Sunday, April 27, 2008

DATO OTHMAN BILA LAGI...

JKKK PUN LETAK JAWATAN APA LAGI DATO TAK KAN TAK FAHAM LAGI KOT

Kisah bekas Timbalan Setiausaha Agung parti gerakan, Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan yang ditawarkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, mengisi dada akhbar arus perdana minggu lalu.macxam-macam oang komen dari masyarakat kampung hingga Perdana menteri.

Akhirnya orang ramai faham dek kerana kelangsungan hidup Datuk Kah Choon memilih jalan lain ke syurga. Tapi itu kisah di pulau Mutiara, tidak kurang juga dengan jiranya di Kedah. Meskipun tidak seheboh kisah Kah Choon, rakyat di Kedah tidak dapat lari dari membicara perkembangan bekas exco belia dan sukan Kedah yang terus menerus nak jadi pengurus pasukan hijau kuning.

Kisahnya berpunca dari tindakan keengganan Dato Othman Aziz yang enggan melepaskan jawatan pengurus pasukan hijau kuning meskipun kerajaan pas yang memerintah.Dalam pilihanraya umum yang lalu, Dato Othman tewas di DUN Air Hitam kepada calon parti kita.

Tapi yang hairan bin ajaib, beliau terus memegang jawatan pasukan Kedah. Atas dasar apa tak tau la.. sebagai orang politik beliau patut sedar, bila dah kalah tak payah tunggu guruh berdentum di langit la nak belah. Tak kan nak tunggu MB Ustaz Azizan kata belah baru nak belah. Kalau beliau seoang yang ada maruah dalam politik, apa nak tunggu apa lagi.

JKKK pun letak jawatan inikan pula bekas exco yang masih jadi ahli umno di peringkat bahagian. Datuk Kah choon kira ok lagi, umum keluar parti baru terima jawatan , ini dia masih menjadi ahli umno tapi nak tunjuk konon dalam Kedah tu dia seorang saja yang layak jadi pengurus.


Alahai...Dato lu pikir le sendiri

BILA AKAN BERAKHIR

ISTANA TAK RESTU, DATO BISHARUDIN SANGGUP JADI AHLI PAS UNTUK KEJAR JAWATAN

Bagai tunggu buah yang tak gugur. itulah bidalan yang dapat digambarkan berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru berikutan persaraan Dato Wira, Syed Unan Masri Syed Abdullah.

Sumber Pejabat MB memaklumkan, segala proses untuk melantik Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Bisharudin Jamil telah siap dilakukan. namun entah silap di mana pengumuman Dato Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru masih belum kedengaran.

Tidak ramai yang berani bersuara apabila berbicara tentang perkara ini samada dalam pejabat di wisma mahunpun di kafeteria. Rata-rata tidak berani menyentuh perkara ini.

Risik punya risik kami dimaklumkan, perlantikan Dato Bisharudin ke jawatan itu tersangkut. Ianya disebabkan oleh pihak istana yang kurang senang tindak tanduk dengan Dato Bisharuddin. antaranya tindakan Dato Bisharudin yang dalam usaha melobi ke jawatan berkenaan lupa beliau adalah kakitangan kerajaan negeri tetapi sanggup mendaftar sebagai ahli pas seumur hidup di langgar.

Tindakan itu jelas bertentangan dengan etika pegawai KCS.

"Mana mungkin seorang kakitangan KCS yang bakal mengetuai pasukan pentadbir menjadi hali mana-mana parti, itu tak betul, kira dah gadai maruah KCS semata-mata nak kejar jawatan, pemimpin macam ni ke kami nak hormat dan akan jadi ketua," kata salah seorang pegawai KCS yang jelas tidak senang dengan tindakan Dato Bisharuddin.

SEKIRANYA ANWAR BUKAN PERDANA MENTERI ISRAEL, APA LAGI...


INI bukanlah alasan pertama Anwar Ibrahim cuba memberi kesahihan kepada serangannya terhadap Tun Mahathir. Dia menggunakan kenyataan Tun berhubung statusnya sebagai bekas banduan selain kenyataan-kenyataan lain.

Apabila mendengar ucapan Anwar yang sentiasa menarik dan menghiburkan, anda perlu bersikap analitikal dan lebih kritikal terhadap logik perbahasan dan rumusannya. Seringkali tarikan pada ucapannya sekadar curahan sensasi yang menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pendengar yang berpemikiran ringkas dan tidak mendalam, lantaran menerima segala luahan tanpa mengambil kisah samada hujah-hujah tersebut disokong bukti dan fakta.

PAS TUKAR MENTERI BESAR...?

DUA NAMA DI SEBUT GANTI USTAZ AZIZAN, YB PAHROLRAZI DAN YB AMIRUDIN HAMZAH.

Nampak tenang tapi sebenarnya bercocak di dasarnya. Pergolakkan dalam Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan Razak, ADUN Sungai Limau bukan satu rahsia lagi. Malah menjadi buah mulut di kalangan rakyat pelbagai ras di negeri Jelapang Padi itu.

Menurut sumber dalaman parti, riak pergolakan itu semakin hari semakin jelas apabila golongan mudah mendesak Ustaz Azizan mengundurkan diri secara terhormat untuk memberi laluan kepada pemimpin baru yang lebih bertenaga dan mempunyai idea lebih bernas.

Dua nama yang disebut-sebut akan mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri adalah YB Pahrolrazi Zawawi, ADUN Pengakalan Kundur atau YB Haji Amirudin Hamzah, ADUN Anak Bukit, malah kedua mereka ini telah pun disebut awal-awal sebagai calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar tetapi memandangkan Ustaz Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri, hasrat kedua mereka melobi untuk jawatan tersebut tidak kesampaian.

Ustza Azizan bukan saja mempunyai masalah kesihatan yang serius malah tidak mempunyai idea dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

"Kedah memerlukanpemimpin yang mampu menjana sumber ekonomi yang mantap. lebih-lebih sekarang kita yang memerintah, sebagai pembangkang sumber adalah terhad jadi kena kerja kuat, untuk tambah pendapatan nak harap dari kerajaan Pusat kita pembangkang, jadi kita kena cari pemimpin yang lebih cergas. bukannya yang ada masalah kesihatan" tegas salah seorang ahi parti yang mahu kepimpinan negeri diberi nafas baru yang seiring dengan cabaran.

KERAJAAN KEDAH TUBUH PERSATUAN ANAK KEDAH

HELAH TERBARU USTAZ AZIZAN UNTUK PERKUKUHKAN PARTI DI PERINGKAT KAMPUNG.

Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pas memulakan langkah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menubuhkan persatuan anak-anak Kedah di peringkat kampung.

Penubuhan persatuan itu dengan alasan kononya untuk membantu masyarakat kampung menambah pendapatan melalui pelbagai kegiatan ekonomi yang dirancang.

Sumber wisma darulaman memaklumkan, menteri besar, Ustaz Azizan adalah penaung kepada persatuan berkenaan yang akan ditubuhkan di setiap kampung. Bagaimanapun tidak diketahui apakah peranan mereka bertentangan dengan ahli jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung yang sedia ada.

"Buat permulaan jawatankuasa penaja DUN Sungai Limau Limau telah ditubuhkan. usaha pertama yang bakal dilakukan oleh persatuan berkenaan ialah menggalakan penduduk kampung menanam pokok kelapa sawit di sekeliling rumah dalam usaha menambah pendapatan mereka" kata sumber itu.

difahamkan, cetusan idea bagi menubuhkan persatuan itu dilontarkan oleh Ustaz Azizan yang sebenarnya cuba memperkukuhkan Parti khususnya di peringkat akar umbi.

'Beberapa ahli umno yang tinggal di kampung berkenaan turut dijemput mencurah idea dan pandangan dalam usaha menjayakan hasrat yang tersirat itu", kata Mohd Shuib dari Pantai Murni, Yan.

Katanya, sebahagian besar ahli umno di kawasan kampung tidak tahu niat sebenar penubuhan persatuan berkenaan. mereka yang menyertai persatuan itu akan terperangkap dengan helah Ustaz Azaizan.

difahamkan sebahagian besar kampung dalam DUN Sungai Limau telah ditubuhkan . Bekas Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang dikenali sebagai cik gu Mansor dlantik sebagai Pengerusi Penaja.

Thursday, April 24, 2008

KEDAH BUKA LADANG BABI....?


SELEPAS SELANGOR KEDAH PULA BUKA LADANG BABI..

Kisah benar....selepas isu ladang babi di Selangoir mencuri tumpuan seluruh warga malaysia untuk membuka ladang babi secara besar-besaran, Kedah yang terkenal dengan jolokan jelapang padi secara diam-diam mahu membuka ladang babi.

Sumber wisma darulaman memaklumkan, cadangan untuk membuka ladang babi itu dibuat oleh sebuah syarikat melalui exco Bukit Selambau yang juga mewakili komuniti bukan islam. Cadangan itu muncul setelah sebahagi8an besar masyarakat tionghua di Sungai petani merungut kerana terpaksa ke Kampung Selamat di Pulau Pinang bagi membolehkan mereka mendapatkan daging babi segar.

Berikutan itu, sebuah syarikat di katakan bertemu dengan ADUN Bukit Selambau itu bagi mengemukakan cadangan berkenaan. selepas diteliti cadangan itu telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru untuk di luluskan.

Menurut sumber itu lagi, ladang babi berkenaan akan dibuka atas kawasan yang agak luas berdekatan Bukit Selambau. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih terperinci kerana perkara itu masih di peringkat perbincangan awal dengan syarikat berkenaan.

Di fahamkan ladang babi berkenaan akan dibina atas tanah milik ckerajaan dan jumlah ternakannya dilaporkan mampu menampung keperluan babi seluruh negeri Kedah. Mengikut perangkaan Kedah memerlukan lebih 30 ribu ekor babi dalam tempoh sebulan .

kata sumber itu lagi, adalah mustahil sebuah syarikat yang berhasrat membuka ladang babi akan menternak babi hanya untuk keperluan tempatan.

"ia mungkin menambah jumlah ternakan sekiranya ada permintaan dari pihak luar. siapa berniaga tak mau untung" katanya sambil menjelaskan syarikat terbabit berjanji untuk menggunakan kaedah paling moden bagi menangani sisa pencemaran najis binatang berkenaaan bagui mengelak pencemaran.

JEMAAH KECEWA PEMIMPIN PAS KEDAH LUPA JASA ORANG LAMA



PAS KEDAH TIDAK KENANG JASA USTAZ ABU KASSIM SEPERTI UMNO LUPA JASA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.



Ana terpanggil untuk memperkatakan mengenai pengumuman Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang melantik Dr Abdul Isa Ismail sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sebagai ahli jemaah, Ana ingin melontar persoalan kepada Ustaz Azizan adakah keputusan melantik Dr Abdul Isa itu dibuat dengan pertimbangan yang maha bijak atau sekadar untuk memenuhi inspirasi kumpulan tertentu dalam saf kepimpinan parti yang ada sekarang.

Apakah tidak ada orang lain yang lebih mantap dari segi sejarah perjuanganya bagi mengisi jawatan berkenaan...?

Hakikatnya, masih ramai, jika dihitung, Ana penuh yakin jumlahnya amat besar. Ana difahamkan selain Dr Abdul Isa Ismail, beberapa nama lagi turut disenarai pendekkan oleh MB untuk dilantik ke jawatan berkenaan. antaranya, Ustaz Abu Kassim Abdullah.

Siapa Ustaz Abu Kassim..?

Bagi ahli jemaah yang tahu sejarah dan memahami perjalanan perjuangan Parti, khususnya di Kubang Pasu, Ustaz Abu Kassim tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau melalui sejarah perjuangan dalam parti yang panjang dan penuh rintangan. Kalau di imbas sejarah lampau, Ustaz Abu Kassim adalah seorang pejuang parti yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan tahap kesetiaan pada parti..

Penglibatan Uztaz Abu Kassim dalam politik bermula awal lagi. Namun kepimpinan beliau mula terserlah selepas beliau mengambil alih jawatan Yang Dipertua Pas Kubang Pasu daripada Tuan Guru Haji Ahmad Pulau Pisang. Ketika itu parti berada dalam serba kekurangan lagi dhaif.

Cabaran utama yang terpaksa beliau lalui ialah menyiapkan markas di Kampung Tok Kesop, Kubang Lembu, Jitra. Akibat dihimpit masalah kewangan yang maha hebat, markas berkenaan tergendala pembinaannya lebih 10 tahun.

Namun berkat kesungguhan dan iltizam yang tinggi Ustaz Abu Kassim segala masalah yang timbul berjaya diselesaikan dengan bijaksana dan penuh sabar. Hasilnya, beliau bukan saja berjaya menyiapkan markas berkenaan yang kini menjadi mercu tanda Pas Kubang Pasu malah yang lebih utama mampu menyusun perjalanan parti dengan baik .

Kejayaan itu membuka mata banyak pihak termasuk bekas Presiden waktu itu, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. selain menyelesaikan kemelut kewangan, Ustaz Abu kassim berdepan dengan tekanan daripada pelbagai penjuru . Al maklumlah, Kubang Pasu ketika itu dipimpin oleh Ketua Bahagian berjawatan Perdana Menteri Mlalaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

DI sebalik kepayahan dan segala tekanan itu, Ustaz Abu Kassim mempunyai kaedah tersendiri mengerakkan parti. Sikap Keterbukaan serta berwawasan, menjadikan Ustaz Abu Kassim bukan saja disegani ahli jemaah tetapi juga pihak dan lawan.

Buktinya, beberapa nama besar dalam Umno seperti Cik Gu Mat Nayan (bekas setiausah politik kpada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Osman Aroff), Sdr Aznan, Timbalan Pengara Mara, peguam , Shahril, yang juga ahli ajawankuasa umno bahagian Kubang Pasu, Kamal bekas Setiausaha pemuda umno waktu itu mengambil laangkah menyertai Pas sekaligus memperkasa saf jemaah kita waktu itu.

Kejayaan membawa tokoh-tokoh yang mempuyai nama besar itu telah memberi kekuatan tersemdiri kepada parti sekaligus berjaya melebarkan jumlah ranting dalam kawasan Kubang Pasu dan perkembangan ini nyata member tekanan kepada Umno ketika itu.

Jasa dan pengorbanan beliau selama 30 tahun dalam menyusun program dan aktiviti diperingkat kawasan dan negeri menjadikan nama beliau begitu gah dikalangan ahli jemaah parti di seluruh negara. Kesungguhan beliau memperjuangkan parti mendapat pengiktirafan di peringkat pusat apabila beliau dip[ilih sebagai pengerusi pusat pada tahun 1999.

Sehingga kini bintang Ustaz Abu Kassim terus berkerlipan dan masih diberi kepercayaan mengisi jawatan itu oleh seluruh ahli jemaah meskipun beliau ditentang oleh ahli yang lain termasuk yang berjawatan exco dari Kelantan.

Apakah kejayaan ini tidak cukup untuk melayakkan Ustaz Abu Kassim dilantik ke jawatan Speaker Dewan undangan Negeri Kedah...? Bagi Ana, semua ini wajar di ambil kira oleh Ustaz Azizan sebagai MB .. Jasa dan pengorbanan Ustaz Abu Kassim tidak harus dipandang sebelah mata.

Apa yang Ana perkatakan di sini tidak bermaksud untuk memperkecilkan kemampuan dan kebolehan Dr Abdul Isa Ismail. Semua pihak tahu beliau adalah bekas Pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang mempunyai kelulusan PHD. Namun apa yang menyedihkan ketika beliau sebagai pensyarah di Politeknik ada d kalangan ahli jemaah yang memohon pertolongan beliau namun tidak dihiraukan. Pemimpin beginikah yang wajar kita ketengahkan.? itu belum lagi kita membicarakan soal pengorbanan dan kesetiaan kepada perjuangan parti di waktu jemaah berdepan dengan segala kepayahan yang terpaksa di lalui sebelum ini.

Bukan satu rahsia lagi, Dr Abdul Isa adalah dari keluarga yang dihormati dan menjalani kehidupan yang sederhana dengan bayaran gaji yang diterima agak lumayan sebagai pemegang PHD di UUM. Sebagai ahli akademik, beliau tidak berdepan dengan pengalaman khususnya sepak terajang dalam politik .

Penglibatan beliau secara hanya baru bemula. Kalau boleh di hitung jasa beliau ialah membawa masuk Jemaah Islam Malaysia atau JIM ke dalam parti. Begitupun JIM lebi hmenjurus kepada sebuah syarikat bukanya sahsiah politik

Bagi diri Ana, pertimbangan mengenai asal usul seseorang juga perlu dibuat dalam proses perlantikan ke jawatan apa sekalipun. ia kerana sejarah Negeri Kedah yang kita Cintai ni, tidak pernah berlaku perlantikkn seorang speaker dibuat di kalangan bukan nak jati Kedah.

Ia bukan bermakna Ana terlalu jumud dalam perkara ini, tetapi inilah realiti. Kalau kita imbau sejarah semasa pemerintahan Umno dulupun, tiada orang luar yang dilantik sebagai speaker . Ini adalah realiti dan kita harus berpijak di bumi yang nyata. Ana berpendapat budaya mengimport calon luar untuk mengisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri adalah sesuatu yang tdak sihat dan boleh menghancurka perpaduan parti.

Apakah perlantikkan beliau sebagai speaker boleh dikaitkan dengan amalan kronisme sepertimana yang sering kita dakwa berlaku dalam umno..? Apakah kita sangup melihat perbuatan itu mula menjalar dalam parti yang kita perjuangkan umpana sehelai kain putih yang bersih.

Ana difahamkan Usaz Azizan juga melantik menantunya sebagai pegawai khas yang ertanggungjawab mewnjaga hal-ehwal syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahkan pada aktu ini . Ini gejala yang akan memusnahkan parti jika tiada sebarang tindakan diambil.

Ana cuba bayangkan apabila muktamar pas pusat yang bakal diadakan kelak, seorang pengerusi tetap yang telah memegang jawatan lebih 10 tahun tidak ada memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri yang kita sendiri menjadi Kerajan sedangkan hampir 80 peratus ahli jawatankuasa pusat telah bergelar Yang Berhormat atau Yang Amat berhormat.

Sebagai ahli jemaah Ana kecewa, ustaz musaddak Ahmad sebagai ketua Pemuda negeri tidak terpanggil untuk membela orang lama. Pemuda tidak harus kelabu dan keliru dengan harta benda rampasan perang. sekadar peringatan jangan budaya dengki mendengki dalam umno kini mula menyerap dalam saf jemaah kita yang masih suci. Klau dulu kita terpaksa lepaskan seorang pakar Hadis ustaz Aziz Hanafi di KIDU sehingga Umno menjulang kebolehan beliau di KUIN apakah akan ada lagi bala yang bakal menimpa.

Ana benar-benar kecewa. Masa ada masa untuk Ustaz Azizan perbetulkan keadaan. Ana mohon jasa baik Tok guru Nik Aziz dan presiden Tok Guru Haji Hadi Awang tampil membetulkan keadaan bagi mengelak keadaan semakin serius.

Bergitu juga ketua penerangan Pusat, Tuan Haji Mahfuz Omar dan YB Ustaz Taib Azamudeen lakukanlah sesuatu sebelum parti kita terjerumus dalam lubang yang lebih dalam.

Semua persoalan ini perlu di jawab oleh Ustaz Azizan sebagai pemimpin no.1 negeri Kedah.

wassalam.
Dipetik dari surat pembaca yang dihantar melalui email