Monday, December 1, 2008

BILA NAK TUNAI JANJI DALAM MANIFESTO - MUSLIMAT PAS SELANGOR

Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya menunaikan manifesto terhadap rakyat sebagaimana yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya dahulu.
ika pimpinan Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan segala janji dalam manifesto beliau yakin rakyat akan menyamakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno-BN.Ini kerana katanya, selama ini Umno-BN hanya pandai menabur janji terutama dalam setiap kali kempen pilihan raya dengan tujuan memancing undi.
Memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat masih baru dan belum sampai setahun mentadbir kerajaan mereka perlu jelaskan kepada rakyat mengapa manifesto tersebut masih belum dapat ditunaikan.
"Rakyat sudah fobia dengan pimpinan Umno-BN, jika pimpinan Pakatan Rakyat menempuh jalan yang sama dengan BN sudah tentu rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, jika dalam setahun kerajaan Pakatan Rakyat masih belum dapat menunaikan manifesto PAS akan menegur dengan memberi pandangan dan kritikan walaupun dalam kerajaan sendiri.
Selama ini teguran yang dilakukan oleh PAS menyebabkan ahli dan pimpinan Umno-BN mendakwa PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya PAS berfungsi sebagai `Check and balance' dan mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Umno-BN.
"Kita dalam PAS sebagai satu gerakan Islam sebab itu kita yang patut memberi peringatan kepada kerajaan hari ini sama ada Pakatan Rakyat dan Umno," tegasnya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat menjelaskan masih banyak lagi manifesto negeri Selangor yang belum ditunaikan seperti bantuan untuk tadika sebanyak RM50 seorang.

No comments: