Monday, June 9, 2008

MB KEDAH...YB AMIRUDDIN GANTI USTAZ AZIZAN..?

SPEKULASI KENCANG IR AMIRUDDIN BAKAL DILANTIK SEBAGAI MB KEDAH BAGI MENGANTIKAN USTAZ AZIZAN SELEPAS IR AMIRUDDIN MENGHADAP SULTAN KEDAH YANG SEDANG BERCUTI DI LONDON.

Kedah bakal mendapat Menteri Besar yang baru berikutan kesihatan Ustaz Azizan yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini.
Bukti terbaru Ustaz Azizan yang kini dalam lawatan ke Mesir difahamkan tahap kesihatan beliau amat tidak mengizinkan. Beliau yang ditemani isteri-isterinya dilaporkan tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang telah disusun sempena lawatan itu kerana tidak sihat.
Dalam pada itu, spekulasi bertiup kencang di Kedah termasuk di kalangan pimpinan Pas bahawa YB kawasan Anak Bukit, IR Amiruddin Hamzah akan diberi laluan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.
Sumber dalam Pas memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi membolehkan IR Amiruddin mengambilalih tugas sebagai Menteri Besar.
Di fahamkan IR Amiruddin yang dalam perjalanan untuk misi pelabur telah singgah di London untuk menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang sedang bercuti.Beliau diiring pegawai Kewangan Negeri Dato Rasli Bashir, Dato Fuad Ali serta Dato I Ting.
Ustaz Azizan dijangka memberi laluan kepada IR Amiruddin memandangkan beliau pemimpin mudah yang mempunyai karisma serta di hormati di kalangan pegawai KCS.

Sementara itu, sumber lain dalam Pas Kedah mengakui Ustaz Azizan berdepan dengan masalah kesihatan yang semakin kronik.
Beliau bagaimanapun menegaskan, IR Amiruddin tidak mungkin dilantik sebagai Menteri Besar yang baru, sebaliknya mereka mahu YB Phahrolrazi atau YB Taulan yang lebih `senior' mengambilalih pentadbiranb negeri Kedah.
Pemerhati politik tempatan pula berpendapat, berdasarkan senario masa kini, adalah sukar bagi IR Amiruddin mengambilalih tampuk pemerintahan Kedah kerana peluang harus diberikan kepada pemimpin yang lebih `senior'.

4 comments:

Anonymous said...

... apa ni tak kan UST AZIZAN nak jadi mb tiga bulan saja.. aku kurang percaya sikit dgn amiruddin tu.. walau sifat kepimpinan dia cukup hebat tapi darah yang mengalir dalam diri dia adalah DARAH UMNO cuma sekarang ni dia tak bersyukur... kerana umno dia dapat IR tu.. takut2 esok dia insaf lari pi kat umno... hancur pas.. bagi kat YB TAULAN la... YB Taulan tu lagi hebat... YB Amirudin tu org muda... darah muda.. jadi bahaya la kalau bagi kat dia... kat wisma tu staff cun-cun.. bahaya tuuuuuu

Anonymous said...

betoika ... kita pakat sokong amir

Anonymous said...

Haji Amiruddin ke Ustaz Azizan ke...sama aja! 2-2 dari PAS. Lainla kalau Tok Det Khalid ke nak dijadikan MB?

Anonymous said...

tak lama lagi makan akan berpecah belah laa kerajaan negeri kedah yang baru....hanya nak berebut jawatan akan wujud 3 puak....satu Taulan, satu pahrol satu lagi amiruddin....apabila kuasa menjadi pertaruhan maka akan hancur lah pakatan itu...dan setelah itu ratapilah saat-saat kehancuran