Monday, October 27, 2008

LIMA PROJEK PELANCONGAN DI KEDAH, KERAJAAN PAS DOK TIDO LAGI KA....?


Lima projek melibatkan pengindahan dan peningkatan kemudahan pelancongan bernilai RM7 juta siap dilaksanakan sepenuhnya di kawasan-kawasan tanah besar dan Langkawi pada tahun ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah (MTPNK), Datuk Othman Aziz memberitahu, projek- projek tersebut melibatkan kawasan Pasir Hitam, Langkawi dan tempat-tempat pelancongan di pulau lagenda itu.
''Lain-lainnya ialah projek menaik taraf dan membangunkan tempat tarikan pelancongan dan kemudahan pelancongan di Gunung Jerai dan membina serta menyiapkan Taman Spesies Flora dan Fauna serta kemudahan pelancongan di Titi Hayun dan meningkatkan kemudahan pelancongan hutan-hutan lipur di Kedah.
Beliau ditemui pada Majlis Zoom Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Kedah, di Kompleks Pelancongan Negeri Kedah, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Penggalakan Pelancongan Malaysia Negeri Kedah, Roslan Othman.
Menurut Othman yang juga timbalan ketua umno bahagian Jerlun, lima projek tersebut adalah daripada 18 projek pembangunan pelancongan negeri Kedah dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang turut melibatkan Pusat Pelancongan Rekreasi Air Panas, Ulu Lengong serta, Baling, dan Kawasan Rekreasi Gunung Keriang di sini, Tasik Pedu, Sungai Sedim, serta Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
''Keseluruhan 18 projek tersebut bernilai RM79 juta dan tidak menghadapi sebarang masalah, cuma dari segi teknikal menyebabkan ada yang agak lewat, namun ia dapat diatasi," kata beliau.
Menurut Othman, MTPNK sentiasa menganjurkan pelbagai program untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kedah terutama mempromosikan Tanah Besar sebagai daya tarikan terbaru selain Langkawi.
''Bagi tahun 2009, kita akan fokus kepada aktiviti melibatkan inap desa, program pelancongan pelajar dan program pelancongan eko," tambah beliau.
Yang menghairankan apa pula yang dibuat oleh Exco Pelancongan dari pakatan rakyat, hingga kini tak dengarpun pengumuman mengenai apa-apa projek.

No comments: