Monday, August 25, 2008

SIDANG DEWAN KEDAH, USTAZAH AISHAH GABRA, USTAZ AZIZAN BERANG...


USTAZAH SITI ASIHAH GABRA SEBAB TAK BUAT HOMEWORK
Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darulaman, Alor Star pagi tadi menyaksikan barisan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas hilang punca selepas diasak dengan soalan tambahan oleh pembangkang.
Mesyuarat sehari yang bermula dengan doa itu pada mulanya berlangsung dalam suasana tenang yang diselang seli dengan ayat-ayat "menyindir" dari YB-YB dari kedua-dua pihak.
Suasana itu, bagaimanapun tiba-tiba bertukar menjadi "kecoh" apabila ADUN Bayu, Azmi Che Hussain melontarkan soalan tambahan kepada Ustazah Siti Aishah Ghazali yang juga Exco Kebajikan Negeri.
Soalan beliau berbunyi "Apakah Kerajaan negeri pakatan rakyat akan membuat dasar baru berhubung pemberian bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam. Ia berikutan tindakan ahli parlimen dari Pas dari Baling yang memberikan bantuan kepada hanya dua daripada 15 rumah yang rosak dipukul ribut dalam kawasan DUN Bayu.
"Kedua-dua buah rumah tu orang Pas, jadi apakah kerajaan negeri berhasrat untuk membuat perubahan dasar dari segi penyaluran bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana alam, dengan memberi bantuan kepada orang Pas sahaja" kata Azmi yang memohon penjelasan Ustazah Siti Aishah.
Mendengar soalan itu, Ustazah Siti Aishah yang kelihatan "gabra" cuba menjawab sambil memandang kepada Menteri Besar, Ustaz Azizan tanpa diketahui tujuan beliau.
Melihat Ustazah Siti Aishah yang begitu gabra serta tidak dapat memberi jawapan seperti mana yang dikehendaki beberapa ahli YB dari pembangkang bangun untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Melihgat perkembangan itu, tiba-tiba Ustaz Azizan naik "berang " lalu bangun menjawab soalan berkenaan.
"Kerajaan Negeri tidak pernah mengamalkan pilih kasih dalam memberi bantuan, mungkin ahli parlimen yang memberi bantuan itu adalah atas sifat beliau sebagai ahli Parlimen" tegas beliau sambil mengarahkan ADUN Kuala Nerang, Dato Syed Sobri duduk yang ketika itu bangun untuk bertanyakan soalan tambahan.
Spekaer dewan yang sempat menjeling kepada Ustaz Azizan segera mengarahkan ADUN Kuala Nerang itu duduk dan tidak membenarkan beliau bertanyakan soalan.
Menurut beberapa pemerhati yang hadir, kepimpinan Pas kecuali Usyaz Azizan dilihat tidak membuat "homework" untuk menjawab soalan daripada pembangkang.
situasi itu kata beliau mengecewakan rakyat sekiranya mereka melihat persidangan itu berlangsung.
"Saya lihat sebahagian besar ahli exco dari Pas gagal memberikan perangkaan yang diminta oleh pembangkang. Mereka seolah-olah tak buat persediaan langsung, amat memalukan" tegasnya yang juga seorang guru.
"Rasanya depa ingat depa tu masih jadi pembangkang sebab tu depa buat kerja sambil lewa saja," kata seorang lagi pemerhati yang turut hadir pada persidangan berkenaan.
sempena sidang kali ini dewan sebulat suara meluluskan ususl ucapan tahniah kepada KDYMM Sultan Kedah yang baru saja menyambut pemerintahan ke-50 baru-baru ini.

No comments: