Thursday, August 28, 2008

PAS JUAL POLITIK MURAHAN MENGAKU BANGUNKAN PADANGB TERAP SELEPAS 5 BULAN MEMERINTAH

PERDANA MENTERI SENDIRI TURUN PADANG UNTUK MELIHAT PEMBANGUNAN YANGF DIRANCANG DI SEMPEDAN DURIAN BURUNG KETIKA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BN.

Padang Terap yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk kini berwajah baru apabila pelbagai program pembangunan dirangka bagi memajukan kawasan tersebut. Daerah yang pernah meraih paling miskin di Kedah suatu ketika dulu dijangka menikmati limpahan pembangunan dengan terlaksananya projek-projek seperti Lebuh Raya Trans Eastern Kedah Interland (Tekih); Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kota Putra, Fish Protech, pertanian dan pendidikan di sekitar daerah berkenaan. Pembinaan LebuhRaya Tekih yang menghubungkan Durian Burung-Pedu-Kupang di Baling sepanjang kira-kira 115 kilometer dijangka dapat membangunkan kawasan Kedah Timur yang sering kali dikaitkan dengan kemunduran.Ia juga bakal merancakkan pembangunan di Pedu, Baling dan Sik selain turut memberi kemudahan kepada orang ramai berulang alik ke Kulim atau Butterworth.Kompleks pentadbiran baru di Bukit Gedong itu dibina sejak 1 Mac 2006 dan siap pada 15 November tahun lalu dengan menelan belanja sebanyak RM3.6 juta sebelum beroperasi sepenuhnya mulai 13 Ogos lalu.
Pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara dan projek Fish Protech di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Naka yang telah pun bermula akan menggerakkan transformasi pertumbuhan penempatan baru yang lebih pesat.
"Kesan dari dua projek berkenaan pada masa ini sudah dirasai apabila kita terpaksa membuat unjuran semula Pelan Rancangan Tempatan Pekan Naka," kata jurucakap pejabat daerah. beliau. Sementara itu dua projek berimpak besar yang dalam peringkat akhir untuk dilaksanakan iaitu Projek Pengairan Bukit Sena di Pedu dan Projek Pembangunan Mampan Bukit Kura akan merancakkan lagi pembangunan aktiviti ekonomi di kawsan terbabit.
Duaprojek ini akan membuka dimensi baru pembangunan ekonomi khususnya peningkatan kadar penanaman padi dan penternakan lembu fidlot.
Penduduk Padang Terap berharap agar projek ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Pedu yang mana memorandum persefahaman (MoU) untuk maksud tersebut dimeterai pada tahun lalu akan dapat dilaksanakan segera, tegas seorang penduduk berketurunana siam di naka.
'"saya penuh yakin semua projek ini dirancang sejak dulu lagi justeru ia tidak ada kaitan dengan dakwaan yang dibuat sesetengah pihak bahawa projek itu hasil penat lelah ali parlimen Padang Terap sekarang, semua itu hanya untuk mencari publisiti politik murahan" jelas beliau.

Wednesday, August 27, 2008

ABDULLAH LETAK JAWATAN SEKARANG ATAU RAKYAT HILANG KEYAKINAN PADA BN PADA PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG - TUN DR MAHATHIR

APAKAH YANG TIDAK KENA DENGAN BN HINGGA PENGUNDI MEMBERI UNDI LEBIH BANYAK DARIPADA BULAN MAC LALU KEPADA DSAI YANG ENGGAN BERSUMPAH LIWAT - TUN DR MAHATHIR.

"Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. " Itulah kandungan mesej dalam blog, Chedet.com selepas kemenanhan besar DSAI dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam. Tun Dr Mahathir yang menyifatkan ketewasan BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai "mesej yang sia-sia" daripada pengundi kepada penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat," katanya.Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menang dengan majoriti lebih besar - 15,671 undi - berbanding yang diraih presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lima bulan lepas, 13,388. Bekas perdana menteri itu berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno."Kamu boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya. " Apabila datang pilihanraya ke-13, rakyat akan jatuhkan Umno dan BN kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Abdullah," kata Dr Mahathir, mengulangi analisisnya sebagai serangan terhadap presiden Umno sejak beberapa bulan mutakhir. Tambahnya, pengundi di kawasan parlimen itu berada dalam kemelut memilih antara Anwar dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah. Tetapi "dengan berat hati penyokong-penyokong BN telah mengundi PKR supaya Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja BN dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. "Apakah yang tidak kena dengan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Anwar yang enggan bersumpah (isu liwat)," rungutnya. Daripada 58,459 pengundi di kawasan parlimen berkenaan, 26,942 daripadanya anggota BN, termasuk 19,442 anggota Umno. Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi. Bagaimanapun, calon BN berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi. Tun Dr Mahathir kemudian mengulangi kata duanya kepada Umno, sama ada memaksa Abdullah berundur sekarang atau terpaksa mengalami ketewasan lebih teruk dalam pilihanraya umum akan datang. "Untuk pulihkan sokongan kepada Umno dan BN, Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. "(Tindakan) ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin Umno berusaha untuk menarik balik penyokongnya dan BN. "Jika ditunggu hingga Jun 2010, masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah dua tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini," katanya.

AHLI BN SERTAI PKR - USTAZ AZIZAN MIMPI DISIANG HARI?

Beberapa wakil rakyat BN didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat di Kedah selepas kejayaan besar DSAI di Permatang Pauh, kelmarin.
Perkara itu dideahkan oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang media, di Alor Star semalam.
Tanpa mendedahkan siapa wakil rakyat berkenaan, Ustaz Azizan berkata, mereka telah menghubungi beliau melalui sms untuk menyatakan hasrat berkenaan.
"Saya terima saja" jawabnya ringkas apabila ditanya reaksi beliau mengenai perkembangan itu.
Dalam pada itu, beberapa tokoh BN berkata, Ustaz Azizan mungkin bermimpi disiang hari atau mengigau apabila megutarakan perkara berkenaan.
Bagi mereka, Apa yang jelas apa yang dilakukan oleh Ustaz Azizan tidak lebih sekadar gimik politik untuk meraih sokongan politik murahan.
"Mungkin dia terlalu syok kerana Anwar menang kot, sebab itu dia jadi macam tu, biar pi kat dia lah, apa salahnya dia nak syok sendiri," kata salah seorang tokoh politik dari MCA.
Dalam pada itu, tokoh veteran umno yang diminta mengulas perkara itu berkata "merepeklah".

APAKAH MUNGKIN INI TERJADI SELEPAS KEJAYAAN DI PERMATANG PAUH..?




DSAI MENANG BESAR BUKTI RAKYAT SEMAKIN MENJAUHI BN

BAGAI LAMBAIAN PEMENANG PINGAT EMAS DI OLIMPIK...DSAI AKHIRNYA DIANGKAT OLEH RAKYAT UNTUK KEMBALI KE PARLIMEN SEKALIGUS BAKAL MERUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA

Permatang oh Permatang, kau tetap Pauh.
Itulah keluhan sebahagian besar penyokong PKR yang membanjiri perkarangan Maktab Perguruan Tunku Bainun, sejhaman politik sejak jam 7 petang tadi.
Apapun keputusan yang dibuat oleh pengundi di Permatang Pauh wajar di hormati, tak kira apapun fahaman dan kiblat politik.
Mesejnya amat jelas, sejarah terukir di Permatang Pauh, DSAI yang menjalani kehidupan penuh berliku akhirnya diangkat oleh rakyat.
Permatang Pauh membuktikan ia tidak sekadar hari untuk pengundi membuat keputusan, tetapi juga bakal merubah lanskap politik Malaysia.
Kejayaan DSAI yang mewakili Pakatan Rakyat menang, tidak dapat tidak akan memberi impak sangat besar terhadap politik negara ini.
Tidak kiralah sama ada misi 16 Septermber itu berjaya atau tidak, kerana biar di mana pun berdiri - sama ada sebagai Perdana Menteri atau sebagai ketua pembangkang, dia tetap memiliki keistimewaan tersendiri.
Samaada sesuatu yang menguntungkan atau tidak bagi bangsa bernama Melayu, itu perkara lain.
semuanya bakal bergantung pada tafsiran, di mana kita berdiri dan bagaimana kita melihat,. Apa yang pasti, dia memang mempunyai keistiemewaan tersendiri.
Kegagalan Datuk Arif Shah dari segi moral Barisan Nasional perlu mencari bukan saja kesilapan di peringkat jentera, tetapi yang lebih besar ialah kenapa rakyat tidak lagi melihat BN sebagai tempat bergantung yang selamat.
Yang pasti lagi jelas kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya ditolak oleh rakyat kerana kelemahan beliau atau faktor-faktor lain yang lebih khusus.
Menyamakan pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dengan pilihan raya umum agak melampau. Tetapi dalam konteks politik semasa, dengan mengambil kira kedudukan BN masa kini, itulah realitinya.
Sesungguhnya Permatang Pauh lebih daripada soal Amin Shah dan Anwar. Ia adalah soal impian, harapan dan kesungguhan barisan pembangkang.
Mereka menghimpunkan semuanya di situ bersama 'harapan baru' kumpulan rakyat yang percaya pada perjuangan mereka.
Anwar sejak sedekad lalu menjadi ikon perjuangan itu. Biar pun PAS dan DAP juga mempunyai pemimpin besar mereka sendiri, namun perkara yang tidak boleh dinafikan ialah dalam suasana politik sekarang mereka memerlukan Anwar - sama ada dengan kehadirannya atau pun tidak. Menyedari keperluan itulah mereka menggembleng segala kekuatan untuk menentukan Anwar menang kerana kemenangan mantan TPM itu akan mendekatkan lagi mereka dengan cita-cita yang dikendong sejak lama.

Tuesday, August 26, 2008

KERETA NAJIB DI BALING KETIKA TINJAU PROSES BUANG UNDI DI SEBERANG JAYA

Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau proses pembuangan undi di Permatang Pauh, pagi tadi dibaling dengan botol air .
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Semilang di Seberang Jaya.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Najib baru sahaja memasuki kereta selepas berjumpa dengan para penyokong Barisan Nasional (BN).
Kemudian Najib memberitahu wartawan, bilangan anggota polis di kawasan penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun malam ini akan dipertingkatkan.
Kesesakan teruk terus dialami di kawasan Permatang Pauh khususnya kawasan berhampiran pusat mengundi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, peratusan arah aliran keluar mengundi sebeklah pagi ini lebih menggalakkan berbanding dengan situasi 8 Mac lalu.
"Ramai yang keluar mengundi. Saya gembira dengan sokongan diberikan dan yakin boleh menang," katanya.
Pengundi Permatang Pauh telah dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal ketika cuti umum diisytiharkan di seluruh Pulau Pinang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk mendapatkan semula kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat berkata: "Berdasarkan keadaan semasa, saya optimis, Insya-Allah.

HAMPIR 70 PERATUS KELUAR MENGUNDI, PENGUNDI ATAS PAGAR AMBIL PENDIRIAN BERKECUALI KERANA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN MENGELIRUKAN MEREKA.




Tinggal dua jam lagi semua pusat pembuangan undi di Permatang Pauh akan ditutup. Proses pembuangan undi berjalan lancar meskipun ada kedengaran beberapa cerita kurang manis disebalik keghairahan penyokong parti yang bertanding.
Secara umum, tahniah wajar diberikan kepada pasukankeselamatan kerana berjaya mengawal sebarng bentuk provokasi dari penyokong yang bertanding jalankan dengan penuh berhemah sebaik saja pusat pembuangan undi di buka hingga jam 3 petang ni.
Suruhanjaya Pilihan Raya pula mengumumkan peratus yang keluar mengundi sudah menghampiri angka 70 peratus.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dengan lebih 58,000 pemilih terus beratur panjang di pekarangan pusat-pusat pengundian di seluruh Permatang Pauh.
Kesesakan di sesetengah tempat menjangkaui jarak sehingga lima hingga enam kilometer,
Sehingga pukul 3.30 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya mendapati hampir 70 peratus sudah mengundi dan jumlah itu dijangka meningkat.
Selain meletakkan anggota polis di kesemua lokasi strategik polis juga membuat rondaan udara sejak awal pagi tadi.
Di sesetengah saluran mengundi, peratusan keluar mengundi telah melebihi 50 peratus dalam tempoh tiga jam pertama selepas pusat pengundian dibuka.
Pada keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Difahamkan kesesakan hari ini dilihat sebagai paling teruk dialami dalam bahagian Permatang Puah.
Kempen 10 hari berakir yang berakhir malam tadi memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.
Lebih 10 isu nasional dan puluhan masalah tempatan diletakkan oleh calon-calon yang bertanding sejak 16 Ogos lalu.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.
Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui sebelum 10 malam ini, kata Wan Ahmad.
Sebanyak 110 saluran di 28 pusat mengundi disediakan untuk tujuan pengundian.
Seramai 490 anggota polis sudah membuang undi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Sabtu lalu.
Semua kertas undi yang telah dikira di saluran-saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini sebelum keputusan diumumkan. Ia juga merupakan tempat penamaan calon hari itu.
Pemerhati politik dlam analisis yang dibuat sepanjang kempen pilihanraya kecil itu percaya mana-mana parti yang akan memenangi pilihanraya kecil itu hanya akan dibezakan dengan peratus yang tipis.
Ia kerana, hampir sebahagian besar pengundi telah disogokkan dengan pelbagai maklumat terkini, sekaligus menyebabkan mereka mudah membuat keputusan.
Namun apa yang menjadi persoalan, ada isu yang diperkatakan sepenjang tempoh kempen tidak relevan dengan masyarakat permatang pauh.
"Saya penuh yakin bagi pengundi atas pagar, mereka akan memilih untuk tidak memberi sokongankepada mana-mana pihak kerana maklumat yang diberikan mengelirukan mereka" kata salah seorang pemerhati bebas yang hampir sebulan berkampung di Permatang Pauh.