Thursday, April 24, 2008

JEMAAH KECEWA PEMIMPIN PAS KEDAH LUPA JASA ORANG LAMA



PAS KEDAH TIDAK KENANG JASA USTAZ ABU KASSIM SEPERTI UMNO LUPA JASA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.



Ana terpanggil untuk memperkatakan mengenai pengumuman Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang melantik Dr Abdul Isa Ismail sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Sebagai ahli jemaah, Ana ingin melontar persoalan kepada Ustaz Azizan adakah keputusan melantik Dr Abdul Isa itu dibuat dengan pertimbangan yang maha bijak atau sekadar untuk memenuhi inspirasi kumpulan tertentu dalam saf kepimpinan parti yang ada sekarang.

Apakah tidak ada orang lain yang lebih mantap dari segi sejarah perjuanganya bagi mengisi jawatan berkenaan...?

Hakikatnya, masih ramai, jika dihitung, Ana penuh yakin jumlahnya amat besar. Ana difahamkan selain Dr Abdul Isa Ismail, beberapa nama lagi turut disenarai pendekkan oleh MB untuk dilantik ke jawatan berkenaan. antaranya, Ustaz Abu Kassim Abdullah.

Siapa Ustaz Abu Kassim..?

Bagi ahli jemaah yang tahu sejarah dan memahami perjalanan perjuangan Parti, khususnya di Kubang Pasu, Ustaz Abu Kassim tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau melalui sejarah perjuangan dalam parti yang panjang dan penuh rintangan. Kalau di imbas sejarah lampau, Ustaz Abu Kassim adalah seorang pejuang parti yang tidak boleh sama sekali dipertikaikan tahap kesetiaan pada parti..

Penglibatan Uztaz Abu Kassim dalam politik bermula awal lagi. Namun kepimpinan beliau mula terserlah selepas beliau mengambil alih jawatan Yang Dipertua Pas Kubang Pasu daripada Tuan Guru Haji Ahmad Pulau Pisang. Ketika itu parti berada dalam serba kekurangan lagi dhaif.

Cabaran utama yang terpaksa beliau lalui ialah menyiapkan markas di Kampung Tok Kesop, Kubang Lembu, Jitra. Akibat dihimpit masalah kewangan yang maha hebat, markas berkenaan tergendala pembinaannya lebih 10 tahun.

Namun berkat kesungguhan dan iltizam yang tinggi Ustaz Abu Kassim segala masalah yang timbul berjaya diselesaikan dengan bijaksana dan penuh sabar. Hasilnya, beliau bukan saja berjaya menyiapkan markas berkenaan yang kini menjadi mercu tanda Pas Kubang Pasu malah yang lebih utama mampu menyusun perjalanan parti dengan baik .

Kejayaan itu membuka mata banyak pihak termasuk bekas Presiden waktu itu, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. selain menyelesaikan kemelut kewangan, Ustaz Abu kassim berdepan dengan tekanan daripada pelbagai penjuru . Al maklumlah, Kubang Pasu ketika itu dipimpin oleh Ketua Bahagian berjawatan Perdana Menteri Mlalaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

DI sebalik kepayahan dan segala tekanan itu, Ustaz Abu Kassim mempunyai kaedah tersendiri mengerakkan parti. Sikap Keterbukaan serta berwawasan, menjadikan Ustaz Abu Kassim bukan saja disegani ahli jemaah tetapi juga pihak dan lawan.

Buktinya, beberapa nama besar dalam Umno seperti Cik Gu Mat Nayan (bekas setiausah politik kpada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Osman Aroff), Sdr Aznan, Timbalan Pengara Mara, peguam , Shahril, yang juga ahli ajawankuasa umno bahagian Kubang Pasu, Kamal bekas Setiausaha pemuda umno waktu itu mengambil laangkah menyertai Pas sekaligus memperkasa saf jemaah kita waktu itu.

Kejayaan membawa tokoh-tokoh yang mempuyai nama besar itu telah memberi kekuatan tersemdiri kepada parti sekaligus berjaya melebarkan jumlah ranting dalam kawasan Kubang Pasu dan perkembangan ini nyata member tekanan kepada Umno ketika itu.

Jasa dan pengorbanan beliau selama 30 tahun dalam menyusun program dan aktiviti diperingkat kawasan dan negeri menjadikan nama beliau begitu gah dikalangan ahli jemaah parti di seluruh negara. Kesungguhan beliau memperjuangkan parti mendapat pengiktirafan di peringkat pusat apabila beliau dip[ilih sebagai pengerusi pusat pada tahun 1999.

Sehingga kini bintang Ustaz Abu Kassim terus berkerlipan dan masih diberi kepercayaan mengisi jawatan itu oleh seluruh ahli jemaah meskipun beliau ditentang oleh ahli yang lain termasuk yang berjawatan exco dari Kelantan.

Apakah kejayaan ini tidak cukup untuk melayakkan Ustaz Abu Kassim dilantik ke jawatan Speaker Dewan undangan Negeri Kedah...? Bagi Ana, semua ini wajar di ambil kira oleh Ustaz Azizan sebagai MB .. Jasa dan pengorbanan Ustaz Abu Kassim tidak harus dipandang sebelah mata.

Apa yang Ana perkatakan di sini tidak bermaksud untuk memperkecilkan kemampuan dan kebolehan Dr Abdul Isa Ismail. Semua pihak tahu beliau adalah bekas Pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang mempunyai kelulusan PHD. Namun apa yang menyedihkan ketika beliau sebagai pensyarah di Politeknik ada d kalangan ahli jemaah yang memohon pertolongan beliau namun tidak dihiraukan. Pemimpin beginikah yang wajar kita ketengahkan.? itu belum lagi kita membicarakan soal pengorbanan dan kesetiaan kepada perjuangan parti di waktu jemaah berdepan dengan segala kepayahan yang terpaksa di lalui sebelum ini.

Bukan satu rahsia lagi, Dr Abdul Isa adalah dari keluarga yang dihormati dan menjalani kehidupan yang sederhana dengan bayaran gaji yang diterima agak lumayan sebagai pemegang PHD di UUM. Sebagai ahli akademik, beliau tidak berdepan dengan pengalaman khususnya sepak terajang dalam politik .

Penglibatan beliau secara hanya baru bemula. Kalau boleh di hitung jasa beliau ialah membawa masuk Jemaah Islam Malaysia atau JIM ke dalam parti. Begitupun JIM lebi hmenjurus kepada sebuah syarikat bukanya sahsiah politik

Bagi diri Ana, pertimbangan mengenai asal usul seseorang juga perlu dibuat dalam proses perlantikan ke jawatan apa sekalipun. ia kerana sejarah Negeri Kedah yang kita Cintai ni, tidak pernah berlaku perlantikkn seorang speaker dibuat di kalangan bukan nak jati Kedah.

Ia bukan bermakna Ana terlalu jumud dalam perkara ini, tetapi inilah realiti. Kalau kita imbau sejarah semasa pemerintahan Umno dulupun, tiada orang luar yang dilantik sebagai speaker . Ini adalah realiti dan kita harus berpijak di bumi yang nyata. Ana berpendapat budaya mengimport calon luar untuk mengisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri adalah sesuatu yang tdak sihat dan boleh menghancurka perpaduan parti.

Apakah perlantikkan beliau sebagai speaker boleh dikaitkan dengan amalan kronisme sepertimana yang sering kita dakwa berlaku dalam umno..? Apakah kita sangup melihat perbuatan itu mula menjalar dalam parti yang kita perjuangkan umpana sehelai kain putih yang bersih.

Ana difahamkan Usaz Azizan juga melantik menantunya sebagai pegawai khas yang ertanggungjawab mewnjaga hal-ehwal syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahkan pada aktu ini . Ini gejala yang akan memusnahkan parti jika tiada sebarang tindakan diambil.

Ana cuba bayangkan apabila muktamar pas pusat yang bakal diadakan kelak, seorang pengerusi tetap yang telah memegang jawatan lebih 10 tahun tidak ada memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri yang kita sendiri menjadi Kerajan sedangkan hampir 80 peratus ahli jawatankuasa pusat telah bergelar Yang Berhormat atau Yang Amat berhormat.

Sebagai ahli jemaah Ana kecewa, ustaz musaddak Ahmad sebagai ketua Pemuda negeri tidak terpanggil untuk membela orang lama. Pemuda tidak harus kelabu dan keliru dengan harta benda rampasan perang. sekadar peringatan jangan budaya dengki mendengki dalam umno kini mula menyerap dalam saf jemaah kita yang masih suci. Klau dulu kita terpaksa lepaskan seorang pakar Hadis ustaz Aziz Hanafi di KIDU sehingga Umno menjulang kebolehan beliau di KUIN apakah akan ada lagi bala yang bakal menimpa.

Ana benar-benar kecewa. Masa ada masa untuk Ustaz Azizan perbetulkan keadaan. Ana mohon jasa baik Tok guru Nik Aziz dan presiden Tok Guru Haji Hadi Awang tampil membetulkan keadaan bagi mengelak keadaan semakin serius.

Bergitu juga ketua penerangan Pusat, Tuan Haji Mahfuz Omar dan YB Ustaz Taib Azamudeen lakukanlah sesuatu sebelum parti kita terjerumus dalam lubang yang lebih dalam.

Semua persoalan ini perlu di jawab oleh Ustaz Azizan sebagai pemimpin no.1 negeri Kedah.

wassalam.
Dipetik dari surat pembaca yang dihantar melalui email


1 comment:

Anonymous said...

biasa la tu dlm pas.. tak boleh nak bagi semua orang senang hati... YB MB ada pertimbangan sendiri.masing2 negeri bawak hal masing2. Apa pusat nak kata? Tak leh kata apa. Mujur orang negeri ambik calon yang di cadang oleh bpusat, tu mujur dah. Ada negeri tak terima pun cadangan pusat. Apa nak kata? siapa yang lebih besar? MB ke, Pesuruhjaya ke, Presiden keq? Mursyidul Am ke? Siapa yang ada kerajaan, dia yang berkuasa.