Friday, December 26, 2008

ROMBAKAN BESAR-BASARAN PKR ADA UDANG SEBALIK BATU KE..?


KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengetuai kepimpinan KeADILan di Sabah dan Sarawak dalam rombakan yang dibuat parti ini baru-baru ini.
Menurut Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail, keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.
“Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat,” Katanya.
Tambahnya, “Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajayadi sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.”
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beberapa negeri turut mendapat pengerusi perhubungan yang baru.
Antaranya ialah Pahang yang diketuai oleh Bekas Timbalan Menteri, Fauzi Abd Rahman, Kedah (Ahmad Kassim), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa),Perak (Osman Abdul Rahman), Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir) dan Perlis (Johari Shafie).
Manakala Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Perhungan Negeri berkenaan turut mengalas jawatan Pengerusi Perhubungan Kuala Lumpur.
Selain itu, negeri-negeri yang kekal dengan pengerusi ialah Khalid Jaafar di Melaka, Negeri Sembilan (Kamarul Baharin Abbas) dan Pulau Pinang (Zahrain Mohamed Hashim).
Dr Wan Azizah turut mengucapkan tahniah diatas perlantikan berkenaan kepada mereka yang terlibat selain turut mengucapkan terima kasih kepada bekas-bekas Pengerusi Perhubungan Negeri.
“Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 23 Disember lalu.

No comments: