Sunday, July 6, 2008

JUBLI EMAS - APA PERANAN MBAS ..LAMPU OH LAMPU


KELIBAT MBAS HANYA MELAKUKAN KERJA-KERJA SAMPINGAN SEMPENA JUBLI EMAS SEPERTI MENANAM BUNGA BUNGA DAN LAIN-LAIN.

Kalut ! Kalut! Dah tak lama lagi aih .. tak sampai dua minggu lagi, Kedah bakal melakar sejarah berikutan KDYMM Sultan Kedah bakal menyambut pemerintahan Jubli Emas iaitu Pemerintahan genap 50 tahun.
Jemputan dah dibuat kepada semua Sultan dan Raja negeri termasuk jemputan khas kaum kerabat di luar Negara yang dok dengar iaitu Sultan Brunai, Raja Thailand dengar juga keluarga Di Raja Britain .. tang jemputan dok tengok tentu meriah punya tapi tang persiapan bersediakah Negeri Kedah lebih-lebih Bandaraya Alor Star untuk sambut kedatangan tetamu-tetamu khas KDYMM Tuanku Sultan Kedah dengan penuh keghairahan dan gilang-gemilang bak istana indah nan bunian …
Apa-apapun Kerajaan Negeri jangan buat Tuanku Sultan Kedah “malu” dan mampu membuat Tuanku tersenyum kalau Tuanku “murka” semua kena jual nanti ….
Dok bilang jari dan tengok kalendar, bolehkah projek-projek Jubli Emas boleh disiapkan sepenuhnya?
Kalau lagu dok tengok la ni, macam gayat saja, apa-apapun kita tunggu dan lihat harap-harap secerah bulan dilangit kerana Kedah pantang kalah walau jatuh, sakit dan rebah...
Sudah semestinya semua agensi dan jabatan di dalam Negeri Kedah semakin sibuk membuat persiapan bagi memastikan sambutan kali ini penuh bermakna untuk negara, negeri dan rakyat keseluruhannya.
Kerajaan Pas Kedah kena bertanggungjawab la. Jangan asyik dok buat sibuk atur pingat sana pingat sini, kerja dah celaru. Bahagaian protokol tu kena buat persiapan betul-betul jangan dok pandai cakap saja nanti sampai hari yang ditunggu semua pakat ketaq kepala lutut dan kepala dok buat susunan protokol.
Apapun rajyat Kedah dengaq kata tak berapa seronok nak sambut Jubli Emas. Al maklumlah la ni hidup dalam keadaan susah pasai minyak naik harga, barang-barang apa lagi yang tak kena mengena dengan minyak pun naik juga. Jadi semua pakat susah hati. Dari Pak long di Bandar Baharu sampai kat Cu Leh di Bukit Kayu Hitam, dok dalam susah hati.
Kalau zaman Hang Tuah, Tuanku Sultan dan kabinet baginda dah pakat-pakat sedekah kat rakyat pasai rakyat dalam kesusahan. Tapi Kerajaan Pas la ni rakyat susah depa dok pulun pi luar negara, sat-sat pi Eropah, Mesir, Austrlia dan tak kurang juga pi luar negara tapi paling dekat nun danok.
Bagi Rakyat kebanykkan cari makan lebih utama dari dok pi sambut Jubli Emas. Depa bukan tak hormat Sultan, tapi anak bini sapa nak bagi makan.
Dalam dok rancak buat persiapan yang menjadi tanda tanya la ni sejauh mana penglibatan pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) selaku tuan punya gelanggang. Sedar atau disengajakan
dok tengok puak MBAS DOK "mandom” dan ”kurang cas” semacam saja, sebaliknya Jabatan yang nampak ketara belemoih kata oang kedah atau bertungkus lumus hingga ke dinihari ialah Jabatan Kerja Raya (JKR).
MBAS tu macam Mnadur, dok kilas tangan dibelakang jalan sana-sini tengok orang lain buat kerja, seolah-olah tidak mengambil bahagian langsung . Hanya menjadi pemerhati dilaman sendiri saja.
Secara prinsipnya, MBAS sepatutnya kena "belemoih" dalam menjayakan Perayaan Jubli Emas jangan dok asyik memberi alasan peruntukkan tidak ada.
Kalau duit tak ada buatlah kerja yang tidak perlukan kewangan yang besar seperti menghiasi jalan-jalan utama dengan jutaan bunga-bunga agar Alor Star menjadi bandar dalam taman yang boleh dibanggakan. Banyak bunga-bunga yang terdapat di tapak semaian milik MBAS yang boleh digunakan bagi tujuan itu.
Kata orang tua-tua, "hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih". Kalaulah di negeri-negeri lain jalan-jalan sudah pasti penuh dengan pekerja Majlis membuat persiapan yang sewajarnya demi menjayakan sambutan Jubli Emas demi Tuanku Sultan yang tercinta bak orang Kedah kata "sampai belaga punggung buat kerja" ini apa yang nampak hanya pekerja JKR saja dan ini membuatkan warga Bandaraya Alor Star tertanya-tanya di mana perginya anggota MBAS?
Masa yang dah tinggal tak berapa hari lagi masih tidak nampak kelibat pekerja MBAS di dalam membungakan jalan-jalan dan pintu masuk ke Bandaraya Alor Star dan juga riuh rendah dalam pemasangan lampu-lampu hiasan dengan seadanya...
Kot Ketua yang dok jaga Bahagian dok lena ataupun tak reti nak buat kerja ataupun dok tunggu Datuk Bandar bagi arahan baru kalut nak buat?
Persoalannya, pasai apa MBAS jadi macam itu. Apa sumbangan MBAS ..? Depa tak sayang dan hormatkah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di dalam menyambut hari yang penuh makna dan istimewa di dalam hayat KDYMM Tuanku Sultan dan lebih-lebih lagi Tuanku Sultan Kedah adalah Sultan yang ke-2 selepas Almarhum Tuanku Raja Perlis di dalam menyambut pemerintahan ke-50 .. Hebat tuu !
Dengaq habaq juga dari wisma Darulaman, di sebalik dok sibuk buat persiapan ada satu drama perebutan projek telah berlaku antara Kerajaan Negeri dengan MBAS.
Bukan rahsia lagi, peruntukan lampu hiasan sebanyak 1.5 juta yang diperolehi daripada Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengar kata pihakl tertentu dok pulun tak mau bagi kat MBAS. Betoi la tuu kut ! dok nampak sampai la nie lampu lip lap tak pasang lagi di dalam Bandaraya Alor Star.
Dari sumber tu kata orang di wisma pun dok nak adjust projek ini sebab lampu ni Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang buat permohonan kepada KPKT tetapi ikut prosedur setiap peruntukan daripada KPKT akan diturunkan kepada PBT dan PBT yang ada hak ke atas peruntukan tersebut.
Kata Sumber tu, apa yang dok lawan berebut , sapa pun buat sama saja janji Bandaraya Alor Star bermandikan cahaya mungkin bukan matlamat tu yang ada dalam kepala otak depa tapi yang lebih penting ”habuan” yang dapat bila buat projek tu... aiii dan lagi pikiaq macam tuu ini orang kata sambil menyelam minum air jangan sampai lemas sudahlah ..
Seorang ahli majlis yang mau namanya dirahsiakkan bagi tau, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah pun mengatur projek tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat pembekal lampu di negeri Kedah dan difahamkan syarikat tersebut tersenarai di dalam 4 syarikat yang diperakui bagi pembekalan lampu oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) .
Pejabat SUK dilaporkan berjaya meyakinkan Kementerian Kewangan membuat lantikan terus itu dengan peruntukkan berjumlah RM1.5 juta.
Daripada andaian yang di buat , ada juga kebenarannya iaitu keputusan itu dilihat tidak menyenangkan pegawai MBAS yang berkenaan kerana depa pun mempunyai perancangan tertentu dengan peruntukan tersebut bak kata “rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari” mungkin kelewatan ini berpunca “sebotaj” dan kerenah birokrasi oleh pegawai MBAS kerana rasa ketidakpuasan hati ini walaupun pada dasarnya pihak Atasan MBAS telah bersetuju dengan Kerajaan Negeri selepas beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan syarat prosedur kewangan dipatuhi. Sepatutnya semua yang terlibat hendaklah mendahulukan kejayaan sambutan Jubli Emas daripada kepentingan peribadi kata sumber tersebut ..

Lampu oh lampu kenapa kau tak menyala?
Macam mana aku nak menyala depa tak pasang lagi ..
Kerajaan Negeri oh Kerajaan Negeri kenapa tak pasang lampu lagi?
Pi la tanya MBAS ...
MBAS oh MBAS kenapa tak pasang lagi lampu lagi?
Macam mana nak pasang dok tunggu pihak kontraktor hantar proposal ... apalah banyak alasan daa ...
macam cerita bangau oh bangau pula...
Tapi itulah realitinya, persoalan yang bermain diminda rakyat la ni mudah saja..lebih kurang gini la...
sampai bila kemelut ini tak akan habis?
Siapa watak disebalik permainan wayang ini?
Bila lampu-lampu hiasan ini akan berkelipan di ruang malam di Bandaraya Alor Star?
Siapa yang untung di dalam projek ini ?
Mampukah perayaan Jubli Emas ini menjadi nostalgia semua tetamu yang datang?
aduh jangan tanya lagi aku dah naik pening, nak tau pi tanya Depa yang dok kalut kat Wisma Darulaman tu...

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.