Sunday, July 6, 2008

SEMINAR AHLI MAJLIS PBT KEDAH JADI TEMPAT PEMIMPIN PAS LEPAS GERAM KEPADA ANGGOTA KCS.

TUDUHAN KCS TIDAK LAGI RELEVAN MEMBUKTIKAN PIMPINAN PAS MASIH DUNGU DAN DANGKAL DENGAN PERANAN KCS DALAM MEMACU PENTADBIRAN NEGERI KEDAH.

Tidak effisen, tidak responsif serta tidak lagi releven.... itulah antara kata-kata yang tersembur dari mulut pimpinan Pas Kedah terhadap anggota KCS dalam seminar khas membabitkan anggota Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang diadakan di Langkawi selama tiga hari bermula 29 Jun lalu..
Seminar yang pada asalnya bertujuan memberi kefahaman kepada anggota PBT tentang halatuju pentadbiran Kerajaan Pas, bertukar menjadi muktamar Pas apabila laungan dan sorakan tadbir bergema dalam dewan.
Malah menurut beberapa anggota KCS, matlamat asal seminar langsung tidak tercapai kerana Pas menggunakan majlis itu untuk menghentam anggota KCS secara terbuka.
"Kalau dilihat dari corak ceramah mereka, saya penuh yakin ia seolah-olah mereka ingin meluahkan apa yang dipendam selama ini terhadap anggota KCS. Malah ada yang menganggap KSC tidak lagi releven dengan pentadbiran Kerajaan sekarang" kata sumber itu.
Jelasnya, ada di kalangan ahli majlis yang dilantik mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah naggota KCS dengan pelbagai dakwaan kononya, KCS tidak boleh dipercayai dan bersikap talam dua muka.
Tindakan itu tambah beliau menyebabkan sebahagaian besar anggota KSC yang menghadiri seminar itu merasa terhina.
"Saiap yang tidak terkilan kalau kita berusaha memikirkan kaedah terbaik untuk membangunkan kawasan dimana kita menjalankan tugas tiba-tiba ada pihak dakwa kita ada motif lain." tambah seorang lagi anggota KCS yanp turut menghadiri seminar tiga hari itu.
Dalam pada itu, Menteri Besar, Ustaz Azizan yang menyedari, penghinaan terhadap anggota KCS dengan segera mengigatkan pimpinan bahawan bahawa Pas kini bukan lagi pembangkang, sebaliknya adalah kerajaan yang memerintah.
Katanya, dakwaan seperti itu tidak harus ditujukan kepada anggota KCS kerana mereka adalah sebahagian dari anggota pentadbiran Kerajaan Negeri.
kata-kata "Pembelaan" Uztaz Azizan itu dibuat demi mengelak anggota KCS daripada membenci pimpinan Pas yang dilihat lebih berminat mencari salah daripada mengembeling usaha bagi menjana pembangunan negeri.
Apapun yang dilakukan oleh Ustaz Azizan kata salah seorang anggota KCS terbabit, sikap pimpinan Pas di peringkat bawah tidak ubah seperti lebih sudu dari periuk.
Sikap dan tindakan mereka jelas membuktikan peribadi mereka yang suka menunjuk-nunjuk dan bukanya mahu sama-sama menyumbang idea untuk membangunkan negeri kedah darulaman.
'Kami kecewa" itulah kesimpulan beliau.

1 comment:

antikurap said...

sepanjang yang saya ketahui apabila berurusan dengan KCS terutamanya di pejabat tanah, saya dapati mereka merupakan pentadbir yang lembab dan suka curi tulang, asyik- asyik alasan mesyuarat, kursus dan macam- macam lagi alasan yang diberikan oleh pegawai bawahan untuk "cover" bos yang lesap. kalau kita pergi ke pejabat tanah jam 8.00 pagi kita boleh tahu KSC ni ada atau tidak ada. Pembaca boleh pergi buat dan tinjau sendiri apa yang saya perkatakan disini. KSC hanya hendakkan jawatan dan gaji lumayan, bila kerja asyik ponteng saja itulah golongan KSC (Kaki Capik Sebelah)