BAGAI LAMBAIAN PEMENANG PINGAT EMAS DI OLIMPIK...DSAI AKHIRNYA DIANGKAT OLEH RAKYAT UNTUK KEMBALI KE PARLIMEN SEKALIGUS BAKAL MERUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA
Permatang oh Permatang, kau tetap Pauh.
Itulah keluhan sebahagian besar penyokong PKR yang membanjiri perkarangan Maktab Perguruan Tunku Bainun, sejhaman politik sejak jam 7 petang tadi.
Apapun keputusan yang dibuat oleh pengundi di Permatang Pauh wajar di hormati, tak kira apapun fahaman dan kiblat politik.
Mesejnya amat jelas, sejarah terukir di Permatang Pauh, DSAI yang menjalani kehidupan penuh berliku akhirnya diangkat oleh rakyat.
Permatang Pauh membuktikan ia tidak sekadar hari untuk pengundi membuat keputusan, tetapi juga bakal merubah lanskap politik Malaysia.
Kejayaan DSAI yang mewakili Pakatan Rakyat menang, tidak dapat tidak akan memberi impak sangat besar terhadap politik negara ini.
Tidak kiralah sama ada misi 16 Septermber itu berjaya atau tidak, kerana biar di mana pun berdiri - sama ada sebagai Perdana Menteri atau sebagai ketua pembangkang, dia tetap memiliki keistimewaan tersendiri.
Samaada sesuatu yang menguntungkan atau tidak bagi bangsa bernama Melayu, itu perkara lain.
semuanya bakal bergantung pada tafsiran, di mana kita berdiri dan bagaimana kita melihat,. Apa yang pasti, dia memang mempunyai keistiemewaan tersendiri.
Kegagalan Datuk Arif Shah dari segi moral Barisan Nasional perlu mencari bukan saja kesilapan di peringkat jentera, tetapi yang lebih besar ialah kenapa rakyat tidak lagi melihat BN sebagai tempat bergantung yang selamat.
Yang pasti lagi jelas kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya ditolak oleh rakyat kerana kelemahan beliau atau faktor-faktor lain yang lebih khusus.
Menyamakan pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dengan pilihan raya umum agak melampau. Tetapi dalam konteks politik semasa, dengan mengambil kira kedudukan BN masa kini, itulah realitinya.
Sesungguhnya Permatang Pauh lebih daripada soal Amin Shah dan Anwar. Ia adalah soal impian, harapan dan kesungguhan barisan pembangkang.
Mereka menghimpunkan semuanya di situ bersama 'harapan baru' kumpulan rakyat yang percaya pada perjuangan mereka.
Anwar sejak sedekad lalu menjadi ikon perjuangan itu. Biar pun PAS dan DAP juga mempunyai pemimpin besar mereka sendiri, namun perkara yang tidak boleh dinafikan ialah dalam suasana politik sekarang mereka memerlukan Anwar - sama ada dengan kehadirannya atau pun tidak. Menyedari keperluan itulah mereka menggembleng segala kekuatan untuk menentukan Anwar menang kerana kemenangan mantan TPM itu akan mendekatkan lagi mereka dengan cita-cita yang dikendong sejak lama.
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment