Tuesday, August 26, 2008

KERETA NAJIB DI BALING KETIKA TINJAU PROSES BUANG UNDI DI SEBERANG JAYA

Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau proses pembuangan undi di Permatang Pauh, pagi tadi dibaling dengan botol air .
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Semilang di Seberang Jaya.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Najib baru sahaja memasuki kereta selepas berjumpa dengan para penyokong Barisan Nasional (BN).
Kemudian Najib memberitahu wartawan, bilangan anggota polis di kawasan penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun malam ini akan dipertingkatkan.
Kesesakan teruk terus dialami di kawasan Permatang Pauh khususnya kawasan berhampiran pusat mengundi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, peratusan arah aliran keluar mengundi sebeklah pagi ini lebih menggalakkan berbanding dengan situasi 8 Mac lalu.
"Ramai yang keluar mengundi. Saya gembira dengan sokongan diberikan dan yakin boleh menang," katanya.
Pengundi Permatang Pauh telah dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal ketika cuti umum diisytiharkan di seluruh Pulau Pinang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk mendapatkan semula kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat berkata: "Berdasarkan keadaan semasa, saya optimis, Insya-Allah.

No comments: