Wednesday, October 22, 2008

DR JAWAB KRITIKAN PAK LAH....

Pertelingakah antara perdana menteri dan Tun Dr Mahathir menyebabkan Datuk Seri Najib "tersepit" dalam krisis kepimpinan politik Umno, kata pemerhati politik.

Mantan Perdana Menteri ,Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menjawab kritikan terhadap Datuk Seri Abdullah melalui laman blognya mengenai pemilihan UMNO pada 17 Oktober lalu.Bekas Perdana Menteri itu yang ditemui para wartawan selepas satu forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi tidak melihat ia satu perkara yang di luar kebiasaan.
Tun Dr Mahathir menyingkap teguran yang dibuat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap dirinya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.
Katanya beliau menerima teguran itu dengan fikiran terbuka.
Apa yang dipercayai membuat Perdana Menteri terkilan pada tulisan di laman blog itu ialah saranan bekas Perdana Menteri itu supaya tolak orang-orangnya dalam kabinet yang bakal diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.
Datuk Seri Abdullah membidas campurtangan Dr Mahathir dalam urusan UMNO itu dalam sidang akhbar yang diadakan di Kota Kinabalu Jumaat malam.
Dr Mahathir berkata bukan dirinya sahaja yang membuat teguran tetapi banyak orang dari luar parti UMNO yang berbuat demikian. Baginya ia satu hal biasa dalam amalan demokrasi.

No comments: