Sunday, June 15, 2008

KERAJAAN NEGERI BELANJA RM 40 RIBU SEWA KERETA UNTUK MB DI MESIR DAN MEKAH...?

Di sebalik kesengsaraan rakyat Kedah yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barangan akibat kenaikan harga bahan bakar petrol, Menteri Besar Kedah dilaporkan membelanjakan kira-kira RM40 ribu hanya untuk menyewa dua buah mercedes ketika melawat Mesir dan Mekah baru-baru ini.
Sumber dalaman Pas memaklumkan, Kerajaan Negeri telah diarah membayar sewa dua buah kenderaan berkenaan untuk kegunaan Menteri Besar.
Kata sumber itu lagi, perkembangan itu membuktikan Ustaz Azizan bukan saja tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat Kedah, tetapi lebih menjurus kepada `cakap lain buat lain'.
Ia kerana sebelum ini dalam manifesto Pas pada pilihanraya umum lalu berjanji akan mengamalkan sikap berjimat cermat. Malah rakyat juga di suruh berjimkat cermat. Beberapa siri kempen termasuk tidak memasang lampu di kompleks Dewan Warisan pada waktu malam juga bertujuan untuk berjimat cermat.
"Apa yang dikatakan oleh beliau tidak serupa bikin. macamana kami rakyat nak jadikan sebagai tauladan. Dulu sebelum dapat kuasa cakap macam-macam bila dah berkuasa tengoklah....buktinya amat nyata", kata salah seorang pengundi di Yan yang secara tidak langsung mulai kecewa dengan tindak tanduk pemimpin yang pernah mereka undi pada pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu, sumber pejabat Menteri Besar mendedahkan, kenderaan khas untuk membawa Ustaz Azizan telah disediakan di Mesir dan di Mekah. Malangnya, tindakan Che Had menukar kenderaaan berkenaan dengan alasan tidak `bagus' menyebabkan Kerajaan terpaksa membayar RM 40 ribu bagi menyewa dua buah kenderaan berkenaan.
"Sebenarnya, semua ini berpunca dari tindakan Che Had yang menukar kenderaan pada saat-saat akhir," jelas beliau.

Wednesday, June 11, 2008

YB PAKHRULRAZI DAN TAULAN PULA DISEBUT-SEBUT JADI MB KEDAH.

KEDUA-DUA TOKOH BERKENAAN BERPENGALAMAN LUAS DAN LEBIH DISENANGI RAKYAT PELBAGAI LAPISAN.

Tahap kesihatan Menteri Besar Kedah yang kini dalam lawatan ke Mesir dilaporkan semakin merosot. Maklumat terkini dari Mesir memaklumkan Ustaz Azizan terpaksa mendirikan solat dari atas kerusi roda gara-gara kakinya yang semakin bengkak.
Sebelum bertolak ke Mesir beliau yang transit di Singapura juga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bersolat.
Di sebalik kesengsaraan yang dialami oleh Ustaz Azizan spekulasi di Kedah semakin panas. Semalam angin bertiup kencang YB Anak Bukit, Ir Amiruddin dikatakan akan mengambil laih tugas sebagai Menteri Besar Kedah.
Hari ini spekulasi bertambah kencang, tetapi orang yang mengambilalih jawatan nombor satu Kedah itu tidak lagi berpihak kepada IR Amiruddin.
Sebaliknya, berkisar kepada dua tokoh veteran dalam Pas iaitu YB Pakhrulrazi dan YB Taulan.
Kedua-dua tokoh itu menurut sumber dalaman Pas adalah orang yang berkemampuan mentadbir Kedah yang baik.
Pakhrulrazi adalah timbalan persuruhjaya Pas Kedah dan telah lama bergiat cergas dalam Pas dan dianggap orang paling kanan semasa zaman kegemilangan Presiden Pas, Dato Fadhil Nor.
Begitu juga dengan YB Taulan, orang kuat Pendang yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerana beliau sebelum ini adalah pegawai KCS sebelum melanjutkan pelaran ke luar negara.
Kat sumber dalam Pas lagi, YB IR Amiruddin dilihat terlalu muda dan cetek pengalaman.
IR Amiruddin dikatakan tidak disenangi oleh kumpulan tertentu dalam Pas kerana beliau dikatakan mementingkan diri.
Buktinya, beliau melantik dirinya sebagai Pengarah sekurang-kurangnya di 20 syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Kesibukan mengatur dan menagih kekayaan menyebabkan persiapan untuk menyambut perayaan jubli emas Tuanku Sultan Kedah menjadi tidak teratur. Malah beberapa projek seperti Dataran Wisma darulaman, Pagar istana dan lain-lain terbengkalai hingga kini.
Sementara itu, beberapa kejadian yang bertentangan dengan protokol Istana turut merekodkan pemimpin Pas tidak peka dengan adat istiadat Sultan Kedah.
Kejadian yang memalukan ialah apabila speaker Dewan undangan negeri Kedah memakai baju batik manakala YB Taulan memakai long suit pada majlis jamuan teh sempena sambutan ulangtahun Sulan Kedah.
Perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana bahagian protokol sejak awal-awal lagi memaklumkan mengenai cara dan bentuk pakaian kepada sesiap yang akan menghadiri majlis berkenaan. Sikap tidak peka seumpana itu jelas menghina Sultan Kedah yang kita sayangi.

Monday, June 9, 2008

MB KEDAH...YB AMIRUDDIN GANTI USTAZ AZIZAN..?

SPEKULASI KENCANG IR AMIRUDDIN BAKAL DILANTIK SEBAGAI MB KEDAH BAGI MENGANTIKAN USTAZ AZIZAN SELEPAS IR AMIRUDDIN MENGHADAP SULTAN KEDAH YANG SEDANG BERCUTI DI LONDON.

Kedah bakal mendapat Menteri Besar yang baru berikutan kesihatan Ustaz Azizan yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini.
Bukti terbaru Ustaz Azizan yang kini dalam lawatan ke Mesir difahamkan tahap kesihatan beliau amat tidak mengizinkan. Beliau yang ditemani isteri-isterinya dilaporkan tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang telah disusun sempena lawatan itu kerana tidak sihat.
Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang di Kedah termasuk di kalangan pimpinan Pas bahawa YB kawasan Anak Bukit, IR Amiruddin Hamzah akan diberi laluan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.
Sumber dalam Pas memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi membolehkan IR Amiruddin mengambilalih tugas sebagai Menteri Besar.
Di fahamkan IR Amiruddin yang dalam perjalanan untuk misi pelabur telah singgah di London untuk menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang sedang bercuti.Beliau diiring pegawai Kewangan Negeri Dato Rasli Bashir, Dato Fuad Ali serta Dato I Ting.
Ustaz Azizan dijangka memberi laluan kepada IR Amiruddin memandangkan beliau pemimpin mudah yang mempunyai karisma serta di hormati di kalangan pegawai KCS.

Sementara itu, sumber lain dalam Pas Kedah mengakui Ustaz Azizan berdepan dengan masalah kesihatan yang semakin kronik.
Beliau bagaimanapun menegaskan, IR Amiruddin tidak mungkin dilantik sebagai Menteri Besar yang baru, sebaliknya mereka mahu YB Phahrolrazi atau YB Taulan yang lebih `senior' mengambilalih pentadbiranb negeri Kedah.
Pemerhati politik tempatan pula berpendapat, berdasarkan senario masa kini, adalah sukar bagi IR Amiruddin mengambilalih tampuk pemerintahan Kedah kerana peluang harus diberikan kepada pemimpin yang lebih `senior'.

PULAU PINANG IKUT JEJAK SELANGOR HARAMKAN ISLAM HADHARI

"MANA-MANA PIHAK YANG LANGGAR ARAHAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN TETAPI KERAJAAN NEGERI BELUM PUTUSKAN LAGI BENTUK TINDAKAN ITU" TEGAS MOHAMAD FAIRUS KHARUDDIN.

Selepas Selangor, Pulau Pinang pula mengambil keputusan menghentikan promosi program Islam hadhari di negeri itu.
Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin dijangka membuat kenyatan rasmi bagi pihak kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.
Keputusan itu diambil - tidak lama selepas Selangor mengambil langkah yang sama pada 26 Mei lalu.
"Saya telah berbincang dan mendapat nasihat daripada beberapa pakar agama, malah beberapa bekas mufti, tokoh agama, ulama ini bersetuju," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan menyebut beberapa tokoh ulama dan pakar yang dirujuknya.
Diminta mengulas jika terdapat pihak yang enggan mematuhi arahan ini, Mohammad Fairus berkata,mana-mana pihak yang engkar akan dikenakan tindakan mengikut peraturan yang sedia ada.

ELAUN KERAIAN PM, TPM, MENTERI, TIMBALAN MENTERI DI POTONG 10 PERATUS

PM UMUM POTONG ELAUN KERAIAN DEMI UNTUK RINGAN BEBAN RAKYAT EKORAN KENAIKAN HARGA MINYAK.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan empat langkah mengurangkan beban rakyat, termasuk mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri kepada 10 peratus.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan cuti anggota Kabinet yang ditanggung kerajaan selama seminggu hanya dalam negara Asean.
Tiga langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebat tunai mulai Sabtu ini bagi meraka yang membaharui cukai jalan pada April dan Mei, selain menambah kuota fleetcard untuk mengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan sosial.
Katanya, semua langkah itu dapat menjimatkan RM2 bilion yang akan digunakan untuk membayar bentuk bantuan lain kepada rakyat.

Sunday, June 8, 2008

CHE HAD DILANTIK PENASIHAT KHAS EKONOMI MB KEDAH

PERLANTIKKAN BELIAU SEMEMANGNYA TELAH DI DUGA BERIKUTAN PERANANNYA DALAM MENGUMPUL DANA POLITIK KEPADA USTAZ AZIZAN.

Seperti diramalkan, Che Had yang mencuri tumpuan pelagai pihak khususnya di kalangan kontraktor selepas Pas mememrinah Kedah, akhirnya dilantik sebagai Penasihat khas ekonomi kepada Menteri Besar Kedah.
Perlantikan Che Had yang sebelum ini bertugas sebagai jurunilai bersekutu di Pejabat Pas Negeri Kedah tidak mengejutkan, berikutan peranannya sebagai pengumpul dana politik kepada Ustaz Azizan.
Malah penglibatan beliau sudah diramalkan selepas Uutaz Azizan melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah di sebahagian besar Syarikat milik Kerajaan GLC di Kedah seakan satu petunjuk jelas beliau akan diberi peranan lebih besar dalam menjana ekonomi negeri dan yang paling penting pengumpul dana politik untuk Menteri Besar Kedah.
Kalau diimbas kembali penglibatan Che Had dalam Pas, jelas sumber dalaman parti itu, ia bukan
seorang pejuang yang sebenar sebaliknya lebh kepada mengambil kesempatan atas kelemahan Ustaz Azizan yang tidak mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk membangunkan Kedah.
Keputusan Ustaz Azizan itu dilihat lebih menjrus kepada usaha bersepadu mengumpul dana politik.
Juetru tegassumber itu, tidak mustahil akan timbul suara-suara sumbang yang tidak puashati khususnya di kalangan ahli Pas samada golongan extrem mahupun pertengahan yang mahu melihat usaha menjana pembangunan ekonomi di jana secara bersepadu dan kekayaan di agih sama rata.
Bagi mereka Che Had bukanlah sehebat yang digembar gemburkan, kerana beliau tidak mempunayi rekod kejayaan yang boleh dibanggakan sehingga kini, sebaliknya beliau hanya bekerja dengan syarikat jurunilai bersekutu yang sebelum ini turut mendapat kontrak daripada Agensi Kerajaan persekutuan.
Kesimpulannya perlantikkan beliau dilihat banyak pihak bukan diasaskan kepada keupayaan dan kemampuannya beliau dalam menjana ekonomi samada di peringkat syarikat mahupun yang lebih besar, sebaliknya lebih menjurus kepada peranan beliau dalam mengumpul dana bagi memakmurkan Ustaz Azizan. Tidak lebih dari itu.

Wednesday, June 4, 2008

MB KEDAH BUAT SAEI UMRAH DENGAN KERUSI RODA

Keuzuran Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bukan satu rahsia lagi. Bukti terbaru beliau dilaporkan terllau uzur sehingga terpaksa menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Belaiu yang ditemani isteri keduanya dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk mengerjakan Saei kerana kedua-dua belah kaki beliau bengkak teruk.
Menurut sumber terdekat, Menteri Besar yang dalam siri lawatan ke Mesir bersama 200 jemaah yang lain sebelum itu berehat di sebuah hotel enam bintang yang menghadap Sungai Nil bersama isteri pertama dan keluarga terdekat.
Kata sumber itu, keadaan Ustaz Azizan bagaimanapun dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan.