Wednesday, July 9, 2008

LIMA ADUN PKR KEDAH SERTAI PAS

HILANG KEYAKINAN ...ITULAH ANTARA SEBAB LIMA ADUN PKR MAHU MENYERTAI PAS KEDAH.

Lima Ahli Dewan Undangan negeri Kedah yang menang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dijangka menyertai Parti Pas dalam tempoh terdekat ini.
Keputusan itu di buat setelah mereka tidak lagi yakin dengan halatuju PKR, khususnya Dato Seri Anwar terutama selepas tuduhan liwat yang melibatkan pembantu beliau, di ibu negara, baru-baru ini.
Sumber dalam Pas memaklumkan, satu perbincangan awal telah diadakan dengan Menteri Besar Ustaz Azizan di satu tempat yang dirahsiakan, baaru-baru ini.
Kata sumber itu lagi, dalam pertemuan hampir 40 minit itu, kelima-lima ADUN terbabit meluahkan ketidakyakinan mereka dengan PKR khususnya Dato Seri Anwar yang terbabit dalam skandal liwat.
"Depa bukan saja kecewa dengan skandal liwat tetapi yang lebih depa frust ialah tindakan Amerika untuk cuba campurtangan dalam urusan negara ini. Tindakan itu Depa anggap satu pencabulan dan depa sama sekali tidak dapat menerima sebarang bentuk pencabulan terhadap negara ini', jelas sumber itu lagi.
Katanya, secara prinsip kelima-lima adun terbabit iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas), Tan Show Kang (Sidam) Lim Soo Nee(Kulim), V. Arumugam(Bukit Selambau) dan Tan Wei Shu(Bakar Arang) bersetuju menyertai Pas tanpa sebarang syarat.
Mohammad Radzhi dijangka menyertai Pas ranting Kulim, manakala empat lagi ADUN akan menyertai Pas sebagai ahli bersekutu.
Dengan penyertaan lima ADUN PKR itu bermakna Pas akan memperkukuhkan kedudukan Pas sebagai Kerajaan Negeri. Sebelum ini Pas terpaksa membentuk kerajaan pakatan rakyat dengan PKR kerana tidak mempunyai majoriti di dewan undangan negeri Kedah.
Tambah sumber itu, pengumuman rasmi penyertaan kelima-lima ADUN berkenaan dalam Pas dijangka akan dibuat oleh Menteri Besar dalam masa terdekat ini.
"Mungkin satu lagi pertemuan antara MB dan ADUN berkenaan diadakan sebelum pengumumanrasmi dibuat" tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat sempena sambutan Jubli Emas sebagai hadiah kepada Sultan Kedah.

Sunday, July 6, 2008

JUBLI EMAS - APA PERANAN MBAS ..LAMPU OH LAMPU


KELIBAT MBAS HANYA MELAKUKAN KERJA-KERJA SAMPINGAN SEMPENA JUBLI EMAS SEPERTI MENANAM BUNGA BUNGA DAN LAIN-LAIN.

Kalut ! Kalut! Dah tak lama lagi aih .. tak sampai dua minggu lagi, Kedah bakal melakar sejarah berikutan KDYMM Sultan Kedah bakal menyambut pemerintahan Jubli Emas iaitu Pemerintahan genap 50 tahun.
Jemputan dah dibuat kepada semua Sultan dan Raja negeri termasuk jemputan khas kaum kerabat di luar Negara yang dok dengar iaitu Sultan Brunai, Raja Thailand dengar juga keluarga Di Raja Britain .. tang jemputan dok tengok tentu meriah punya tapi tang persiapan bersediakah Negeri Kedah lebih-lebih Bandaraya Alor Star untuk sambut kedatangan tetamu-tetamu khas KDYMM Tuanku Sultan Kedah dengan penuh keghairahan dan gilang-gemilang bak istana indah nan bunian …
Apa-apapun Kerajaan Negeri jangan buat Tuanku Sultan Kedah “malu” dan mampu membuat Tuanku tersenyum kalau Tuanku “murka” semua kena jual nanti ….
Dok bilang jari dan tengok kalendar, bolehkah projek-projek Jubli Emas boleh disiapkan sepenuhnya?
Kalau lagu dok tengok la ni, macam gayat saja, apa-apapun kita tunggu dan lihat harap-harap secerah bulan dilangit kerana Kedah pantang kalah walau jatuh, sakit dan rebah...
Sudah semestinya semua agensi dan jabatan di dalam Negeri Kedah semakin sibuk membuat persiapan bagi memastikan sambutan kali ini penuh bermakna untuk negara, negeri dan rakyat keseluruhannya.
Kerajaan Pas Kedah kena bertanggungjawab la. Jangan asyik dok buat sibuk atur pingat sana pingat sini, kerja dah celaru. Bahagaian protokol tu kena buat persiapan betul-betul jangan dok pandai cakap saja nanti sampai hari yang ditunggu semua pakat ketaq kepala lutut dan kepala dok buat susunan protokol.
Apapun rajyat Kedah dengaq kata tak berapa seronok nak sambut Jubli Emas. Al maklumlah la ni hidup dalam keadaan susah pasai minyak naik harga, barang-barang apa lagi yang tak kena mengena dengan minyak pun naik juga. Jadi semua pakat susah hati. Dari Pak long di Bandar Baharu sampai kat Cu Leh di Bukit Kayu Hitam, dok dalam susah hati.
Kalau zaman Hang Tuah, Tuanku Sultan dan kabinet baginda dah pakat-pakat sedekah kat rakyat pasai rakyat dalam kesusahan. Tapi Kerajaan Pas la ni rakyat susah depa dok pulun pi luar negara, sat-sat pi Eropah, Mesir, Austrlia dan tak kurang juga pi luar negara tapi paling dekat nun danok.
Bagi Rakyat kebanykkan cari makan lebih utama dari dok pi sambut Jubli Emas. Depa bukan tak hormat Sultan, tapi anak bini sapa nak bagi makan.
Dalam dok rancak buat persiapan yang menjadi tanda tanya la ni sejauh mana penglibatan pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) selaku tuan punya gelanggang. Sedar atau disengajakan
dok tengok puak MBAS DOK "mandom” dan ”kurang cas” semacam saja, sebaliknya Jabatan yang nampak ketara belemoih kata oang kedah atau bertungkus lumus hingga ke dinihari ialah Jabatan Kerja Raya (JKR).
MBAS tu macam Mnadur, dok kilas tangan dibelakang jalan sana-sini tengok orang lain buat kerja, seolah-olah tidak mengambil bahagian langsung . Hanya menjadi pemerhati dilaman sendiri saja.
Secara prinsipnya, MBAS sepatutnya kena "belemoih" dalam menjayakan Perayaan Jubli Emas jangan dok asyik memberi alasan peruntukkan tidak ada.
Kalau duit tak ada buatlah kerja yang tidak perlukan kewangan yang besar seperti menghiasi jalan-jalan utama dengan jutaan bunga-bunga agar Alor Star menjadi bandar dalam taman yang boleh dibanggakan. Banyak bunga-bunga yang terdapat di tapak semaian milik MBAS yang boleh digunakan bagi tujuan itu.
Kata orang tua-tua, "hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih". Kalaulah di negeri-negeri lain jalan-jalan sudah pasti penuh dengan pekerja Majlis membuat persiapan yang sewajarnya demi menjayakan sambutan Jubli Emas demi Tuanku Sultan yang tercinta bak orang Kedah kata "sampai belaga punggung buat kerja" ini apa yang nampak hanya pekerja JKR saja dan ini membuatkan warga Bandaraya Alor Star tertanya-tanya di mana perginya anggota MBAS?
Masa yang dah tinggal tak berapa hari lagi masih tidak nampak kelibat pekerja MBAS di dalam membungakan jalan-jalan dan pintu masuk ke Bandaraya Alor Star dan juga riuh rendah dalam pemasangan lampu-lampu hiasan dengan seadanya...
Kot Ketua yang dok jaga Bahagian dok lena ataupun tak reti nak buat kerja ataupun dok tunggu Datuk Bandar bagi arahan baru kalut nak buat?
Persoalannya, pasai apa MBAS jadi macam itu. Apa sumbangan MBAS ..? Depa tak sayang dan hormatkah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di dalam menyambut hari yang penuh makna dan istimewa di dalam hayat KDYMM Tuanku Sultan dan lebih-lebih lagi Tuanku Sultan Kedah adalah Sultan yang ke-2 selepas Almarhum Tuanku Raja Perlis di dalam menyambut pemerintahan ke-50 .. Hebat tuu !
Dengaq habaq juga dari wisma Darulaman, di sebalik dok sibuk buat persiapan ada satu drama perebutan projek telah berlaku antara Kerajaan Negeri dengan MBAS.
Bukan rahsia lagi, peruntukan lampu hiasan sebanyak 1.5 juta yang diperolehi daripada Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengar kata pihakl tertentu dok pulun tak mau bagi kat MBAS. Betoi la tuu kut ! dok nampak sampai la nie lampu lip lap tak pasang lagi di dalam Bandaraya Alor Star.
Dari sumber tu kata orang di wisma pun dok nak adjust projek ini sebab lampu ni Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang buat permohonan kepada KPKT tetapi ikut prosedur setiap peruntukan daripada KPKT akan diturunkan kepada PBT dan PBT yang ada hak ke atas peruntukan tersebut.
Kata Sumber tu, apa yang dok lawan berebut , sapa pun buat sama saja janji Bandaraya Alor Star bermandikan cahaya mungkin bukan matlamat tu yang ada dalam kepala otak depa tapi yang lebih penting ”habuan” yang dapat bila buat projek tu... aiii dan lagi pikiaq macam tuu ini orang kata sambil menyelam minum air jangan sampai lemas sudahlah ..
Seorang ahli majlis yang mau namanya dirahsiakkan bagi tau, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah pun mengatur projek tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat pembekal lampu di negeri Kedah dan difahamkan syarikat tersebut tersenarai di dalam 4 syarikat yang diperakui bagi pembekalan lampu oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) .
Pejabat SUK dilaporkan berjaya meyakinkan Kementerian Kewangan membuat lantikan terus itu dengan peruntukkan berjumlah RM1.5 juta.
Daripada andaian yang di buat , ada juga kebenarannya iaitu keputusan itu dilihat tidak menyenangkan pegawai MBAS yang berkenaan kerana depa pun mempunyai perancangan tertentu dengan peruntukan tersebut bak kata “rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari” mungkin kelewatan ini berpunca “sebotaj” dan kerenah birokrasi oleh pegawai MBAS kerana rasa ketidakpuasan hati ini walaupun pada dasarnya pihak Atasan MBAS telah bersetuju dengan Kerajaan Negeri selepas beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan syarat prosedur kewangan dipatuhi. Sepatutnya semua yang terlibat hendaklah mendahulukan kejayaan sambutan Jubli Emas daripada kepentingan peribadi kata sumber tersebut ..

Lampu oh lampu kenapa kau tak menyala?
Macam mana aku nak menyala depa tak pasang lagi ..
Kerajaan Negeri oh Kerajaan Negeri kenapa tak pasang lampu lagi?
Pi la tanya MBAS ...
MBAS oh MBAS kenapa tak pasang lagi lampu lagi?
Macam mana nak pasang dok tunggu pihak kontraktor hantar proposal ... apalah banyak alasan daa ...
macam cerita bangau oh bangau pula...
Tapi itulah realitinya, persoalan yang bermain diminda rakyat la ni mudah saja..lebih kurang gini la...
sampai bila kemelut ini tak akan habis?
Siapa watak disebalik permainan wayang ini?
Bila lampu-lampu hiasan ini akan berkelipan di ruang malam di Bandaraya Alor Star?
Siapa yang untung di dalam projek ini ?
Mampukah perayaan Jubli Emas ini menjadi nostalgia semua tetamu yang datang?
aduh jangan tanya lagi aku dah naik pening, nak tau pi tanya Depa yang dok kalut kat Wisma Darulaman tu...

APA YANG TERSIRAT DISEBALIK LOGO JUBLI EMAS SULTAN KEDAH INI ?


SEMINAR AHLI MAJLIS PBT KEDAH JADI TEMPAT PEMIMPIN PAS LEPAS GERAM KEPADA ANGGOTA KCS.

TUDUHAN KCS TIDAK LAGI RELEVAN MEMBUKTIKAN PIMPINAN PAS MASIH DUNGU DAN DANGKAL DENGAN PERANAN KCS DALAM MEMACU PENTADBIRAN NEGERI KEDAH.

Tidak effisen, tidak responsif serta tidak lagi releven.... itulah antara kata-kata yang tersembur dari mulut pimpinan Pas Kedah terhadap anggota KCS dalam seminar khas membabitkan anggota Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diadakan di Langkawi selama tiga hari bermula 29 Jun lalu..
Seminar yang pada asalnya bertujuan memberi kefahaman kepada anggota PBT tentang halatuju pentadbiran Kerajaan Pas, bertukar menjadi muktamar Pas apabila laungan dan sorakan tadbir bergema dalam dewan.
Malah menurut beberapa anggota KCS, matlamat asal seminar langsung tidak tercapai kerana Pas menggunakan majlis itu untuk menghentam anggota KCS secara terbuka.
"Kalau dilihat dari corak ceramah mereka, saya penuh yakin ia seolah-olah mereka ingin meluahkan apa yang dipendam selama ini terhadap anggota KCS. Malah ada yang menganggap KSC tidak lagi releven dengan pentadbiran Kerajaan sekarang" kata sumber itu.
Jelasnya, ada di kalangan ahli majlis yang dilantik mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah naggota KCS dengan pelbagai dakwaan kononya, KCS tidak boleh dipercayai dan bersikap talam dua muka.
Tindakan itu tambah beliau menyebabkan sebahagaian besar anggota KSC yang menghadiri seminar itu merasa terhina.
"Saiap yang tidak terkilan kalau kita berusaha memikirkan kaedah terbaik untuk membangunkan kawasan dimana kita menjalankan tugas tiba-tiba ada pihak dakwa kita ada motif lain." tambah seorang lagi anggota KCS yanp turut menghadiri seminar tiga hari itu.
Dalam pada itu, Menteri Besar, Ustaz Azizan yang menyedari, penghinaan terhadap anggota KCS dengan segera mengigatkan pimpinan bahawan bahawa Pas kini bukan lagi pembangkang, sebaliknya adalah kerajaan yang memerintah.
Katanya, dakwaan seperti itu tidak harus ditujukan kepada anggota KCS kerana mereka adalah sebahagian dari anggota pentadbiran Kerajaan Negeri.
kata-kata "Pembelaan" Uztaz Azizan itu dibuat demi mengelak anggota KCS daripada membenci pimpinan Pas yang dilihat lebih berminat mencari salah daripada mengembeling usaha bagi menjana pembangunan negeri.
Apapun yang dilakukan oleh Ustaz Azizan kata salah seorang anggota KCS terbabit, sikap pimpinan Pas di peringkat bawah tidak ubah seperti lebih sudu dari periuk.
Sikap dan tindakan mereka jelas membuktikan peribadi mereka yang suka menunjuk-nunjuk dan bukanya mahu sama-sama menyumbang idea untuk membangunkan negeri kedah darulaman.
'Kami kecewa" itulah kesimpulan beliau.

Tuesday, July 1, 2008

SUDAH BERSEDIAKAH KERAJAAN KEDAH SAMBUT JUBLI EMAS KDYMM SULTAN KEDAH



Jika di hitung hanya tinggal beberapa hari lagi sambutan Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah yang pertamanya di negara ini akan disambut.Pelbagai persiapan rancak dibuat, termasuklah membersih serta mengecat jalan-jalan utama di sekitar bandaraya Alor Star, menanam bunga, memasang papan tanda dan sebagainya.
Di sebalik kerancakkan membuat persiapan itu, pelbagai persoalan bermain di minda masyarakat setempat. Antaranya kesungguhan dan komitmen Kerajaan Pas Kedah dalam memastikan beberapa projek infra yang telah dirancang khusus bagi menjayakan sambutan itu hingga kini masih belum siap sepenuhnya.Antaranya, dataran hadapan wisma darulaman, Dataran hadapan masjid Zahir dan istana anak bukit.
Menurut sumber, meskipun kerja-kerja asas dataran serta istana anak bukit siap, tetapi realitinya masih banyak kerja-kerja belum siapsepenuhnya.
"Mustahil dataran hadapan Masjid Zahir dan hadapan wisma dapat disiapkan berdasarkan perkembangan masa kini kerana tempoh bagi menyambut jubli emas semakin dekat" katanya.
Begitupun beliau mengakui pihak kontraktor boleh menyiapkan dataran berkenaan dengan membuat dataran berebtnuk sementara. Ia nampak cantik tetapi pembinaan itu berisiko tinggi dan merbahaya kepada keselamatan orang ramai.
Dalam pada itu sumber kontraktor pula berkata, kelewatan menyiapkan kerja-kerja dataran berkenaan dibebabkan beberapa sebab. Antara sebab utama ialah kelewatan kontraktor menerima bayaran berdasarkan kemajuan sesuatu projek.
Sementara itu sumber MBAS pula berkata, kerja-kerja memasang lampu bagi mengindahkan bandaraya tidak berjalan seperti yang dirancang.
katanya, terlalu banyak kerenah brokrasi menyebabkan usaha untuk mengindahkan bandara Alor Star menjadi slow dan bandar alor star kelihatan tidak bermaya.
"Datuk bandar kena lah tingkatkan usaha bagi mengindahkan bandaraya Alor Star kerana ia alor star bakal menjadi tumpuan pemimpin dari seluruh dunia".
Jangan la kerana nak pencen akhir tahun ini, kerja dan tanggungjawab dilepaskan terus kepada anak buah" sumber itu menambah.

JANGAN TERPENGARUH DENGAN CERITA DSAI - KATA EZAM

DARI LENGGOK BAHASA DSAI RAMAI YANG TELAH MENJANGKAKAN EPISOD GIMIK POLITIK BELIAU YANG SENTIASA PENUH DENGAN WARNA WARNI. HUBUNGANRAPAT DENGAN USTAZ AZIZAN APAKAH BAKAL MENCETUSKAN SENARIO YANG SERUPA DALAM PAS.

"Jangan terpengaruh dengan cerita DSAI" itulah kata-kata bekas Setiausaha Politik DSAI, Mohamad Ezam Mohd Nor.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkannya menggunakan laporan polis yang mendakwa beliau meliwat seorang pembantunya baru-baru ini.
Ezam berkata, adalah mustahil kerajaan sengaja mereka-reka atau membuat konspirasi seumpama itu untuk menjatuhkan Anwar.
“Secara logiknya, tiada siapa hendak buat konspirasi dengan menggunakan ‘modal’ yang sama,” katanya.
Menurutnya, perbuatan Anwar mengaitkan nama beberapa pemimpin negara dan kerajaan dengan konspirasi serta menuduh mereka membuat dakwaan itu untuk menjatuhkannya juga bercanggah dengan ajaran Islam.
“Jika Anwar tidak suka dirinya dituduh tanpa bukti, dia juga tidak harus berbuat perkara yang sama.
“Kalau ada bukti, tunjukkan. Jangan tuduh sembarangan dan kemudian pergi bersembunyi. Kenapa?” ujar Mohamad Ezam merujuk kepada tindakan Anwar berlindung di kedutaan Turki di ibu negara sejak awal pagi semalam.
Ketika ditanya mengenai dakwaan kejadian liwat yang membabitkan Anwar dan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Ezam memberitahu, apa yang berlaku “adalah antara Anwar, Mohd. Saiful dan Allah.”