Monday, December 29, 2008

PENGERUSI PKR KEDAH, AHLI PAS ..? APA DAH JADI...


Perlantikan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim sebagai pengerusi perhubungan PKR Kedah bagi mengantikan Ir Zamri Yusof bukan saja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi malah telah mencetuskan satu lagi isu hangat di kalangan ahli PKR.
Semuanya bermula apabila ada segelintir ahli PKR mendedahkan perlantikan Ahmad Kassim adalah tidak sah kerana beliau adalah ahli PAS seumur hidup.
Isu berkenaan kini berlegar pantas di kalangan akar umbi PKR sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai masa depan PKR di Kedah.
Sumber dalaman PKR berkata, samada di sedari atau tidak, Ahmad Kassim sebenarnya telah menjadi ahli pas seumur hidup sebelum menjadi ahli PKR dan dipilih sebagai ahli Parlimen Kuala Kedah ada PRU ke-12 yang lalu.
"sekarang ni sebahagian besar akar umbi PKR di Kedah elah tahu perkara ini dan ia menjadi satu isu yang menjadi perbualan hangat di peringkat akar umbi. Sejauh mana pemimpin atasan tahu kedudukan sebenar kami tak pasti, tetapi wujud usaha untuk memaklumkan pekara ini kepada pemimpin peringkat atasan terutama Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah dan penasihat PKR,Datuk Seri anwar Ibrahim" kata sumber itu.
Perkembangan ini menyebabkan keyakinan akar umbi semakin terhakis.
"ini bukan perkara main-main, kita ada ramai lagi tokoh yang boleh diberi tanggungjawab sebagai pengerusi negeri, kenapa Presiden tak pilih, kenapa pilih orang yang ada dua kerakyatan ni, dimana maruah kami di Kedah. Pemimpin atasan sebenarnya tak sedar, Kerajaan Pas menganaktirikan PKR di kedah, dengan perkembangan ini, sebahagian besar pemimpin di peringkat negeri akan terus menjadi mangsa bagai budak belasahan oleh Kerajaan Pas" katanya lagi.
Dalam pada itu, penyokong PKR di Kulim akan menghantar memorandum kepada Datin Sri Wan Azizah agar Ahmad Kassim digantikan dengan YB Radhi salleh yang juga exco negeri sebagai perhubungan PKR Kedah.
Menurut mereka, Sebagai ahli exco negeri YB Radhi bukan saja mempunyai kelebihan dari segi hubungan dengan Pas negeri malah beliau adalah satu-satunya tokoh yang berupaya memberi paradigma baru kepada PKR Kedah.
"sebagai ahli akar umbi kami mahu kepimpinan negeri lebih berwawasan dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pas, kerana kedua-dua faktor itu adalah tunjang kepada keyakinan rakyat terhadap PKR dan kerajaan pakatan rakyat di Kedah ni" kata salah seorang penyokong kuat PKR di taman keladi, Kulim.

No comments: