Monday, July 28, 2008

TIADA BUKTI MOHD SAIFUL DILIWAT - KATA DOKTOR


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat.

Begitulah kesimpulan yang dibuat oleh seorang doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful yang sebelum ini mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemeriksaan yang dilakukan di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.
Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.
Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.
Ketika di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.
Dalam laporannya, Dr Mohamad Osman menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.
Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".
Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

1 comment:

Anonymous said...

1.Doktor ni yang sahnya dah menyalahi etika apabila menghebahkan maklumat pemeriksaan. MMA patut ambil tindakan jika Doktor ini terlibat.
2.Dah kalu Nuat betul, awat takut sangat nak sumpah.
3.Mat Sabu kata Anuar Al Ju.... dulu pasai apa?