Tuesday, October 28, 2008

PREMIS JUDI DI NEGERI PAKATAN RAKYAT BILA NAK TUTUP - DEWAM ULAMA PAS.

Premis judi perlu ditutup sama sekali dengan segera di negara ini, negara yang mengaku agama rasminya adalah agama Islam.
Kalau PAS dan ANGKATAN yang mengambil-alih Kelantan dari BN 1990 dulu sanggup berhempas pulas bersungguh-sungguh melaksanakan kawalan tersebut, mengapa kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang masih mendiamkan diri membisu seribu bahasa sehingga sekarang?
Menurut sumber, Dewan Ulama PAS terpaksa menegur negeri-negeri dibawah pentadbiran PR yang meluluskan lesen-lesen berkaitan dengan sumber kewangan haram seperti judi dan arak (Lihat Harakahdaily 28 Ogos 08).
Difahamkan, Dewan Ulamak akan terus memberi nasihat dan pandangan kepada semua kerajaan di bawah PR dalam isu tersebut.
"Mereka akan tetap mempertahankan sumber-sumber yang halal sebagai peneraju utama dalam menjalankan urus tadbir negeri-negeri ini seperti yang pernah dinyatakan Ketuanya, Dato' Haji Muhammed Daud Iraqi, kira-kira 2 bulan lalu, ternyata sehingga sekarang masih belum apa-apa lagi' jelas sumber berkenaan.
Menyentuh tentang situasi berbeza di antara negeri-negeri PR terutamanya terhadap kaum-kaum lain, Dr Haji Mohamad juga menyedari suasana ini, namun beliau tetap berharap kerajaan mengkaji semula lesen-lesen yang diberikan itu.
Contohnya di Kelantan, lesen judi tidak dibenarkan terus kerana ia juga memberi mudarat kepada kaum-kaum lain, dan tidak mendapat sebarang tentangan pun hingga kini…terus berjalan dengan baik.
Hanya lesen jualan arak sahaja dikeluarkan, itu pun untuk kaum bukan Islam sahaja.
Kata beliau lagi.“Pihak kerajaan PR perlu membuat satu garis panduan tentang kawasan dan jenis-jenis perniagaan berkaitan premis arak, iaitu hanya menghadkan di kawasan-kawasan yang penduduknya terdiri dari kaum-kaum lain.. dan pihak penguatkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dalam memantau umat Islam supaya tidak terlibat dengan minuman keras dan pelbagai jenis perjudian. Begitulah tolerensinya agama Islam!” Jelas beliau lagi.
“Tetapi sehingga kini kita belum dengar apa-apa tindakan berkesan yang diambil!” Sindirnya lagi."

No comments: