Thursday, July 31, 2008

KERETAKAN HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT MUNGKIN JEJAS PELUANG ANWAR DI PERMATANG PAUH

Keputusan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil sememangnya telah dijangka.
Menurut pemerhati politik tempatan, tindakan Datuk Seri Anwar menwar-warkan akan bertadning di Bandar Tun Razak dan Kulim sebelum ini hanya gimik politik dengan niat untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kalau dia bertandingpun di Bandar Tun Razak dan Kulim sekalipun dia tak akan menang, sebab tu terpaksa bertanding di Permatang pauh, jadi dia buat gimik" kata salah seorang pemerhati di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sekiraya ada pertandingan beliau menjangkakan peluang bagi Keadilan dan BN adalah 50-50 kerana suasana politik kini lebih terbuka dan rakyat semakin bijak membuat pilihan.
Beliau mengulas keputusan Datuk Seri Wan Azizah yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, pagi tadi untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding.
Sementara itu beberapa tokoh veteran Keadilan menyifatkan keputusan Datuk Dr wan Azizah untuk mengosongkan kerusi Permatang Pauh sebagai satu "melapetaka" kepada Keadilan dan pakatan rakyat.
Ia kerana hubungan Keadilan dengan Pas sejak akhir-akhir dingin disebabkan keputusan pimpinan Pas dan BN untuk duduk semeja bagi membincangkan halatuju baru membabitkan kedua-dua parti.
"Dalam prinsip politik, suasana ketika ini tidak menyebelahi keadilan mahunpun pakatan rakyat untuk mengadakan pilihanraya kecil, kerana hubungan yang longgar disamping kedudukan ekonomi yang tidak jelas menekan rakyat ketika ini," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Hamid dari Naka.
Datuk Dr Wan Azizah berkata telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.
Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.
Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

No comments: