Sunday, April 27, 2008

BILA AKAN BERAKHIR

ISTANA TAK RESTU, DATO BISHARUDIN SANGGUP JADI AHLI PAS UNTUK KEJAR JAWATAN

Bagai tunggu buah yang tak gugur. itulah bidalan yang dapat digambarkan berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru berikutan persaraan Dato Wira, Syed Unan Masri Syed Abdullah.

Sumber Pejabat MB memaklumkan, segala proses untuk melantik Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Bisharudin Jamil telah siap dilakukan. namun entah silap di mana pengumuman Dato Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru masih belum kedengaran.

Tidak ramai yang berani bersuara apabila berbicara tentang perkara ini samada dalam pejabat di wisma mahunpun di kafeteria. Rata-rata tidak berani menyentuh perkara ini.

Risik punya risik kami dimaklumkan, perlantikan Dato Bisharudin ke jawatan itu tersangkut. Ianya disebabkan oleh pihak istana yang kurang senang tindak tanduk dengan Dato Bisharuddin. antaranya tindakan Dato Bisharudin yang dalam usaha melobi ke jawatan berkenaan lupa beliau adalah kakitangan kerajaan negeri tetapi sanggup mendaftar sebagai ahli pas seumur hidup di langgar.

Tindakan itu jelas bertentangan dengan etika pegawai KCS.

"Mana mungkin seorang kakitangan KCS yang bakal mengetuai pasukan pentadbir menjadi hali mana-mana parti, itu tak betul, kira dah gadai maruah KCS semata-mata nak kejar jawatan, pemimpin macam ni ke kami nak hormat dan akan jadi ketua," kata salah seorang pegawai KCS yang jelas tidak senang dengan tindakan Dato Bisharuddin.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...Dariyan..Hang ni biar betui sikit pikir...pasai pa hang nak marah kat dia pasai masuk ahli pas...hang patut pi cek semua nama kcs yang dok ada...kalau tak silap aku berpuluh-puluh persen yang lain tu jadi ahli umno. kalau hang tak caya tanya kat mi din kat sungai petani...dia semua tau...kalau tak caya juga..hang mai jumpa aku

Anonymous said...

Mau hidup ma, lu apa tau asyik jaga itu kain orang punya tapi kain sendiri talak mau jaga ooo..hidup pun susah mati pun susah kalau ini macam baik hidup mesti di teluskan ..

Apa kangtau yang ada kena la sapu.. aiya, jangan jadi boodo jadi itu serupa lalang, cara itu Dato' kira semacam itu strategi dalam hidup kalau nak hidup mesti kena pandai .. Kalau itu Dato' tak bikin itu macam dia pun sudah mahu pencen dalam tahun 2009, PAS pun akan perintah ini negeri Kedah hingga tahun 2012 .. untung-untung boleh jadi wakil rakyat PAS pula nanti bila pencen . bak orang kata sambil selam minum air ..

Anonymous said...

KCS - Kalau Cerdik Senang inilah matlamat hidup Dato' B .. Ada peluang jangan lepaskan kalau bukan cara macam ini pakai geng KCS pakat mati keras kat pangkat la ni sebab SS yang ada sekarang bukan calang-calang individu setakat keris/pisau/pistol tu tak lut lah kena pakai "bom" barulah boleh bagi rebah .. silap-silap ayam terlepas bau tahi saja kat tangan ..

Sapapun tak pa janji boleh majukan pentadbiran Kerajaan Negeri lebih kreatif dan proaktif kalau setakat nak mengebat dan pi luar negara saja inilah niat yang tak betoi .. Bertanggungjawablah pada amanah yang dibagi kerna semua ini akan disoal di Padang Masyar kelak pasai kita semua bukan semua dok junjong langit selama-lamanya sampai masanya duduklah seorang diri dalam liang lahat tak kira pangkat dan darjat semuanya sama akan dihitung pada suatu hari yang dinamakan Hari Kematian...

Anonymous said...

Awatlaa duk kacau dato tu sangat.mana tau bila dia jadi SS dengan tiba-tiba Kedah jadi kayaraya, mas keluaq dari bumi, gas turun dari langit, minyaq pancut dari telaga. Semua ni rezeki Allah Taala.Chek nama gambaq dia hensome laaa.bini dia berapa orang? Kalu dia jadi SS chek rela jadi bini nombot dua,tiga empat pun tak paaa.

Anonymous said...

Hairan bin ajaib.Dulu masa Tokdet jadi MB dia asyik pakai tie biru,baju biru ikut pungkok Tokdet ke hulu ke hilir.Dia kata ahli UMNO Simpang Kuala.Entah kalu DAP memerintah,dia pun jadi ahli seumur hidup DAP lak.Kira2 dia ni macam binatang dua alam, ikut hukum haram dimakan.Tapi apa nak kata,otak letak dikepala lutut.Nak harap kebolehan lain tak ada, harap jadi KCS sampai pencen.Dengar kata dia ni anak org kaya, banyak tanah pesaka.Duit dah banyak,duk kalut kejar dunia sangat buat apa?Jadi ketua banyak amanah dan tanggungjawab.Jenuh nak menjawab di akhirat nanti.Toksah jadi YB SUK,minta terus jadi speaker ganti Dr Isa tu,baru sesuai dgn jadi ahli PAS.

Anonymous said...

Bukan pa tu..dulu dia masa mula masuk KCS..dia main bola untuk kedah..masa tu muda lagi..Dato B nie..kalo dia main bola dulu kira..org semua dok pikiaq nak cantas dia bagi patah kaki..sampai macam tu lah..mulut dia tu pakai cakap lepaih..so org pakai cakap lepaih ni..mmg otak tu tak seberapa la sgt..dia kuat macam tu saja...dari segi akai..tak dak...kalo ada org pikaiq yg kedah akan naik masa dia jadi SS tu..rasanya..org tu kena sanggup lari telanjang keliling wisma darulaman la...