Thursday, August 28, 2008

PAS JUAL POLITIK MURAHAN MENGAKU BANGUNKAN PADANGB TERAP SELEPAS 5 BULAN MEMERINTAH

PERDANA MENTERI SENDIRI TURUN PADANG UNTUK MELIHAT PEMBANGUNAN YANGF DIRANCANG DI SEMPEDAN DURIAN BURUNG KETIKA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BN.

Padang Terap yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk kini berwajah baru apabila pelbagai program pembangunan dirangka bagi memajukan kawasan tersebut. Daerah yang pernah meraih paling miskin di Kedah suatu ketika dulu dijangka menikmati limpahan pembangunan dengan terlaksananya projek-projek seperti Lebuh Raya Trans Eastern Kedah Interland (Tekih); Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kota Putra, Fish Protech, pertanian dan pendidikan di sekitar daerah berkenaan. Pembinaan LebuhRaya Tekih yang menghubungkan Durian Burung-Pedu-Kupang di Baling sepanjang kira-kira 115 kilometer dijangka dapat membangunkan kawasan Kedah Timur yang sering kali dikaitkan dengan kemunduran.Ia juga bakal merancakkan pembangunan di Pedu, Baling dan Sik selain turut memberi kemudahan kepada orang ramai berulang alik ke Kulim atau Butterworth.Kompleks pentadbiran baru di Bukit Gedong itu dibina sejak 1 Mac 2006 dan siap pada 15 November tahun lalu dengan menelan belanja sebanyak RM3.6 juta sebelum beroperasi sepenuhnya mulai 13 Ogos lalu.
Pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara dan projek Fish Protech di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Naka yang telah pun bermula akan menggerakkan transformasi pertumbuhan penempatan baru yang lebih pesat.
"Kesan dari dua projek berkenaan pada masa ini sudah dirasai apabila kita terpaksa membuat unjuran semula Pelan Rancangan Tempatan Pekan Naka," kata jurucakap pejabat daerah. beliau. Sementara itu dua projek berimpak besar yang dalam peringkat akhir untuk dilaksanakan iaitu Projek Pengairan Bukit Sena di Pedu dan Projek Pembangunan Mampan Bukit Kura akan merancakkan lagi pembangunan aktiviti ekonomi di kawsan terbabit.
Duaprojek ini akan membuka dimensi baru pembangunan ekonomi khususnya peningkatan kadar penanaman padi dan penternakan lembu fidlot.
Penduduk Padang Terap berharap agar projek ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Pedu yang mana memorandum persefahaman (MoU) untuk maksud tersebut dimeterai pada tahun lalu akan dapat dilaksanakan segera, tegas seorang penduduk berketurunana siam di naka.
'"saya penuh yakin semua projek ini dirancang sejak dulu lagi justeru ia tidak ada kaitan dengan dakwaan yang dibuat sesetengah pihak bahawa projek itu hasil penat lelah ali parlimen Padang Terap sekarang, semua itu hanya untuk mencari publisiti politik murahan" jelas beliau.

Wednesday, August 27, 2008

ABDULLAH LETAK JAWATAN SEKARANG ATAU RAKYAT HILANG KEYAKINAN PADA BN PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG - TUN DR MAHATHIR

APAKAH YANG TIDAK KENA DENGAN BN HINGGA PENGUNDI MEMBERI UNDI LEBIH BANYAK DARIPADA BULAN MAC LALU KEPADA DSAI YANG ENGGAN BERSUMPAH LIWAT - TUN DR MAHATHIR.

"Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. " Itulah kandungan mesej dalam blog, Chedet.com selepas kemenanhan besar DSAI dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam. Tun Dr Mahathir yang menyifatkan ketewasan BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai "mesej yang sia-sia" daripada pengundi kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat," katanya.Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menang dengan majoriti lebih besar - 15,671 undi - berbanding yang diraih presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lima bulan lepas, 13,388. Bekas perdana menteri itu berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno."Kamu boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya. " Apabila datang pilihanraya ke-13, rakyat akan jatuhkan Umno dan BN kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Abdullah," kata Dr Mahathir, mengulangi analisisnya sebagai serangan terhadap presiden Umno sejak beberapa bulan mutakhir. Tambahnya, pengundi di kawasan parlimen itu berada dalam kemelut memilih antara Anwar dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah. Tetapi "dengan berat hati penyokong-penyokong BN telah mengundi PKR supaya Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja BN dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. "Apakah yang tidak kena dengan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Anwar yang enggan bersumpah (isu liwat)," rungutnya. Daripada 58,459 pengundi di kawasan parlimen berkenaan, 26,942 daripadanya anggota BN, termasuk 19,442 anggota Umno. Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi. Bagaimanapun, calon BN berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi. Tun Dr Mahathir kemudian mengulangi kata duanya kepada Umno, sama ada memaksa Abdullah berundur sekarang atau terpaksa mengalami ketewasan lebih teruk dalam pilihanraya umum akan datang. "Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. "(Tindakan) ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokongnya dan BN. "Jika ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah dua tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini," katanya.

AHLI BN SERTAI PKR - USTAZ AZIZAN MIMPI DISIANG HARI?

Beberapa wakil rakyat BN didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat di Kedah selepas kejayaan besar DSAI di Permatang Pauh, kelmarin.
Perkara itu dideahkan oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang media, di Alor Star semalam.
Tanpa mendedahkan siapa wakil rakyat berkenaan, Ustaz Azizan berkata, mereka telah menghubungi beliau melalui sms untuk menyatakan hasrat berkenaan.
"Saya terima saja" jawabnya ringkas apabila ditanya reaksi beliau mengenai perkembangan itu.
Dalam pada itu, beberapa tokoh BN berkata, Ustaz Azizan mungkin bermimpi disiang hari atau mengigau apabila megutarakan perkara berkenaan.
Bagi mereka, Apa yang jelas apa yang dilakukan oleh Ustaz Azizan tidak lebih sekadar gimik politik untuk meraih sokongan politik murahan.
"Mungkin dia terlalu syok kerana Anwar menang kot, sebab itu dia jadi macam tu, biar pi kat dia lah, apa salahnya dia nak syok sendiri," kata salah seorang tokoh politik dari MCA.
Dalam pada itu, tokoh veteran umno yang diminta mengulas perkara itu berkata "merepeklah".

APAKAH MUNGKIN INI TERJADI SELEPAS KEJAYAAN DI PERMATANG PAUH..?




DSAI MENANG BESAR BUKTI RAKYAT SEMAKIN MENJAUHI BN

BAGAI LAMBAIAN PEMENANG PINGAT EMAS DI OLIMPIK...DSAI AKHIRNYA DIANGKAT OLEH RAKYAT UNTUK KEMBALI KE PARLIMEN SEKALIGUS BAKAL MERUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA

Permatang oh Permatang, kau tetap Pauh.
Itulah keluhan sebahagian besar penyokong PKR yang membanjiri perkarangan Maktab Perguruan Tunku Bainun, sejhaman politik sejak jam 7 petang tadi.
Apapun keputusan yang dibuat oleh pengundi di Permatang Pauh wajar di hormati, tak kira apapun fahaman dan kiblat politik.
Mesejnya amat jelas, sejarah terukir di Permatang Pauh, DSAI yang menjalani kehidupan penuh berliku akhirnya diangkat oleh rakyat.
Permatang Pauh membuktikan ia tidak sekadar hari untuk pengundi membuat keputusan, tetapi juga bakal merubah lanskap politik Malaysia.
Kejayaan DSAI yang mewakili Pakatan Rakyat menang, tidak dapat tidak akan memberi impak sangat besar terhadap politik negara ini.
Tidak kiralah sama ada misi 16 Septermber itu berjaya atau tidak, kerana biar di mana pun berdiri - sama ada sebagai Perdana Menteri atau sebagai ketua pembangkang, dia tetap memiliki keistimewaan tersendiri.
Samaada sesuatu yang menguntungkan atau tidak bagi bangsa bernama Melayu, itu perkara lain.
semuanya bakal bergantung pada tafsiran, di mana kita berdiri dan bagaimana kita melihat,. Apa yang pasti, dia memang mempunyai keistiemewaan tersendiri.
Kegagalan Datuk Arif Shah dari segi moral Barisan Nasional perlu mencari bukan saja kesilapan di peringkat jentera, tetapi yang lebih besar ialah kenapa rakyat tidak lagi melihat BN sebagai tempat bergantung yang selamat.
Yang pasti lagi jelas kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya ditolak oleh rakyat kerana kelemahan beliau atau faktor-faktor lain yang lebih khusus.
Menyamakan pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dengan pilihan raya umum agak melampau. Tetapi dalam konteks politik semasa, dengan mengambil kira kedudukan BN masa kini, itulah realitinya.
Sesungguhnya Permatang Pauh lebih daripada soal Amin Shah dan Anwar. Ia adalah soal impian, harapan dan kesungguhan barisan pembangkang.
Mereka menghimpunkan semuanya di situ bersama 'harapan baru' kumpulan rakyat yang percaya pada perjuangan mereka.
Anwar sejak sedekad lalu menjadi ikon perjuangan itu. Biar pun PAS dan DAP juga mempunyai pemimpin besar mereka sendiri, namun perkara yang tidak boleh dinafikan ialah dalam suasana politik sekarang mereka memerlukan Anwar - sama ada dengan kehadirannya atau pun tidak. Menyedari keperluan itulah mereka menggembleng segala kekuatan untuk menentukan Anwar menang kerana kemenangan mantan TPM itu akan mendekatkan lagi mereka dengan cita-cita yang dikendong sejak lama.

Tuesday, August 26, 2008

KERETA NAJIB DI BALING KETIKA TINJAU PROSES BUANG UNDI DI SEBERANG JAYA

Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau proses pembuangan undi di Permatang Pauh, pagi tadi dibaling dengan botol air .
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Semilang di Seberang Jaya.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Najib baru sahaja memasuki kereta selepas berjumpa dengan para penyokong Barisan Nasional (BN).
Kemudian Najib memberitahu wartawan, bilangan anggota polis di kawasan penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun malam ini akan dipertingkatkan.
Kesesakan teruk terus dialami di kawasan Permatang Pauh khususnya kawasan berhampiran pusat mengundi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, peratusan arah aliran keluar mengundi sebeklah pagi ini lebih menggalakkan berbanding dengan situasi 8 Mac lalu.
"Ramai yang keluar mengundi. Saya gembira dengan sokongan diberikan dan yakin boleh menang," katanya.
Pengundi Permatang Pauh telah dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal ketika cuti umum diisytiharkan di seluruh Pulau Pinang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk mendapatkan semula kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat berkata: "Berdasarkan keadaan semasa, saya optimis, Insya-Allah.

HAMPIR 70 PERATUS KELUAR MENGUNDI, PENGUNDI ATAS PAGAR AMBIL PENDIRIAN BERKECUALI KERANA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN MENGELIRUKAN MEREKA.




Tinggal dua jam lagi semua pusat pembuangan undi di Permatang Pauh akan ditutup. Proses pembuangan undi berjalan lancar meskipun ada kedengaran beberapa cerita kurang manis disebalik keghairahan penyokong parti yang bertanding.
Secara umum, tahniah wajar diberikan kepada pasukankeselamatan kerana berjaya mengawal sebarng bentuk provokasi dari penyokong yang bertanding jalankan dengan penuh berhemah sebaik saja pusat pembuangan undi di buka hingga jam 3 petang ni.
Suruhanjaya Pilihan Raya pula mengumumkan peratus yang keluar mengundi sudah menghampiri angka 70 peratus.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dengan lebih 58,000 pemilih terus beratur panjang di pekarangan pusat-pusat pengundian di seluruh Permatang Pauh.
Kesesakan di sesetengah tempat menjangkaui jarak sehingga lima hingga enam kilometer,
Sehingga pukul 3.30 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati hampir 70 peratus sudah mengundi dan jumlah itu dijangka meningkat.
Selain meletakkan anggota polis di kesemua lokasi strategik polis juga membuat rondaan udara sejak awal pagi tadi.
Di sesetengah saluran mengundi, peratusan keluar mengundi telah melebihi 50 peratus dalam tempoh tiga jam pertama selepas pusat pengundian dibuka.
Pada keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Difahamkan kesesakan hari ini dilihat sebagai paling teruk dialami dalam bahagian Permatang Puah.
Kempen 10 hari berakir yang berakhir malam tadi memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.
Lebih 10 isu nasional dan puluhan masalah tempatan diletakkan oleh calon-calon yang bertanding sejak 16 Ogos lalu.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.
Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui sebelum 10 malam ini, kata Wan Ahmad.
Sebanyak 110 saluran di 28 pusat mengundi disediakan untuk tujuan pengundian.
Seramai 490 anggota polis sudah membuang undi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Sabtu lalu.
Semua kertas undi yang telah dikira di saluran-saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini sebelum keputusan diumumkan. Ia juga merupakan tempat penamaan calon hari itu.
Pemerhati politik dlam analisis yang dibuat sepanjang kempen pilihanraya kecil itu percaya mana-mana parti yang akan memenangi pilihanraya kecil itu hanya akan dibezakan dengan peratus yang tipis.
Ia kerana, hampir sebahagian besar pengundi telah disogokkan dengan pelbagai maklumat terkini, sekaligus menyebabkan mereka mudah membuat keputusan.
Namun apa yang menjadi persoalan, ada isu yang diperkatakan sepenjang tempoh kempen tidak relevan dengan masyarakat permatang pauh.
"Saya penuh yakin bagi pengundi atas pagar, mereka akan memilih untuk tidak memberi sokongankepada mana-mana pihak kerana maklumat yang diberikan mengelirukan mereka" kata salah seorang pemerhati bebas yang hampir sebulan berkampung di Permatang Pauh.

Monday, August 25, 2008

KEDAH DITADBIR DENGAN BAIK DAN MENGIKUT PERATURAN SEPANJANG 2002-2005 - AUDIT NEGARA


Kerajaan Negeri Kedah mendapat pujian audit negara kerana berjaya menguruskan perbelanjaan dengan baik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.malah Audit negara yang berpuas hati dengan pengrusan kewangan negeri memberi sijil bersih atas kejayaan Kedah menguruskan perbelanjaan berkenaan sepanajng 2002 hingga 2005.Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Sepaker DUN Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Bin Ahmad (gambar sebelah)
Ketika menjelaskan kreteria yang diambil kira oleh Audit negara, ADUN Air Hitam itu berkata, seluruh ahli dewan menyokong usul berhubung laporan dari audit negara itu.
Dengan perkembangan itu tidak timbul soal berlaklu sebarang penyelewengan dalam urusan mengurus perbelanjaan negeri sepanjang tempoh berkenaan.
Kejayaan itu membuktikan segala urusan perbelanjaan milik Kerajaan Negeri dilakukan mengikut prosidur dan tidak wujud apa juga bentuk campurtangan samada dari parti yang memerintah atau kakitangan kerajaan.

SIDANG DEWAN KEDAH, USTAZAH AISHAH GABRA, USTAZ AZIZAN BERANG...


USTAZAH SITI ASIHAH GABRA SEBAB TAK BUAT HOMEWORK
Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darulaman, Alor Star pagi tadi menyaksikan barisan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas hilang punca selepas diasak dengan soalan tambahan oleh pembangkang.
Mesyuarat sehari yang bermula dengan doa itu pada mulanya berlangsung dalam suasana tenang yang diselang seli dengan ayat-ayat "menyindir" dari YB-YB dari kedua-dua pihak.
Suasana itu, bagaimanapun tiba-tiba bertukar menjadi "kecoh" apabila ADUN Bayu, Azmi Che Hussain melontarkan soalan tambahan kepada Ustazah Siti Aishah Ghazali yang juga Exco Kebajikan Negeri.
Soalan beliau berbunyi "Apakah Kerajaan negeri pakatan rakyat akan membuat dasar baru berhubung pemberian bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam. Ia berikutan tindakan ahli parlimen dari Pas dari Baling yang memberikan bantuan kepada hanya dua daripada 15 rumah yang rosak dipukul ribut dalam kawasan DUN Bayu.
"Kedua-dua buah rumah tu orang Pas, jadi apakah kerajaan negeri berhasrat untuk membuat perubahan dasar dari segi penyaluran bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana alam, dengan memberi bantuan kepada orang Pas sahaja" kata Azmi yang memohon penjelasan Ustazah Siti Aishah.
Mendengar soalan itu, Ustazah Siti Aishah yang kelihatan "gabra" cuba menjawab sambil memandang kepada Menteri Besar, Ustaz Azizan tanpa diketahui tujuan beliau.
Melihat Ustazah Siti Aishah yang begitu gabra serta tidak dapat memberi jawapan seperti mana yang dikehendaki beberapa ahli YB dari pembangkang bangun untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Melihgat perkembangan itu, tiba-tiba Ustaz Azizan naik "berang " lalu bangun menjawab soalan berkenaan.
"Kerajaan Negeri tidak pernah mengamalkan pilih kasih dalam memberi bantuan, mungkin ahli parlimen yang memberi bantuan itu adalah atas sifat beliau sebagai ahli Parlimen" tegas beliau sambil mengarahkan ADUN Kuala Nerang, Dato Syed Sobri duduk yang ketika itu bangun untuk bertanyakan soalan tambahan.
Spekaer dewan yang sempat menjeling kepada Ustaz Azizan segera mengarahkan ADUN Kuala Nerang itu duduk dan tidak membenarkan beliau bertanyakan soalan.
Menurut beberapa pemerhati yang hadir, kepimpinan Pas kecuali Usyaz Azizan dilihat tidak membuat "homework" untuk menjawab soalan daripada pembangkang.
situasi itu kata beliau mengecewakan rakyat sekiranya mereka melihat persidangan itu berlangsung.
"Saya lihat sebahagian besar ahli exco dari Pas gagal memberikan perangkaan yang diminta oleh pembangkang. Mereka seolah-olah tak buat persediaan langsung, amat memalukan" tegasnya yang juga seorang guru.
"Rasanya depa ingat depa tu masih jadi pembangkang sebab tu depa buat kerja sambil lewa saja," kata seorang lagi pemerhati yang turut hadir pada persidangan berkenaan.
sempena sidang kali ini dewan sebulat suara meluluskan ususl ucapan tahniah kepada KDYMM Sultan Kedah yang baru saja menyambut pemerintahan ke-50 baru-baru ini.

PILIHANRAYA PERMATANG PAUH, MASYARAKAT ISLAM DISARAN BUAT SEMBAHYANG ISTIHARAH SEBELUM KELUAR MENGUNDI





"JANGAN GHAIRAH MENJATUHKAN SATU HANTU DAN MEWUJUDKAN SATU HANTU YANG BARU YANG AKAN LEBIH MEROSAKAN AGAMA DAN MASYARAKAT" KATA DR MOHD ASRI


Sebagai pengundi Parlimen Permatang Pauh, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin mempunyai pandangan tersendiri dalam memilih calon yang harus diangkat sebagai pemimpin esok.
Dr mOhd Asri menjelaskan soal undi bukanlah semudah pertandingan 'gores dan menang' kerana ia membabitkan harapan untuk membuat perubahan kepada negara di samping mahu agama Islam dimartabatkan sebaiknya.
"Saya pilih calon yang paling ringan mudarat kepada masyarakat. Saya sarankan agar para pengundi Islam menunaikan solat Istiqarah sebagai panduan untuk memilih calon yang sesuai.
"Ini kerana landskap politik negara semakin mengelirukan dan mengaburi banyak pihak sehingga persaingan tertumpu kepada keburukan akhlak pemimpin kedua-dua belah pihak," katanya yang kesal dengan senario yang berlaku.
Kata Asri lagi politik sepatutnya untuk memastikan siapa yang mempunyai idea yang terbaik membangunkan negara dan Islam namun yang terjadi kini adalah memburuk-burukkan antara satu sama lain demi mencapai survival politik parti masing-masing.
"Masyarakat gelisah melihat corak dan politik sekarang kerana ianya lebih kepada budaya 'londeh-melondeh' keburukan sehingga ianya tidak menunjukkan kematangan berfikir dan kebebasan untuk melahirkan pandangan yang berbeza.
"Sepatunya kita mesti raikan perbezaan pendapat dan menghargai kebebasan pemikiran dan budi bahasa pemimpin yang baik daripada memburukkan akhlaknya," katanya.
Tidak semestinya pandangan berbeza membawa maksud, seseorang pemimpin itu musuh atau menentang satu pihak yang lain tetapi bertujuan untuk memantapkan perjuangan membela nasib rakyat dan agama Islam itu sendiri, kata Asri.
"Jika saya beralih pandangan dalam sesuatu isu, ada yang tuduh saya pengampu kerajaan atau menyokong pembangkang sedangkan niat saya untuk memperbetulkan keadaan demi Islam dan rakyat. Ini tandanya politik pemikiran yang 'bankrap' yang harus dimerdekakan," katanya berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya pada hari mengundi nanti.
Baginya situasi gawat yang berlaku ini memerlukan pedoman dan petunjuk daripada Allah kerana sebarang kekeliruan masyarakat akan menyebabkan sesuatu keputusan dibuat dengan tidak tepat.
"Pesan saya jangan kita cuba ghairah menggugurkan satu 'hantu' kemudian mewujudkan satu lagi 'hantu' yang baru bahkan akan lebih merosakkan masyarakat dan negara," katanya.
Beliau sebelum ini pernah merakamkan panduan memilih dan menyokong seseorang melalui buku tulisannya bertajuk ' Golongan Yang Haram Disokong.' Buku tersebut ditulis sebelum beliaumenjadi Mufti Perlis.
Katanya dalam buku itu bahawa undi mempunyai nilai besar dalam Islam sehingga ada yang menyangka apalah kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihan raya dengan kedudukannya di hari akhirat.

Sunday, August 24, 2008

ANCAMAN BUNUH, NALLA AKAN DEDAH RAHSIA ANWAR..


Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa mempunyai lima pita rakaman, yang kini disimpan di luar, yang jika didedahkan boleh menjejaskan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
"(Saya) ada lima pita rakaman di luar negara... kalau saya mati hari ini (kerana telah menerima ugutan dibunuh) ia akan terbang (ke Malaysia)," kata beliau ketika berceramah untuk calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Permatang Pasir malam tadi.
Dalam ceramahnya itu, Nallakaruppan berkata, beliau menerima ugutan mati jika berkempen untuk BN, tetapi bersedia untuk berkorban kerana negara.
Nallakaruppan pernah ditahan dalam penjara kira-kira setahun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti 10 dekad yang lalu.
Beliau telah keluar PKR tahun lalu selepas tidak menerima tiket untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor.
Malah dalam ceramah itu kata Nallakaruppan, beliau pernah memberi wang kira-kira RM60 juta kepada Anwar.
"Beliau ada angkat (terima RM60 juta). Suruh dia datang ke sini (Permatang Pasir) dan bercakap.
"Dia ada angkat (ambil), saya beri dia... Kalau saya ada terima wang RM60 juta, saya tak perlu berada di sini," kata beliau.
Nallakaruppan ketika itu merupakan pengarah perhubungan awam Magnum Corporation Bhd.
Beliau berkata, pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.Nallakaruppan berkata, beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya bekas Menteri Kewangan itu yang digauli 30 tahun."Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.Malah, menurut Nallakaruppan, beliau juga ada menerima ugutan supaya tidak berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Beliau telah menerima lebih daripada 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan Permatang Pauh.Nallakaruppan berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke Permatang Pauh sejak seminggu lalu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengancam dua petugasnya."Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat lima laporan polis setakat ini," kata beliau dipetik Bernama, yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) dan menambah, SMS itu mengancam nyawanya.

ANWAR SERANG AGENDADAILY, BEGINIKAH PEMIMPIN YANG AKAN DIPILIH OLEH MASYARAKAT PERMATANG PAUH ?

AWAS...PEMIMPIN YANG SERING BERSANDIWARA SEPERTI ANWAR BAKAL MENGHANCURKAN MASA DEPAN ORANG PERMATANG PAUH JIKA DIPILIH DALAM PILIHANRAYA KECIL KAWASAN ITU SELASA INI. JUSTERU GUNALAH AKAL YANG ADA UNTUK BUAT PERTIMBANGAN SEWAJARNYA SEBELUM MENGUNDI.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan dirinya yang sebenar apabila berhadapan dengan soalan media yang tidak disenanginya.
Pada sidang media hari Jumaat, Agendadaily buat kali yang keempat diserang oleh Anwar ekoran soalan biasa yang ditanya oleh wartawan Agendadaily.
Isunya apabila Anwar diminta mengulas kesediaan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin yang sedia berhadapan dengannya di mahkamah ekoran dakwaan Hamzah yang Anwar pernah buat hal pada tahun 1998 dalam isu ‘kacau bini’. Melenting dengan soalan itu, antara yang terpacul daripada mulutnya ialah “yang you sibuk pasal apa”…. “media-media dibayar oleh perasuah-perasuah UMNO untuk cuba alih pandangan”.
Terdahulu semasa sidang media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengumumkan peruntukan untuk untuk golongan miskin dan rebet untuk rumah ibadat, Anwar turut menyerang Agendadaily.
Beliau tidak dapat menahan dirinya daripada menunjukkan sikapnya yang memang tidak selesa dengan soalan yang tidak memihak kepada dirinya.
Wartawan Agendadaily, sekadar bertanya tidakkah pengumuman bantuan dan rebet itu dilihat sebagai rasuah politik menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh. Soalan ini wajar ditanya kerana selama ini apabila kerajaan Persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) mengumumkan sesuatu keputusan untuk rakyat akan dituduh sebagai cubaan merasuah pengundi.
Guan Eng menjawab secara politik ia untuk semua rumah ibadat di Pulau Pinang bukan hanya Permatang Pauh seperti bantuan untuk masjid dan surau yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak puas hati dengan jawapan Guan Eng itu, Anwar terus menyampuk ... “Tapi dia agendadaily tak tanya Datuk Najib (bunyi deraian ketawa), tak tanya menteri pendidikan, tak tanya menteri dalam negeri, dia tak tanya langsung…ini masalah kita dengan media,” ujarnya. - dipetik dari Agendadaily.

EZAM DIANCAM BUNUH, BUKTI ANWAR SEMAKIN TERSEPIT DAN TERTEKAN...


Kelantangan dan bukti-bukti yang dikemukakan dlam setiap ceramah memberi kesan kepada siri kempen Dato Seri Anwar dalam pilihanraya kecil permatang pauh hingga memaksa Bekas Setiausaha politik kepada penasihat parti PKR Dato Seri anwar Ibrahim menerima ugutan bunuh.
itulah yang dialami Sdr Ezam Mohd Nor yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR.
Beliau yang sebelum ini lantang mengkritik bekas bosnya menerima ugutan sekiranya tidak berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan PKR itu dan meninggalkan kawasan Permatang Pauh menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini. turut menerima ugutan itu ialah bekas rakan tenis penasihat PKR, Datuk S. Nallakaruppan.
Ezam menerima pelbagai pesanan ringkas (SMS) termasuk ugutan bunuh supaya keluar meninggalkan Permatang Pauh. Ketika ditemui malam tadi, Ezam berkata, SMS sedemikian semakin meningkat dalam tempoh sehari dua ini.
“Pelbagai ugutan mula saya terima sejak saya datang ke Permatang Pauh tetapi dalam tempoh sehari dua ini, ugutan yang lebih serius termasuk ancaman bunuh terhadap saya, ibu, anak serta isteri dihantar kepada saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ugutan-ugutan itu tidak diendahkannya dan ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.
- Bernama

DAP PARTI ANAK BERANAK....


Kalau dulu DAP adalah adalah orang yang paling menentang kronisme dalam parti tetapi kini mereka menghalalkan kronisme. ini terbukti apabila pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat DAP semalam menyaksikan dua beranak mengungguli parti itu.
Siapa sebenarnya yang mengamalkan kronisme..?
Yang jelas DAP kini didominasi oleh dua beranak iaitu Lim kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng manakala Karpal Sigh dan anaknya Godind Singh Deo.
Pendek kata depa ni semua ibarat `ketam mengajar anak berjalan betul' atau 'Bagi dulang paku serpih, kata kat orang depa yang sebenarnya yang dok lebih'.

Sama-sama lah kita fikir

Berikut ialah senarai pemimpin DAP yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP 2008-2011 dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-15 yang berlangsung di ibunegara.

1. Lim Kit Siang

2. Lim Guan Eng

3. Tan Kok Wai

4. Fong Kui Lun

5. M. Kulasegaran

6. Theresa Kok Suh Sim

7. Tan Seng Giaw

8. Chong Chieng Jen

9. Karpal Singh

10. Ngeh Koo Ham

11. Anthony Loke Siew Fook

12. Ahmad Ton

13. Tony Pua Kiam Wee

14. Chong Eng

15. Teng Chang Khim

16. Nga Kor Ming

17. Chow Kon Yeow

18. P. Ramasamy

19. Dr Boo Cheng Hau

20. Godind Singh Deo

Thursday, August 21, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA LAN PET PET YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DENGAN PASANGANYA SEMALAM, ROBITHIH CHE WAN DI MASJID AL-BUKHARY, JALAN LANBGGAR.
SAMBIL MENGAKUI GUGUP LAN BERKATA DIA TERPAKSA MELAFAZKAN AKAD NIKAH SEBANYAK TUJUH KALAI DI DEPAN IMAN MASJID ITU, MOHHAMAD ISA SHAARI.

MBAS BEKU LESEN PENJAJA KECIL

Majlis Bandaraya Alor Star membekukan pengeluaran lesen penjaja kecil sehingga dasar baru pembvangunan penjaja di gubal.
dasar berkenaan dijangka akan digubal dalam tempoh terdekat ini bertujuan meningkatkan bidang perniagaan kecil di bandar raya ini, sekali gus membuka peluang kepada penduduk untuk berniaga.
jurucakap Bahagian Pelesenan MBAS, berkata pelan itu yang dirangka sejak lebih sebulan lalu dan dijangka siap akhir tahun ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan.
Antara perkara penting yang disentuh dalam pelan itu ialah memudahkan kaedah pelesenan peniaga kecil dan mewujudkan struktur tempat perniagaan yang seragam.
“Misalnya bagi peniaga yang berniaga menggunakan kereta roda, selama ini mereka dikenakan tiga jenis lesen dan menerusi dasar itu, kita mencadangkan mereka hanya dikenakan dua bayaran lesen iaitu pengecualian untuk lesen kereta roda itu.
"Jadi mereka hanya perlu membayar lesen perniagaan dan sewa tapak perniagaan," katanya.
Beliau berkata, dasar itu juga akan membabitkan penggunaan tempat perniagaan yang seragam yang dibina sendiri oleh peniaga yang sebelum ini menggunakan kereta roda tetapi menepati pelan yang disediakan MBAS.
Dasar itu juga menyentuh mengenai gerakan melesenkan peniaga kecil tanpa lesen yang banyak di sekitar bandar raya.

LAPAN FAKTOR BN TEWAS KEPADA ANWAR


Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

1.Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.
2. Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak. Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR. Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.
Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.
Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian. Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.
Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh. Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.
Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.
Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut. Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.
Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.
Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.
Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.
Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.
Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.
Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN. Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.
Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.
Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.
Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.
(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)
Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.
Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.
Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.
Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.
Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.
Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.
Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.
Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.
Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.
Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.
Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.
Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.
Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.
Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.

PANDANGAN INI DIUTARAKAN OLEH : K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.

Tuesday, August 5, 2008

PENDANG SEMAKIN KALUT, SURAYA HAMPIR PASTI JADI KETUA WANITA

HAMPIR PASTI..SURAYA DIPILIH SEBAGAIKETUA WANITA BAHAGIAN PENDANG KERANA KEMAMPUAN DANKETOKOHAN BELIAU KETIKA MEMIMPIN PUTERI KEDAH.

Senario politik Umno di Kedah sedikit lesu selepas tewas pada PAS pada pilihanraya umum yang lalu . Semua nampak tenang, hakikatnya banyak bahagian berdepan dengan kekalutan.Selian Sungai Petani, Jerlun, Pendang juga satu-satunya bahagian yang nampak semakin kalut.Dengar habaq pada pemilihan kali ini Ketua Bahagian Dato Rozai akan dicabar oleh orang lama Dato Othman Abdul.
Macam-macam strategi digunakan bagi mencapai hasrat dan tujuan. kalau lihat orang Pendang , depa nampak matang dari segi politik kerana depa pernah melalui pelbagai zaman penuh warna warni sejak dari zaman allahyarham Dato Fadhil Nor.
Justeru kekalutan kedua-dua calon untuk mengejar tempat di bahagian itu tidak sedikitpun mempengaruhi kehidupan yang sedia serba kekurangan sejak dulu. Bila tanya mengenai politik wang, depa kata, kalau bagi duit kami sebat, tapi undi belum tentu, yang bagi duit itu akan melepasi tahap pencalonan yang ditetapkan. Cawangan-cawangan yang katanya penyokong Rozai kini mencalunkan Dato Man sebagai Ketua Bahagian umpamanya Cawangan Kerkau dan Kubang Teradeh. Di Cawangan Tanah Merah, buat undi sulit, Rozai dapat 33 undi dan Dato Man dapat 32 undi.
Hebat tu Dato Man, kerana Tanah Merah merupakan cawangan yang sangat kuat menyokong Rozai. Kebanyakan cawangan yang mengadakan pengundian, majority dimenangi oleh Dato Man. Rozai kadang-kadang hanya dapat 2 undi sahaja.
Kedudukan sehingga hari ini, untuk Ketua Bahagian, Dato Man dapat 37 dan Rozai hanya 17 cawangan. Sebagai penyandang Rozai agak ketinggalan . Satu perkara yang agak menarik dalam UMNO Pendang ini ialah kebanyakan penyokong Rozai di katakan semakin menjauhkan diri . Lagi aneh orang Rozai yang bertanding untuk Naib Ketua kini dok kempen untuk Dato Man bagi Ketua Bahagian. Pak Tam dulunya orang kuat Rozai menyepi kerana Rozai tak ambil dia untuk Ketua Pemuda. Dan la ni , Rozai dikatakan meminta Bashiron, (kumpulan Rozai), supaya menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian kerana kurang mendapat pencalunan. Dia baru dapat 4 pencalunan saja berbanding dengan Cik Din Tahir dan Najamuddin yang jauh ke hadapan.
Dengar Habaq Rozai akan mengumumkan Najamuddin pun sebagai Timbalan Ketua Bahagian, regu dengan dia. Di fahamkan Najamuddin tidak mahu berganding dengan Rozai kerana Najamudddin sangat tidak yakin dengan kekuatan Rozai sekarang.
Ini sangat jelas di Pendang, sokongan terhadap Rozai sangat merosot. Lihat saja calun Ketua Pemuda, calun Rozai, Cikgu Ramli, tertinggal di belakang Akrom. Calun Ketua Puteri sebelah Rozai, Bana pun jauh tertinggal dan YB Suraya mendahului Hjh Fatimah dari segi pencalunan. Pendek kata, semua yang berkait dengan Rozai, tertinggal di Pendang.

Monday, August 4, 2008

SAYA LETAK JAWATAN DISEMBER INI - RAFIDAH

IMBAS KEMBALI...RAFIDAH SELEPAS TIDAK DILANTIK SEBAGAI MENTERI SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-12 YANG LALU.

Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno pertengahan tahun depan.
Bagaimanapun beliau juga akan terus mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti pada Disember ini.
"Saya tidak mahu meninggalkan Wanita dalam keadaan berpecah dan mengkucar-kacirkan parti," katanya.Bercakap di majlis 'Wanita Bersama Pemimpin' di Kuala Lumpur.
Beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin Wanita bahagian agar percaya pada janjinya untuk meletakkan jawatan itu.
Majlis di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra itu dirasmikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

MAQABALAH @ DEPA TERUS BERBALAH

Jawatankuasa PAS telah mengumumkan tidak setuju untuk berkongsi kuasa dengan UMNO.
Ada satu khabar lagi kata, Abdullah pun tidak setuju dengan Muqabalah kerana PAS meletakkan syarat yang tidak munasabah.
Oh, jangan ingat syaratnya mengenai hukum hudud untuk Kelantan. Itu untuk pengetahuan orang ramai. PAS bohong kita?
Tidak semacam itu. Mula-mula dahulu semua tidak mengaku ada muzakarah, tetapi akhirnya mengaku.
Seperti kata Mahfudz Omar yang meminta maaf, dia terpaksa berbohong kerana Jawatankuasa Pusat PAS tidak mahu perkara itu menjadi heboh.
Kira bohong sunat atau bohong politik.Berbalik cerita syarat yang PAS letakkan hingga tak jadi muqabalah, apa dianya?
Katanya dan kalau orang bohong, salahlah Husin, PAS meletakkan syarat Dr Mahathir menjadi orang tengahnya. Pandai PAS untuk mencari helah untuk menyatakan sebenarnya mereka tidak percaya dengan Pak Lah.Mereka tahu. Sebut Dr Mahathir, Dolah sure tak jadi.
Di kedai kopi tadi ada cerita nasi tambah. Kalau ditakdirkan Dolah kena minta maaf dengan Tun di akhirat untuk masuk syurga, sanggup dia duduk neraka.Hahaha ...
Lebih-lebih pulak andaian. Tapi ini sembang kedai kopi, tak wajib untuk percaya. Temberang sunat.
Kalau Husin dapat tawaran masuk syurga, Wow! apa saja sanggup buat.Dah termasuk cerita syurga neraka, hari ini sudah 30 Rejab dan hendak masuk Syaaban. Insya Allah, sebulan lagi kita berpuasa. Latih-latihlah diri berpuasa dan sembahyang sunat - petikan Husin lompoyang.

RAKYAT KEDAH KEWA DENGAN KERAJAAN PAS


PEMIMPIN BEGINIKAH YANG RAKYAT KEDAH MAHU....SANGGUP MEMUSNAHKAN ALAM SEKITAR DEMI UNTUK MEMENUHI KEPENTINGAN SENDIRI.

Harapan yang diletakkan oleh rakyat jelapang padi cukup tinggi, lebih tinggi daripada Gunung Jerai. Mereka yang berjaya menubuhkan Kerajaan selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu sememangnya sedar perkara ini.
Malah ketika menjalankan kempen, mereka menabur pelbagai janji-janji demi memikat hati rakyat. Berdasarkan keyakinan itu, rakyat yang terpikat dengan manifesto yang direka-reka bagi mencapai hasrat dan tujuan tertentu.
Kini segalanya bagai kaca dihempap batu. pecah berkecai lagi berderai. Selepas diberi mandat dan kepercayaan tujuan dan matlamat yang digariskan dalam manisfesto tidallagi dihiraukan. ibarat, habis manis sepah dibuang. Nasib rakyat bagaimana?
Kerajaan yang dipilih oleh rakyat kononnya mahu mengembalikan kesejahteraan di negeri yang kaya dengan kemiskinan itu, akhirnya tersasar daripada harapan.
Bukti paling mapuh apabila Menteri Besar, ustaz Azizan baru-baru membuat kenyataan mengugut akan menebang balak di kawasan tadahan air di negeri tersebut bagi menjana ekonomi negeri tersebut.
Jika selama ini kawasan hutan simpan itu amat dikawal daripada melakukan kerja pembalakan bagi mengekalkan ekosistem dan kesemulajadian alam sekitar, kini kononnya semata-mata terpaksa dilakukan bagi menjana ekonomi negeri terbabit, kawasan kawalan itu bakal dimusnahkan oleh kerajaan pemerintah negeri itu sendiri.
Ugutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat yang melibatkan kawasan hutan simpan berkenaan amat tidak rasional. Ia lebih kepada mainan politik pentadbiran pembangkang yang sememangnya punya agenda tersendiri atas kepentingan tertentu.
Jika kawasan hutan simpan itu dikorbankan dengan aktiviti pembalakan, sudah pasti pulangan yang akan didapati amat lumayan kerana kawasan itu masih dara daripada sebarang pencerobohan. Dijangka, Kedah akan memperoleh sejumlah RM100 juta setahun dengan penebangan balak di keseluruhan kawasan tadahan air tersebut.
Hutan Simpanan Hulu Muda, Pedu, Padang Terap, Chebar Besar dan estet hutan kekal Bukit Keramat dan Bukit Saiong merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning yang turut membekalkan air ke Perlis dan Pulau Pinang.
Sebagai reaksi pada cadangan berkenaan, Kabinet pada Mei 2003 memutuskan melarang aktiviti pembalakan di sekitar hutan simpan Empangan Pedu di Hulu Muda di negeri ini bagi mengekalkan peranan empangan itu sebagai kawasan tadahan hujan.
Namun, arahan itu tidak akan dihiraukan oleh Kerajaan Negeri Kedah jika ugutan mereka tidak diambil kira oleh Kerajaan Pusat. Mereka lebih rela korbankan sesuatu yang tinggi nilainya kepada kehidupan masyarakat setempat daripada terus berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Begitu singkat pemikiran dan tindakan yang mampu dilakukan oleh pemimpin negeri yang sebelum ini bercakap mengenai masa depan rakyat yang perlu dibela. Keuntungan jangkamasa pendek lebih diutamakan daripada bekerjasama menyelesaikan masalah secara bersepadu dengan Kerajaan Pusat. Pemimpin jenis apa begini. Molek rasanya jika rakyat Kedah berfikir dan terus berfikir apakah pemimpin seperti ini benar-benar memperjuangkan nasib rakyat atau memperjuangan kronisme. Renung-renungkan....

ZULKIFLI NORDIN AKHIRNYA BONGKAR RAHSIA ANWAR


Cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh kerana ingin mengalih perhatian terhadap tuduhan liwat, rupa-rupanya memang betul.
Hal ini diakui Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (KKB), Zulkfili Noordin dalam http://zul4kulim.blogspot.com/
Menurut beliau, Sebelum ini, Anwar memang ingin bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu (KBB) sekiranya mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Ogos ini selepas petisyen oleh calon Barisan Nasional.
Zulkifli berkata, beliau sudah bersedia melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar walaupun majoriti orang KKB tidak bersetuju beliau mengosongkan kerusi berkenaan.
“Perlu saya tekankan di sini bahawa mereka yang tidak bersetuju itu bukan kerana tidak mahu DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding di KBB, tetapi mereka khuatir akan berbangkit isu kronisma dalam Pakatan Rakyat nanti bila DSAI, DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) & NI (Nurul Izzah) duduk dalam Parlimen. Dalam keadaan itu ada pulak Lim Kit Siang/Lim Guan Eng & Karpal Singh/Gobind Singh juga duduk dalam Parlimen,” kata Zulkifli.
Menurutnya, beliau memang telah bersedia pada tarikh tersebut (19 Ogos) untuk mengosongkan kerusi KBB.
“Ini telahpun dimaklumi oleh DSAI & pimpinan Pakatan Rakyat. Malahan DSAI dalam pidatonya di Kulim menyatakan bersedia bertanding di KBB setelah Mahkamah mengisytiharkan KBB kosong,” ujarnya.
Zulkifli berkata, namun perkembangan mutakhir menukar perancangan apabila maklumat diterima pada hari Rabu malam bahawa kemungkinan DSAI akan dikenakan pertuduhan meliwat dalam masa terdekat.
“Maka pimpinan PKR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan pilihanraya kecil perlu dibuat segera. Bagi mereka menunggu 19 Ogos mungkin akan terlambat nanti. Sebab itulah keputusan dibuat mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta-merta untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera,” katanya.
Menurut Noordin, beliau satu-satunya orang yang membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya DSAI & pimpinan PKR memikirkan semula keputusan tersebut.
“Namun mereka kekal dengan keputusan tersebut. Walaupun saya sangat sedih namun tetap akur dengan keputusan pimpinan tersebut,” katanya.
Kini sudah jelas cerita sebenar kenapa Wan Azizah kelam kabut melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu dan serta merta Anwar umum akan bertanding di situ.
Semuanya gara-gara pemimpin PKR itu percaya kononnya Anwar akan ditangkap dan dikenakan pertuduhan meliwat sedangkan Zulkifli yang pernah jadi peguam dan membela bekas timbalan perdana menteri itu sebelum ini percaya tidak mungkin ada pertuduhan terhadap Anwar sebegitu cepat.
Beliau tidak bersetuju dengan khabar angin yang menyatakan akan ada tangkapan terhadap DSAI dalam tempoh 48 jam pada Khamis lepas.
“Ini kerana saya sebagai peguam tahu tidak mungkin tangkapan & pertuduhan akan dikenakan terhadap DSAI dalam 48 jam kerana Peguam Negara belum pun menerima kertas siasatan dari pihak polis. Dan apabila menerimanya pun pihak AG perlu menapis & menganalisa semua keterangan & bukti yang dikemukakan polis. Sudah tentu ini memerlukan masa. Apatah lagi timbul isu lapuran Pusrawi yang kelihatannya saperti menidakkan berlaku liwat. Sudah tentu pihak AG akan menyiasat dengan lebih teliti.,” tulis Zulkifli di blognya itu.- 3/8/2008 - PETIKAN AGENDADAILY