Monday, December 1, 2008

PERSOALAN MENGENAI LADANG BABI "SOPHISSTICATED"

CERITAYAN menerima banyak komen-komen mengenai ladang babi yang bakal dibangunkan oleh Kerajaan Pas Kedah termasuk dari UMNO dan PAS. Ada yang menyokong projek ini dan ada yang sebaliknya. Beberapa persoalan dilontar oleh mereka yang menghantar email. Berikut antara persoalannya:
  1. Media menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah telah membatalkan projek ini di Bukit Selambau dan akan dilaksanakan di lokasi yang strategik dan mesra alam. Maknanya, projek ini tidak dibatalkan perlaksanaannya dan akan diteruskan di lokasi lain. Daerah mana yang akan kena???
  2. Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Kedah dengan terlaksanya projek ini? Sedangkan majoriti rakyat di Kedah adalah 70%-80% Melayu Muslim. Banyak lagi projek yang lebih bermanfaat dan tidak bertentangan dengan sentimen/sensitiviti rakyat Kedah.
  3. Kenapakah Kerajaan PAS Kedah tidak membatalkan perlaksanaan projek ini dan hanya membatalkan lokasi asalnya sahaja iaitu Bukit Selambau? Sedangkan Kerajaan PAS Kedah tahu bahawa projek ini telah mencetus bantahan dari majoriti rakyat, sehingga ada yang sanggup berdemonstrasi membantah perlaksanaanya.
  4. Kerajaan PAS Kedah tahu bahawa dana kerajaan negeri amat terhad dan Kedah tergolong dalam negeri miskin sebelum ini. Hutang pun banyak. Namun, atas rasional apakah Kerajaan PAS Kedah masih mahu meneruskan projek yang "sophisticated" yang tentunya memerlukan perbelanjaan yang banyak? Lebih baik jika pihak Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek yang lebih baik dan memberikan keuntungan.
  5. Mengapakah projek Kandang Khinzir yang dipilih? Tidak ada lagikah projek selain dari projek haiwan yang diharamkan Allah ini? Bukan salah khinzir atau Allah S.W.T yang Maha Pencipta, tetapi salah kepada manusia yang tidak menghindarkan diri dari perkara yang diharamkan. Harap jangan "spin" soalan ini.
  6. Sila senaraikan sebab musabab tentang relevannya pengwujudan "Kandang Khinzir di Kedah".

No comments: