Wednesday, October 22, 2008

bah oh bah..di mana MB kami dah lemas ini....

Banjir di Kedah bertambah buruk semalam apabila hampir 1500 penduduk di beberapa daerah termasuk daerah Kota Star, Padang Terap, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan. Daerah Kota Star paling teruk dilanda banjir apabila lebih 400 penduduk dari 78 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan selepas air Sungai Anak Bukit melimpah kawasan kampung di sekitar Gunung Keriang.
Di Kubang Pasu, lebih450 penduduk daripada 81 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan.
Mereka yang dipindahkan adalah dari Kampung Lubuk Batu, Tok Keong, Lahar Dalam, Kelubi Luar dan Sungai Keroncong apabila Sungai Lubuk Batu melimpah.
Sementara itu, di Padang Terap, 200 penduduk daripada 43 keluarga dari Kampung Kuala Pai, Tanjung Putus, Malau dan Kubang Lintah terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan di kampung masing-masing.
Paras air di Sungai Kuala Nerang berada pada paras melebihi 17.45 meter, melangkaui paras bahaya.
Tiga kampung di daerah Pokok Sena, Kampung Bukit Derang, Bukit Hijau dan Padang Temusu turut dilanda banjir semalam menyebabkan 150 penduduk dari 54 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau.
Di daerah Kota Star, 55 penduduk daripada 11 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah apabila Kampung Alor Senjaya dinaiki air sejak kelmarin. Beberapa kawasan di daerah Pendang mula dinaiki air dan sehingga semalam sekeluarga empat beranak dipindahkan ke pejabat penghulu mukim Guar Kepayang.

No comments: