Sunday, June 15, 2008

KERAJAAN NEGERI BELANJA RM 40 RIBU SEWA KERETA UNTUK MB DI MESIR DAN MEKAH...?

Di sebalik kesengsaraan rakyat Kedah yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barangan akibat kenaikan harga bahan bakar petrol, Menteri Besar Kedah dilaporkan membelanjakan kira-kira RM40 ribu hanya untuk menyewa dua buah mercedes ketika melawat Mesir dan Mekah baru-baru ini.
Sumber dalaman Pas memaklumkan, Kerajaan Negeri telah diarah membayar sewa dua buah kenderaan berkenaan untuk kegunaan Menteri Besar.
Kata sumber itu lagi, perkembangan itu membuktikan Ustaz Azizan bukan saja tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat Kedah, tetapi lebih menjurus kepada `cakap lain buat lain'.
Ia kerana sebelum ini dalam manifesto Pas pada pilihanraya umum lalu berjanji akan mengamalkan sikap berjimat cermat. Malah rakyat juga di suruh berjimkat cermat. Beberapa siri kempen termasuk tidak memasang lampu di kompleks Dewan Warisan pada waktu malam juga bertujuan untuk berjimat cermat.
"Apa yang dikatakan oleh beliau tidak serupa bikin. macamana kami rakyat nak jadikan sebagai tauladan. Dulu sebelum dapat kuasa cakap macam-macam bila dah berkuasa tengoklah....buktinya amat nyata", kata salah seorang pengundi di Yan yang secara tidak langsung mulai kecewa dengan tindak tanduk pemimpin yang pernah mereka undi pada pilihanraya umum lalu.
Dalam pada itu, sumber pejabat Menteri Besar mendedahkan, kenderaan khas untuk membawa Ustaz Azizan telah disediakan di Mesir dan di Mekah. Malangnya, tindakan Che Had menukar kenderaaan berkenaan dengan alasan tidak `bagus' menyebabkan Kerajaan terpaksa membayar RM 40 ribu bagi menyewa dua buah kenderaan berkenaan.
"Sebenarnya, semua ini berpunca dari tindakan Che Had yang menukar kenderaan pada saat-saat akhir," jelas beliau.

2 comments:

Anonymous said...

aku cadangkan penulis blog ni masuk program 'raja lawak' untuk musim depan..dia pandai olah cerita untuk jadi bahan lawak..tentu zaibo suka bakat penulih ni.

Anonymous said...

Prove with your evidence. If not no body can trust you..