Monday, December 1, 2008

PERTIKAI KETUANAN MELAYU KENAPA PAS MEMBISU

Akar umbi mempertikaikan pimpinan Pas Kedah khususnya dan Pas Pusat umumnya kerana masih bersikap diam diri berhubung isu mempertikaikan ketuanan melayu oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek.
Menurut mereka, sikap berdiam diri pimpinan Pas kedah, Ustaz Azizan dan Pas Pusat Haji Hadi Awang seolah-olah mengambarkan mereka bukan saja tidak sensitif dengan hak orang melayu malah, menganggapkan mereka kini bukan orang melayu.
Sumber dalaman Pas berkata, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Ibu pejabat Pas pusat mahupun pas kedah berhubung pendirian pas mengenai perkara itu.
"kami hairan kepada pas tak buat sebarang pendirian mengenai perkara itu, mungkin depa rasa depa bukan melayu kot" kata Haji Hamdan dari Pendang.
Apa yang jelas katanya, sejak mendirikan kerajaan negeri atas nama pakatan rakyat, nampaknya Ustaz Azizan dah jadi melayu tak serupa melayu, kalau dulu isu macam ni diperkatakan dialah yang paling awal buat pendirian, tapi la ni mungkin dia rasa dah keluar dari melayu kot" kata Mat Ali dari Alor Pak Ngah.
Dalam pada itu Bernama melaporkan Dr Chua diminta menuntut maaf secara terbuka kepada orang Melayu mengenai kenyataannya berhubung "ketuanan Melayu", yang didakwa "memfitnah dan berbaur hasutan" untuk membenci orang Melayu.
Dalam notis tuntutan yang dibuat oleh Tetuan Azam Aziz & Rose Maria, anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Apis Md Johar, turut menuntut Dr Chua menarik balik kenyataan itu yang dibuatnya dalam dalam ucapannya pada satu majlis Khamis lepas di Sunway Resort & Spa di Petaling Jaya, yang turut dimuatkan dalam laman webnya http://drchua9.blogspot.com itu dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu.
Mohd Apis berkata, Dr. Chua juga perlu memuatkan permohonan maafnya itu dalam laman webnya dengan draf permohonan maaf itu perlu terlebih dahulu diluluskan oleh mereka.
Dr. Chua turut dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta sebagai "tanda bersalah dan insaf berhubung kenyataan itu" dan wang itu akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah.
Mohd Apis berkata, jika Dr. Chua enggan, cuai atau mengabaikan notis itu, pihaknya akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap pemimpin MCA itu, selain memohon injunksi bagi menghalang Dr. Chua daripada "terus menghina bangsa Melayu." Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili Mohd Apis, menyerahkan notis tuntutan guaman empat muka surat itu kepada wakil Dr. Chua iaitu Setiausaha Ketua Pentadbiran ibu pejabat MCA, Yap Chin Chin di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini petang ini.

No comments: