Thursday, December 4, 2008

APA DAH JADI DGN TIMBALAN KETUA MENTERI P.PINANG - 6 PEGAWAI LETAK JAWATAN SERENTAK


Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan.
Terakhir Isnin lalu, dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.
Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.
Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.
Mohammad Fairus ang dihubungi menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.
Wakil rakyat Penanti menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.- malaysiakini

Wednesday, December 3, 2008

DATUK WAN AHMAD FARID CALON BN DI KUALA TERANGGANU...?


Lima tokoh disebut-sebut disenarai pendekkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.
mereka ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan ketua bahagian Mohd Sabri Alwi, Ketua penerangan Umno negeri, Datuk Zuber Embong, Bendahari Umno, Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan Umno bahagian, Mohd Zuber Embong.
Selain Wan Ahmad Farid, Mohd Sabri juga dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih bertanding kerusi tersebut. Jika dipilih, pertandingan ini pilihanraya yang pertama disertai mereka.
Tempoh pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai senator akan tamat pada 22 Disember ini.
Zuber pula pernah kalah di parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya umum 1990.
Selepas itu, namanya tidak muncul sehinggalah dilantik sebagai ketua penerangan Umno negeri pertengahan tahun ini. Calon lain, Roslan yang juga presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Ladang pada 1995 tetapi tewas di tangan calon PAS Dr Sulaiman Abdullah pada 1999.
Bagaimanapun, Mohd Zuber, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu, kalah bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian baru-baru ini.
Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri merupakan dua pemimpin yang dikatakan rapat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Sebelum dilantik kepada jawatannya sekarang, Wan Ahmad Farid bertugas sebagai setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri manaka Mohd Sabri, seorang kontraktor, bekas ketua Pemuda Umno Terengganu.
Mesyuarat Pemuda bahagian Kuala Terengganu sebulat suara telah mencalonkan Khairy sebagai calon ketua Pemuda Umno untuk pemilihan, Mac depan.
pemerhati politik berkata, Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri disebut-sebut bakal calon BN dalam pilihanraya kecil itu.
Umno diramal mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kerusi berkenaan jika meletakkan calon yang sesuai.
"Datuk Wan Ahmad Farid sudah dikenali pengundi Kuala Terengganu. Umno perlukan calon yang boleh diterima oleh semua pihak, bukan sahaja orang Umno, tetapi juga penyokong parti lawan dan pengundi atas pagar."
"Beliau bukan muka baru... orang sudah kenal beliau" jelas pemerhati itu.
Dalam pilihanraya umum lepas, calon Allahyarham Dato Razali menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

KETUANANMELAYU ADALAH INSTITUSI RAJA....JANGAN JADI PENDERHAKA

Jika selama ini ketuanan Melayu diserang oleh parti pembangkang tetapi kali ini di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri, sekaligus meletakkan UMNO sebagai pihak yang mempertahankan konsep itu dalam keadaan tersepit.
UMNO yang selama ini dilihat mendiamkan diri dan sekadar minta semua pihak menghormati konsep ketuanan Melayu, menyaksikan beberapa pemimpinya mula bangkit bukan sahaja mempertahankan konsep ketuanan Melayu malah memberikan kenyataan yang mengingatkan agar mana-mana pihak termasuk kalangan pemimpin komponen BN agar jangan mempertikaikan isu berkenaan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz contohnya bukan sahaja meminta isu tersebut dihentikan, tetapi melabelkan mereka yang mempertikaikan ketuanan Melayu sebagai penderhaka dan mirip kepada gerakan revolusi.
Alasannya “Ketuanan Melayu bukan UMNO tetapi adalah institusi Raja-Raja Melayu” dan dengan itu mempertiakikan konsep ketuanan Melayu bermakna pihak-pihak tertentu jelasnya, mempertikaikan Raja-Raja Melayu bukannya UMNO.
Sehubungan itu beliau meminta, pihak-pihak yang mempertikaikan isu ketuanan Melayu berhenti daripada berbuat demikian kerana apabila ia menyentuh tentang institusi Raja-Raja Melayu, ada peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan boleh digunakan terhadap mereka.
Kenyataan Nazri tersebut sudah tentu berbeza nadanya dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini yang meminta agar konsep ketuanan Melayu dihormati dan kenyataan mempertikai ketuanan Melayu dianggap menyinggung dan mengguris hati orang Melayu.
Ini kerana beliau dengan jelas menyatakan, penentangan kepada konsep ketuanan Melayu bererti menentang institusi Raja-Raja Melayu yang membawa maksud penderhakaan kepada negara kerana kedudukan Raja-Raja Melayu dijamin dalam Perlembagaan dan perlu dihormati. “Konsep ketuanan Melayu sepatutnya tidak perlu dibincang secara terbuka. Ketuanan Melayu bukan bermakna Melayu itu tuan dan kaum lain adalah hamba. Ketuanan Melayu bukan bermaksud UMNO mesti memerintah. Ketuanan Melayu adalah institusi Raja-Raja Melayu yang telah wujud sejak sebelum merdeka…kalau sesiapa tidak setuju dengan institusi Raja-Raja ia adalah satu penderhakaan tetapi UMNO akan tetap mempertahankannya,” ujar beliau. Ditanya kenapa sejak selepas pilihan raya umum Mac lalu, isu ketuanan Melayu serta isu-isu yang berkaitan dengan orang Melayu begitu banyak dipersoalkan. Nazri dengan nada tegas berkata, ia dijadikan alasan olah parti-parti komponen sebagai punca kepada kekalahan BN dengan meletakkan alasan kerana konsep ketuanan Melayulah rakyat menolak BN.
“Yang kalah ialah mereka. Daripada 40 kerusi yang ditandingi oleh MCA, mereka cuma menang 15, GERAKAN cuma menang dua itupun di Gerik ia adalah kerusi UMNO sebenarnya, MIC juga begitu. “Namun UMNO masih tetap unggul…jadi kenapa ketuanan Melayu dipersalahkan dan hendak dihapuskan,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak berhenti daripada membuat kenyataan yang tidak sewajarnya berhubung soal ketuanan Melayu.
Suara Nazri tersebut tidak terhenti setakat di situ sahaja kerana rupa-rupanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2008 yang membabitkan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan, sekali lagi isu ketuanan Melayu menjadikan Dewan Rakyat yang bersidang sehingga jam 11.00 malam tidak sepi seperti selalu.
Isu tersebut menjadi bahan perdebatan dan beberapa Ahli Parlimen BN secara terbuka membahaskan perkara berkenaan di bawah tajuk perpaduan.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz membuka gelanggang perbahasan dengan tanpa selindung kesal dengan sikap pemimpin komponen BN yang mempertikaikan ketuanan Melayu. Perdebatan yang hangat itu turut menyaksikan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman serta beberapa yang lain turut mengambil bahagian mempertahankan konsep ketuanan Melayu yang selama ini dijadikan senjata oleh pembangkang menyerang UMNO dengan memanipulasi pengertian konsep itu kononnya Melayu adalah tuan dan kaum lain adalah hamba.
Walaupun pihak pembangkang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang cuba terus mengapi-apikan isu berkenaan, seperti dikatakan seolah-olah menjadi hari kepada para pemimpin UMNO bangun mempertahankan konsep tersebut dengan satu nada dan tidak lagi berselindung.
Bukan hanya pembangkang, para pemimpin komponen BN sendiri turut ‘diserang’ walaupun ia bukan menjadi amalan terutama di kalangan pemimpin Melayu selama ini.
Jika selama ini kiasan dan ayat berlapik digunakan, tetapi hari Isnin, segalanya terbuka dan berterus terang. – Agendadaily.

Monday, December 1, 2008

PERSOALAN MENGENAI LADANG BABI "SOPHISSTICATED"

CERITAYAN menerima banyak komen-komen mengenai ladang babi yang bakal dibangunkan oleh Kerajaan Pas Kedah termasuk dari UMNO dan PAS. Ada yang menyokong projek ini dan ada yang sebaliknya. Beberapa persoalan dilontar oleh mereka yang menghantar email. Berikut antara persoalannya:
  1. Media menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah telah membatalkan projek ini di Bukit Selambau dan akan dilaksanakan di lokasi yang strategik dan mesra alam. Maknanya, projek ini tidak dibatalkan perlaksanaannya dan akan diteruskan di lokasi lain. Daerah mana yang akan kena???
  2. Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Kedah dengan terlaksanya projek ini? Sedangkan majoriti rakyat di Kedah adalah 70%-80% Melayu Muslim. Banyak lagi projek yang lebih bermanfaat dan tidak bertentangan dengan sentimen/sensitiviti rakyat Kedah.
  3. Kenapakah Kerajaan PAS Kedah tidak membatalkan perlaksanaan projek ini dan hanya membatalkan lokasi asalnya sahaja iaitu Bukit Selambau? Sedangkan Kerajaan PAS Kedah tahu bahawa projek ini telah mencetus bantahan dari majoriti rakyat, sehingga ada yang sanggup berdemonstrasi membantah perlaksanaanya.
  4. Kerajaan PAS Kedah tahu bahawa dana kerajaan negeri amat terhad dan Kedah tergolong dalam negeri miskin sebelum ini. Hutang pun banyak. Namun, atas rasional apakah Kerajaan PAS Kedah masih mahu meneruskan projek yang "sophisticated" yang tentunya memerlukan perbelanjaan yang banyak? Lebih baik jika pihak Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek yang lebih baik dan memberikan keuntungan.
  5. Mengapakah projek Kandang Khinzir yang dipilih? Tidak ada lagikah projek selain dari projek haiwan yang diharamkan Allah ini? Bukan salah khinzir atau Allah S.W.T yang Maha Pencipta, tetapi salah kepada manusia yang tidak menghindarkan diri dari perkara yang diharamkan. Harap jangan "spin" soalan ini.
  6. Sila senaraikan sebab musabab tentang relevannya pengwujudan "Kandang Khinzir di Kedah".

BILA NAK TUNAI JANJI DALAM MANIFESTO - MUSLIMAT PAS SELANGOR

Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya menunaikan manifesto terhadap rakyat sebagaimana yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya dahulu.
ika pimpinan Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan segala janji dalam manifesto beliau yakin rakyat akan menyamakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN.Ini kerana katanya, selama ini Umno-BN hanya pandai menabur janji terutama dalam setiap kali kempen pilihan raya dengan tujuan memancing undi.
Memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat masih baru dan belum sampai setahun mentadbir kerajaan mereka perlu jelaskan kepada rakyat mengapa manifesto tersebut masih belum dapat ditunaikan.
"Rakyat sudah fobia dengan pimpinan Umno-BN, jika pimpinan Pakatan Rakyat menempuh jalan yang sama dengan BN sudah tentu rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, jika dalam setahun kerajaan Pakatan Rakyat masih belum dapat menunaikan manifesto PAS akan menegur dengan memberi pandangan dan kritikan walaupun dalam kerajaan sendiri.
Selama ini teguran yang dilakukan oleh PAS menyebabkan ahli dan pimpinan Umno-BN mendakwa PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya PAS berfungsi sebagai `Check and balance' dan mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Umno-BN.
"Kita dalam PAS sebagai satu gerakan Islam sebab itu kita yang patut memberi peringatan kepada kerajaan hari ini sama ada Pakatan Rakyat dan Umno," tegasnya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat menjelaskan masih banyak lagi manifesto negeri Selangor yang belum ditunaikan seperti bantuan untuk tadika sebanyak RM50 seorang.

PERTIKAI KETUANAN MELAYU KENAPA PAS MEMBISU

Akar umbi mempertikaikan pimpinan Pas Kedah khususnya dan Pas Pusat umumnya kerana masih bersikap diam diri berhubung isu mempertikaikan ketuanan melayu oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek.
Menurut mereka, sikap berdiam diri pimpinan Pas kedah, Ustaz Azizan dan Pas Pusat Haji Hadi Awang seolah-olah mengambarkan mereka bukan saja tidak sensitif dengan hak orang melayu malah, menganggapkan mereka kini bukan orang melayu.
Sumber dalaman Pas berkata, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Ibu pejabat Pas pusat mahupun pas kedah berhubung pendirian pas mengenai perkara itu.
"kami hairan kepada pas tak buat sebarang pendirian mengenai perkara itu, mungkin depa rasa depa bukan melayu kot" kata Haji Hamdan dari Pendang.
Apa yang jelas katanya, sejak mendirikan kerajaan negeri atas nama pakatan rakyat, nampaknya Ustaz Azizan dah jadi melayu tak serupa melayu, kalau dulu isu macam ni diperkatakan dialah yang paling awal buat pendirian, tapi la ni mungkin dia rasa dah keluar dari melayu kot" kata Mat Ali dari Alor Pak Ngah.
Dalam pada itu Bernama melaporkan Dr Chua diminta menuntut maaf secara terbuka kepada orang Melayu mengenai kenyataannya berhubung "ketuanan Melayu", yang didakwa "memfitnah dan berbaur hasutan" untuk membenci orang Melayu.
Dalam notis tuntutan yang dibuat oleh Tetuan Azam Aziz & Rose Maria, anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Apis Md Johar, turut menuntut Dr Chua menarik balik kenyataan itu yang dibuatnya dalam dalam ucapannya pada satu majlis Khamis lepas di Sunway Resort & Spa di Petaling Jaya, yang turut dimuatkan dalam laman webnya http://drchua9.blogspot.com itu dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu.
Mohd Apis berkata, Dr. Chua juga perlu memuatkan permohonan maafnya itu dalam laman webnya dengan draf permohonan maaf itu perlu terlebih dahulu diluluskan oleh mereka.
Dr. Chua turut dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta sebagai "tanda bersalah dan insaf berhubung kenyataan itu" dan wang itu akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah.
Mohd Apis berkata, jika Dr. Chua enggan, cuai atau mengabaikan notis itu, pihaknya akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap pemimpin MCA itu, selain memohon injunksi bagi menghalang Dr. Chua daripada "terus menghina bangsa Melayu." Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili Mohd Apis, menyerahkan notis tuntutan guaman empat muka surat itu kepada wakil Dr. Chua iaitu Setiausaha Ketua Pentadbiran ibu pejabat MCA, Yap Chin Chin di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini petang ini.

CHE HAT DAN YUSRAIN DIDAKWA GUNA KEDUDUKAN BINA KEKAYAAN DALAM GLC

Hampir setahun PAS memerintah Kedah. Namun hingga kini tiada sebarang perubahyan dilakukan sepertimana dijanjikan dalam manifesto yang diwar-warkan pada PRU-ke 12 .
Lebih malang, urusan GLC kini telah di dominasi oleh kelompok Che hat dan bekas menantu ustaz Azizan yang dikenali sebagai Yusrain hingga sanggup mengenepikan exco negeri.
Menurut salah seorang pimpinan Pas negeri, GLC Kedah telah diuruskan kelompok Che hat dan Yusrain dnegan mengutamakan kepentingan peribadi.
Bukti nyata kata pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan banyak perkara yang dilaksanakan amat jelas tidak memberi manafaat kepada rakyat mahupun PAS sendiri.
"Mungkin kelompok Che Had dan Yusrain anggap YB-YB dan Exco PAS yang lain tidak tahu apa-apa, sebab itulah semua projek yang melibatkan kos berbillion ringgit hanya dikuasai oleh kelompok depa saja" ujar beliau.
Antara projek yang dikaitkan dengan kelompok Che had dan yusrain ialahDigital Audio Broadcasting (DAB) yang bakal dilaksanakan di di Kedah.
Projek yang merupakan satu inisiatif untuk memodenkan penyiaran dalam bentuk digital, seperti radio yang dipancarkan untuk orang awam.
Projek berkenaan antara lain akan memberi kelebihan dari segi kualiti dan dapat menghantar teks-teks kepada penerima berbanding dengan pancaran radio biasa yang menghantar suara semata-mata.
Projek ini juga dirancang oleh kumpulan Che had dan Yusrain yang membabitkan kos RM 10 juta.
Namun persoalannya, siapa yang menentukan nilai harga projek itu..? Siapa pula yang akan memantaunya? Apakah harga sebenar projek ini? Tidakkah ianya berharga RM6 juta sahaja?
Selebihnya “untuk” siapa?
Kata beliau, Ustaz Azizan sudah pasti mendapat laporan yang baik-baik saja kerana yang membuat laporan adalah orang yang membuat “kerja” tersebut.
Beliau mengigatkan jika Pas mementingkan kesejahteraan rakyat, janganlah telan saja apa yang dicadangkan oleh kelompok Che had dan Yusrain walaupun beliau adalah bekas menantu Ustaz Azizan. Apa yang berlaku dakwa beliau lagi, projek berkenaan tidak telus sama sekali.
"Projek tu sepatutnya dibawah seliaan Exco Pendidikan dan ICT, Ustaz Abdullah Jusoh malangnya dia seolah-olah disisihkan" katanya.
Aapa yang pasti ujar beliau lagi, kelompok Che hat dan Yusrain akan terus menggunakan kedudukan beliau sebagai bekas menantu Ustaz yang menjaga GLC untuk membelakangi exco bertanggungjawab.
Demi kesejahteraan rakyat, rakyat Ustaz Azizan diseru lebih tegas dalam membuat kepetusan kerana Pas bukan menjadi parti anak beranak buat projek untuk kaya.