Wednesday, April 1, 2009
CALON BN MEMPUNYAI PAKEJ BERJAYA MENARIK MEMIKAT HATI PENGUNDI
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan memiliki pakej yang mampu menarik sokongan pengundi berbanding 14 calon lain termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di kawasan itu.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid berkata selain anak tempatan, calon BN itu juga mempunyai latar belakang yang cukup menyakinkan pengundi baik dari sudut akademik mahupun pengalaman sebagai wakil rakyat.
Justeru beliau yakin pengundi akan membuat pilihan berdasarkan faktor-faktor tersebut bukan mengikut sentimen emosi yang kini digunakan calon-calon lain yang bertanding di kawasan itu.
"Calon BN mempunyai kelebihan berdasarkan pakej yang ada pada diri beliau. Kita tidak gusar dengan jumlah calon yang bertanding kerana kita percaya pengundi pada akhirnya akan menilai calon berdasarkan faktor pakej yang ada pada calon tersebut.
"Pada masa yang sama pengundi boleh melihat betapa rakyat mula bangkit menunjukkan protes mereka terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan pembangkang membela nasib mereka. Mesej ini disampaikan menerusi tindakan mereka menawarkan diri untuk menjadi calon di sini", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hangat seterusnya berkata petanda aras yang rendah terhadap mutu perkhidmatan wakil rakyat terdahulu membuat ramai merasakan diri mereka layak untuk menggantikan tempat wakil rakyat terbabit.
Pada masa yang sama beliau turut memuji sikap Pemuda parti komponen yang bekerja bersunguh-sungguh serta cukup komited dalam membantu kemenangan calon BN.
"Kesungguhan Pemuda MIC, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen lain cukup membanggakan. Inilah semangat setiakawan dan keikhlasan jitu BN yang tidak ada pada pakatan pembangkang", ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment