Tuesday, August 26, 2008

HAMPIR 70 PERATUS KELUAR MENGUNDI, PENGUNDI ATAS PAGAR AMBIL PENDIRIAN BERKECUALI KERANA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN MENGELIRUKAN MEREKA.




Tinggal dua jam lagi semua pusat pembuangan undi di Permatang Pauh akan ditutup. Proses pembuangan undi berjalan lancar meskipun ada kedengaran beberapa cerita kurang manis disebalik keghairahan penyokong parti yang bertanding.
Secara umum, tahniah wajar diberikan kepada pasukankeselamatan kerana berjaya mengawal sebarng bentuk provokasi dari penyokong yang bertanding jalankan dengan penuh berhemah sebaik saja pusat pembuangan undi di buka hingga jam 3 petang ni.
Suruhanjaya Pilihan Raya pula mengumumkan peratus yang keluar mengundi sudah menghampiri angka 70 peratus.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dengan lebih 58,000 pemilih terus beratur panjang di pekarangan pusat-pusat pengundian di seluruh Permatang Pauh.
Kesesakan di sesetengah tempat menjangkaui jarak sehingga lima hingga enam kilometer,
Sehingga pukul 3.30 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati hampir 70 peratus sudah mengundi dan jumlah itu dijangka meningkat.
Selain meletakkan anggota polis di kesemua lokasi strategik polis juga membuat rondaan udara sejak awal pagi tadi.
Di sesetengah saluran mengundi, peratusan keluar mengundi telah melebihi 50 peratus dalam tempoh tiga jam pertama selepas pusat pengundian dibuka.
Pada keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Difahamkan kesesakan hari ini dilihat sebagai paling teruk dialami dalam bahagian Permatang Puah.
Kempen 10 hari berakir yang berakhir malam tadi memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.
Lebih 10 isu nasional dan puluhan masalah tempatan diletakkan oleh calon-calon yang bertanding sejak 16 Ogos lalu.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.
Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui sebelum 10 malam ini, kata Wan Ahmad.
Sebanyak 110 saluran di 28 pusat mengundi disediakan untuk tujuan pengundian.
Seramai 490 anggota polis sudah membuang undi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Sabtu lalu.
Semua kertas undi yang telah dikira di saluran-saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini sebelum keputusan diumumkan. Ia juga merupakan tempat penamaan calon hari itu.
Pemerhati politik dlam analisis yang dibuat sepanjang kempen pilihanraya kecil itu percaya mana-mana parti yang akan memenangi pilihanraya kecil itu hanya akan dibezakan dengan peratus yang tipis.
Ia kerana, hampir sebahagian besar pengundi telah disogokkan dengan pelbagai maklumat terkini, sekaligus menyebabkan mereka mudah membuat keputusan.
Namun apa yang menjadi persoalan, ada isu yang diperkatakan sepenjang tempoh kempen tidak relevan dengan masyarakat permatang pauh.
"Saya penuh yakin bagi pengundi atas pagar, mereka akan memilih untuk tidak memberi sokongankepada mana-mana pihak kerana maklumat yang diberikan mengelirukan mereka" kata salah seorang pemerhati bebas yang hampir sebulan berkampung di Permatang Pauh.

No comments: