Thursday, August 21, 2008

MBAS BEKU LESEN PENJAJA KECIL

Majlis Bandaraya Alor Star membekukan pengeluaran lesen penjaja kecil sehingga dasar baru pembvangunan penjaja di gubal.
dasar berkenaan dijangka akan digubal dalam tempoh terdekat ini bertujuan meningkatkan bidang perniagaan kecil di bandar raya ini, sekali gus membuka peluang kepada penduduk untuk berniaga.
jurucakap Bahagian Pelesenan MBAS, berkata pelan itu yang dirangka sejak lebih sebulan lalu dan dijangka siap akhir tahun ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan.
Antara perkara penting yang disentuh dalam pelan itu ialah memudahkan kaedah pelesenan peniaga kecil dan mewujudkan struktur tempat perniagaan yang seragam.
“Misalnya bagi peniaga yang berniaga menggunakan kereta roda, selama ini mereka dikenakan tiga jenis lesen dan menerusi dasar itu, kita mencadangkan mereka hanya dikenakan dua bayaran lesen iaitu pengecualian untuk lesen kereta roda itu.
"Jadi mereka hanya perlu membayar lesen perniagaan dan sewa tapak perniagaan," katanya.
Beliau berkata, dasar itu juga akan membabitkan penggunaan tempat perniagaan yang seragam yang dibina sendiri oleh peniaga yang sebelum ini menggunakan kereta roda tetapi menepati pelan yang disediakan MBAS.
Dasar itu juga menyentuh mengenai gerakan melesenkan peniaga kecil tanpa lesen yang banyak di sekitar bandar raya.

LAPAN FAKTOR BN TEWAS KEPADA ANWAR


Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

1.Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.
2. Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak. Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR. Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.
Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.
Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian. Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.
Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh. Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.
Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.
Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut. Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.
Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.
Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.
Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.
Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.
Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.
Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN. Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.
Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.
Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.
Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.
(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)
Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.
Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.
Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.
Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.
Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.
Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.
Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.
Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.
Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.
Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.
Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.
Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.
Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.
Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.

PANDANGAN INI DIUTARAKAN OLEH : K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.

Tuesday, August 5, 2008

PENDANG SEMAKIN KALUT, SURAYA HAMPIR PASTI JADI KETUA WANITA

HAMPIR PASTI..SURAYA DIPILIH SEBAGAIKETUA WANITA BAHAGIAN PENDANG KERANA KEMAMPUAN DANKETOKOHAN BELIAU KETIKA MEMIMPIN PUTERI KEDAH.

Senario politik Umno di Kedah sedikit lesu selepas tewas pada PAS pada pilihanraya umum yang lalu . Semua nampak tenang, hakikatnya banyak bahagian berdepan dengan kekalutan.Selian Sungai Petani, Jerlun, Pendang juga satu-satunya bahagian yang nampak semakin kalut.Dengar habaq pada pemilihan kali ini Ketua Bahagian Dato Rozai akan dicabar oleh orang lama Dato Othman Abdul.
Macam-macam strategi digunakan bagi mencapai hasrat dan tujuan. kalau lihat orang Pendang , depa nampak matang dari segi politik kerana depa pernah melalui pelbagai zaman penuh warna warni sejak dari zaman allahyarham Dato Fadhil Nor.
Justeru kekalutan kedua-dua calon untuk mengejar tempat di bahagian itu tidak sedikitpun mempengaruhi kehidupan yang sedia serba kekurangan sejak dulu. Bila tanya mengenai politik wang, depa kata, kalau bagi duit kami sebat, tapi undi belum tentu, yang bagi duit itu akan melepasi tahap pencalonan yang ditetapkan. Cawangan-cawangan yang katanya penyokong Rozai kini mencalunkan Dato Man sebagai Ketua Bahagian umpamanya Cawangan Kerkau dan Kubang Teradeh. Di Cawangan Tanah Merah, buat undi sulit, Rozai dapat 33 undi dan Dato Man dapat 32 undi.
Hebat tu Dato Man, kerana Tanah Merah merupakan cawangan yang sangat kuat menyokong Rozai. Kebanyakan cawangan yang mengadakan pengundian, majority dimenangi oleh Dato Man. Rozai kadang-kadang hanya dapat 2 undi sahaja.
Kedudukan sehingga hari ini, untuk Ketua Bahagian, Dato Man dapat 37 dan Rozai hanya 17 cawangan. Sebagai penyandang Rozai agak ketinggalan . Satu perkara yang agak menarik dalam UMNO Pendang ini ialah kebanyakan penyokong Rozai di katakan semakin menjauhkan diri . Lagi aneh orang Rozai yang bertanding untuk Naib Ketua kini dok kempen untuk Dato Man bagi Ketua Bahagian. Pak Tam dulunya orang kuat Rozai menyepi kerana Rozai tak ambil dia untuk Ketua Pemuda. Dan la ni , Rozai dikatakan meminta Bashiron, (kumpulan Rozai), supaya menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian kerana kurang mendapat pencalunan. Dia baru dapat 4 pencalunan saja berbanding dengan Cik Din Tahir dan Najamuddin yang jauh ke hadapan.
Dengar Habaq Rozai akan mengumumkan Najamuddin pun sebagai Timbalan Ketua Bahagian, regu dengan dia. Di fahamkan Najamuddin tidak mahu berganding dengan Rozai kerana Najamudddin sangat tidak yakin dengan kekuatan Rozai sekarang.
Ini sangat jelas di Pendang, sokongan terhadap Rozai sangat merosot. Lihat saja calun Ketua Pemuda, calun Rozai, Cikgu Ramli, tertinggal di belakang Akrom. Calun Ketua Puteri sebelah Rozai, Bana pun jauh tertinggal dan YB Suraya mendahului Hjh Fatimah dari segi pencalunan. Pendek kata, semua yang berkait dengan Rozai, tertinggal di Pendang.

Monday, August 4, 2008

SAYA LETAK JAWATAN DISEMBER INI - RAFIDAH

IMBAS KEMBALI...RAFIDAH SELEPAS TIDAK DILANTIK SEBAGAI MENTERI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-12 YANG LALU.

Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno pertengahan tahun depan.
Bagaimanapun beliau juga akan terus mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti pada Disember ini.
"Saya tidak mahu meninggalkan Wanita dalam keadaan berpecah dan mengkucar-kacirkan parti," katanya.Bercakap di majlis 'Wanita Bersama Pemimpin' di Kuala Lumpur.
Beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin Wanita bahagian agar percaya pada janjinya untuk meletakkan jawatan itu.
Majlis di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra itu dirasmikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

MAQABALAH @ DEPA TERUS BERBALAH

Jawatankuasa PAS telah mengumumkan tidak setuju untuk berkongsi kuasa dengan UMNO.
Ada satu khabar lagi kata, Abdullah pun tidak setuju dengan Muqabalah kerana PAS meletakkan syarat yang tidak munasabah.
Oh, jangan ingat syaratnya mengenai hukum hudud untuk Kelantan. Itu untuk pengetahuan orang ramai. PAS bohong kita?
Tidak semacam itu. Mula-mula dahulu semua tidak mengaku ada muzakarah, tetapi akhirnya mengaku.
Seperti kata Mahfudz Omar yang meminta maaf, dia terpaksa berbohong kerana Jawatankuasa Pusat PAS tidak mahu perkara itu menjadi heboh.
Kira bohong sunat atau bohong politik.Berbalik cerita syarat yang PAS letakkan hingga tak jadi muqabalah, apa dianya?
Katanya dan kalau orang bohong, salahlah Husin, PAS meletakkan syarat Dr Mahathir menjadi orang tengahnya. Pandai PAS untuk mencari helah untuk menyatakan sebenarnya mereka tidak percaya dengan Pak Lah.Mereka tahu. Sebut Dr Mahathir, Dolah sure tak jadi.
Di kedai kopi tadi ada cerita nasi tambah. Kalau ditakdirkan Dolah kena minta maaf dengan Tun di akhirat untuk masuk syurga, sanggup dia duduk neraka.Hahaha ...
Lebih-lebih pulak andaian. Tapi ini sembang kedai kopi, tak wajib untuk percaya. Temberang sunat.
Kalau Husin dapat tawaran masuk syurga, Wow! apa saja sanggup buat.Dah termasuk cerita syurga neraka, hari ini sudah 30 Rejab dan hendak masuk Syaaban. Insya Allah, sebulan lagi kita berpuasa. Latih-latihlah diri berpuasa dan sembahyang sunat - petikan Husin lompoyang.

RAKYAT KEDAH KEWA DENGAN KERAJAAN PAS


PEMIMPIN BEGINIKAH YANG RAKYAT KEDAH MAHU....SANGGUP MEMUSNAHKAN ALAM SEKITAR DEMI UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN SENDIRI.

Harapan yang diletakkan oleh rakyat jelapang padi cukup tinggi, lebih tinggi daripada Gunung Jerai. Mereka yang berjaya menubuhkan Kerajaan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu sememangnya sedar perkara ini.
Malah ketika menjalankan kempen, mereka menabur pelbagai janji-janji demi memikat hati rakyat. Berdasarkan keyakinan itu, rakyat yang terpikat dengan manifesto yang direka-reka bagi mencapai hasrat dan tujuan tertentu.
Kini segalanya bagai kaca dihempap batu. pecah berkecai lagi berderai. Selepas diberi mandat dan kepercayaan tujuan dan matlamat yang digariskan dalam manisfesto tidallagi dihiraukan. ibarat, habis manis sepah dibuang. Nasib rakyat bagaimana?
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat kononnya mahu mengembalikan kesejahteraan di negeri yang kaya dengan kemiskinan itu, akhirnya tersasar daripada harapan.
Bukti paling mapuh apabila Menteri Besar, ustaz Azizan baru-baru membuat kenyataan mengugut akan menebang balak di kawasan tadahan air di negeri tersebut bagi menjana ekonomi negeri tersebut.
Jika selama ini kawasan hutan simpan itu amat dikawal daripada melakukan kerja pembalakan bagi mengekalkan ekosistem dan kesemulajadian alam sekitar, kini kononnya semata-mata terpaksa dilakukan bagi menjana ekonomi negeri terbabit, kawasan kawalan itu bakal dimusnahkan oleh kerajaan pemerintah negeri itu sendiri.
Ugutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat yang melibatkan kawasan hutan simpan berkenaan amat tidak rasional. Ia lebih kepada mainan politik pentadbiran pembangkang yang sememangnya punya agenda tersendiri atas kepentingan tertentu.
Jika kawasan hutan simpan itu dikorbankan dengan aktiviti pembalakan, sudah pasti pulangan yang akan didapati amat lumayan kerana kawasan itu masih dara daripada sebarang pencerobohan. Dijangka, Kedah akan memperoleh sejumlah RM100 juta setahun dengan penebangan balak di keseluruhan kawasan tadahan air tersebut.
Hutan Simpanan Hulu Muda, Pedu, Padang Terap, Chebar Besar dan estet hutan kekal Bukit Keramat dan Bukit Saiong merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang turut membekalkan air ke Perlis dan Pulau Pinang.
Sebagai reaksi pada cadangan berkenaan, Kabinet pada Mei 2003 memutuskan melarang aktiviti pembalakan di sekitar hutan simpan Empangan Pedu di Hulu Muda di negeri ini bagi mengekalkan peranan empangan itu sebagai kawasan tadahan hujan.
Namun, arahan itu tidak akan dihiraukan oleh Kerajaan Negeri Kedah jika ugutan mereka tidak diambil kira oleh Kerajaan Pusat. Mereka lebih rela korbankan sesuatu yang tinggi nilainya kepada kehidupan masyarakat setempat daripada terus berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Begitu singkat pemikiran dan tindakan yang mampu dilakukan oleh pemimpin negeri yang sebelum ini bercakap mengenai masa depan rakyat yang perlu dibela. Keuntungan jangkamasa pendek lebih diutamakan daripada bekerjasama menyelesaikan masalah secara bersepadu dengan Kerajaan Pusat. Pemimpin jenis apa begini. Molek rasanya jika rakyat Kedah berfikir dan terus berfikir apakah pemimpin seperti ini benar-benar memperjuangkan nasib rakyat atau memperjuangan kronisme. Renung-renungkan....

ZULKIFLI NORDIN AKHIRNYA BONGKAR RAHSIA ANWAR


Cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh kerana ingin mengalih perhatian terhadap tuduhan liwat, rupa-rupanya memang betul.
Hal ini diakui Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (KKB), Zulkfili Noordin dalam http://zul4kulim.blogspot.com/
Menurut beliau, Sebelum ini, Anwar memang ingin bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu (KBB) sekiranya mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Ogos ini selepas petisyen oleh calon Barisan Nasional.
Zulkifli berkata, beliau sudah bersedia melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar walaupun majoriti orang KKB tidak bersetuju beliau mengosongkan kerusi berkenaan.
“Perlu saya tekankan di sini bahawa mereka yang tidak bersetuju itu bukan kerana tidak mahu DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding di KBB, tetapi mereka khuatir akan berbangkit isu kronisma dalam Pakatan Rakyat nanti bila DSAI, DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) & NI (Nurul Izzah) duduk dalam Parlimen. Dalam keadaan itu ada pulak Lim Kit Siang/Lim Guan Eng & Karpal Singh/Gobind Singh juga duduk dalam Parlimen,” kata Zulkifli.
Menurutnya, beliau memang telah bersedia pada tarikh tersebut (19 Ogos) untuk mengosongkan kerusi KBB.
“Ini telahpun dimaklumi oleh DSAI & pimpinan Pakatan Rakyat. Malahan DSAI dalam pidatonya di Kulim menyatakan bersedia bertanding di KBB setelah Mahkamah mengisytiharkan KBB kosong,” ujarnya.
Zulkifli berkata, namun perkembangan mutakhir menukar perancangan apabila maklumat diterima pada hari Rabu malam bahawa kemungkinan DSAI akan dikenakan pertuduhan meliwat dalam masa terdekat.
“Maka pimpinan PKR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan pilihanraya kecil perlu dibuat segera. Bagi mereka menunggu 19 Ogos mungkin akan terlambat nanti. Sebab itulah keputusan dibuat mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta-merta untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera,” katanya.
Menurut Noordin, beliau satu-satunya orang yang membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya DSAI & pimpinan PKR memikirkan semula keputusan tersebut.
“Namun mereka kekal dengan keputusan tersebut. Walaupun saya sangat sedih namun tetap akur dengan keputusan pimpinan tersebut,” katanya.
Kini sudah jelas cerita sebenar kenapa Wan Azizah kelam kabut melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu dan serta merta Anwar umum akan bertanding di situ.
Semuanya gara-gara pemimpin PKR itu percaya kononnya Anwar akan ditangkap dan dikenakan pertuduhan meliwat sedangkan Zulkifli yang pernah jadi peguam dan membela bekas timbalan perdana menteri itu sebelum ini percaya tidak mungkin ada pertuduhan terhadap Anwar sebegitu cepat.
Beliau tidak bersetuju dengan khabar angin yang menyatakan akan ada tangkapan terhadap DSAI dalam tempoh 48 jam pada Khamis lepas.
“Ini kerana saya sebagai peguam tahu tidak mungkin tangkapan & pertuduhan akan dikenakan terhadap DSAI dalam 48 jam kerana Peguam Negara belum pun menerima kertas siasatan dari pihak polis. Dan apabila menerimanya pun pihak AG perlu menapis & menganalisa semua keterangan & bukti yang dikemukakan polis. Sudah tentu ini memerlukan masa. Apatah lagi timbul isu lapuran Pusrawi yang kelihatannya saperti menidakkan berlaku liwat. Sudah tentu pihak AG akan menyiasat dengan lebih teliti.,” tulis Zulkifli di blognya itu.- 3/8/2008 - PETIKAN AGENDADAILY