Saturday, October 25, 2008

BANJIR DI KEDAH SEMAKIN SURUT TETAPI PENDDUDUK DI KAWASAN RENDAH PERLU SIAP SEDIA

BANJIR DI KEDAH MEMAKSA LEBIH DUA RIBU PENDUDUK DI PINDAHKAN.
Banjir di Kedah terutama di daerah Alor Star dan Kubang Pasu semakin surut dengan 311 daripada 1,414 mangsa banjir di kedua-dua daerah itu dibenarkan pulang ke rumah pagi ini manakala keadaan banjir di daerah Pendang, Bandar Baharu dan Yan masih tidak berubah.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zulki fli Ramli berkata, jumlah mangsa banjir yang masih berada di kesemua 17 pusat pemindahan sehingga pagi ini ialah 1,908 orang daripada 477 keluarga.
``Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di daerah Alor Star ialah seramai 885 orang, Kubang Pasu (218), Pendang (226), Bandar Baharu (18) dan Yan (561),’’ katanya ketika dihubungi hari.
Sementara itu Orang ramai yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir dan di cerun bukit dinasihat berwaspada pada musim peralihan monsun ini yang dijangka berakhir pada pertengahan November.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Dr Yap Kok Seng berkata musim peralihan monsun yang bermula pertengahan September lepas membawa hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang dan malam di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
"Sejak September lepas, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara telah mencatatkan hujan melebihi paras normal."
Keadaan ini menyebabkan banjir kilat dan kadangkala terjadi tanah runtuh di cerun-cerun yang kurang stabil di negeri-negeri berkenaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata hujan lebat dan ribut petir adalah fenomena biasa pada musim peralihan monsun.
"Pada tahun ini hujan adalah lebih banyak kerana suhu di permukaan laut yang lebih panas di rantau ini menyebabkan lebih banyak awan hujan terbentuk di sekitar negara kita," katanya.
Yap berkata JMM akan memantau dan mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora jika keadaan memerlukan.Mengenai musim Monsun Timur Laut yang akan bermula pertengahan November, Yap berkata cuaca dijangka lebih lembab daripada biasa dengan angin timur laut yang kuat semasa hujan lebat menyebabkan laut bergelora.
Negeri yang akan mengalami hujan Monsun Timur Laut ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarah berpindah.

No comments: