jenis x-trail masuk dari sebuah kampung ke sebuah kampung untuk berkempen.
Menurut penduduk, Bekas menteri besar itu tidak lagi mengikut protokol untuk tujuan berkempen.
"Saya mulanya tak percaya, dia datang bawa kereta ke kampung kami, maklumlah jalan rosak teruk kerana lori tanah mundar mandir di kawasan ini," kata Sofiah Sulaiman dari kampung Sungkup para.
Kehadiran Dato Mahdzir ke satu majlis anjuran pusat giat mara dengan meandu kenderaan sendiri menyebabkan pegawai yang menunggu untuk menyambut beliau hilang arah.
"kebiasaannya kami sambut pintu sebelah kiri belakang drebar, tak tahu pula dia bawa sendiri, buka pintu belakang rupanya orang lain yang turun" tegas seorang pegawai giat mara yang dikenali sebagai Mohamed sambil ketawa kecil.
Hari ini masuk hari ketiga kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau yang menyaksikan BN, PKR serta 13 calon lain melipatgandakan usaha untuk memenangi hati pengudi bukit Selambau.
Perang poster semakin rancak tetapi hujan lebat pada sebelah petang menyaksikan sebahagian besar poster yang dibuat daripada kertas jatuh bertaburan atas jalan dalam sekelip mata.
BN diwakili oleh Dato Ganesan manakala PKR oleh Manikumar. manakala 13 calon lagi bertanding atas tiket bebas dengan pelbagai lambang.

No comments: