Thursday, July 31, 2008

KERETAKAN HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT MUNGKIN JEJAS PELUANG ANWAR DI PERMATANG PAUH

Keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil sememangnya telah dijangka.
Menurut pemerhati politik tempatan, tindakan Datuk Seri Anwar menwar-warkan akan bertadning di Bandar Tun Razak dan Kulim sebelum ini hanya gimik politik dengan niat untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kalau dia bertandingpun di Bandar Tun Razak dan Kulim sekalipun dia tak akan menang, sebab tu terpaksa bertanding di Permatang pauh, jadi dia buat gimik" kata salah seorang pemerhati di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sekiraya ada pertandingan beliau menjangkakan peluang bagi Keadilan dan BN adalah 50-50 kerana suasana politik kini lebih terbuka dan rakyat semakin bijak membuat pilihan.
Beliau mengulas keputusan Datuk Seri Wan Azizah yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, pagi tadi untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding.
Sementara itu beberapa tokoh veteran Keadilan menyifatkan keputusan Datuk Dr wan Azizah untuk mengosongkan kerusi Permatang Pauh sebagai satu "melapetaka" kepada Keadilan dan pakatan rakyat.
Ia kerana hubungan Keadilan dengan Pas sejak akhir-akhir dingin disebabkan keputusan pimpinan Pas dan BN untuk duduk semeja bagi membincangkan halatuju baru membabitkan kedua-dua parti.
"Dalam prinsip politik, suasana ketika ini tidak menyebelahi keadilan mahunpun pakatan rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil, kerana hubungan yang longgar disamping kedudukan ekonomi yang tidak jelas menekan rakyat ketika ini," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Hamid dari Naka.
Datuk Dr Wan Azizah berkata telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.
Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.
Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Wednesday, July 30, 2008

KES LAMPU JUBLI EMAS-SAMBUTAN KOMEN LUAR DUGAAN

Pihak kami menerima banyak email daripada orang ramai berhubung isu pemasangan lampu empena jubli emas. Ada yang pro dan ada yang kontra. Malah ada yang menuding ke arah Datuk Bandar Alor Star. Berikutan sambutan yang di luar dugaan maka kami pilih satu darinya untuk disiarkan bagi tatapan pembaca. pemilihan komen ini dibuat secara rambang dan tidak ada kena mengena dengan kepentingan mana-mana pihak dan pihak yang menghantar email bertanggngjawab sepenuhnya terhadap isi kandungan yang dihantar - moderator

wakil rakyat swasta said...
1,500,000,000.00 peruntukan buat lampu hiasan??? wow! betul ka? ke silap angka kut mcm laporan maintainance V6 Ex Kerajaan Terengganu tempoh hari .. kalau lah betul apakah ini satu pembaziran yang dihalalkan?? Ya la kalau beli Mercz E200 Compressor RM3.6juta pun dah kecoh satu Malaya sekurang-kurangnya benda tu ada dan boleh pakai bertahun2 lamanya..kalau RM3.6 juta boleh beli 14 buah Mercz ikut matematiknya RM 1.5juta boleh beli Mercz berapa biji??? pakat2 lah pikiaq ..jenuh rakyat kedah naik mercz macam tuu .. Tak taulah lampu hiasan nie boleh pakai berapa tahun .. depa kata lampu hiasan ni macam lampu raya la .. 6 bulan tu kira baguihla tu tapi ada yang baru pasang pun dah ada yang dah tak menyala .. adatlah tu nama pun lampu hiasan time sambut perayaan tu aja ..Tak pasang pun serba salah nak mai mana kemeriahan dan kemegerlapan malam .. inipun nak kena pikiaq tapi apakah kalau pasang under budjet tak meriah ?? apapun buat apa hendaklah berhemah .. kerana ada projek pembangunan yang lebih penting untuk dinikmati rakyat kedah kerana negeri kedah bukan negeri yang kaya raya ... yang ni sama2 kita pikiaq2 juga pasai ada tok cu nab di Baling, Pak Coh, Sik dll yang hidup dalam kemiskinan yang kerajaan perlu bagi perhatian ini bab sosial, kalau bab pembangunan yang kerajaan perlu bagi perhatian bab banjir, jalan dll ... Bab penyelewangan ini nombor 2, kita pun tak boleh buat tuduhan tanpa ada bukti kalau tak dikira fitnah.. kerja fitnah memfitnah ni dilaknat oleh Allah swt..May be komen kedah said ini ada agenda tersendiri kita pun tak tau ..nak suruh dia "bersumpah" .. Cuma yang penting bab perbelanjaan RM1.5 juta untuk buat lampu hiasan apakah kalau diterjemahkan peruntukan ini di dalam membuat pembangunan sistem perparitan berapa panjangkah parit yang boleh buat dan berapa kes banjir yang dapat di atasi dan lain-lain contoh projek pembangunan yang lebih memberi manafaat ...Sama-sama kita pikiaq la oii ...

Tuesday, July 29, 2008

DAP JANGAN CAMPUR URUSAN PAS - USTAZ AZIZAN

Pas Kedah memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan parti itu sambil menegaskan bahawa ia berhak untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang diingininya termasuk UMNO.
Pesuruhjaya Kedah, Ustaz Azizan berkata, Pas sama sekali tidak rela untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam perjuangannya dan ekoran itu DAP yang menjadi sekutunya dalam Pakatan Rakyat tiada hak untuk menghalang atau menentukan tindak tanduk Pas.
"Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya lepas, bukan gabungan macam BN," katanya.
"Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang," katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh agar Pakatan Rakyat mengkaji semula keanggotaan Pas berikutan tindakannya mengadakan rundingan dengan UMNO demi perpaduan Melayu.
Semalam, Karpal menganggap tindakan Pas itu sebagai tidak ikhlas kerana ia mengundang keraguan tentang kredibiliti parti itu dalam Pakatan Rakyat dan oleh itu keanggotaan Pas perlu dikaji semula.
Kenyataan terbaru Karpal itu dilihat sebagai tanda perpecahan mula ketara dalam pakatan parti pembangkang itu.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Karpal tidak berhak untuk mempertikai sebarang tindakan yang diambil Pas atau meminta Pas merujuk dahulu kepada DAP atau Pakatan Rakyat jika ingin berbincang dengan UMNO.
"Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan UMNO. Pas sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut)," kata Azizan.
Beliau berkata, Pas sebenarnya menyambut baik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO untuk bermuzakarah, kerana Pas telah lama berharap usaha murni itu dapat direalisasikan.
"Cerita Pas mengajak UMNO bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam Pakatan Rakyat," kata Azizan.

KETUA UMNO BAHAGIAN JERLUN DICABAR


Timbalan Ketua Umno bahagian Umno, Jerlun Datuk Abu Hassan Sharif mendahului jumlah pencalonan untuk jawatan ketua Umno bahagian yang kini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Ariffin.
Selepas 28 cawangan bermesyuarat sehingga ini, Abdu Hassan mendapat 17 pencalonan manakala Abdul Rahman mendapat 11 pencalonan.
Setiausaha Umno bahagian, Halim Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa Jerlun mempunyai 155 cawangan.
Katanya, kebanyakan cawangan yang menyokong Abu Hassan adalah cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.
Abu Hassan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut.
Katanya, 16 lagi cawangan akan bermesyuarat Jumaat dan Sabtu ini dan kedudukan pencalonan mungkin berubah."Kebanyakan 16 cawangan itu adalah di Ayer Hitam," kata Halim.
Difahamkan, majoriti cawangan tersebut dijangka mencalonkan Abdul Rahman.Halim berkata, cawangan-cawangan di bahagian Jerlun mula mangadakan bermesyuarat pada 17 Julai lalu.
Calon bagi jawatan ketua bahagian memerlukan 20 peratus daripada jumlah cawangan, timbalan ketua (15%), naib ketua (15%) dan ahli jawatankuasa (2 cawangan).
Mengenai peluang untuk Abdul Rahman mempertahankan jawatan tersebut, beliau berkata "Saya menjangkakan kedua-dua calon mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi jawatan ketua bahagian Jerlun," kata Halim.
Setakat ini. 127 cawangan lagi di bahagian Jerlun belum mengadakan mesyuarat cawangan masing-masing, yang berakhir pada 24 Ogos depan.

Monday, July 28, 2008

TIADA BUKTI MOHD SAIFUL DILIWAT - KATA DOKTOR


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat.

Begitulah kesimpulan yang dibuat oleh seorang doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful yang sebelum ini mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemeriksaan yang dilakukan di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.
Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.
Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.
Ketika di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.
Dalam laporannya, Dr Mohamad Osman menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.
Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".
Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

RAKYAT RINDUKAN PERPADUAN....


Sunday, July 27, 2008

RAKYAT TERUJA BILA MB GUNA NO PENDAFTARAN JAWI

Bila Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan mengunakan no pendaftaran abjad jawi, seluruh rakyat Kedah teruja untuk menggunakan abjad jawi di kenderaan masing-masing. Mereka mahu mengikut jejak langkah Ustaz Azizan kerana memberi impak kepada budaya hidup islam sejati.

Namun pelbagai persoalan timbul apabila ada yang mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi di tolak.
Menurut mereka, JPJ tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan abjad jawi pada kenderaan awam termasuk kepada VIP.
Ia selaras dengan perlembagaan negara.
Ramai yang kecewa dan berharap pihak berkuasa tidak mengamalkan sikap pilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Mengapa di Pulau Pinang, nama jalan yang ditulis dalam bahasa cina dibantah keras, tetapi di Kedah kenderaan VIP diberi kelonggaran, apakah itu yang dikatakan adil" kata salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Alias Jitra.
Kata beliau, apakah dengan memakai no pendaftaran abjad jawi maka itu dikatakan islam..?