Tuesday, December 30, 2008

HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN ANGGOTA KSC - RETAK MENANTI BELAH.


BARISAN EXCO PAS KEDAH YANG DIDAKWA MENYERANG KCS HINGGA MENYEBABKAN HUBUNGAN MENJADI DINGIN.
Hubungan KCS dan kerajaan Kedah pimpinan Pas semakin dingin.Itulah kesimpulan yang dapat dirumuskan ketika ini di Kedah. Perkembangan itu bukan rahsia lagi di kalangan rakyat seluruh Kedah.
Buktinya, serangan demi serangan diarahkan kepada KCS sebaik saja Pas mengambilalih negeri kedah.
Bezanya, pada mula-mula dulu serangan dilakukan secara tidak langsung atau ibarat "api dalam sekam", kini serangan semakin hebat dan ia dilakukan secara terus terang. Yang sering mejadi medan serangan ialah dalam mesyuarat-mesyuarat serta majlis-majlis rasmi kerajaan negeri.
pelbagai tuduhan dilemparkan dengan sasaran utama ialah KCS. Malah tuduhan seperti "KCS pengkianat" "KCS tidak mendokong dasar perjuangan Kerajaan Pas", "KCS masih berwalakkan mantan Mneteri Besar", "KSC sabotaj perancangan kerajaan negeri dan berbagai lagi" semakin jelas kedengaran dalam mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh ahli exco negeri.
Terbaru, kerajaan Pas Kedah dilaporkan membuat "POST MORTEM" mengenai perkhidmatan anggota KCS.
Tiga ahli Exco diberi tanggungjawab membuat "post mortem" berkenaan ialah YB Taulan Rasul, YB fakhrulrazi dan YB Dr Ismail.
Post mortem itu dikatakan memberi fokus kepada penglibatan anggota KCS dalam menganjurkan pertandingan golf piala bekas menteri Besar, Dato Seri Mahdzir Khalid dan majlis mesra bersama Mahdzir Khalid yang diadakan baru-baru ini.
Antara yang menjadi perhatian tiga exco terbabit ialah sejauh mana benar pembabitan lebih 40 anggota KCS dalam penganjurkan dan menyertai pertandingan golf Piala bekas menteri besar kedah itu yang didakwa diadakan di Kelab Golf Darulaman.
Manakala isu kedua, mengapa 85 anggota KCS terbabit dalam penganjuran serta hadir pada malam mesra sempena sambutan hari lahir Mahdzir Khalid yang diadakan di sebuah kelab ekslusif sekitar Jitra, beberapa hari selepas pertandingan golf diadakan.
Bersandarkan kepada maklumat itu, tiga Exco kanan terbabit dikatakan telah diarah membuat siastan mengenai perkara itu, sekaligus wujud cadangan agar peranan dan prkhidmatn KCS di nilai semula...
Persoalanya kini, sejauh mana Kerajaan Pas mampu melakukan sesuatu dalam erti kata lain mengubah kiblat anggota KCS agar menokong dasar perjuangan mereka yang dilihat oleh KCS sbagai lebih bersifat "RETORIK" pada waktu ini.
Apa yang pasti, KCS diwujudkan untuk membantu Kerajaan negeri merencana pembangunan demi rakyat Kedah.Malangnya tindakan beberapa ahli exco yang menuduh anggota KCS dengan pelbagai dakwaan mencetuskan polemik tidakihat alam hubungan dua hala, kerajaan ngeri pimpinan pas dan KCS.
Jika benar, anggota kerajaan negeri bertindak memburuk-burukkan anggota KCS yang dianggap nadi kepada kejayaan Kerajaan Kedah apakah itu dianggap pendekatan islamik.
Malangnya ada di kalangan anggota exco yang mengeluarkan kata-kata bukan saja tidak manis di dengar tetapi lebih mirip kepada memperlekehkan jasa anggota KCS.
kata-kata seperti "apa yang hairan sangat dengan KCS" "KCS bukan tau apa" dan "Tindakan segera perlu terhadap anggota KCS kerana ia boleh menghalang kemajuan islam di Kedah" sebenarnya menjadi titik tolak kepada hubungan yang sedia dingin.
Lebih malang lagi, ada di kalangan ahli Exco mengemukakan senarai KCS kepada Menteri Besar supaya dikenakan tindakan segera.
Hakikatnya, yang akan jadi mangsa kepada pergolakan ini ialah tidak lain tidak bukan "RAKYAT".
Apakah tidk ada pendekatan lain yang lebih berkesan dalam menangani isu itu hingga jambatan antara KCS dan Kerajaan negeri mahu dirobohkan.
Apkah ahli exco yang diketegorikan sebagai "pelampau" sedar tindak tanduk mereka bakal menguris hati dan perasaan Istana yang selama ini menyokong KCS demi untuk "RAKYAT KEDAH"

Monday, December 29, 2008

PENGERUSI PKR KEDAH, AHLI PAS ..? APA DAH JADI...


Perlantikan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim sebagai pengerusi perhubungan PKR Kedah bagi mengantikan Ir Zamri Yusof bukan saja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi malah telah mencetuskan satu lagi isu hangat di kalangan ahli PKR.
Semuanya bermula apabila ada segelintir ahli PKR mendedahkan perlantikan Ahmad Kassim adalah tidak sah kerana beliau adalah ahli PAS seumur hidup.
Isu berkenaan kini berlegar pantas di kalangan akar umbi PKR sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai masa depan PKR di Kedah.
Sumber dalaman PKR berkata, samada di sedari atau tidak, Ahmad Kassim sebenarnya telah menjadi ahli pas seumur hidup sebelum menjadi ahli PKR dan dipilih sebagai ahli Parlimen Kuala Kedah ada PRU ke-12 yang lalu.
"sekarang ni sebahagian besar akar umbi PKR di Kedah elah tahu perkara ini dan ia menjadi satu isu yang menjadi perbualan hangat di peringkat akar umbi. Sejauh mana pemimpin atasan tahu kedudukan sebenar kami tak pasti, tetapi wujud usaha untuk memaklumkan pekara ini kepada pemimpin peringkat atasan terutama Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah dan penasihat PKR,Datuk Seri anwar Ibrahim" kata sumber itu.
Perkembangan ini menyebabkan keyakinan akar umbi semakin terhakis.
"ini bukan perkara main-main, kita ada ramai lagi tokoh yang boleh diberi tanggungjawab sebagai pengerusi negeri, kenapa Presiden tak pilih, kenapa pilih orang yang ada dua kerakyatan ni, dimana maruah kami di Kedah. Pemimpin atasan sebenarnya tak sedar, Kerajaan Pas menganaktirikan PKR di kedah, dengan perkembangan ini, sebahagian besar pemimpin di peringkat negeri akan terus menjadi mangsa bagai budak belasahan oleh Kerajaan Pas" katanya lagi.
Dalam pada itu, penyokong PKR di Kulim akan menghantar memorandum kepada Datin Sri Wan Azizah agar Ahmad Kassim digantikan dengan YB Radhi salleh yang juga exco negeri sebagai perhubungan PKR Kedah.
Menurut mereka, Sebagai ahli exco negeri YB Radhi bukan saja mempunyai kelebihan dari segi hubungan dengan Pas negeri malah beliau adalah satu-satunya tokoh yang berupaya memberi paradigma baru kepada PKR Kedah.
"sebagai ahli akar umbi kami mahu kepimpinan negeri lebih berwawasan dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pas, kerana kedua-dua faktor itu adalah tunjang kepada keyakinan rakyat terhadap PKR dan kerajaan pakatan rakyat di Kedah ni" kata salah seorang penyokong kuat PKR di taman keladi, Kulim.

ISU HUDUD - BERANIKAH DATUK SERI ANWAR CONTENG ARANG DI MUKA HADI DAN NIK AZIZ


Ia mungkin dikatakan satu isu politik kecil yang cuba diperbesarkan.
Sebenarnya isu Hudud dan Qisas ini bukanlah ciptaan Barisan Nasional atau sesiapa yang mungkin didakwa cuba mengambil kesempatan untuk lanyak PAS apa lagi menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Sebaliknya itulah pendirian PAS sebagai sebuah parti dan bagi DAP juga ia tetap berpendirian menentang habis sebarang usaha untuk melaksanakan hukum itu.
Datuk Husam Musa yang asalnya bersemangat kental kata PAS tetap ‘ nak buat’ sudah tarik hand brake dengan memberi alasan ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Namun begitu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas mahu ia dilaksanakan.Katanya PAS sedia berbincang dengan DAP dan PKR mengenai hukum hudud.
Soalnya bagaimana sekarang? Seorang cakap begini seorang lagi cakap begitu.
Kalau dulu sebelum pembangkang berkuasa di lima buah negeri selepas pilihanraya umum Mac 2008 ia mungkin dilihat macam ribut dalam cawan kopi antara parti pembangkang.
Kini hakikatnya PAS selain kekal di Kelantan sudah berkongsi kuasa di Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.
Melihat kontroversi terbaru ini dimana DAP khususnya tidak mahu berganjak dan Husam jadi lembik salahkah siapa saja mendakwa PAS hanya mengunakan agama untuk tujuan politik?
Ini juga bukan pertama kali PAS dan DAP bertegang leher mengenai isu berkenaan.
Titik temunya memang tidak kelihatan.Ia reda seketika semata-mata untuk menang pilihanraya.
Pengerusi DAP Karpal Singh sudah membuat kenyataan bahawa ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan pendirian parti itu mengenai hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS jika pembangkang memerintah negara ini.
Katanya Anwar tidak boleh berdiam diri terhadap kata putus Nik Aziz bahawa hukum itu akan tetap dilaksanakan di negara ini.
"PAS akan rugi jika ia berkeras untuk melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan menentangnya," kata Karpal.
Beliau berkata PAS tidak boleh mengetepikan keputusan sebulat suara Mahkamah Agung pada 1988 bahawa malaysia bukannya sebuah negara Islam.
Apa yang menjadi tandatanya beranikah Anwar mendokong pendirian Nik Aziz atau beranikah beliau menconteng arang di muka Mursyidul Am PAS itu dengan menyebelahi DAP?
Dalam politik macam-macam kemungkinan boleh dicetuskan termasuk dengan alasan itu ini.
Namun untuk bermain dengan soal agama ia boleh membangkitkan macam-macam sensitiviti. Anwar pasti sedar PKR mendapat dokongan kuat dari kalangan aktivis Cina dan India kerana meletakan harapan beliau adalah saluran mereka untuk mencapai impian Malaysian Malaysia.
Sanggupkah beliau memperjudikan sokongan itu?
Mungkin golongan Erdogan yang pro Anwar dalam PAS yang diketuai oleh Husam boleh menelan cakapnya demi untuk menyelamatkan ikatan pakatan pembangkang.
Bagaimana pula dengan golongan ulama ? Pergeseran antara dua kelompok ini bukan lagi rahsia.Isu yang belum selesai ini pastinya buatnya jadi lebih membara.
Sumber-sumber PAS tidak nampak mereka dapat berkompromi dengan sebarang dolak dalik Anwar tentang isu ini.
Seluruh rakyat Malaysia kini sedang memerhati drama siri terbaru ini dimana taruhannya ialah soal agama.

SAID ALI PANGKU KETUA BAHAGIAN UMNO POKOK SENA SEPANJANG PENGANTUNGAN DATO AHMAD LEBAI SUDIN

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Said Ali Said Rastam diumumkan sebagai pemangku Ketua Bahagian berkuatkuasa serta merta ekoran pengantungan Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lepas.
Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung dari jawatannya oleh Lembaga Dispilin Umno baru-baru ini selepas beliau didapati bersalah mensabotaj parti itu pada pilihan raya umum Mac lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan melantik Said Ali sebagai pemangku ketua Bahagiandibuat mengikut fasal 15, Arikel 15.6 Perlembagaan Umno.
Katanya, Said Ali akan memangku jawatan itu sehingga ke satu tarikh yang diputuskan Majlis Tertinggi kelak.
Dalam pada itu, perlantikan Said Ali disambut baik oleh pemimpin akar umbi Umno Pokok Sena.
menurut salah seorang ahli jawatakuasa Umno bahagian itu, Mohd Hamdan, Said Ali yang dibantu oleh Ikmal sebagai Naib Ketua bahagian mampu meneruskan perjuangan akar Umbi bahagian berkenaan.
"Said Ali meskipun orang baru saya penuh yakin dia mampu memikul tanggungjawab itu kerana beliau seorang yang mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani apa jua masalah masyarakat di Pokok Sena" katanya lagi.
Tegasnya, masyarakat di Pokok Sena terutama anggota Umno berharap Said Ali berupaya membuat perubahan dalam tempoh dua tahun ini, lebih-lebih lagi dalam menuyuntik semangat di kalangan ahli agar bekerja keras bagi memastikan Umno kembali merapas kerusi parlimen pokok sena dan dua ADUN yang tewas kepada Pas.
Dato Ahmad gagal dihubungi dan beliau dilaporkan berada di Austrlia ketika ini.





1,000 Anggota Umno Kedah Berkempen Di Kuala Terengganu


ALOR STAR, 29 Dis (Bernama) -- Umno Kedah akan menghantar 1,000 anggotanya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkempen, untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Setiausaha BN Kedah Datuk Rozai Shafian akan mengetuai kumpulan anggota Umno itu, yang akan berada di Kuala Terengganu selama 13 hari, mulai 4 Januari ini.

Beliau berkata 200 petugas tetap dari Kedah akan ditempatkan di sekitar kawasan tempat mengundi di Tok Ku, Cabang Tiga dan Hiliran Masjid, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar sepanjang tempoh itu.

"Anggota Pemuda, Puteri dan Wanita Umno itu ditugaskan untuk menarik undi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, terutama di kawasan DUN Bandar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan masyuarat khas Umno negeri yang membincangkan mengenai persiapan untuk ke Kuala Terengganu di sini, Isnin.

Friday, December 26, 2008

ROMBAKAN KEPIMPINAN NEGERI - RAMAI AHLI PKR TAK PUAS HATI


Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR)merombak dan melantik barisan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dipercayai telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan keresahan di kalangan sebahagian besar ahlinya.
Sambil mengakui perkembangan itu, Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam komen beliau menerusi blognya berkata, "kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengorbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau pusat."
Antara mereka yang dilantik secara sebulat suara ialah Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak. Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Pahang (Datuk Fauzi Abd Rahman), Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).
Justeru, kata Anwar, ternyata sebahagian teguran yang diluahkan sama ada secara terbuka atau yang ditujukan ke atasnya atau Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden telah mengalihkan fakta, sama ada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau Majlis Pimpinan Tertinggi.
"Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Ismail Yusop telah dipecat walhal beliau kekal sebagai pengarah pilihan raya negeri. Zakaria (Pahang) pula diserap ke jentera pilihan raya pusat.
"Usaha pimpinan Johor dihargai namun pretasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihan raya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri.
"Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembeleng untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali," kata beliau sambil menambah, "janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak."
Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan, secara peribadi beliau tidak cenderung untuk menyelaraskan kegiatan di Sabah dan Sarawak.
"Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dgn kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti saperti Azmin Ali bersama Sivarasa Rasiah dan William Leong membantu beliau di Selangor," katanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru, Wan Azizah berkata, rombakan dan pelantikan kali ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.
"Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.
"Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak," katanya.
Wan Azizah menambah, agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.
"Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam masa terdekat, pelantikan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya.

ROMBAKAN BESAR-BASARAN PKR ADA UDANG SEBALIK BATU KE..?


KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengetuai kepimpinan KeADILan di Sabah dan Sarawak dalam rombakan yang dibuat parti ini baru-baru ini.
Menurut Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.
“Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat,” Katanya.
Tambahnya, “Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajayadi sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.”
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beberapa negeri turut mendapat pengerusi perhubungan yang baru.
Antaranya ialah Pahang yang diketuai oleh Bekas Timbalan Menteri, Fauzi Abd Rahman, Kedah (Ahmad Kassim), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa),Perak (Osman Abdul Rahman), Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir) dan Perlis (Johari Shafie).
Manakala Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Perhungan Negeri berkenaan turut mengalas jawatan Pengerusi Perhubungan Kuala Lumpur.
Selain itu, negeri-negeri yang kekal dengan pengerusi ialah Khalid Jaafar di Melaka, Negeri Sembilan (Kamarul Baharin Abbas) dan Pulau Pinang (Zahrain Mohamed Hashim).
Dr Wan Azizah turut mengucapkan tahniah diatas perlantikan berkenaan kepada mereka yang terlibat selain turut mengucapkan terima kasih kepada bekas-bekas Pengerusi Perhubungan Negeri.
“Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 23 Disember lalu.

Thursday, December 25, 2008

AZMAN UMAR - GM BARU LADA


Azman Umar dilantik sebagai Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang baru bagi menggantikan Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani yang tamat tempoh perkhid-matan 1 Disember lalu.
Azman, 54, merupakan bekas Timbalan Setiausaha Bahagian di Kementerian Kewangan.
Menurutnya, misi utama beliau ialah untuk meneruskan usaha memajukan Langkawi terutama memperkukuhkan industri pelancongan dan perniagaan tempatan.
“Saya akan laksanakan segala projek yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan menilai semula beberapa projek di Langkawi yang masih dalam proses awal.
“Penekanan saya adalah meneruskan usaha terdahulu dalam memperkenalkan Langkawi sebagai geopark dunia kerana pelbagai kejayaan telah dikecap sehingga Langkawi diiktiraf oleh badan dunia Unesco,” katanya.
Azman berkata, dia kini masih di peringkat pengenalan mengenai portfolio yang baru dipegangnya dan memberi jaminan segala urusan pentadbiran akan berjalan seperti biasa menjelang tahun baru.
Menurutnya, Langkawi mempunyai banyak potensi dalam menjana kewangan negara sekiranya mendapat kerjasama dari kerajaan negeri.
“Mengenai kontrak lanjutan LADA sehingga 2010, kita telah mendapat lampu hijau dari Kerajaan Persekutuan cuma dengan kerajaan negeri masih dalam peringkat perbincangan.
“Kerjasama antara LADA dan kerajaan negeri amat penting untuk bersama-sama menerajui pulau ini. Kita mahu wujudkan jalinan bagi memudahkan urusan dan perbincangan mengenai sesuatu perkara yang dibangkitkan,” katanya.
Katanya, walaupun LADA di bawah Kerajaan Persekutuan, tetapi Langkawi berada bawah penguasaan kerajaan negeri dan segala keputusan harus mendapat kata putus bersama.
Beliau berharap, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta warga Langkawi dapat berganding bahu membangunkan pulau itu bagi mengulangi sejarah merekodkan kemasukan pelancong seramai 2.33 juta seperti tahun lalu.