Tuesday, July 1, 2008

SUDAH BERSEDIAKAH KERAJAAN KEDAH SAMBUT JUBLI EMAS KDYMM SULTAN KEDAH



Jika di hitung hanya tinggal beberapa hari lagi sambutan Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah yang pertamanya di negara ini akan disambut.Pelbagai persiapan rancak dibuat, termasuklah membersih serta mengecat jalan-jalan utama di sekitar bandaraya Alor Star, menanam bunga, memasang papan tanda dan sebagainya.
Di sebalik kerancakkan membuat persiapan itu, pelbagai persoalan bermain di minda masyarakat setempat. Antaranya kesungguhan dan komitmen Kerajaan Pas Kedah dalam memastikan beberapa projek infra yang telah dirancang khusus bagi menjayakan sambutan itu hingga kini masih belum siap sepenuhnya.Antaranya, dataran hadapan wisma darulaman, Dataran hadapan masjid Zahir dan istana anak bukit.
Menurut sumber, meskipun kerja-kerja asas dataran serta istana anak bukit siap, tetapi realitinya masih banyak kerja-kerja belum siapsepenuhnya.
"Mustahil dataran hadapan Masjid Zahir dan hadapan wisma dapat disiapkan berdasarkan perkembangan masa kini kerana tempoh bagi menyambut jubli emas semakin dekat" katanya.
Begitupun beliau mengakui pihak kontraktor boleh menyiapkan dataran berkenaan dengan membuat dataran berebtnuk sementara. Ia nampak cantik tetapi pembinaan itu berisiko tinggi dan merbahaya kepada keselamatan orang ramai.
Dalam pada itu sumber kontraktor pula berkata, kelewatan menyiapkan kerja-kerja dataran berkenaan dibebabkan beberapa sebab. Antara sebab utama ialah kelewatan kontraktor menerima bayaran berdasarkan kemajuan sesuatu projek.
Sementara itu sumber MBAS pula berkata, kerja-kerja memasang lampu bagi mengindahkan bandaraya tidak berjalan seperti yang dirancang.
katanya, terlalu banyak kerenah brokrasi menyebabkan usaha untuk mengindahkan bandara Alor Star menjadi slow dan bandar alor star kelihatan tidak bermaya.
"Datuk bandar kena lah tingkatkan usaha bagi mengindahkan bandaraya Alor Star kerana ia alor star bakal menjadi tumpuan pemimpin dari seluruh dunia".
Jangan la kerana nak pencen akhir tahun ini, kerja dan tanggungjawab dilepaskan terus kepada anak buah" sumber itu menambah.

No comments: