Wednesday, July 9, 2008

LIMA ADUN PKR KEDAH SERTAI PAS

HILANG KEYAKINAN ...ITULAH ANTARA SEBAB LIMA ADUN PKR MAHU MENYERTAI PAS KEDAH.

Lima Ahli Dewan Undangan negeri Kedah yang menang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dijangka menyertai Parti Pas dalam tempoh terdekat ini.
Keputusan itu di buat setelah mereka tidak lagi yakin dengan halatuju PKR, khususnya Dato Seri Anwar terutama selepas tuduhan liwat yang melibatkan pembantu beliau, di ibu negara, baru-baru ini.
Sumber dalam Pas memaklumkan, satu perbincangan awal telah diadakan dengan Menteri Besar Ustaz Azizan di satu tempat yang dirahsiakan, baaru-baru ini.
Kata sumber itu lagi, dalam pertemuan hampir 40 minit itu, kelima-lima ADUN terbabit meluahkan ketidakyakinan mereka dengan PKR khususnya Dato Seri Anwar yang terbabit dalam skandal liwat.
"Depa bukan saja kecewa dengan skandal liwat tetapi yang lebih depa frust ialah tindakan Amerika untuk cuba campurtangan dalam urusan negara ini. Tindakan itu Depa anggap satu pencabulan dan depa sama sekali tidak dapat menerima sebarang bentuk pencabulan terhadap negara ini', jelas sumber itu lagi.
Katanya, secara prinsip kelima-lima adun terbabit iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas), Tan Show Kang (Sidam) Lim Soo Nee(Kulim), V. Arumugam(Bukit Selambau) dan Tan Wei Shu(Bakar Arang) bersetuju menyertai Pas tanpa sebarang syarat.
Mohammad Radzhi dijangka menyertai Pas ranting Kulim, manakala empat lagi ADUN akan menyertai Pas sebagai ahli bersekutu.
Dengan penyertaan lima ADUN PKR itu bermakna Pas akan memperkukuhkan kedudukan Pas sebagai Kerajaan Negeri. Sebelum ini Pas terpaksa membentuk kerajaan pakatan rakyat dengan PKR kerana tidak mempunyai majoriti di dewan undangan negeri Kedah.
Tambah sumber itu, pengumuman rasmi penyertaan kelima-lima ADUN berkenaan dalam Pas dijangka akan dibuat oleh Menteri Besar dalam masa terdekat ini.
"Mungkin satu lagi pertemuan antara MB dan ADUN berkenaan diadakan sebelum pengumumanrasmi dibuat" tegasnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat sempena sambutan Jubli Emas sebagai hadiah kepada Sultan Kedah.

No comments: