Politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.
Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.
Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya. Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.
Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.
Memusa Hitamkan -
1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang.
2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.
Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.
Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik.
1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis.
2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.
Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.
Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah. - di petik dari The Art of Husin Lempoyang
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment