Monday, August 4, 2008

RAKYAT KEDAH KEWA DENGAN KERAJAAN PAS


PEMIMPIN BEGINIKAH YANG RAKYAT KEDAH MAHU....SANGGUP MEMUSNAHKAN ALAM SEKITAR DEMI UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN SENDIRI.

Harapan yang diletakkan oleh rakyat jelapang padi cukup tinggi, lebih tinggi daripada Gunung Jerai. Mereka yang berjaya menubuhkan Kerajaan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu sememangnya sedar perkara ini.
Malah ketika menjalankan kempen, mereka menabur pelbagai janji-janji demi memikat hati rakyat. Berdasarkan keyakinan itu, rakyat yang terpikat dengan manifesto yang direka-reka bagi mencapai hasrat dan tujuan tertentu.
Kini segalanya bagai kaca dihempap batu. pecah berkecai lagi berderai. Selepas diberi mandat dan kepercayaan tujuan dan matlamat yang digariskan dalam manisfesto tidallagi dihiraukan. ibarat, habis manis sepah dibuang. Nasib rakyat bagaimana?
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat kononnya mahu mengembalikan kesejahteraan di negeri yang kaya dengan kemiskinan itu, akhirnya tersasar daripada harapan.
Bukti paling mapuh apabila Menteri Besar, ustaz Azizan baru-baru membuat kenyataan mengugut akan menebang balak di kawasan tadahan air di negeri tersebut bagi menjana ekonomi negeri tersebut.
Jika selama ini kawasan hutan simpan itu amat dikawal daripada melakukan kerja pembalakan bagi mengekalkan ekosistem dan kesemulajadian alam sekitar, kini kononnya semata-mata terpaksa dilakukan bagi menjana ekonomi negeri terbabit, kawasan kawalan itu bakal dimusnahkan oleh kerajaan pemerintah negeri itu sendiri.
Ugutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat yang melibatkan kawasan hutan simpan berkenaan amat tidak rasional. Ia lebih kepada mainan politik pentadbiran pembangkang yang sememangnya punya agenda tersendiri atas kepentingan tertentu.
Jika kawasan hutan simpan itu dikorbankan dengan aktiviti pembalakan, sudah pasti pulangan yang akan didapati amat lumayan kerana kawasan itu masih dara daripada sebarang pencerobohan. Dijangka, Kedah akan memperoleh sejumlah RM100 juta setahun dengan penebangan balak di keseluruhan kawasan tadahan air tersebut.
Hutan Simpanan Hulu Muda, Pedu, Padang Terap, Chebar Besar dan estet hutan kekal Bukit Keramat dan Bukit Saiong merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang turut membekalkan air ke Perlis dan Pulau Pinang.
Sebagai reaksi pada cadangan berkenaan, Kabinet pada Mei 2003 memutuskan melarang aktiviti pembalakan di sekitar hutan simpan Empangan Pedu di Hulu Muda di negeri ini bagi mengekalkan peranan empangan itu sebagai kawasan tadahan hujan.
Namun, arahan itu tidak akan dihiraukan oleh Kerajaan Negeri Kedah jika ugutan mereka tidak diambil kira oleh Kerajaan Pusat. Mereka lebih rela korbankan sesuatu yang tinggi nilainya kepada kehidupan masyarakat setempat daripada terus berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Begitu singkat pemikiran dan tindakan yang mampu dilakukan oleh pemimpin negeri yang sebelum ini bercakap mengenai masa depan rakyat yang perlu dibela. Keuntungan jangkamasa pendek lebih diutamakan daripada bekerjasama menyelesaikan masalah secara bersepadu dengan Kerajaan Pusat. Pemimpin jenis apa begini. Molek rasanya jika rakyat Kedah berfikir dan terus berfikir apakah pemimpin seperti ini benar-benar memperjuangkan nasib rakyat atau memperjuangan kronisme. Renung-renungkan....

No comments: