Thursday, February 19, 2009
PILIHANRAYA KECIL BKT SELAMBAU - REALITI DISEBALIK PEMILIHAN CALON
Bukit Selambau sebelum ini tidaklah dikenali ramai. Namun setelah tamat PRU12 yang lalu, Bukit Selambau tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh negara.
Semuanya, gara-gara perletakkan jawatan ADUN dari PKR V.Arumugam. Biar apapun alasan Arimugam yang pasti Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau telah diputuskan akan diadakan 7 April depan.
Sebelum ini, Kerajaan PAS pimpinan Ustaz Azizan berhasrat menghiasi kawasan tersebut dengan projek Mega babi yang kononya paling canggih. Namun setelah dibantah, Projek itu terpaksa dibatalkan.PAS kemudiannya menuding jari kepada Kerajaan BN Kedah yang memerintah Kedah sebelumnya.
Katanya Kerajaan BN Kedah telah meluluskan projek tersebut, sedangkan telah diperjelaskan oleh pemimpin bekas Kerajaan BN Kedah bahawa projek tersebut telah diluluskan hanyalah untuk kajian.
Namun, Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan. Hakikatnya, banyak lagi haiwan yang boleh diternak, kenapa pula Babi yang menjadi pilihan? Sedangkan banyak lagi hal ehwal kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan, kenapa kandang Babi juga dipertahankan untuk dilaksanakan?
Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin, mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan? Muyskil syahdan "meluat" pula bila difikirkan. Akhirnya isu senyap tidak diselesaikan.
Jika dilaksanakan jugalah projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau. Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun tergadai.
Akhirnya, manifesto ke mana, janji-janji manis ke mana. Dan rakyat Kedah amnya makin tertekan. Ada yang menyesal, ada yang menggaru kepala dan ada pula yang sudah bebal dan menghantar memorandum memprotes Kerajaan PAS negeri Kedah.
Bukan UMNO yang memberi memorandum, tapi protes bertulis itu diterima dari ahli-ahli PAS sendiri. Malu, marah, kecewa, geram, sakit hati. Tapi semuanya dipendam oleh Kepimpinan PAS Kedah. Yang diluahkan adalah rasa "terima kasih" dan "gembira menerima teguran".
Padahal, hati geram membara, hati terkilan tersinggung, hati terguris luka. Kononnya, hatinya sahaja yang terasa begitu. Hati rakyat Kedah bagaimana pula?
Kini tibalah masanya rakyat meluahkan rasa marah, kecewa, tersinggung, terkilan, geram dan sebagainya.
Bukit Selambau akan menjadi penentu. Golongan totok PAS, PKR dan DAP pastinya telah berikrar untuk mempertahankan DUN Bukit Selambau, sedangkan mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat seluruhnya.
Yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan parti mereka. Kuasa. Sedangkan parti mereka tidak mampu dan tidak arif memerintah, hatta diperingkat kerajaan negeri sekali pun.
Apapun jika direnung, faktor calon sebenarnya bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana pihka yang bertanding. Jika dikaji dari segi fakta keputusan PRU ke 12 yang lalu, MIC yang mewakili BN tewas dengan majoriti 2,362 ungi. Kenapa ini terjadi..?
Mengikut pandangan Pemerhati politik, kemelut yang melanda bukit Selambau berbeza dengan tempat-tempat lain. Kekalahan calon MIC bukan disebabkan rakyat menolak BN, Realitinya, masyarakat India yang muak dengan "Politinking" dalam MIC yang diterajui Datuk Ser Samy Vellu yang sebenarnya tidak mengundi bagi memenangi calon MIC itu.
Menyedari hakikat itu, Umno mengambil sikap proaktif mendesak agar kerusi itu dikemalikan kepada Umno kerana melihat kepada pola sokongan kaum India di Bukit Selambau ini lebih cenderung kepada tidak menyokong MIC dan menjadikan Hindarf sebagai platform bagi membela nasib mereka.
Justeru MIC yang diterajui oleh Mantan DUN Bukit Selambau, selama tiga penggal Datuk V.Saravanan perlu bermuhasabah diri dan mencari jalan keluar kepada permasalahan itu.
Tidak timbul soal Umno mahu merampas kerusi yang menjadi tradisi kaum India di Bukit Selambau.
Tak guna sekiranya calon MIC dipilih mewakili BN, tetapi akhirnya ditolak kaum india dan tewas dalam pilihnaraya kecil itu. Justeru tidak keterlaluan jika dikatakan, kaum india sebenarnya adalah penentu kepada kerusi DUN Bukit Selambau meskipun majoriti pengundi adalah orang melayu.
N25 BUKIT SELAMBAU
Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%
1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)
Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment