Thursday, April 2, 2009
JANGAN ULANGI KESILAPAN LALU, KATA KETUA PEMUDA MIC KEDAH.
AMBIL TELADAN....TINDAKAN ARUMUGAM MELETAK JAWATAN MENCETUSKAN KEMARAHAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU KERANA DILIHAT LEBIH PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Pengundi di Bukit Selambau diminta tidak mengulangi kesilapan mereka dengan memilih wakil rakyat yang tidak berpengalaman pada pilihan raya kecil di situ 7 April ini.
Ketua Pemuda MIC Kedah, SK Suresh, berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang sebenarnya sudah ketandusan calon sehingga mempertaruhkan calon yang muda yang lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam dunia politik.
“Saya dapat nampak dari luahan rasa penduduk Bukit Selambau, mereka kesal dengan pemerintahan PAS di mana anggota exco yang terdahulu tidak pernah turun padang. Saya tak salahkan beliau kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam politik, dalam kerja membantu masyarakat,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional di sini hari ini.
Suresh berkata perkara yang sama akan berulang jika rakyat di Bukit Selambau memilih calon daripada PKR.
“Saya rasa cukuplah sekali dah kita dah rasa,” katanya.
Pemuda Parti Gerakan berkata kerajaan Kedah yang dipimpin PAS sepatutnya menunaikan apa yang dijanjikan dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum yang lepas iaitu membantu rakyat di negeri itu.
Untuk itu, Pemuda Gerakan menghantar satu memorandum kepada kerajaan negeri mencadangkan pengurangan cukai tanah dan cukai pintu, kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tang Keng Liang.
Pergerakan itu turut menggesa kerajaan negeri memberikan pengecualian cukai tanah dan cukai pintu bagi tempoh dua tahun untuk rumah kos rendah termasuk rumah pangsa dan tanah kategori pertanian yang keluasannya kurang dari 20 hektar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment