Wednesday, December 3, 2008

DATUK WAN AHMAD FARID CALON BN DI KUALA TERANGGANU...?


Lima tokoh disebut-sebut disenarai pendekkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.
mereka ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan ketua bahagian Mohd Sabri Alwi, Ketua penerangan Umno negeri, Datuk Zuber Embong, Bendahari Umno, Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan Umno bahagian, Mohd Zuber Embong.
Selain Wan Ahmad Farid, Mohd Sabri juga dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih bertanding kerusi tersebut. Jika dipilih, pertandingan ini pilihanraya yang pertama disertai mereka.
Tempoh pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai senator akan tamat pada 22 Disember ini.
Zuber pula pernah kalah di parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya umum 1990.
Selepas itu, namanya tidak muncul sehinggalah dilantik sebagai ketua penerangan Umno negeri pertengahan tahun ini. Calon lain, Roslan yang juga presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Ladang pada 1995 tetapi tewas di tangan calon PAS Dr Sulaiman Abdullah pada 1999.
Bagaimanapun, Mohd Zuber, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu, kalah bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian baru-baru ini.
Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri merupakan dua pemimpin yang dikatakan rapat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Sebelum dilantik kepada jawatannya sekarang, Wan Ahmad Farid bertugas sebagai setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri manaka Mohd Sabri, seorang kontraktor, bekas ketua Pemuda Umno Terengganu.
Mesyuarat Pemuda bahagian Kuala Terengganu sebulat suara telah mencalonkan Khairy sebagai calon ketua Pemuda Umno untuk pemilihan, Mac depan.
pemerhati politik berkata, Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri disebut-sebut bakal calon BN dalam pilihanraya kecil itu.
Umno diramal mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kerusi berkenaan jika meletakkan calon yang sesuai.
"Datuk Wan Ahmad Farid sudah dikenali pengundi Kuala Terengganu. Umno perlukan calon yang boleh diterima oleh semua pihak, bukan sahaja orang Umno, tetapi juga penyokong parti lawan dan pengundi atas pagar."
"Beliau bukan muka baru... orang sudah kenal beliau" jelas pemerhati itu.
Dalam pilihanraya umum lepas, calon Allahyarham Dato Razali menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

No comments: