Tuesday, July 29, 2008

KETUA UMNO BAHAGIAN JERLUN DICABAR


Timbalan Ketua Umno bahagian Umno, Jerlun Datuk Abu Hassan Sharif mendahului jumlah pencalonan untuk jawatan ketua Umno bahagian yang kini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Ariffin.
Selepas 28 cawangan bermesyuarat sehingga ini, Abdu Hassan mendapat 17 pencalonan manakala Abdul Rahman mendapat 11 pencalonan.
Setiausaha Umno bahagian, Halim Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa Jerlun mempunyai 155 cawangan.
Katanya, kebanyakan cawangan yang menyokong Abu Hassan adalah cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.
Abu Hassan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut.
Katanya, 16 lagi cawangan akan bermesyuarat Jumaat dan Sabtu ini dan kedudukan pencalonan mungkin berubah."Kebanyakan 16 cawangan itu adalah di Ayer Hitam," kata Halim.
Difahamkan, majoriti cawangan tersebut dijangka mencalonkan Abdul Rahman.Halim berkata, cawangan-cawangan di bahagian Jerlun mula mangadakan bermesyuarat pada 17 Julai lalu.
Calon bagi jawatan ketua bahagian memerlukan 20 peratus daripada jumlah cawangan, timbalan ketua (15%), naib ketua (15%) dan ahli jawatankuasa (2 cawangan).
Mengenai peluang untuk Abdul Rahman mempertahankan jawatan tersebut, beliau berkata "Saya menjangkakan kedua-dua calon mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi jawatan ketua bahagian Jerlun," kata Halim.
Setakat ini. 127 cawangan lagi di bahagian Jerlun belum mengadakan mesyuarat cawangan masing-masing, yang berakhir pada 24 Ogos depan.

No comments: