Friday, February 27, 2009

ISU EXCO KEDAH BIADAP TERHADAP SULTAN...SIAPA SEBENARNYA BOHONG SIAPA..


siapakah dia.... siapa di kalangan ahli exco yang bertanggungjawab melemparkan kata-kata kesat sekaligus menghina KDYMM Sultan Kedah hingga mencetuskan kemaarahan di kalangan rakyat yang cintakan institusi istana.

Persatuan kerabat diRaja Kedah semalam tampil dengan memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak yang enulis surat layang seorang exco kedah yang dikatakan begitu celupar mengeluarkan kata-kata menghina KDYMM Sultan Kedah.
Sewajarnya persatuan itu naik berang kerana keceluparan anggota exco berkenaan yang semua orang tahu.
Malah seluruh rakyat kedah turut terpanggil merasa terhina sekiranya benar kata-kata seumpama itu ditujukan kepada KDYMM Sultan Kedah.
Justeru rata-rata rakyat kedah serta pemerhati politik berendapata, Polis perlu menjalankan siasatan dengan segera supaya bukan saja pihak yang menulis surat layang itu dibawa kemuka pengadilan tetapi yang lebih penting, memastikan apakah kata-kata kesat yang benar-benar dilemparkan oleh Exco terbabit.
Namun jika dilihat dari faktor sejarah, Keceluparan Exco berkenaan bukan satu rahsia lagi di kalangan anggota pentadiran kerajaan negeri mahupun di kalangan ahli Pas.
Beliau yang sebelum ini dikaitkan dengan usaha menyingkirkan pengurusan dalam KFA sememangnya perlu diajar supaya lebih faham tatasusila dalam negeri Kedah yang rakyatnya begitu menyayangi Sultan.
Menurut Pemerhati politik, keceluparan Exco terbabit telah sampai ke kemuncaknya apabila beliau tergamak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap KDYMM Sultan Kedah.
"Ia bukan saja satu penghinaan terhadap Sultan tetapi terhadap seluruh rakyat Kedah kerana seluruh rakyat jelapang padi meletakkan institusi istana di tempat paling atas dalam ranking pentadbiran negeri" katanya.
Beliau yang juga pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri kedah menambah, apa yang berlaku akan mengheret pertelingkahan dan ketegangan antara anggota pentadbiran negeri yng terdri daripada anggota kedah civil servant (kcs) dibawah naungan baginda Sultan dengan eksekutif pentadiran yang diketuai Ustaz Azizan.
"Saya confuse Ustaz Azizan kata siaatan yang dijalankan Exco berkenaan tidak mengeluarkan kata-kata kesat itu, tapi pada masa yang sama mahu polis embuat siasatan, jadi persoalannya, kenapa MB cuba mendahului siasatan, biarlah polis buat kerja depa hingga selesai" jelas beliau.
Yang jelas kini pegawai tinggi kerajaan yang dihemburkan dengan kata-kata kesat itu mungkin merasa terhina kerana kata-kata yang ditujukan kepada sultan itu juga membabitkan pegawai tinggi yang selama ini sentiasa menjunjung perintah Sultan.

PILIHANRAYA KECIL BKT SELAMBAU - BEKAS KETUA PKR TAWAR DIRI JADI CALON BEBAS

Bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal akan bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, April depan.
"Saya tunggu PKR membuat keputusan.Jika saya tidak dicalonkan, saya akan bertanding sebagai calon bebas.
“Saya mahu bertanding kerana sudah lama dalam PKR iaitu sejak 1999 lagi. Saya paling layak kerana saya boleh berbahasa Melayu, Cina dan Tamil serta tidak terbabit dengan kes rasuah.
“Tetapi PKR ini mereka suka pilih orang baru, walaupun yang tidak jadi ahli parti,” katanya.
Beliau pernah bertanding kerusi DUN Derga sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 1990 dan atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1995.
Jayagopal berkata, beliau telah dipanggil temuduga oleh sepasukan ahli parlimen PKR Kedah bersama 17 lagi untuk menjadi calon Bukit Selambau.
Tiga ahli parlimen terbabit ialah Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, ahli parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Katanya, peluang beliau untuk menjadi calon PKR tipis kerana hubungannya yang tidak baik dengan Ahmad dan Johari.
"Keahlian saya digantung sejak tiga tahun kerana membawa kes parti (ke mahkamah) tetapi kes itu telah ditarik balik.
"Seorang pemimpin PKR negeri juga menuduh saya telah menawarkan jawatan ahli-ahli majlis PBT kepada orang-orang India di Kedah," katanya.
Pilihanraya DUN itu diadakan 7 April ini berikutan peletakan jawatan A Arumugam, yang juga ahli exco kerajaan negeri Kedah, awal bulan ini.

KARPAL DIBERI 24 JAM KEMUKA BUKTI TUDUHAN LIAR MEMBABITKAN PELURU - PEMUDA UMNO

Pengerusi DAP Karpal Singh diminta mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.
"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.
"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini, lapor Bernama.
Ktika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, semalam wakil rakyat Bukit Gelugor itu mendakwa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru yang ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam sidang media itu, Khairy turut menyifatkan Karpal yang juga seorang peguam veteran sebagai seorang yang angkuh serta berlagak seolah-olah tahu segala undang-undang.
"Sebab itu Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan untuk bertindak cepat, manusia macam Karpal ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segala-galanya. Saya takut kalau kerajaan tidak ambil tindakan mengikut undang-undang kita tak dapat bendung kemarahan rakyat, kemarahan sebilangan besar daripada rakyat masyarakat Melayu terutamanya, dan seluruh ahli pergerakan Pemuda Umno Malaysia," tegasnya.
Ditanya adakah pemuda Umno ingin meminta Karpal memohon maaaf secara terbuka, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda Umno tidak akan membuang masa untuk meminta permohonan maaf Karpal.
"Manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal,
semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal," katanya.

Friday, February 20, 2009

KES BELI LEMBU KORBAN DAN PENYELENGGARAAN KERETA PERIBADI, MB SELANGOR AKAN DI DAKWA MINGGU DEPAN - SPRM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa berhubung tuduhan beliau telah menyalahguna kuasanya dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya.
Menurut Utusan Online, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.
Menurutnya, kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.
Khalid dijangka mengeluarkan satu kenyataan media hari ini berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut.
Media juga turut melaporkan reaksi Abdul Khalid yang berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.
Beliau juga dilaporkan berkata, ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk senggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi.
Gerak juga membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Abdul Khalid /membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

"YA KA SAYA JUMPA DIA, SAYA TAK PASTI SEBAB SAYA JUMPA RAMAI WAKIL RAKYAT TERMASUKLAH USTAZ AZIZAN ...KATA MAHDZIR


Bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menafikan bertemu wakil rakyat PKR Kulim, Lim Soo Nee.
Katanya "tidak ingat pertemuan itu di mana."
Pengerusi BN Kedah berkata, beliau sering bertemu dan berbincang dengan semua wakil rakyat bagi mencari idea dan bertukar-tukar pandangan dalam usaha menari formula membangunkan negeri kedah.
"Saya mempunyai jadual yang ketat dan akan jumpa dengan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR sambil minum kopi dan bersembang-sembang. salahkah ? " tegas beliau.
"Kadang-kadang depa call tanya boleh ka jumpa sekejap, tak kan saya kata tak boleh meskipun kami berbeza fahaman politik" tambahnya lagi.
Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Mahadzir dirakam mengadakan pertemuan dengan Lim oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pertemuan hujung tahun lepas di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang didakwa sebahagian usaha memujuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Kedah agar melompat kepada BN dan menumbang kerajaan negeri tersebut.
Anwar mendakwa suruhanjaya tersebut mengetahui sejak awal usaha menumbangkan kerajaan Kedah, termasuk yang melibatkan Mahadzir.
Dalam pada itu, pemerhati politik menkasifikasikan pendedahan Anwar itu sebagai satu lagi gimik politik muarahan yang bertujuan mencari publisiti.
Sambil menyifatkan ia adalah taktik lama, kata pemerhati politik itu lagi, Anwar sebenarnya sudah berada dipenghulung kerjaya politik beliau, jadi dia terus berusaha memastikan PKR terus diminati.
"Dengan apa yang melanda PKR kini, Anwar sebenarnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik. Hakikat itulah yang tak boleh diterima Anwar jadi dia terus mendominasi isu-isu panas dengan niat dan harapan agar PKR terus hidu" jelas beliau lagi.
Pendedahan Anwar menurut pemerhati politik sebagai mencari publisiti murahan.
"Anwar memang pakar buat gimik dan semua rakyat tahu. Beliau bukan tak penah buat benda yang boleh menimbulkkan suasana tak tenteram di kalangan rakyat" katanya.

Thursday, February 19, 2009

ADUN BUKIT LANJAN WAJAR DIKENAKAN TINDAKAN, KATA SEKETERIAT MEDIA PAS SELANGOR


Pas meminta supaya pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung penyebaran gambar bogelnya menerusi Internet.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media, Badan Perhubungan Pas Selangor berpendapat, tindakan ke atas ADUN berkenaan perlu dilakukan bagi menjaga integriti dan nama baik pakatan pembangkang dan kerajaan negeri itu.
Kenyataan itu menegaskan, Pas menganggap seorang pemimpin perlu memiliki akhlak serta keperibadian yang baik supaya ia dapat dicontohi dan menjadi ikutan oleh rakyat.
Kenyataan itu turut menyeru semua ADUN dan ahli Parlimen negeri itu agar dapat menjaga akhlak dan tingkah laku mereka daripada krisis moral yang menjejaskan kestabilan kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas.

PILIHANRAYA KECIL BKT SELAMBAU - REALITI DISEBALIK PEMILIHAN CALON


Bukit Selambau sebelum ini tidaklah dikenali ramai. Namun setelah tamat PRU12 yang lalu, Bukit Selambau tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh negara.
Semuanya, gara-gara perletakkan jawatan ADUN dari PKR V.Arumugam. Biar apapun alasan Arimugam yang pasti Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau telah diputuskan akan diadakan 7 April depan.
Sebelum ini, Kerajaan PAS pimpinan Ustaz Azizan berhasrat menghiasi kawasan tersebut dengan projek Mega babi yang kononya paling canggih. Namun setelah dibantah, Projek itu terpaksa dibatalkan.PAS kemudiannya menuding jari kepada Kerajaan BN Kedah yang memerintah Kedah sebelumnya.
Katanya Kerajaan BN Kedah telah meluluskan projek tersebut, sedangkan telah diperjelaskan oleh pemimpin bekas Kerajaan BN Kedah bahawa projek tersebut telah diluluskan hanyalah untuk kajian.
Namun, Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan. Hakikatnya, banyak lagi haiwan yang boleh diternak, kenapa pula Babi yang menjadi pilihan? Sedangkan banyak lagi hal ehwal kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan, kenapa kandang Babi juga dipertahankan untuk dilaksanakan?
Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin, mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan? Muyskil syahdan "meluat" pula bila difikirkan. Akhirnya isu senyap tidak diselesaikan.
Jika dilaksanakan jugalah projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau. Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun tergadai.
Akhirnya, manifesto ke mana, janji-janji manis ke mana. Dan rakyat Kedah amnya makin tertekan. Ada yang menyesal, ada yang menggaru kepala dan ada pula yang sudah bebal dan menghantar memorandum memprotes Kerajaan PAS negeri Kedah.
Bukan UMNO yang memberi memorandum, tapi protes bertulis itu diterima dari ahli-ahli PAS sendiri. Malu, marah, kecewa, geram, sakit hati. Tapi semuanya dipendam oleh Kepimpinan PAS Kedah. Yang diluahkan adalah rasa "terima kasih" dan "gembira menerima teguran".
Padahal, hati geram membara, hati terkilan tersinggung, hati terguris luka. Kononnya, hatinya sahaja yang terasa begitu. Hati rakyat Kedah bagaimana pula?
Kini tibalah masanya rakyat meluahkan rasa marah, kecewa, tersinggung, terkilan, geram dan sebagainya.
Bukit Selambau akan menjadi penentu. Golongan totok PAS, PKR dan DAP pastinya telah berikrar untuk mempertahankan DUN Bukit Selambau, sedangkan mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat seluruhnya.
Yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan parti mereka. Kuasa. Sedangkan parti mereka tidak mampu dan tidak arif memerintah, hatta diperingkat kerajaan negeri sekali pun.
Apapun jika direnung, faktor calon sebenarnya bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana pihka yang bertanding. Jika dikaji dari segi fakta keputusan PRU ke 12 yang lalu, MIC yang mewakili BN tewas dengan majoriti 2,362 ungi. Kenapa ini terjadi..?
Mengikut pandangan Pemerhati politik, kemelut yang melanda bukit Selambau berbeza dengan tempat-tempat lain. Kekalahan calon MIC bukan disebabkan rakyat menolak BN, Realitinya, masyarakat India yang muak dengan "Politinking" dalam MIC yang diterajui Datuk Ser Samy Vellu yang sebenarnya tidak mengundi bagi memenangi calon MIC itu.
Menyedari hakikat itu, Umno mengambil sikap proaktif mendesak agar kerusi itu dikemalikan kepada Umno kerana melihat kepada pola sokongan kaum India di Bukit Selambau ini lebih cenderung kepada tidak menyokong MIC dan menjadikan Hindarf sebagai platform bagi membela nasib mereka.
Justeru MIC yang diterajui oleh Mantan DUN Bukit Selambau, selama tiga penggal Datuk V.Saravanan perlu bermuhasabah diri dan mencari jalan keluar kepada permasalahan itu.
Tidak timbul soal Umno mahu merampas kerusi yang menjadi tradisi kaum India di Bukit Selambau.
Tak guna sekiranya calon MIC dipilih mewakili BN, tetapi akhirnya ditolak kaum india dan tewas dalam pilihnaraya kecil itu. Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan, kaum india sebenarnya adalah penentu kepada kerusi DUN Bukit Selambau meskipun majoriti pengundi adalah orang melayu.

N25 BUKIT SELAMBAU

Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)

Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)

Monday, February 16, 2009

TAJOLURUS JANGAN LEBIH SUDU DARI PINGGAN - VETERAN UMNO

VETERAN Umno hari ini tampil mengigatkan Ketua Umno Bahagian Merbok, Dato Tajulurus Mohd Zain agar 'JANGAN LEBIH SUDU DARI PENGGAN" apabila beliau dilihat terus mendesak agar kerusi DUN Bukit Selambau di kembali kepada Umno, menjelang pilihanraya kecil kawasan itu 7 April depan.
Menurut sumber, tindak tanduk Dato Tajolurus dalam perkara itu dilihat cuba membelakangi keputusan pimpinan tertinggi parti.
"Apa sebenarnya agenda Dato Tajolurus ni, sebagai Ketua Bahagian beliau sewajarnya lebiuh berhati-hati dan bertanggungjawab dan bukanya mempunyai niat dan agenda yang boleh diragui oleg masyarakat setempat" Jelas salah seorang ahli veteran Umno yang mahu dikenaki sebagai Haji Ahmad dari Sungai Petani.
Tambah beliau, veteran Umno melihat kenyataan dan desakan yang dibuat oleh Dato Tajulurus sejak akhir-akhiri ini amat bertentangan dengan kehendak pucuk pimpinan parti.
"Saya penuh yakin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato Seri Mahdzir Khalid telah mengadakan perbincangan dengan Presiden dan Timbalan Presiden dalam menentukan siapa calon samada dari Umno, Mic mahupun sesiapa, kerana mereka lebih maklum dan lebih tahu selok belok dalam hubungan antara parti komponan" tegas beliau.
Katanya, apaq yang penting, jangan jadi seperti kadok naik junjung.
Beliau mengulas desakan Dato Tajulurus agar pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya menghormati pandangan akar umbi yang mahukan calon Umno diletak bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.
Ketua Umno bahagian Merbok itu tetap dengan desakan supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.
DUN Bukit Selambau dalam kawasan Parlimen Merbok kosong ekoran peletakan jawatan wakil rakyatnya, V Arumugam.
Arumugam menang atas tiket bebas dalam pilihanraya umum tahun lalu dengan menewaskan calon BN dari MIC, S Krishnan, sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.
Terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.
Mereka terdiri daripada 35,125 pengundi biasa, manakala 15 lagi adalah pemilih pos.

Friday, February 13, 2009

7 APRIL 2009 PILIHANRAYA DI DUA BUKIT KEDAH & PERAK

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.
Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.
Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.
Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.
Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.
Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.
Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.
Abdul Aziz yang berpuashati dengan dokumen perletakan jawatan Arumugam berkata, dokumen berkenaan adalah sah dan asli.
"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.
Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:
"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".
Tempat penamaAn calon bagi Parlimen Bukit Gantang ialah di dewan Majlis Perbandaran Taiping manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.